April 02, 2009

Semangat Kolonialisme Masih Menebal Dalam Diriku

Cuba lihat sekeliling kita,sedar tak sedar kedatangan British satu masa dulu masih lagi meninggalkan kesan yang mendalam kepada kita.Kita boleh nampak wujud syarikat-syarikat bernama Guthrie dan Sime Darby.Ada juga syarikat-syarikat yang diwujudkan oleh orang Melayu tapi namanya Inggeris,seperti FELDA,FELCRA.Perlembagaan negara kita pun boleh dikatakan masih ada lagi mengamalkan sistem-sistem yang diperkenalkan oleh British seperti Internal Security Act.

Sampai sekarang masih lagi wujud pengaruh British dalam hidup seorang Malaysia walaupun kita sudah merdeka.Seolah-olah kita sayang dengan pengaruh luar dan kita terlalu agungkan "Mat Saleh."

Katakanlah,ada sepasang couple Mat Salleh datang ke restoran seorang Melayu dan dia makanlah makanan Melayu kat situ.Lepas makan;orang putih tu tentu akan memuji masakan dia ,"Wow,this is a really nice dishes!" Tentu tuan punya orang Melayu akan kata,"It's ok lah sir,u don hev to pay.Kami belanjer"Tentu orang putih tu akan kata<"It's ok!Take this.Keep the change." Orang Melayu tu tentu akan berasa sangat2 gembira kerana dipuji orang putih dan dapat duit lebih.

Kalau orang Cina pulak;ni aku pernah nampak sendiri.Sepasang orang putih nak beli DVD,bila orang putih tu tanya,"How much?" dia kata "RM50" dan ini bukan DVD original ke,ini DVD pirate yang kita beli dengan harga RM6 ke RM8.

Nampak tak perbezaan dari situ?Orang Melayu memang dilatih untuk menerima dan orang Cina memang sudah diajar turun temurun untuk mengambil peluang.

Orang Melayu terlalu mengagungkan orang luar khasnya mereka yang berkulit putih kerana mereka merasakan orang putih adalah superior berbanding mereka.Orang Melayu akan memandang rendah kepada pendatang asing daripada negara-negara membangun kerana pada orang Melayu,kita lagi superior.Selagi kita macam tu,selagi tu lah orang Melayu lemah,longlai.Yang maju hanyalah mereka yang terlibat dalam pemerintahan.Bukankah ini dasar British satu masa dulu;untuk memajukan orang Melayu,orang Melayu diajak masuk government,kerja bawah diorang.Bezanya sekarang,orang Melayu yang mahu hidup stabil mahu masuk kerja dengan government dan kerja di bawah orang Melayu yang berlagak macam British.

Orang Cina?
Orang Cina tidak peduli apa jenis warna kulit anda asalkan dia nampak peluang nak buat bisnes lebih dia akan grab peluang tu;mungkin ini faktor genetik dan kebudayaan orang-orang Cina yang telah lama wujud menjadikan orang Cina satu bangsa yang kuat dan pandai mengejar peluang yang ada di depan mata.Sebab itu orang Cina ramai yang kaya bermula dari bawah.Kita ambik contoh mendiang Loh Boon Siew,atau Mr.Honda.

Tengok dari mana dia mula berniaga.Dia mula berniaga daripada meniaga basikal,repair basikal.Kemudian dia try sikit-sikit pasang motorsikal dan tengoklah hasil dia sekarang.Melayu?Majoriti Melayu takkan nak mula kecil-kecilan.Kalau nak buat mesti mula dengan grand,dengan perasmian besar-besar dan kedai yang agak mewah.Pemikiran orang Melayu,kalau nak meniaga,untung mesti besar dan untung mesti cepat.Kita ambik saja Modenas.Comparekan bagaimana Modenas ditubuhkan dan bagaimana Boon Siew Honda ditubuhkan,tujuan aku bukan nak kritik Modenas cuma kita lihat saja bagaimana Melayu dan orang Cina mulakan bisnes.

Jadi,berbalik semula kepada isu penjajahan tadi.Aku terfikir semalam,kenapa kita terlalu mengagungkan Sukan Komanwel 1998.Sebab sewaktu acara event tu berlangsung,semua rancangan dan tema adalah bagaimana kita berjaya menganjurkan sukan tu dengan gemilang sekali dan berjaya meletakkan Malaysia di mata dunia.Lagi lah pulak bersemangat bila dengar lagu Ella tu,"Standing In The Eyes of The World."Lagu tu tajuk dia Inggeris dan lagu tu adalah campuran Bahasa Melayu dan Inggeris.Adakah kita secara sedar atau tak sedar dihasut secara perlahan sewaktu itu?Yang lebih menghairankan,apa sebenarnya yang kita banggakan mengenai Sukan Komanwel itu?

Adakah kita patut gembira dan menganjurkan satu acara yang gilang gemilang untuk meraikan yang negara kita pernah dijajah British satu masa dulu?Orang Melayu tidak pernah ada identiti dan haluan sendiri.Budaya juga dipinjam dan dicampur-campurkan dari bangsa-bangsa lain.Mungkin kerana itulah kita terpaksa turut bergembira meraikan negara kita pernah dijajah British,semata-mata untuk mendapatkan sesuatu identiti bangsa kita.

Adakah kita,orang Melayu sedar apa yang kita lakukan sebenarnya?

8 ulasan:

zamdee berkata...

fuh, sib bek aku Jawa :D

Amir berkata...

"Orang Melayu memang dilatih untuk menerima dan orang Cina memang sudah diajar turun temurun untuk mengambil peluang."

aku setuju benor ayat di atas. Kerap kali aku jumpa situasi macam ni.

pertama sekali aku nak komen, sebenar nye kita Melayu dah diasuh dengan pemikiran British (omputih), dari huruf sampai lah nama parti/syarikat. Huruf yg aku maksudkan adalah, kenapa sebutan huruf kita berbunyi mat saleh, bukan berbunyi Melayu. salah satu huruf tu adalah huruf W, disebut "double U", bukan "ganda U" atau "dua U". kalau korang belajar bahasa Perancis, diorang sebut "duple V" iaitu "double V" = VV = W. ah whateve.. janji kita boleh membaca..

kedua nye, pasal citer Low Boon Siew. aku rasa ko tertinggal lagi sedikit cerita sebenar Honda tu. cerita tu dah betol, tapi di sebaliknya tu tersirat keangkuhan orang yg bernama Melayu.

pada awal penubuhan Honda, ejen diorang dari Jepun datang Malaysia nak bagi lesen untuk menjual, memasang, mengimport motor Honda pada orang Malaysia. Ejen tu offer kat sorang anak kerabat diraja kat belah Utara ni (tak ingat, sama ada Penang (omputih lagi?!) atau Kedah). tapi dia tak nak beli lesen tu sebab dia cakap mustahil motor kapcai boleh laku, dan dia kalau boleh nak jual motor besar kat dalam Malaysia. padahal waktu tu rakyat Malaysia bukan nye kaum berada. pastu bila Boon Siew dengar, dia jual bengkel dia, harta benda dia, gadai barang emas dan sbg nye semata2 nak beli lesen tu. itu lah kisah sebenar nye yg ramai orang tak tau lagi. citer ni dah lapok dalam persatuan dan mesyuarat orang2 Cina, tapi masih baru utk orang Melayu.

milo boyd berkata...

orang melayu suka prank kawan2 time april fool..ko tak tulis plak? budaya mat salleh tu.. HA HA HA!

Miss Taeyong berkata...

hahaha... totally setuju dgn layanan org melayu kt org putih. ada skali tu saya pegi mkn dgn mat salleh, kitorg di greet n dilayan plg best la. padahal sblm2 ni dtg situ dgn member2, senyum pun xde.

a w e n g berkata...

bro.. aku rasa posting lu kali nih ta lengkap la beb. Rather end ngn soalan, apakata tambah satu lagi perenggan penutup dgn pape hypothetical suggestions/solutions addressing argument /issue topic post ko (applicable ke tak blakang citer jnji set kan posting lu nih ke arah a positive build up).

Posting vending frustration pasal attitude org melayu nih mmg banyak, x terkira bnyk, but mostly habis kat situh. Apakata lu kasi up sket post serious lu from just stating an argument/issue,.. tambah analyzing n addressing skali. Cam tulis thesis. Baru a tad bit inspiring bro. Just ma two cents. Haha slamats

Mantot berkata...

haha,weng,

kalo nak tulis semua aku tak cukup masa.memang bagus kalo ade suggestion,tapi first sekali orang Melayu tu kena admit yang dia ada masalah.sebab kebanyakannya tak pernah sedar pun yang dia ada tabiat2 camni.

bila dia sedar,kalau dia mampu berfikir,dia akan carik solution.kepada yang tak mampu tu,barulah aku tulis pasal solution.

setakat ni yg aku nampak,discussion2 dalam blog aku ni ok aje,byk berunsur intelektual.kekadang tu aje la ada beruk terlepas seekor dua.

Tanpa Nama berkata...

selalunya melayu mudah lupa tapi hakikatnya mudah lupa melayu!

peacebuy berkata...

Assimilation of the Malay race has occurred in decades; in South Africa, Maldives, Sri Lanka, Cambodia. But that is considered normal as the Malays in these countries were migrants and minority. But at the Malays homeland?

Camne Hang Tuah ni? Dulu kata lain sekarang dah jadi lain...