Aku mula dengar muzik daripada kaset New Kids on The Block.Iye,sebuah boyband klasik yang legend.Masa tu semua orang dengar dan siap ada kartun kat TV lagi jadi aku pun terikut sama.Huiyoo cutenya Jordan Knight kata kakak aku.
Kemudian Malaysia dihantui dengan demam muzik rap.Kakak aku siap tampal poster AC Mizal dalam bilik siap ada conteng "AC = ABANG CUN." Alhamdulillah sekarang ni kakak aku dah kembali ke pangkal jalan memandangkan AC sudah semakin huduh gara-gara rambut rebondingnya.Waktu tu 4U2C memang hangat betul,semua orang pakai CD jalan-jalan.Lagi hardcore,pakai piring hitam.Seluar kotak-kotak dengan jam "Boy London" menjadi kegilaan waktu tu.Aku tak pernah pakai CD tapi aku ada seluar kotak-kotak dan jam Boy London.Demam "Fiona" melanda satu Malaysia.
Kemudian tengah hangat 4U2C ni,kakak aku kata ada band baru nama CREW.Sapa CREW ni?Jadi aku dengan selamba beli ambil CREW - Canggih.Rupanya nama diorang KRU.Aduh.Lagu-lagu dia jauh lagi matured la berbanding 4U2C.Tengok gaya pemakaian dia pun ok la,takde la gantung CD.Cuma diorang ni suka betul berpakaian sukan lengkap menunjukkan gaya hidup yang aktif.Ada gak la satu lagu yang TV selalu main,lagu pasal Wawasan 2020.
Masa zaman ni adala wujud boyband lain yang cuba bawak irama sama.Aku cukup tak suka dengan satu band nama Nico.Entah lah.Aku rasa lagu dia terlalu hardcore untuk aku.Lebih ke arah gangster rap.
Tapi,bila muncul Feminin satu Malaysia kembali demam.Aku waktu tu darjah 6 jadi setaip hari ada aje la budak perempuan yang nyanyi lagu tu.Ok jugak lagu Feminin ni.Ada la satu kenangan aku takleh lupa bila ada seorang minah yang aku suka menyanyi lagu tu kat atas pentas masa buat show,sambil pakai windbreaker (baju sukan ada hood).
Waktu aku mula jadi peminat setia New Kids on The Block.Gile ah.Sedap beb.Aku ada kaset Step by Step dan setiap minggu aku akan tunggu keluar kartun dia yang tah hape-hape.Waktu tu aku cukup konfius memikirkan kenapa NKOTB ada seorang lelaki yang menyanyikan suara pempuan.
Lepas tu muzik aku makin merebak.Aku mula dengar Vanilla Ice dan Snow.WTF....memikirkan diri aku satu masa dulu.Ada satu kaset kakak aku Vanilla Ice-Live,sedap gila album tu.Macam Snow tu,aku dengar satu lagu je.Tapi waktu tu aku rasa semua orang dah dengar phrase ni:
LICKY BOOM BOOM DOWN!
Aku rasa masa aku sekolah form one ke form two,tengah aku lepak kat bilik aku,ada member aku datang kat aku nak jual kaset."Ko nak beli kaset ni?Aku takde duit.Jual kat kau 10 ringgit." Kat tangan dia,dia pegang kaset Nirvana : Unplugged in New York.Aku ambik,aku dengar dan sampai sekarang aku dengar.Terima kasih Kurt Cobain kerana membesarkan aku dengan muzik kau,membuatkan aku belajar main gitar dan memperkenalkan aku kepada bermain dram.
Jika dikenang-kenang balik,taste muzik aku satu masa dulu sangatlah teruk.Jika aku tak kenal Nirvana,mungkin sekarang ni aku masih lagi mendengar lagu-lagu rap yang tah hape-hape.Mungkin sekarang ni,aku akan meminati Lady Gaga atau Black Eyed Peas atau apa-apa lagu techno yang takde melodi dan takde point.F*** Lady Gaga.Aku cukup menyampah dia.
Jadi,artis atau band manakah yang memberi impak kepada hidup anda?
38 ulasan:
dr alban ko tak dengar ker?
yang buat gua nak belajar guitar adalah nirvana. 99/00
yang buat gua nak jadi gempak main guitar adalah dream theater. 04/05
yang paling bagi impak dalam hidup gua adalah radiohead. ~
tapi masa gua kecik2 dulu gua tadah je apa yang bapak gua dengar. eg: scorpion, deep purple, led zeppelin.
taste kita berubah ikut usia sebenarnya...
rasanya tak lama lagi dalam 20, 30 tahun mesti suka nasyid ala padang pasir...kut
artikel ko kali ni mengenangkan muzik lame2 tot...
lagu2 dulu lebih best dari sekarang
yang muziknyer lebih lintang pukang...
-Nirvana-Nevermind( album ni memperkenalkan aku dengan muzik grundge sehingga album yg seterusnya)Smell like teen spirit...pergh... Lithium pun best
-Pearl jam (band ni pun leh tahan)
-Cranberries(band dari ireland xperlu le di perkatakan, vokal delores ni mmg memukau dan menjadi idola2 penyanyi2 perempuan...
-better than ezra
-green day (idola kump. bunkface)
-guns n roses
-bush ( ni klon nirvana)
-klovers (ni group punk)
argh... byk lg le...aku pun lupa...
xpdc.darjah 1 1991.
metallica.darjah 4 1994.
ACAB dan GREENDAY macam kasi impak sikit kat attitude time sekolah dulu.
gua spmai skrang masih layan deep purple bro...
dulu masa kecik aku selalu dengar bapak aku pasang cd rolling stones dengan led zep. padahal masa tu aku layan hip hop sebab tengah merebak bukan main. lepas tu baru aku kembali ke akar yang asal dengan bantuan band kegemaran bapak aku.
911 - tolong aku belajar english.
the used - tolong aku jadi perempuan ganas
arctic monkeys, THE SMITHS.
bab pakai piring hitam tu, mcm tipu je Tot. Gile bapak besau tu!! haha~
*eh, aku suka lagu tepon L.Gaga ft akak beyonce-best gk. tih, tih~
metallica ngan nirvana...
aku keluar dari kitaran music hipokrit tradisi, is bila kawan aku kenal kan
i) slipknot
ii) Linkin park
tapi yang membuat aku matang everyday,
Avenged Sevenfold
wa suka EXIST.
SPOON, SCOIN, SCAN, DATA, AXL, apa saja lagu yang banyak orang karoeke zaman sekarang. band-band inilah yang buat gua sesat.
hidup wa kembali normal masa wa tingkatan 3. wa dengar BUTTERFINGERS (ipoh) dan DAMN DIRTY APES (penang).
wa malas nak hipokrit terikut sangat nak dengar band-band luar. macam banyak duit je nak beli cd/kaset oversea time tuh..
hahaha..!! cerita aku lebihkurang sebijik mcm nko..
cuma aku kenal NIRVANA masa NEVERMIND lagi..
lepas tu masuk plak HELLOWEEN, METALLICA, GAMMA RAY, KING DIAMOND stok-stok Metal Keras punya...
..tapi aku tak bleh lupa yang satu masa dulu aku pernah hafal lirik lagu Ice-Ice Baby sampai abis tuh..!! hahahah.. Sungguh poyo..!!
RHCP ngan XPDC...yeah~~
bro, pada aku , takde masalah pun kau dengar ape genre lagu sekali pun.
pada aku yang penting, macam mana kau telan dan serap lagu tu, macam mana kau interprete maksud lagu tu, macam mana perspektif kau kat lagu.
dan aku, membesar dengan macam macam lagu yang jadi halwa telinga aku.
dan oh ya, bukan loser pun kalau dengar lady gaga. dan bukan senang nak cipta lagu, dan dalam erti kata laen, seni tu luas dan universal.(pada aku la kan).
haha:)
ok je lagu techno pon..lagu ape pon kalau telinga bleh tadah, sedap je bro...hehe
bagi generasi aku,zaman boyband,minat bsb ngn nsync ^_^ sampai sekarang ingat lagi lagu2 diorang
Lagu snow tu aku pernah hafal sampai lengkap. Bila aku nyanyi korus dia kawan2 aku tengok aku semacam. oh sungguh poyo.
kemudian abg aku bg aku dengar cranberries dgn POP IS DEAD waktu aku form 2. aku trus suka Radiohead walaupun kegilaan ramai pada waktu itu ialah Nirvana.
Sekarang bila sudah melihat dunia serba sedikit sudah suka Massive Attack juga. Tak tahulah macam mana boleh suka.
Lady Gaga memang tak best and I'm glad I'm not the only one.
Oh btw sebelum zaman alternative rock tu siapa pernah dengar 2unlimited? Aku adik beradik beli kaset dia siot..Cinabeng gila tak cool.
entah. layan muse je kot. dulu-kini. best!
Kronologi tumbesaran citarasa muzik anda hampir 90% sama dengan aku.
Yaa... Terima kasih abg kurt cobain. Tanpamu, mungkin skrg aku berambut ekor sambil merempit disekitar dataran merdeka.
Band yg paling memberi impak kepada hidup saya : MUSE / KORN / STATIC-X / NINE INCH NAILS
pop yeh yeh malaysia, sudirman, m. nasir, search, amy mastura, exist(s), nirvana, foo fighters, butterfingers, pilgrims, raihan, korn, deftones, slipknot, speed (japan), padi, twkua...........
"Aku Ni Ko (haha) nak cerita
Cerita kisah dulu kala.."
Gangster rap ke? Tak kot. LOL.
Aku rasa nko patut berterima kasih kat member yang jual kaset tu la. Kalo bukan sebab dia, mesti skarang nko join bebudak shuffle tepi jalan kot. Hahaha.
BRO,
Cite pasal muzik ni buat teman teringat zaman sikol dulu sampai ke u. teman ingat zaman blaja je abis beribu kot dok beli kaset. genre rock plg populat tahun 80an. baik lagu malayu mau pun omputih. rasanya2 zaman sekolah metallica dgn manowar yg teman plg suka.
awal 90an zaman alternatif. memg album nevermind plg best tapi soundgarden dgn pearl jam pun ok jugak. tapi senior teman kat u lah yg memperkenalkan genre vocal hehehe. biasanya makcik2 je nyanyi. plg best kalau dgr suara mary black.
terima kasih juga senior teman sorang lagi yg memperkenalkan nigel kennedy. masa tu minah vanessa mei tengah meletop. jadi teman explore pulak karya2 vivaldi, js bach dan rakan2 mereka.
bila dah kerja teman beli cd kejap je pas tu menorrent hahahhaa. pelik masa bebudak beribu abis beli kaset bila dah keja kedekut nak beli cd huhuhuhu
mantot,
nak tambah lagi le. best pulak citer pasal evolusi citarasa muzik kita ni. masa zaman sikol dulu teman suka juga dgr eric clapton. mcm best je dia main gitar. ini pun jadi satu genre kegilaan teman hehehe. steve vai buat teman tak percaya sbb gitar pun boleh buat bercakap dan menjerit.
tapi teman pelik kenapa dulu2 teman tak pernah dengar band dire straits. baru 2-3 tahun ni teman dengar lagu depa. rasanya band yg main gitar solo plg sedap kot.
semenjak 5-6 tahun lepas teman memg dah tak dengar lagu2 baru. tak tahu kenapa. cuma kalau lagu2 baru ni main di sinar teman akan cari le.
greenday..offspring..n kebanyakan lagu yang ko dengar, aku pun dgr mantot..huhu..
skang mostly dgr bad religion..aku suke tgk cara pemikiran atheis terjemahkan dunia ni dari segi ketuhanan (tp dorg tak percaya tuhan pn..) and politik..yg baik amik, yg buruk tolak..
1997- Abang aku start bawak masuk Nirvana (Nevermind, Incesticide, Unplugged In New York dengan In Utero), Offspring (Smash dengan Ixnay on The Hombre), Sepultura. Memang kene dengan time tu sebab nak release tension kene lempang dengan cikgu, pergi kelas macam masuk fuhrerbunker.
1998-Green Day - (Nimrod).Satu-satunya album Green Day yang aku actually suka.
1999-
Black Metal mula gah (kat underground scene la-at least kat area aku) Layan la sket macam As-Sahar, Sil Khannaz.Oh ya, time ni gak la lagu leleh/kapak cukup kuat. Plus dengan boyband. Namun Metal tetap Metal!!
Album yang aku start beli- XPDC:Samurai, Cromok: Mean, Meaner, Meanest.(sayang dah hilang...)
2000- Limp Bizkit. Tapi takde la terasa sangat.
2001-2002: Aku kuar hostel, duduk kat umah dan aku ada radio kat bilik. Sampai lewat malam aku stay-up, layan THR pasal Isma Halil Hamzah. Memang rock sial.Oh ya, time ni gak la baru diorang start crackdown kat black metal pe jadah semua. Time tu sampai sekolah aku buat spotcheck kat semua org, ada tatu ke tak. Time tu gak aku layan LP. Aku still suka Re-Animation.
2003-2006 Start layan anime, dan J-rock/j-pop+Videogame/Anime Soundtrack. Yang paling aku layan sekali time ni Azumanga Daioh, Hellsing dan MGS punya soundtrack.
J-rock lak L'Arc En C'iel (Laruku)
2007-2008. Start cari one hit wonder dari tahun 90-an.
2008-2010-Officemate aku perkenalkan Weezer kat aku. Aku pun start cari balik hampir semua album Weezer (Pinkerton, Blue, Green, Make Believe dan Red.) dan rarities (Songs from the Black Hole (SFTBH), Alone 1&2)
Blue+Pinkerton+SFTBH memang akan jadi favourite album weezer untuk aku. Dan aku masih mengharap yang SFTBH akan di-release officially (sebab sekarang mmg tak ada. Rivers just release track list, pastu leak/release sket2 lagu dia tak pun sumbat dalam album lain. Takleh release complete pasal contract punya hal)
Sori aah, gila panjang aku cerita....
rivers cuomo skrg sudah tidak best.buat album setakat buat cincai-cincai dengan lagu yang rhyming yang kau boleh teka,ala-ala lirik budak sekolah rendah.
gile lambat kau dengar weezer.sayang kau tak lalui zaman kegemilangan diorang masa first album dulu.
aku rasa kalau manusia segenarasi aku mesti layan Butterfingers "Buter Worth Pushful." Ada sekali aku gi UPM jumpa member aku,banyak bilik tengah dengar album tu.
skrg ni dah takde dah band Malaysia ni yg betul2 mempengaruhi minda budak2 camtu.
alih2 budak2 AF atau budak2 mana2 realiti TV yang masih belum akil baligh.
alaaa... takde saper minat kumpulan impression ke?
norman hakim tu.. eizlan yusof tu..
sani ekspress tuuuuuu......
nirvana, metallica, slipknot (hangguk pala time nak exam), latest Arctic Monkey..
lpas tu time form 3, dgr band Plague Of Happiness (ska/Malaysia). so tersampuk lak ngan bebudak Indie/Ska/Alt Rock..
neway, smernye hiburan. asalkan tak melalaikan :p
Saya suka KRU.
Nirvana, ada budak baru masuk sekolah dulu duk Jerman dtg bawak kaset2nya. Saya terus berminat.
Band yg wat aku baligh adalah Metallica. Band yang wat aku mumayyiz plak Megadeth!!
Ala.. lagu apa yang korunk suka dan tak suka..
kalau layan karoke..
balik2 lagu 'tu' jugak...
kan kan kan?
rindu.. rindu serindu-rindunya.. namun engkau tak mengerti..
lagu apa ek?
the best is sweet charity; rosli mohalim pujaan gua. :)
bagi aku kalo band luar the best is 60~90s band la contohnya macam cream (eric clapton band masa muda), jimi hendrix, eric clapton, stevie ray vaughn, deep purple, acdc, pink floyd, santana, joe pass, dan tak lupa juga buddy guy :)
sebelum hidup aku dipengaruhi blues aku juga layan lagu2 nirvana, rancid, mxpx, green day, operation ivy, dan sewaktu dengannya.
tapi blues gak best ahaha
sial la tot.4u2c bes la.lady gaga pun bes la.tahape2 denga nirvana.kunun ganas la.blah laa.
Iron Mydin la best...Try dgr solo lagu "Wasted Years"....wlaupun x berjela2 mcm Malmsteen @ DreamTheater @ Symphony X, tp aku rasa guitarist tu mmg lps geram abess time goreng tuh...!Gler ah...
Catat Ulasan