April 27, 2010

Apa Akan Berlaku Bila "Harian Metro" Dimampatkan Menjadi Satu Cerita

LEBIH BAIK SAYA JADI LESBIAN!

"Saya tak pernah minta semua ini terjadi,"kata Syazana(bukan nama sebenar) memulakan cerita.

Syazana ketika itu sedang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja selepas dibuang daripada pekerjaan kerana disabitkan kesalahan mencuri alat ganti,mengalami hari paling malang dalam hidupnya.Dalam perjalanan pulang dia menahan sebuah teksi yang mengambilnya di perhentian teksi berhampiran kilang tempat dia bekerja.Pemandu teksi itu digambarkan sebagai seorang lelaki berumur 50-an memperkenalkan diri sebagai Pak Ajis pada mulanya kelihatan sopan,kemudian setelah beberapa lama kemudian,tiba-tiba pemandu teksi itu memberhentikan teksinya di tepi semak kemudiannya telah bertindak merogol Syazana di dalam kawasan bersemak itu."Saya cukup takut pada ketika itu.Pak AJis mengugut saya dengan menggunakan pedang samurai,"jelas Syazana.

Lebih menyedihkan lagi,selepas ditinggalkan di tepi jalan pada waktu cuaca terik itu,datang sekumpulan lelaki yang menaiki motorsikal untuk memberikan pertolongan."Salah seorang daripada mereka mengajak saya ke balai polis terdekat dengan menaiki motorsikalnya." Setelah berjalan selama beberapa kilometer,tiba-tiba kumpulan pemuda itu berlumba haram di atas jalan raya.Cerita Syazana,"memang detik itu cukup menakutkan saya,saya masih ingat saya terpaksa berpeluk kuat kepada pemuda itu.Saya nampak kelajuan motorsikalnya hampir mencecah 200km/j." Syazana pada waktu itu turut menjadi mangsa wheelie dan wikang group mat rempit itu."Saya hampir terjatuh tapi nasib baik saya dapat berpaut pada ekzos motor itu.Tangan saya mengalami kesan kebakaran darjah kedua,"terang Syazana sambil menunjukkan kesan terbakar kepada wartawan Harian Metro. "Selesai saja perlumbaan haram itu,saya pun dibawa ke sebuah rumah sewa di kawasan berdekatan,malangnya,saya juga dijadikan habuan kepada pemenang perlumbaan tadi.Entah berapa kali saya dirogol,malah ada juga yang telah meliwat saya."

Selepas "dikerjakan" oleh golongan mat rempit itu,Syazana telah dihantar ke rumahnya."Saya telah diberi amaran,jika saya ceritakan apa yang terjadi,saya akan dipukul.Silap saya kerana saya meminta mereka menghantar saya pulang ke rumah,jadi sekarang mereka dah tahu di mana rumah saya."Apa yang mengejutkan adalah sampai saja di depan pintu rumah,Syazana telah disapa oleh lelaki Cina yang memperkenalkan dirinya sebagai Meng. "Meng memberitahu saya hari ini hari bertuah saya,dia minta saya gores sekeping kad dan secara kebetulan pula saya menang sebuah mesin basuh dan sebuah televisyen LCD.Dia minta saya turun ke bawah ikut dia.Saya pada mulanya menolak tapi kemudian Meng mengugut saya dengan mengatakan jika dah gores mesti ambil hadiah kerana peraturannya,saya sudah gores jadi saya kena ambil hadiah saya."

Syazana kemudiannya mengikut Meng turun ke tingkat bawah pangsapurinya dan kemudiannya diminta membayar RM600 sebagai bayaran "pelepasan" hadiahnya."Saya cukup takut waktu itu sebab saya dikelilingi oleh beberapa lelaki bukan warga tempatan yang memaksa saya membayar wang itu.Nasib baik saya sudahpun mendapat gaji saya selama setengah bulan sebelum diberhentikan tadi.Saya bayar dan kutip barangan saya.Saya lihat barangan itu LCD TV berjenama Sumsung dan mesin basuh basuh berjenama Pensonik,saya benar-benar kecewa kerana tertipu," jelas Syazana sambil mengalirkan air mata."Saya angkat mesin basuh itu dahulu berseorangan menaiki lif.Kemudiannya saya letakkan di depan pintu rumah dan terus ke bawah untuk mengambil LCD TV itu," sambung Syazana.

Syazana mendapati yang LCD TV nya telah dilarikan kerana tidak lagi berada di lokasi yang ditinggalkan.Hampa,penat dan kesakitan,Syazana menekan butang lif untuk kembali ke atas."Bila saya sedang menaiki lif itu,lampu lif terpadam tiba-tiba.Saya mendengar suara-suara halus yang saya tidak fahami.Meremang bulu roma saya waktu itu.Ada suara-suara lelaki yang seolah-olah berbisik kepada saya dalam bahasa yang sungguh aneh.Pada waktu itu saya hanya mampu bertawakkal kepada Allah dan minta saya dijauhkan daripada bala."Sampai saja ditingkat 16 pangsapurinya,Syazana mendapati suara-suara itu terus hilang sebaik sahaja pintu lif terbuka.

Mesin basuh yang baru saja "dimenanginya" tadi telah hilang daripada depan pintu rumahnya.Wartawan kami berpendapat mungkin mesin basuh itu telah dicuri oleh salah seorang jirannya."Waktu itu,saya tidak mahu lagi hendak menuduh sesiapa tetapi saya mempunyai suspek yang saya syaki kerana beliau juga gemar menyidai pakaian mereka di ruangan sidaian rumah saya.Malah,jiran saya selalu bertanya,apa rahsia baju saya kelihatan putih?Saya gunakan serbuk cuci Ekonomi Handalan.." sambung Syazana lemah.

Syazana memasukkan kunci dan membuka pintu rumahnya.Apa yang dilihatnya adalah suaminya,Osman (bukan nama sebenar) sedang berbogel di ruang tamu menonton video lucah yang amat mudah dibeli di pasar-pasar malam."Osman kelihatan terkejut apabila saya membuka pintu.Dia tanya saya,"Kenapa balik awal ni?" Saya jawab,"Saya kena buang kerja," Osman arahkan saya keluar rumah sebentar kerana dia kata dia perlu pakai baju takut nanti jiran-jiran nampak,"cerita Syazana membuatkan wartawan kami terpinga-pinga."Tiba-tiba saya dengar satu suara lelaki dari bilik tidur kami.Dia panggil "Abang Os,Abang Os punya dah naik ke belum ni?"

"Saya terus menerpa ke bilik tidur saya dan saya nampak seorang lelaki yang saya kenali,iaitu salah seorang jiran saya juga,sedang berbogel di atas katil kami.Pakai selimut saya lagi...Ya Allah.Tuhan saja yang tau perasaan saya waktu tu.Rasa seperti jantung saya kena tarik dengan kasar.." Syazana tidak mampu menahan titisan air matanya lagi."Dan itulah sebabnya saya di sini sekarang.Saya berharap agar cerita ini dapat dijadikan panduan kepada orang ramai," kata Syazana,menundukkan kepalanya.

Pada waktu ini,Syazana sedang menunggu keputusan perbicaraannya kerana didakwa membunuh suaminya dan juga kekasih suaminya,"Tak ramai wanita di sini,"kata Syazana."Saya berasa tenang.Di sini,saya selamat." Bila ditanya adakah dia menyesal kerana membunuh dua orang lelaki dan salah seorang lelaki itu adalah suaminya,Syazana menjawab,"Saya tak menyesal.Saya lebih rela jadi lesbian,saya kecewa dengan lelaki," mengakhiri temubual dengan wartawan kami.

Untuk menjadi penulis tabloid,anda memerlukan kreativiti dan imaginasi yang utuh

56 ulasan:

afiqsiddhartha berkata...

cuba sedaya upaya nak buat kesimpulan. ada sesiapa boleh bantu?

Rara berkata...

ahaha..adoiyai..konklusinya sebab tuh la dye jadi les.sengal betul~

LANN berkata...

Tu je dia nak cerita? Tak best betul

LANN berkata...

Tu je dia nak cerita? Tak best betul

gman berkata...

O.O?

yeke nih?

Tanpa Nama berkata...

salam bro,

konklusinya, nak tulis cerita dalam tabloid cuma perlukan imaginasi bodoh macam yang ko tulis nih. hahaha.

kelakar doe. tabik2. xD

psenk berkata...

hanye jalan jalan cerita sebegini yang mampu melariskan akhbar mahupun majalah dieorang. gile babun.

HAHA

Tanpa Nama berkata...

hahaha..kelakar jugakk,, laris tabloid sekarang sebab org dah loya dengan utusan.. nak tak nak beli jugak tabloid.. bacaria!! haha

Mantot berkata...

apa ni..takkan takde orang boleh teka pengajaran cerita ni?

arham h berkata...

memang tipikal metro
haha

Tanpa Nama berkata...

ekonomi handalan? HAHAHAHHAHA

ejaMaria berkata...

cam sampah... takde pekdah... penat je membaca ntah ape2... menci ai...

TeenCampForLife berkata...

konklusinya, skang ramai lelaki yg tak guna sampai pompuan terpaksa jenis sendiri pasal diorg dpt layanan paling best, dihormati dan dua2 bleh dpt tahap inzal yg sama...betul ke en.mantot?

Tanpa Nama berkata...

The moral of the story, it can happen to anyone.
Syazana (bukan nama sebenar), ko mmg malang.
Tiap2 hari masyarakat disajikan dgn soap opera kisah2 malang individu yg malang. MUAK!
Drp,
Cuka

afiqsiddhartha berkata...

Ataupun konklusinya macam ni, berita-berita yang dipaparkan dekat tabloid macam ini lah yang menunjukkan betapa sakitnya minda masyarakat kita. Sebab kalau bukan disebabkan apa yang masyarakat mahukan, cerita-cerita macam ini tak akan keluar. Dan juga, faktor2 cerita macam ini juga lah yang mengubah cara pemikiran individual. Mereka mula dibiasakan dan disajikan dengan hal hal jijik dan tak kena pada normaliti, seterusnya membentuk manusia sadis yang susah nak bezakan baik dan buruk. Jangan baca metro lah kalau tak nak otak dan minda kita daripada mengalami proses degenarating. Betul?

Tanpa Nama berkata...

sorry la mantot...sebenarnya takda sapa pun yang pandai kat blog ko ni!! ahahahahahahahaha...!

(buat yang lambat pickup tu..>>mantot reka je citer ni...nak perli wartawan metro..)

afiqsiddhartha berkata...

Degenerating.typo.

Nerzhul berkata...

baca hmetro. percaya jangan.

Eray Majid berkata...

aku rase aku dh tangkap ape pengajarannya
cerita2 ko kat atas tuh adalah semua cerita@berita dalan metro
pas2 ko gabung jadi satu cerita@berita lengkap...kan kan???

Mantot berkata...

tu analisa bukan pengajaran

mr edz berkata...

kalu wartawan hiburan macam mana pulak?

ditmercury berkata...

syabas mantot. habis masa aku 3 minit setengah baca cerita kau ni

(malas aku nak fikir moral of the story nih. tambah buang masa aku 6 minit)

Tanpa Nama berkata...

pengajarannya, takyah baca metro lagi. baca post mantot ni dah cukup, itula apa yang selalu kluar dalam metro.

xordy berkata...

cam syal. aku tertipu sampai part ekonomi handalan.

gary berkata...

TLDR.

Lelaki Bersut berkata...

Ko cuba hantar tengok penulisan ko ni ke metro mantot. Silap-silap diorg offer ko jadik head editor la aku syak. Hahaha!

LoveShak berkata...

lor..siannya bagi orang2 yang xpaham entry ni..zzzz

anyway, metro memang akhbar bodoh lagi sampah lagi merendahkan IQ meleis yang memang dah rendah.

Baca metro sama je macam baca majalah mangga+mastika.

Kadang2 aku tertanya2 samada wartawan majalah metro ni lulus Bahasa Melayu ke tak dalam SPM. Maklumlah, aku ni BM A1 (baca dalam nada riak takbur), jadi aku rasa aku lagi bagus jadi wartawan berbanding mereka.

dipendekkan cite, metro memang SUCKS! Suck my asshole la woiii! wahahhaha..

sorry tuan rumah, emosional plak.

Kap berkata...

kau gay rupanya Osman oi.

NAfiqahA berkata...

Malah,jiran saya selalu bertanya,apa rahsia baju saya kelihatan putih?Saya gunakan serbuk cuci Ekonomi Handalan.."

macam iklan pencuci baju! haha :D

kyo_9 berkata...

giler aa.. biar betik nih?!

Narcolepsy berkata...

mangkuk btoi. tgk sakit kena ekzos lagi bantai angkat mesin basuh.
samsung & pensonik, pilih pensonik ya? owh..mebi sbb pensonik tu saiznya lebih besaq.

baca bulih, pcya jgn..kan kan? sebab kadg2 org tulis ikut kesimpulan yg dia buat, bukan ikut fakta =)
kadg2..ok? kadg2..

farwalis berkata...

adoiyai hmetro.. kahkahkah

Lina Rahim berkata...

sebenarnya wartawan lah yang paling pandai BM, sebab mereka pandai dalam hiperbola- 1 topik dalam gaya bahasa (hyperball and exaggeration). ayah saya menguruskan rumah anak yatim, pernah diinterview oleh satu majalah, statement tak menahan cthnya "tiap2 pagi selepas subuh saya menangis mengenangkan nasib anak2 yatim di sini.." lucu la. sebab 1st-ayah saya tak wat statement macam tu, 2nd-ayah saya tak penah nangis tiap2 pagi pun 3rd-anak2 yatim lebih mewah dr ank2 org biasa. Wartawan sangat bijak dalam berlebih2an

berkata...

Kalau tambah lagi satu perenggan apa jadi kat Syazana lepas dia kena hukuman gantung mandatori, pastu ceritakan apa jadi masa pengkebumian dia, dah boleh masuk Mastika ni.

magsob berkata...

giler ah citenyer,..macam real.nasib baik aku tidak ter[eragkap..hahaha..anyway..memang kreativiti jugeklaaa..hahahah

Verdict berkata...

sangat tak blah cerita nie..aku pikekan real dah tadi.sampai kat meng tu aku dah tau..

kena tahi , ceyt!

AfiqahAR berkata...

HAHA.
kreatif.
ni berapa cerita digabungkan sekali?
nak tau jugak. :)

Myth berkata...

kenapa xtambah kena gang bang masa gi bayar duit pendahuluan gores dan menang?
baru la tepat lagi benar.

Alexia Aqram berkata...

berita orang bangang untuk disampaikan kepada bangang2 yang lain.

Shahrul Yusof berkata...

Baca Metro hari-hari boleh buatkan gua rasa life kat Malaysia ni macam life kat New York.

Jef Hadi berkata...

inilah pasal aku anti dengan harian metro.akhbar yang dicipta untuk membangangkan bangsa melayu.yang paling bagus.orang yang duduk dalam harian metro ni pun melayu jugak.

ape pun gerek ar mantot!!

SHE berkata...

MORALNYE...XYAH BACE PAPER TABLOID LA...SUME INFO XLEY PAKAI...BEK BACA KAMUS DEWAN JE LG BAGOS..

a_Jay berkata...

kaedah: baca metro/surat khabar berbahasa melayu.
keputusan: buang anak merata, suami isteri bercerai, abg bikin adik buncit, atuk 'geram' pd cucu..argghh byk siot nk list down...

nurul berkata...

sronok jugak bc cerita2 mcm ni..ada kelassss..haha

m berkata...

syial arr..tertipu aku! tp ko mmg lawak arr mantot..

nokia berkata...

aku musykil..

parti liar tu nampak macam private nye sbb deme "berselindung di sebalik sambutan menjelang hari kebangsaan"

tapi..apsal wartawan tu blh senang2 interview minah les tu "tepi kolam renang" ?? tak kene halau ke ape ke..?


maybe ni kot maksud tak cukup imaginasi..

Cokodok berkata...

Salam,

Kesimpulannya adalah Harian Metro wajar disampah sarapkan kerana ia tidak lebih dari sumber bacaan soft porn...

Huh berkata...

fuh, kalah obefiend punya harian metroll die , tot...tot is the next obe! yeahh!

Besi Karat berkata...

Cerita all in one.rempit,gay,lesbo,gores & menang,rogol,liwat.cerita macam ni kegemaran 1Malaysia kan?
kah kah.

Aslina berkata...

oo...

syazana adalah salah sorang yang ditahan dalam pesta lesbian itu.

emo betul dia. agak2 la...

sherliza berkata...

aku mula suspicious part pak ajis pakai pisau samurai nak merogol...sungguh kreatif ya haha

tp tabloid pun bacaan ringan utk org yg malas berfikir yer kawan2.

Tanpa Nama berkata...

aku rs moral of the story ialah wartawan metro tu sengaja tokok tmbh cerita mnjd lbh menarik utk melariskn jualan akhbar metro, btoi x?????

Aslina berkata...

sebenarnya aku rajin beli harian metro.


sebab saiz dia kompak dan lepas sejam beli, aku buat lapik makanan kucing.

=)

K2r~90 berkata...

oww gitu
dunie di akhir zaMan beb

Tanpa Nama berkata...

moralnya kalo dah kene rogol jgn balik umah pg try gores n menang plak..pg repot pulis..muahahahha

abby berkata...

haha.klaka.