April 09, 2010

Bagaimana Facebook Mampu Menjahanamkan Hidup Anda?

Facebook adalah satu tool yang sangat berguna.Amat mudah untuk anda menghubungi kawan-kawan,saudara mara atau ahli-ahli politik (yang diragui reti atau tidak ber-facebook).

Facebook juga dapat dijadikan satu medium untuk anda mempamerkan kemahiran anda.Aku tengok ramai yang letak gambar-gambar cantik yang anda tangkap,lukisan atau hasil2 artwork dan juga bakat nyanyian anda dalam video-video yang dipamerkan.

Apakah kelebihan Faceook?

Facebook mampu menghubungkan ramai orang dengan anda asalkan mereka tahu apa nama anda.Tetapi,akibat daripada kepopularan Facebook ni,ada juga pihak lain yang menggunakan Facebook sebagai satu medium menilai diri anda,dalam bentuk lebih jelas lagi,bakal majikan anda.

Katakanlah,anda menghadiri satu interview di sebuah syarikat,anda menghantar sebuah resume yang hebat,anda juga mempunyai pengalaman kerja yang mencukupi dan anda juga mempunyai set of skills yang jauh melampaui kehendak asas syarikat itu. Kemudian interviewer anda pun membuka Facebook dan menaip nama anda,"Polan bin Polin"...keluarlah habis segala status update anda yang diupdate setiap jam

10: 20 - Aku tengah makan nasik
10: 28 - Aku tengah berfikir
11: 12 - Jalan teruk sesak.Im on the way nak gi lunch
12: 30 - Woohoo!Lunch!Hari ni aku tak produktif langsung

dan keluar pulak ladang Farmville anda yang maha besar dan penuh dengan hiasan-hiasan cantik dan binatang yang sihat-sihat. Apa reaksi bakal majikan anda?Mahukah dia mengambil seorang pekerja yang setiap jam mengupdatekan status Facebook nya dan sangat addict kepada Farmville."Huh,mamat ni mesti tak sempat kejar deadline...sebab dia ada deadline untuk harvest tanaman ladang dia.." fikir bakal majikan anda sambil mengoyakkan resume anda.

Jangan lah update status anda setiap masa.Annoying beb.Ada siapa2 nak tambah lagi keburukan Facebook ni? (LINK)

37 ulasan:

aina hazuani berkata...

stupid application seperti smile haram jadah. benci!!

tapi farmville aku main. ngeh ngeh

ejaMaria berkata...

dah jumpa org yg ketagih farmville ni, harap ladang tu je la yg lawa... laman rumah lalang sama tinggi ngan lutut (sib baik lutut... klu pinggang?)

Nerzhul berkata...

berbudi pada tanah ada banyak hasilnya, berbudi pada farmville banyak habiskan masa dan wang ringgit..heheheh

bibopp berkata...

beep raised her hand.
i just deactivated my fb account due to some personal crisis.but then again,yeah i cud not agree more with u.those ppl on fb (those yg asyik update status gile glamer (even tho aku pnh buat n finally came to realization)) are perfect examples of ANNOYANCE.full stop.
*now hidup lebih tenang tanpa FB wlupn agak rindu*

akiss. berkata...

xperlu la letak nama sbnr. application2 bodoh tu boleh je hide. FB ni byk bg pilihan, so, decide sindiri. main la sekadar suka2, jgn add org yg xknal dan jgn bagi info sbnr =) itu je.

Alyssa Villamor berkata...

haha mmg annoying bila everytime org tu update, nak g mkn, g shopping sume nak btaw..nasib baik dia nak g toilet dia tak cite..!

mao berkata...

ada saja orang cerita aktiviti dalam toilet.. sampai nak muntah baca dia cerita bentuk fizikal tuuuuuuut ..hahahaha

Othman Juliana berkata...

klu aku majikan-FB mmg aku block. No doubt. Tapi certain organizations guna FB sebagai medium perantaraan among them. Ok-fine.

What ever it is-aku nyampah kat org yg asyik2 antar mcm2-smile? bunga? join2? pergh~ semak. satu lg yg sibuk tag aku bile ada gmbr anak tgh mkn nasik la, anak tgh korek idung la (ok-aku dah exaggerate ni-haha), tag gmbr ntah apa2. Dah le aku jarang check FB-org tnya, klu dah nyampah ngape bukak FB? Sbb FB ni yg menghubungkn aku dgn kwn yg dh berada di merata dunia-senang. Lebih senang dr email.

update status is ok tp klu smpi dok update status 27hours? idiots. haha, ada-kwn aku keje gomen. Sket2 update: busan le nk ph keje, keje ntah apa2 la, keje yg sgt busan la, benci nk keje, dll. First perception aku-no wonder servis out puak2 ni! mkn gaji buta? yeah, gaji pun x sebuta depa!! haha~

Ps. paling x bleh blah bila cikgu2 yg dok komplen keje diorg membusankan! Then, what the heck hang pi amek edu??? ni la antara sbb bdk2 skang "lain"-sbb cikgu dah x mcm cikgu dlu-ngajor bkn dr ati!! huh!

ok-komen aku panjang dah mcm karangan SPM: kah, kah.

AfiqahAR berkata...

solution: remove saja orang-orang yang meng-annoy-kan anda.
update status tak update status hak individu.
dah memang itu salah satu function utama FB.
kalau tak, tak wujud wall dan sebagainya.
so, kalau dah annoying sangat dengan function yang direka oleh FB, delete saja akaun. like beep said. :)

Masturah Idrus berkata...

so,apa sebenarnya yang korang nak?

Tanpa Nama berkata...

hak masingmasing nak update status annoying diorang setiap jam or setiap saat pun

tak suka dia update
solusi?

remove from fren n block =)

FB hak masingmasing as long dia x buat kacau kat wall kita tu dah cukup ok dah

peace =D

Tanpa Nama berkata...

totally agree with pikalicious5 =)

Mantot berkata...

ehehe..apa benda la yang korang duk bincang2 sampai nak gaduh ni.kan aku kata ada guna Facebook tu,faedah dia banyak gak.

point aku sebenarnya..

mudah benar data dan maklumat pasal diri kita diketahui skrg ni,bukak aje google taipkan nama anda,first sekali result.."Facebook Page anda"

kalau dalam Facebook anda berperangai spt bohsia dan bohjan (ramai dlm FB camtu)...semua orang boleh tahu.

kita seronok2 hepi dalam Facebook tapi data2 yang ada tu dapat digunakan utk mcm-mcm,cthnya menilai bakal employee.

Benda ni mmg dah dipraktikkan kat US sebab ada orang yang ditolak application dia sebab facebook dia agak "keterlaluan."

Kita pandang mudah personal info kita ada dekat internet tapi ada kemungkinan,satu masa nanti,apa yang kita letak tu akan gigit balik jubur kita.

Pasal aku annoyed dengan status tu,tambahan aje.Personal POV.Tu bukan main point aku.Banyak member aku yang selalu update status,tapi sbb member,takkan aku nak delete diorang kan?

Johann berkata...

Btul tu tot. Cam aku dh lama realized bnda2 gini so FB aku xla mngarut2 n aku letak video2 air crash investigation or ape2 bnda berkaitan aviation sbb ni bkal jadi bidang aku cari makan so i have nothing to worry about.

zayani Halil berkata...

ADDICTIVE

Othman Juliana berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Othman Juliana berkata...

btul gk tot-bos aku dlu penah gunakan medium FB ni utk cr pekerja-sbb kt US dia dah biasa guna. byk gk account holder FB are serious. info mmg mcm resume. no hanky-panky. no doubt-byk gk bagusnya FB ni bile digunakan dgn btul.

status-mmg hak individu. eh, even aku pun kadang2 letak status/issues specially bila kwn2 aku asyik dok msg tnya apa cite aku (ok-sbb aku jarang check FB kot?)tp bila asyik tgk kwn2 yg jd cikgu (contoh) asyik kutuk psl kerjaya diorg sendiri-sedih&geram. nnti anak2 aku dpt cikgu mcm ni gk ke esok2? (baca:soalan sendiri). dan yea, depa kwn-tkkn nk delete. annoying pun annoying la-nk buat camna, kwn tetap kwn kan. aku pun annoying gk kadang2-haha.

Tanpa Nama berkata...

Disadvantage

1. Bole buat orang bergaduh dengan status
e.g buat status maki-maki , sekali kawan terasa.

2. Bole kantoi kalau menipu bf/suami
e.g kata kat suami/bf pergi rumah pakcik , kat status kawan dia (yg suami/bf bole view), gembira dapat hangout / clubbing.

3. Bole buat orang kene buang kerja.
e.g kutuk2 boss , sekali lupa private , boss boleh view.

Mar

L.U.T.H. berkata...

aku rase byk bende yg jahanam kt FB tuh...tp byk gak mende yg elok...bese la tuh..dunia xsmpurna...tp yg aku kurg puas hati, ade sorg kwn aku tuh leh maki2 sorg lg kwn aku dlm status fb die...what the...? adoi~ tolong la update status anda dgn b'sopan dan xperlulah mengeji org melalui FB...xbaik...

Sang Hangin berkata...

Facebook memang langsung takde kebaikan!!

- ganggu waktu bekerja
- melembabkan produktiviti ( berlaku dpn mata , tiap2 hari menghadap rakan sekerja mcm ni memang tension )orang nak kejar deadline diorang sibuk nak balas komen, tgk gambar2 awek, upload2 gambar, update statuslah add kawan barulah. sudahnya hasil kerja x seberapa sekadar nak siap. bila kena buat balik tarik muka masam. tujuan ke ofis nak buat apa sebenarnya ni?!!
- lagi aku x tau. aku x de FB

kepada sesiapa yang kaki FB bodoh ni ingat2 sikitlah.. terutama yang layan waktu pejabat/kerja. daripada korang kemaruk jari dgn mata nak menjamu-jamah FB tu lebih baik korang kerja dgn tekun.Ingat sikit dekat org lain yg betul datang nak buat kerja. kalau nak layan FB pun tunggulah dah habis kerja ke, dekat rumah ke, luar waktu pejabat.

pendek kata, jangan berfacebooklah. buang masa!

Tanpa Nama berkata...

i have a senior yang hampir nak kene buang dari dapat scholarship sbb fb.but then, naseb baek institusi pengajian tolong die nak dapatkan balik scholarship tu.

Aslina berkata...

sebab tu fb aku malas nak letak nama betul2...

Raji and Yeen berkata...

hak2 fb nih dh cm dadah lak ;P
ad ak pgi kaunter nk bayar.. ad ker patot orng yg jage kaunter stu tgh layan farmville =.=

Tanpa Nama berkata...

boleh hide la. from google pun boleh. privacy settings boleh adjust. status-status updates/application-application bongok yang annoying boleh hide, tak payah delete friend pun. status sendiri pun boleh set siapa boleh tengok siapa tak boleh.

bosan dengar orang emo-emo pasal fb ni sedangkan diri sendiri yang tak reti guna.

Othman Juliana berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Othman Juliana berkata...

tadi exam PTD-English essay: tajuk no 1 psl social networking ni (FB, twitter, myspace)-potential danger yg org x prasan dgn social networking ni-bincangkan (camtu la lebih kurang tajuknya). dan yeah, aku amek tajuk ni~ haha. sbb excited-rasa aku terlebih PP dah.. huhu~

**aku dh lama block org2 tertentu-cuma busan bile ada yg nk hentam org lain yg bg pendapat tp takut nk letak nama btui~ tikam dlm gelop. hehe ;p

RABUN berkata...

aku bikin FB pon pasal nak join geng bloger..

FB aku sendiri pon aku tak selera nk bukak... aku pening ngan layout dia yang berterabur ngan function yang bukan bukan

lebih meloyakan bukak Fb page aku, yang keluar cerita orang lain duk cerita gebang gebang ngan orang lain yang topiknyer tak der kene mengena langsung ngan aku...

skang aku ada masalah ngan emel aku penuh ngan spam FB..PON kebanyakanya cerita yang tak der kene mengena dengan aku

situkanghambar berkata...

ade 1 kes, dari kawan aku punya org rumah.

masa tuh, ofis die org tgh gawat, gaji bulan tuh tak masuk.
jadi ade yang tak dapat dtg keja.

termasuklah bos ke-3. agak lama die tak datang, mengalahkan pekerja-pekerja lain. padahal die ade share kat ofis tu. tp mungkin sgt terbeban dgn kegawatan.

tp terkantoi, di FB bos ke-3. ada gamba-gambar bercuti di beberapa tempat, berserta gambar bilik hotel yang agak mewah.(percutian semasa gawat)

hebat bukan~

situkanghambar berkata...

rasanya lain, antara status FB dan komen di blog.

sila baca semula "akibat update status di FB"

abangsahar berkata...

ada lagi tot effect fb ni wehh..dengan maklumat2 pelbagai tuh(sekolah, umur, minat, keje, umah, tempat lepaking) pihak2 berkepentingan (military,polis, CIA, penyamun, marketing company) boleh build up database mengenai sesuatu lokasi (geograpic info), social networks(who u connected to), apa jenis orang yang sedang dianalisis dan apa saja maklumat yang boleh dieksploitasi..its lot more than juz a network.

abangsahar berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

ari2 kalo bkk paper mest de cite pasal fb..pelik btol..yg lg pelik ngn org yg 24jam men fb..balek kelas bkk fb..dkat tmpt blaja pn bkk fb..entah smpi tue nant pon nk maen fb..shari orang cm2 x maen fb mest jd biol otak..pas2 bile dapat pc yg de intenet berebot sbb nk maen fb..

Sy's Den berkata...

similar artikel cam aku baca kat Reader's Digest 2 thn lepas.

Employers akan check background future employee - sapa2 wat benda bukan2 ( posting updates pelik2/gambar pelik2/games etc ) kat mana2 laman sosial mmg siap sedia la kene rejek. Cuma x pasti dh dibuat kat Malaysia atau blum.

Apisometres berkata...

FB nih baguih diaggap sbg tool jek dalam dunia serba IT nih, jgn terlampau depend sgt n jgn plak ignore... yg penting.. berpada-pada.. (^^)

Average Joe berkata...

Salam all...

Tun Mahathir pun pernah cakap, whatever internet ni ibarat sebilah pisau... terpulang kpd kebijaksanaan masing2 nak gunakannya camne... nak siang ikan/potong sayur time nak masak... atau nak buat ukiran yg indah.. atau... nak bunuh org! terpulang kepada kebijaksanaan (or lack of thereof) masing2...

berFB di tempat kerja... generally mmg aku sendiri tak setuju sbb boleh melalaikan... tp in case ada agensi yg guna FB sbg tempat diorg bertukar2 maklumat, itu hak diorg... berlambak group2 pegawai kerajaan dlm FB... kat agensi aku sendiri boleh dikatakan takde sorg pun yg takde FB, even Pengarah kitorg pun ada FB... tapi time keje, keje lah... jgn berFB.

setuju dgn ALucard... yg penting n bijaknya ialah kita berpada-pada, jgn extremely menolak n jgn pula extremely addicted. dua2 extreme tu golongan yg tak brape cerdik, sorry to say...!!!

Pendeko Laut berkata...

Apply security / privacy control saperti mana yang aku buat. Bila org review facebook aku, yang diorg hanya dpt tgk cumalah info aku yg tak seberapa tapi photo dan wall tk akan nampak dan stay hidden unless if aku accept sebagai friend. Selagi blom jadik friend, selagi tu la tak akan nampak coretan wall aku!!! Wuahaha!

jaeluv berkata...

keje aku memang menggunakan FB (bisnes online)..haha..so nak men sket2 tu tade hal..haha..tapi kalo staf2 len lalu..aku wat keje asal aku balik la..
pastu dah asyik ngadap FB ni je time keje..jd malas lak aku..berpinar2 dah mata den..pastu merayau2 kat blog..jupe la blog ko ni Mantot..
status tu sume boleh tuju kat sesape yg kiter nak tuju..mcm yg aku wat..kalo men cityville, yg reward2 tu, aku setting kat list games(korang pun leh wat setting ni) so, org2 yg dalam list games tu je leh tgk..
aku pun tau org akan menyampah kalo aku post yg games2 tu tiap minit/jam..haha..so aku dah asingkan sape yg bole men games, kawan2 yg siyes, lecturer..haha..kan senang hidup