April 24, 2010

Dah Lah.Takyah La Fitnah Si Kamal Alan Nathan Tu Lagi

Ada orang kata dia bukan grad oversea.
Ada orang kata dia tipu.

Dah lah.Dia tak tipu.Dia memang grad sana.Sama ada dia belajar betul kat sana atau dia buat twinning program buat dekat Malaysia,takde beza.Nama sijil dia pun jadi isu,Malaysia Today lagi tu.Standard la dalam degree akan tulis secara general.Kalau course to nama dia Bachelor of Arts in Graphic Design (Majoring in Multimedia) dalam sijil tak semestinya tulis macam tu.Maybe dia akan tulis Bachelor of Arts in Graphic Design saja.

Logo tak sama pun jadi isu.Peredaran zaman.Logo akan evolve.Logo Proton pun berubah ikut zaman.Bayangkan kalau kita masih lagi pakai logo Proton yang "sangat" 80's tu sekarang?

Benda camni pun huru-hara penyokong Pakatan Rakyat bersorak?

Aku dah cek.Memang ada rekod membuktikan dia grad sana.
Nak compare sijil tahun 97 dgn sijil 2004,mmg la akan ada beza.Mana la tau diorang nak update design sijil tu bagi lagi moden.

Aku tak sokong dia,sebab aku tak sokong BN.Tapi muka dia bukan muka penipu.Muka dia muka orang baik,orang lurus.

Tapi bila benda2 bodoh macam ni keluar pun ramai jadi Pak Turut.Gelak ramai2 panggil dia keling,paria,penipu,ular...apa benda ni?Defend Nik Aziz gila2.Perangai Nik Aziz tak nak ikut.?Mudah sangat kena kelentong.Asal ada benefit,senang aje disuruh angguk.Kata pendokong keadilan,menulis untuk kebenaran.Mana prinsip perjuangan Islam tu?Hilang?Bila ada keluar benda camtu lupa Tuhan.

Nasib baik Anwar tak pakai point tu masa berkempen.Kalau tak nampak benar penyokong bodoh,Anwar pun bodoh.Malaysia Today pun sama.

Tapi,mcm mana pun,bila Kamal Alan Nathan suruh doakan dia dengan BN masa semayang tu mmg kelakar.

Fitnah orang India tak salah.
Fitnah "orang Islam" salah,dosa besar.Kena taubat.

Update - Aku still sangsi lagi kenapa dia kata dia duduk Rawang 43 tahun  tapi daftar pengundi dia dekat Sg.Siput,Perak. Tak tau la aku kalau dia mmg lahir kat Sg.Siput.

13 ulasan:

mr edz berkata...

itilah pasal.. lain kali kalau nak tembak pon bior la betui betui sasaran.. ini tak main hentam jer.. walau apa pun aku tetap kata BN kuat tipu.. BN = berani nipu

Other Malaysian berkata...

no comment.
haha.
bab2 kamal2 alan2 nathan2 ni kurang arif. jadi duduk dan saksikan je la yg termampu.

p/s: pain neck. aduh.

kyo_9 berkata...

dahsyat btol orang2 yg gile politik nih ek.. cepat jer kutuk2 orang tanpa semak terlebih dahulu..

Alexia Aqram berkata...

point akhir tu mmg aku heran.

aku nak tengok esok dia sebagai calon, dia mengundi atau tak sekali.

kalau dia mengundi, apa jadahnya seorang boleh mengundi dua tempat???

Verdict berkata...

bab perangai nik aziz tak nak ikot; yg baik dipuja tapi tak diturut. da jadi trend org kita. pikir dia je betol.

bab fitnah memfitnah; org kita memang mudah gelabah.menggelabah.ni la jadinya kalau mudah menggelabah.

baik kiri atau kanan, kalau gelabah semua perangai huduh keluar.

Yong berkata...

Adik2 semua,
Selalunya takat degree memang ade tulis pengkhususan. Misalnya Ijazah Sarjana muda Sains Sosial (Pengkhususan?...). Tak caya tanya Pengerusi SPR, MB Trengganu dan bekas MB Trengganu. Tak salah Yong deme dari universiti yang sama. Apa ijazah deme dan apa pengkhususan deme? Suma ade tulis kat scroll.

Yong berani kata sebab dalam scroll ijazah Yong ade ditulis begitu. Tapi bila naik peringkat Master atau PhD mungkin tak ditulis, kecuali yang khusus seperti Masters in Public Administration. Misalnya: Yong (MPA) atau Yong (PhD). Yang membezakan satu PhD dengan lain ialah tesisnya.

Masalahnya, sekarang banyak sangat universiti swasta yang beri anugerah entah apa2. Yong pernah interview seorang calon kerje. Dalam ijazahnya ditulis Sarjana Muda "XXXX with technology." Bila tengok transkrip, baru tahu cuma ade 3 kurus IT. Itupun basic je. Satu abuk pun calon ni tak tahu pasal basic programming, atau sekurang2nya technology ethic, cyber law etc. Situasi semakin kompleks bila ade sistem twinning. Perkara2 begini Kementerian Pengajian Tinggi patut ambil tahu. Jadi tak timbul lagi soal nama ijazah atau "doctorate fly by night."

Mantot berkata...

Jadi Kamal Alan Nathan menipu atau kena tipu?Atau dia mangsa keadaan menjadikan golongan yang mengutuk dia jauh lagi teruk daripada ular?

Mantot berkata...

ntah la.
bila mamat tu try nak tunjukkan degree dia,semua orang awal2 terus claim dia tipu.Bila cek kat rekod universiti takde,semua orang makin teruk bantai dia.Lepas tu dia ajar lagi macam mana nak dapat rekod tu..diam la jugak sesetengah orang.

Tapi berapa kerat yang mintak maaf dengan dia?

Apa lagi yang penyokong PR nak sampai puas hati?Nak dia step down?Tarik diri dari jadi calon BN kemudian masuk PR?

Jadi,kpd abang/kakak Yong.
Masalah dia bukan itu.Sama ada ijazah dia palsu,kita tak tau sebab memang banyak sangat twinning program yang selalunya kalau nak lepas MQA/LAN ni..hulur aje duit bawah meja Insya Allah lepas dan dapat pengiktirafan.

Aku harap Kementerian Pendidikan tengok benda tu sebab dah nampak out of control...education sudah jadi satu bisnes yg menguntungkan,jadi ramai yang ambik peluang ni dengan menawarkan kursus tak sure kualitinya dan tah perlu ke tidak untuk keperluan negara.

Tapi,penyokong-penyokong parti politik kebanyakannya menyokong membabi buta.

Itu aje point aku.

:) berkata...

Syabas mantot, kalaulah semua org boleh menyokong parti politik mereka tanpa nak buat huru hara kan bagus

Aqram berkata...

kamal tak pergi mengundi tadi. sah lah dia pengundi sg siput. maybe dia orang hulu selangor, tapi kerja kat sg siput..

sekian.

Mantot berkata...

orait bro.thanks sbb inform

brat2104 berkata...

kenapa panggil dia kamal? jangan la.. panggil je nama betul.

Tanpa Nama berkata...

sy tak suke BN, tak suke PKR, tp sy suke PAS. regardless what u said of nik aziz, dats the best man we have utk rule the country...tuh je parti yg perjuangkn Islam...easy