April 20, 2009

Rakyat-Rakyat Hidup Dalam Akademi Fantasia

Hari ni,aku pun tak tau macam mana aku boleh terlayan rancangan Mentor kat TV3.Aku tengah tunggu bola start jadi sebab lambat sangat aku pun layan je la dulu.Dulu satu masa aku ikut jugak rancangan2 realiti ni macam Malaysian Idol sebab aku suka tengok bahagian audition dia.Aku suka gelakkan orang yang tak sedar diri,hahahaha.Dan bila ada audition2 camni,akan wujud lah golongan2 manusia yang kita sendiri tak sangka wujud kat Malaysia ni.

Yang aku ingat dalam Audition Mentor tadi tu,ada seorang mamat (aku rasa orang Sarawak/Sabah) yang datang interview dengan Ajai.Ajai ni syarat2 dia sebelum nyanyi kena menari,jadi mamat ni pun letak la gitar dia dan menari.Aku takleh komen apa2 sebab aku tak pandai menari,takde la kaku macam aku menari.Lepas tu dia ambik gitar,nyanyi la lagu rock lama.Nyanyian memang out gila tapi bole la sebab gitar dia cover sumbang.Ajai pun rejek la...Mamat ni keluar,muka tak puas hati.Masuk bilik air,maki2 lepas tu dia meluru balik bilik audition dan merayu kat Ajai bagi dia chance lagi sekali.Buat muka kesian macam anak kucing tak makan seminggu.Tadi gaya rock gila mula2.Kena rejek lagi sekali,maki2 kat kamera lepas tu tolak2 kamera yang tengah rekod muka hangin dia.



Bila aku tengok benda2 camtu,membuatkan aku teringat balik dengan pengalaman hidup aku dengan seorang lelaki yang kononnya "Artis" ni.Satu masa dulu,aku duduk Putrajaya ramai2 dan member aku ni bawak la seorang kawan dia,kata nak menumpang kejap.Sementara nak buat album.Hahahaha.Oh,lupe,dia ni ahli kumpulan nasyid.

2 minggu first tu kagum la jugak.Ye lah,duduk dengan orang yang kenal dengan geng-geng nasyid.Dia kata dia kenal kumpulan Rabbani,biasa lepak dengan Raihan,wuiyoo.Siap tanya kitorang kalau Raihan nak buat video klip boleh ke uruskan.Tapi lama-kelamaan mamat ni jadi haru biru.Banyak la benda2 yang dia buat yang menunjukkan dia ni "Manusia Tak Berpijak Atas Tanah"

1) Dia ajak orang makan tengahari,lepas makan dia suruh member aku bayarkan makanan dia,padahal DIA YANG AJAK.Rupenye dia tak bawak duit langsung.

2) Pinjam duit,tak pernah bayar balik.

3) Kata nak menumpang sebulan,last2 hampir 6 bulan duduk rumah kitorang dan tak pernah bayar sewa atau bil

4) Pinjam mini kompo aku dan sampai sekarang aku tak tau mana pegi radio aku tu

5) Jual speaker dekat orang,duit dah ambik,barang pun dia ambik jugak

6) Kompose lagu malam2 buat (kononnya dapat ilham pagi2) sampai kacau orang tido.Kompose lagu masa orang tengah main game bola atau tengok movie ramai2.

7) Beli henfon baru,reload Rm50,telefon orang ramai informkan nombor dia.Reload habis,duit pun habis,lepas tu tak reload dah.

8) Tiap2 kali awek datang nak buat grup work ramai2,tiba-tiba dia akan mandi dan bersiap2 pakai baju lawa-lawa.Ada sekali tu,dia baru bangun tidur,turun bawah ada awek tengah buat kerja terus lari naik atas mandi dan berdandan.

9) Tulis surat untuk pempuan yang dia suka dan bila nak sain kat bawah,dia sain "Shah Rukh Khan Malaysia." Lepas tu dia mintak pandangan orang ramai.Aku ingat dia memain,rupenye dia serius dan ikhlas.

10) Bila kitorang buat open house hari raya,dekat satu corner rumah,dia dah siapkan ruangan untuk displaykan "siapa dia." Ada gambar2 dia dan poster2 artis yang dia minat.Tujuan dia,nak impress awek.

11) Aku ada cakap dia kenal geng naysid Rabbani kan?Ada satu konsert amal kat Putrajaya,Rabbani ada show.Dia ni siap pegi backstage,nak lepak dengan geng-geng nasyid.Kumpulan Rabbani tak kenal dia langsung...tegur pun tak.

12) Pegi makan tengah hari dengan memakai vest,baju long sleeve dan kasut boot yang ada piring tajam macam koboi tu.Kitorang pegi pakai tshirt,seluar dengan selipar.Food court depan rumah je kat Presint 8.Nak lagi sedap,dia dah pakai tu semua,dia pakai glove kaler putih ala-ala Michael Jackson.

Banyak lagi kenangan aku dengan dia ni.Aku pun tak tau apa jadi kat dia sekarang ni sebab last sekali masa aku carik dia dulu,aku nak balik radio aku dan duit aku RM40 yang dia pinjam.Zaman student,besar tu Rm40 dan sebijik radio Rm180.Tapi sekarang ni aku halalkan aje la.Aku ada jumpa dia kat Mid Valley dulu tapi masa tu dia jalan dengan awek,jadi dia nak cepat dan aku pun nak cepat blah.

Mungkin bila tengok rancangan2 kat Tv tu akan menunjukkan contoh2 manusia yang anda sendiri rasa tak percaya wujud kat Malaysia ni.Tapi selepas pengalaman aku duduk dengan orang yang macam gitu,aku dah tak berapa terkejut dah kalau dengar2 cerita artis tak tau malu ni.Sebab ada artis atau orang tak ternama yang dah sampai tahap camtu dan bukti dia aku dah tengok depan mata aku.

Memang bila seseorang itu ingin jadi terkenal,memang diorang akan sanggup buat tak peduli dengan pandangan masyarakat,tak peduli langsung dengan pandangan orang sekeliling dia.Sebab tu lah wujudnya program realiti TV ni banyak dekat Malaysia.Tujuan dia tak lain tak bukan adalah untuk membuatkan orang-orang yang tak sedar diri ni rasa diri mereka dihargai dan membuatkan orang yang tengok tu wish diorang adalah mereka yang di kaca TV tu.

Kita suka lari daripada realiti.Sebab tu kita ada banyak rancangan realiti TV.Nak membuatkan ramai manusia tak kenal mana satu realiti,mana satu fantasi.Duit buat perabis vote SMS tak rasa membazir,benda2 lain banyak pulak fikir berjimatnya.Kenapa dipanggil rancangan realiti kalau tujuan sebenar nak buat rakyat hidup dalam fantasi?Bila Akademi Fantasia ni nak habis?Apa benda yang best sangat pasal AF ni?



I am Spinning Around,Move Out of My Way

23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

series kawan ang mat nasyid kononnye mental abis...
aku tau wujud org camtuh...
tapi tak bajet le dapat dok skali...
tak paham aku org2 camtuh...
tak sedo diri ke hape??
tatau ke langit ni tinggi ke rendah...
erm...
ang tak tros trang ke kat die pasal perangai die yg mental tuh??

RhyZe berkata...

hahaha.. funny one~

ya.. aku stuju bab2 x rasionalnya pemikiran sesetengah masyarakat yg kononnya sayangkan artis lebey dari segalanya..

- kalau sembang psal artis kalau x sependapat pun ley bergaduh jadinya..

- bayangkan sendiri bilalaa aku nak jadi artis.. bilalaa aku akan femes dari mawi... aku lebey hebat dari ko sbb aku byk kawan artis...

...

hehehe... fantasi oh fantasi

Tanpa Nama berkata...

aaaahhahahahahahah.sape name dia tot? aku lupe la.member kimi eh?
-yem

kucai berkata...

ada gak ek org camtu..
aku ingt dah pupus dah org camtu..

lgik 1..
aku memang x paham apsal makhluk dlm mlaysia nie kemaruk sgt nk tgk af tue..best sgt ka af tue..cam jimbit ja aku tgk..
tue pon smpai ad org yg smpai tamau mkan nasik ngan laki dan anak dia psl nk tgk sgt af tue..apsal mentaliti diaorg nie lemah sgt..aku sesangat la x pham perangai depa nie...

Master Yoda berkata...

Salam..

Seriusly ade psychological dissorder kawan hang tu...

Sian..

Down's Syndrome ke ape tu?

Sian..

Unknown berkata...

gila bebal org mcm ni,,~~ huhu~

Tanpa Nama berkata...

af mcm cilaka...ble kua bebudak jadi dj, jd pelakon..jadi gila pun ada (spe ntah,Mas af ker spe ker)..aku pernah tengok artis af sorang makan kt warung tepi jalan jer pn,tpi pakaian;fuh..xble blah..ala,diorang bkn ada duit sgt pun..popular jer lebih..

orgbaru berkata...

aku tgk af sebab kt umah aku tak pegang remote kontrol astro..
n aku rasa program astro takde satu pon yg suit dgn jiwa aku...kecuali 106 oasis..cafe akhil hay je aku suke..dgn program indahnya iman..

sekian terima kasih

Tanpa Nama berkata...

memang "hebat" la wujud gak org mcm 2.... adoi.... alhamdulillah lom lagi jmp org yg trk mcm 2...

kyo_9 berkata...

ak pon pening gak ngan rancangan2 realiti tv nih.. yang mana ade otak kot yg nampak benda2 ni membazir..

Sy's Den berkata...

yang aku pelik setiap tahun ramai pulak manusia2 yg beratur kemaruk sangat nak join mende2 tu.

aku ingat bila buat setiap tahun jumlah peserta akan makin sikit, rupanya....

sim2096 berkata...

ntah pape ntah rancangan realiti skang..x de pekdahnye..x de bantu tingkatkn ekonomi negara pun..buang mase je..cube le bt rancangan realiti yg beri sumbgn kpd msyarat cam 'the inventor' kat discovery science..baru la ade idea2 utk maju..ni x asyik hiburan semate2 aje..

Xeno berkata...

Nasyid pabende cemtu.

Saya pernah jumpa Inteam, okey per diorg. Hahah...

Unknown berkata...

tot, aku penah kenal ini budak masa lepak umah bebudak kat putrajaya dulu.saiko habess!!!!

-ajek

Tanpa Nama berkata...

Agreed wif sim2096. realiti program yg b'unsur nyanyian dll mmg dh melambak kat m'sia ni. tp tkde sorang pon yg betol2 meletop smpai level international.Bkn ke baik rancangan realiti tu terarah kpd anasir2 yg lebih membina,i.e mc inventor, mcm Apprentice ker or sesuatu yg bole membina intelektualisme.

blurb berkata...

weh..aku pon penah ada pengalaman dgn orang macam ni..

giler semangat dok jaja cerita itu ini pasal dia rapat dgn artis smata-mata nk impress awek..adoi..

dahla menyibuk nak ikut masa aku kuar ngan kawan2 aku..pastu tak mao kuar sesen pon duwet..even aku x harap pon,but tunjuk ar sket yg die tu gentleman kan..dah dia sorang je lelaki yg ikut kitorang..kitorang x ajak,dier yg nk sgt..alih2 kitorang yg support sume..

Tanpa Nama berkata...

Aku ada kenal dengan sorang student IPT yang bercakap melayu loghat england dan mengaku bapak dia omputih dan uncle dia(omputih juge)nak hadiahkan keta audi kat dia. Tapi kata dia tak mau sebab dia masih student lagi.Tapi yang herannya, muka dia sebijik orang asia tulen dan dalam IC nama bapak dia Nasiman...,Heran.(bijak tahap plankton betol).

a w e n g berkata...

hahahaha.. post ko yg nih is pure gold bro.

Obefiend Weiland berkata...

pure gold indeed... membongkar kepoyoan budak nasyid. konon islamik tapi nak awek je sebenarnya

haha

5 bintang

aku ketawa guling2

Jebat berkata...

Aku punya kes lain sket, awek yg ngaku mix mat saleh..

citer dok london blk msia pasal cuti sem, kena kanser tahap kronik..

tp bila cakap kantoi slang @#$*$& dia..

bg aku dorang ni tak berapa siuman sbb terlampau kuat berfantasi sampai lupa diri,ni siap nak tarik org masuk dunia dia..ape kes!

yg sama ngan kes ko nih,dorang tak berpijak pada dunia nyata, cuma berfantasi dialam realiti..

syamzari berkata...

salam,
artis malaysia ni sorang jer aku minat..itu pun sebab aku jumpa dia dengan bini aku kat shell kelana jaya...

waktu tu maghrib nak abis, keadaan jam teruk dan hujan lebat...dia parking kat shell dan terus keluar dengan tergesa-gesa, aku ingat dia nak pi tandas nak melepas ke apa...rupanya dia nak cari surau...perghh wa salute lu beb bang ANUAR ZAIN...hehehe

Tanpa Nama berkata...

ANUAR ZAIN? dah berubah la artis ni..bagusla begitu....syukur!

Apepun...aku setuju....rancangan realiti tv dah berlambak skrg ni dan memang jemu tengoknye. Dari nyanyi...ke menari ke berlakon...mcm dah takde idea dah. Aku layan jugak kdg-kdg tu.. af tp tak penah terpikir nak buang duit nak undi sms pun.

Tp yg paling banyak aku tengok org yg sebangse dgn aku ni la yg banyak berangan....nak jadi penyanyi, nak jadi pelakon, nak jadi penari....

Ade yang sanggup tunggu giliran dari pagi sampai petang (ntah solat ke tidak) dgn bawak family sbg penyokong konon. So satu familyla berkampung dkt tpt audition tu.

Bila si anak dpt masuk, punyele bangge sangat...itu yg dibanggekan? Tak tau la ape nak jadi dgn org sebangse dgn aku nih....

Tanpa Nama berkata...

MB Nizar pun ada ciri2 macam tu... lariiiiiiiikkkkk