April 06, 2009

"Kau Hanya Layak Sebut A,B dan C Sahaja!"


Satu waktu dulu,waktu aku darjah 6, kawan baik aku adalah seorang budak Cina.

Aku jugak pernah suka dengan seorang amoi pengawas sekolah aku,classmate aku.Apa yang membuatkan aku selalu teringat dia adalah bila dia datang sekolah pakai baju kurung bila hari Jumaat.Hahahaha.Kecik2 pun aku dah agak gatal.

Aku pindah sekolah masa aku nak masuk darjah 6 sebab nak kene tengokkan adik aku yang baru nak masuk darjah 1 waktu tu.Jadi,aku kena mula balik suasana baru dalam tahun terakhir sekolah rendah aku.Dalam ramai2 kawan yang aku ada,aku paling rapat dengan seorang budak lelaki Cina ni,member baik aku yang aku takkan lupa bernama Pak Kwan.Aku respek dia dan aku agak jeles dengan dia sebab dia sangat2 tere main badminton dan chess.Dia pulak jeles dengan aku sebab aku nerd,maksudnya aku rajin belajar dan aku siapkan homework on time.Member aku ni dah lama lost contact lepas last sekali aku masuk sekolah menengah.Dia datang melawat aku kat rumah naik bas,kebetulan aku cuti sekolah.Masa membuatkan makin lama aku ngan dia makin jauh sampai tak contact langsung.

Aku masih ingat satu masa dulu,waktu rehat,dia pernah tanya aku,"Kau tak semayang ke?"Waktu tu aku tak tau nak jawab apa lepas tu aku sengih2 je la.Ye la,orang Cina tanya orang Melayu camtu,membuatkan aku rasa segan walaupun aku berumur 12 tahun masa tu.Aku diam je,lepas tu gelak2 sambil pusing-pusing usha gadis-gadis kecil yang aku rasa cute."Kejap lagi aku gi semayang.."kata aku.Tak pegi pun aku lepas tu dan benda yang dia tanya tu sangat2 menghantui aku.

Bila ada seseorang yang beragama lain menanyakan kita soalan mengenai perihal Islam kita, adakah patut kita berasa marah,mengherdik mereka dengan "kau bukan Islam!kau tidak layak berbicara mengenai Islam" atau kita hanya sekadar tunduk membisu seribu bahasa,penuh rasa malu kerana ditegur oleh seorang lelaki Cina mengenai kepercayaan kita.

Malu benar rasanya jika seseorang lelaki Cina yang menegur dan mengingatkan kita mengenai Islam kita.Malu benar orang Melayu jika seorang Cina mampu memperkatakan mengenai Islam,walhal sepatutnya bait-bait kata itu patut diucapkan oleh pengamal ajaran Islam itu sendiri.

Pada aku,tidak ada salahnya jika seseorang bukan Muslim ingin belajar mengenai Islam dan mahu berdialog mengenai Islam,tidak ada salahnya atau cacat celanya pada aku jika seseorang bukan Muslim menggunakan hujah-hujah al-Quran dalam percakapannya,dengan syarat mereka betul2 memahaminya.

Bukankah itu yang kita mahukan?

Kita mahu orang bukan Islam memahami yang Islam itu tidak ekstrim.Islam itu agama yang aman dan adil.Kita mahu rakyat2 bukan Islam tidak terpengaruh dengan dakyah UMNO yang selalu memperkatakan PAS itu ekstremis Islam.Kita mahu orang Cina dan orang India sedar,jika undang-undang Islam dijalankan di Malaysia,sudah tentu tidak akan wujud ketidak adilan dalam politik dan kehidupan.Keharmonian hidup adalah teras kepada Islam.

Jadi,kenapa marah dan jadikan isu besar bila ada orang Cina cuba mempelajari sesuatu dari Al-Quran?Mungkin dia tersilap sebut,tapi adakah dia mempersendakan ajaran Islam?Tidak sama sekali. Mana tahu dari tindakan sekecil ini,pintu hatinya terbuka, diri makin sedar yang Islam itu saksama.Bukankah ini yang kita harapkan?Ruang untuk menunjukkan Islam itu adil sudah wujud,mungkin peluang itu boleh digunakan untuk mendidik masyarakat bukan Islam DAN JUGA MASYARAKAT ISLAM yang undang-undang Islam tidak mungkin ada ruang berlaku penyelewangan.

Sekurang-kurangnya dapatlah dibuka akal mereka sama-sama berusaha membangunkan sebuah kerajaan mengikut tunas-tunas Islam.Mahu harap orang Islam UMNO,terang-terang ramai yang mempersendakan Islam.Lihatlah politik ugutan mereka,bila mereka meminta kerjasama penduduk Bukit Gantang untuk memilih calon yang berkhidmat dengan Kerajaan Pusat agar mudah bantuan dihulurkan.Perangai Islam kah itu?

Tidaklah perlu Nga Kor Meng memohon maaf kepada aku,salah seorang umat Islam, seperti yang disyorkan oleh pihak2 tertentu, kerana pada aku,lebih baik pemimpin lidah bergulung menyebut sesuatu yang baik daripada pemimpin Islam lidah bercabang mematuk rakyat dengan isu "Islam" mereka.

Tidak ada apa yang perlu dimaafkan kerana tidak langsung ada kesalahan dilakukan.
Teruskan mengkaji Al-Quran.

35 ulasan:

blurb berkata...

ngko buatkan aku teringat dialog aku dgn ex-rumate aku yg buddhist.sayang tol aku x dpt jwb dgn baik sume soklan dia..maybe sbb aku x cukup pengetahuan agama lg time tu..hmm..

Tanpa Nama berkata...

I always love the comment from Mamtot. Always opens the mind. Thanks for this enlightening posting.

orgbaru berkata...

dlm al quran ade jwpan utk semua..cube niat dlm hati ape yg kite nak tau..then just flip thru the pages..insyallah akan jumpe ayat2 yg akan menjawap segala persoalan kite...

Tanpa Nama berkata...

Tak! Analogi yang tak sama la!

Engko nih...

Xs berkata...

Kalau betul dia ikhlas nk mendalami ayat-ayat suci, mengapa mesti di pentas ucapan? semasa pilihan raya? di hadapan umat Islam? Sewaktu berkempen? Bukan ke kalau nk belajar or mendalami, bole di lakukan secara tertutup. tak payah atas pentas mcm tu. Mengapa? Kepada mantot, sila beri 5 SEBAB kenapa mesti kalau nk mendalami ayat2 suci perlu di lakukan di atas pentas? semasa pilihanraya? waktu lain kenapa tak bole? silakan...

XS berkata...

sekiranya anda terlupa : "”Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia hari ini berpandangan, tindakan mana-mana orang bukan Islam membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk tujuan kempen politik adalah cubaan mempersenda kesucian dan keagungan al-Quran” - sapalah kita yang ilmu tak seberapa ni nk buat conclusion sendiri, yg solat pun masih tinggal, tgk porno, kaki masih lg ringan ke konsert2, berat ke masjid. Pesanan utk diri saya sendiri juga.

wakeupbro berkata...

biasala politik gain la tu

sblom dia ceramah tu
dia p la hapai ayat kt blkg dgn sapa2 ka

kwn cina aku ramai
depa bkn nya iklas sgt pn (bc: xsemua)

dpn lain blkg lain
kita sbg melayu kna sangsi dgn bangsa lain bkn sbb kita benci atau meluat dgn depa
tp utk memajukan diri sndiri

kalo depa iklas...bolehkah sesuatu perniagaan itu dimasuki oleh bangsa lain..amek cth: kedai komputer,kedai runcit/spr market dll

aku sure harga kos org melayu lbh mahal dr geng depa...adakah ini adil??
lu pikrla sndirik!

jum jumatun berkata...

aku rasa satu masa dulu dulu ada pemimpin umno yang mempersenda ayat quran lagi dasyat tahap baghal...

'ya aiyuhallazina amanu'

dia cakap dalam quran pon ada sebut pasal UMNO... dia cakap maksudnya 'wahai orang orang UMNO.. jauh betul dari
'wahai orang orang yang beriman'

apa punya bahalol damn la orang umno, ini jelas jelas mempersendakan ayat quran..yang peliknya takde pulak laporan polis dibuat...dah sah sah mempersendakan ayat alquran dan memesongkan.

ali makaveli berkata...

kepala palat mana yg ckp mcm tuh cik jum, kasi tahu nama dia skit. aku xdgr lg psl tuh sblom nih.

jum jumatun berkata...

dah lama dah dulu dulu...time tu aku skolah rendah lagi...time tu memang umno tgh di puncak AF.... aku tengah main lastik cicak kat dalm umah tetibe mak aku melenting marah sorang sorang...dengan nada kaget aku tanya apesal tuh...dia cite la pasal perangai pemimpin umno yang hot masa tuh permainkan ayat quran dengan potongan ayat quran yang aku tulis tuh... sape aku tak tau pulak, nanti aku tanye mak aku kalau dia ingat lagi tak peristiwa hina ni bahalol mana yang cakap macam ni..

Tanpa Nama berkata...

nabi di utus utk umat akhir zaman,quran diturunkan utk pedoman semua jin dan manusia.mudah2an ada org yang mendapat hidayah dari tindakannya.samivelu pernah kata dlm parlimen,apa? alquran boleh buat jalanraya?,ahli parlimen bn semuanya gelak2...jangan sampai kita yang ngaku islam tapi nabi tak ngaku umat.

Tanpa Nama berkata...

"Xs said...

Kalau betul dia ikhlas nk mendalami ayat-ayat suci, mengapa mesti di pentas ucapan? semasa pilihan raya? di hadapan umat Islam? Sewaktu berkempen? Bukan ke kalau nk belajar or mendalami, bole di lakukan secara tertutup. tak payah atas pentas mcm tu. Mengapa? Kepada mantot, sila beri 5 SEBAB kenapa mesti kalau nk mendalami ayat2 suci perlu di lakukan di atas pentas? semasa pilihanraya? waktu lain kenapa tak bole? silakan...
"

ko lupe ke sblm ni guan eng pernah guna ayat quran. and target nak guna cara kepimpinan khalifah.? waktu tu pn org umno kata hina la apa la. Sbnrnye bila dpt highlight dr paper jer baru kita sedar. Dah lama da guan eng guna ayt quran dlm ceramah dia kalo korang nak tau.

and one more. jgn la sempitkan penggunaan ayat quran tu. Quran tu ada isi kandungan macam2 termasuk politik dan kepimpinan. so apa salahnya guna utk politik.?kalau kita faham maksudnye

cube korang compare dgn org umno. Bleh plak ada sorang pemimpin bodoh nak mampos kat tv3, nak lawan nik aziz la konon pasal guna nama Allah. Ada plak kata dah rujuk ensiklopedia, kamus. Org rujuk quran la bengong, nama pn org islam. MMg otak bengap, ilmu agama takdak

Tanpa Nama berkata...

maaflaa...asyik terlmabat baca blog ini...saya melayu,lecturer pulak tue(harap2 takde kene pepe,hehe)...after reading everything..really makes me confused,not confused n terms of not understadning the content(propaganda0 of whatever parties...selema ni, i support the govt, but that was because it was during Dr M's time..yeah, iknow, dier pun ada kroni n such but i would prefer knori BUT at the same time buat something yang NAMPAK for the rakyat..but now and even the last PM, i am not sure anymore,not sure for the govt and even for the other side, i n other words, i dont knowo who to vote anymore...

can i not vote anymore?i just hate it..

mantot, time kasih buka mata orang lain, but..we try not to be prejudice and be rational...and rational i am and my eyes open bigger..(in english..sebab flow english baik dr bm, tak bermaksud that english is high and mighty) :)

Mantot berkata...

Ko nak 5?

1) Sebelum ni pernah ke terjadi benda yang jadi ni,Guan Eng start dulu.Pernah ke sebelum ni orang
Cina nak berbicara tentang Islam?
Ada ke sebelum2 ni orang MCA try cakap pasal Islam?Ini bukti ada beberapa pemimpin DAP yang mula berlembut dengan prinsip PAS sebab mungkin,mungkin..diorang nampak Nik Aziz macam mana.Aku harap betul aku tak salah pasal benda ni dan aku bersangka baik dengan pemimpin2 DAP ni.

2) Dia guna pentas pilihanraya sebab itu aje medium yang dia ada nak berucap kat orang ramai berbilang kaum.Kalau tak guna waktu tu,bila lagi?Dalam TV?Dalam radio?

3) Mana tahu dengan menghafal sepotong ayat tu dia mula hafal ayat2 lain,sampai dia hafal satu surah,lepas tu satu Al-Quran.Kita sendiri tahu kesan pembacaan Al-Quran kpd orang bukan Muslim.
Ramai orang bukan Muslim yang masuk Islam selepas membaca Al-Quran contohnya Yusof Islam.

4) Kalau ada seorang wakil bukan Muslim yang dapat tarik 10 orang bukan muslim terima undang2 Islam,bilangan ni akan makin lama makin bertambah,jadi penerimaan undang2 Islam slow2 akan dapat diterima masyarakat majmuk Malaysia.Skrg dah ada 2 org.Lepas ni tentu akan ada lagi.

5) Kenapa nak halang seorang bukan Muslim menjalankan prinsip2 hidup seorang muslim dari segi zahir.maksud aku,kalau dia tak peluk Islam sekalipun,kalau dia memimpin ikut prinsip Islam,tentu dia akan berlaku adil.

yang ke enam..

6) Ada seorang pemimpin UMNO kata "Bulan akan jatuh di akhirat,hanya dacing saja yang tinggal waktu itu."

Kenapa tak dikecam ayat2 sebegitu?Itu terang2 merosakkan akidah.

Xs berkata...

So sekarang ko nak kate yang pendapat Mufti ni tak bole pakai la kan. Kata2 kor ming tu lg benar dan betul.

"Ini bukti ada beberapa pemimpin DAP yang mula berlembut dengan prinsip PAS " - Mantot

Karpal Singh kata, langkah mayat dia dulu kalau nk tubuh negara Islam. So?

Mantot berkata...

Kau boleh kata pasal mufti-mufti ni,tapi kau kena sedar diorang jadi mufti pun sbb dilantik oleh kerajaan,maksud aku..diorang still sama macam aku dgn aku,manusia biasa.Gelaran mufti tu datang dari lantikan manusia.

cuma ilmu diorang dlm benda ni lebih.ilmu aku bab2 lain,kau bab2 lain.

Nik Aziz dah kata yang benda tu tak salah,sepatutnya digalakkan lagi (aku baru pasal ni) tadi.

Jadi,
bergantung dengan prinsip anda la nak mengutuk atau menyokong.Pada aku,tidak langsung wujud keburukan dari tindakan dia tu.Apa yang dia dah buat hanya menunjukkan yang keagungan Al Quran.

Xs berkata...

Di sebabkan ilmu kita ni tak seberapa dan tak layak pun nk ckp pasal bende ni, ape kata jangan sesekali kata tindakan org tu betul, dia ni salah, yg tu betul, yg ni salah. Nik Aziz pun manusia biasa jugak kan.

apis berkata...

haha Xs ko punya ulasan atas ni dah menjawab soalan boh ko tuh...

apis berkata...

haha Xs ko punya ulasan atas ni dah menjawab soalan bodoh ko tuh...

Xs berkata...

haha Xs ko punya ulasan atas ni dah menjawab soalan bodoh ko tuh... -apis-

Sekurang-kurangnye aku nak jugak berfikir, bagi pendapat, drpd ko tu yg asyik baca, pastu sokong takde sebab, asyik jilat bon*** je keje. Ni la org melayu, senang terpengaruh.
Lain kali, kalau takde idea, buah fikiran ke, dok diam2. Pegi tebas rumput, main game, ade faedah. Drpd posting satu ayat tu, langsung tak membina. Lain kali jgn menyampuk... get a life

selamat beramal...

Tanpa Nama berkata...

kadang2 without kite sedar, bende2 camni bole dipikir dgn menggunakan akal dan kebijaksaaan yg dikurniakan Ilahi..common sense..
Adakah ayat Al-Quran itu xbole dibacakan oleh org lain selain dr Islam..??to be fair, maybe the reason mamat yg bkn islam tu guna ayat2 al-quran for utk his political reason..but again look at the bright side, islam dpt dipromote secara meluas..lagi satu, mungkin dr sepatah dua potong ayat yg dia hafal bole jadi to sejuzuk al-quran..and maybe after that kalo diizinkan tuhan dia bole terbuka hati nak terima islam..drpd sbb political reason leh buat dia jd terbuka hati..the main point is, as long as dia xhina ayat2 suci tu apa salahnye..lagipon dpt la jgk mengingatkan kite yg still islam ni psl2 ayat al-quran & hikmah/ilmu disebaliknye....

-sabariah-

EQUILIBRIUM berkata...

xs,

sbb kau berterus terang jadi biar aku berterus terang. laporan polis tersebut bersifat politik. takde niat lain hanya politik semata2. politik melayu yg berfikiran dangkal.

apa kau ingat selama ini amno bersungguh menjaga kesucian islam dan quran itu sendiri ke? sbb kau berfikiran dangkal akau tak mau bagi contoh. jadi kau cari sendiri kebangsatan amno dlm menjaga kesucian islam dan quran.

pasal karpal singh teman tak mau komen byk. memang kita semua tahu pendirian dia. buat kau yg bangga dgn MCA rajin2 le lawat website mca dan kenali hati budi mca tentang islam. kalau media haprak amno paparkan wajah sebenar mca memang dap tak buruk tahap mana pun.

Tanpa Nama berkata...

"apa kau ingat selama ini amno bersungguh menjaga kesucian islam dan quran itu sendiri ke?" - iye, itu aku tahu ade kebenaran. tapi jangan pulak sampai tahap MENYOKONG kalau ade pihak lain cuba main2 kan. FAHAM? aku tak kate aku banggekan MCA....cube ko cari mane2 quote aku yg kate aku bangga dgn MCA atau Umno...try la cari, aku CABAR

Tanpa Nama berkata...

xs,

main2 ape bro?... kalo org bkn islam sebut sepatah ayat al-quran & make it as a good reference and example.. salah ke? please explain definition ko psl main2kan ayat al-quran.. just bcoz he is not a muslim,dia main2 kan ayat al-quran.. so shallow la mentality ko...

-sabariah-

Mantot berkata...

bro Xs,
at least,aku ada gak pendirian aku.apa salahnya aku letak kat sini nak berbincang,kalau ilmu takde dan lepas tu takde peluang langsung nak berbincang,bukan ke tak best camtu.aku rasa ko pun enjoy bende camni sbb ko selalu dtg balik sini.best kan dapat debate2 open camni?

pasal Nik Aziz tu,mmg dia manusia dan aku yakin,anda UMNO ke anda PAS ke,DAP ke,cubala carik keburukan dia.Memang ada buruknya Nik Aziz ni (sbb dia tak ma'sum) tapi comparekanla dgn pemimpin2 UMNO tu...

pada pandangan kau,dia mempermainkan Al-Quran,kan?
bagi la aku 5 sebab apsal ko cakap camtu dari video yang kau tengok tu (aku assume kau dah tgk video tu)

5 sebab aku bagi kat kau masa kau tanya tadi tu,takde pun kau respons.bagitau la aku mana yang kau tak bersetuju

apis berkata...

Xass said "Sekurang-kurangnye aku nak jugak berfikir, bagi pendapat, drpd ko tu yg asyik baca, pastu sokong takde sebab"

ni sebahagian komen ko, komen penuh ada kat ats( aku tak moh perangai macam org amno, amik sekerat mane yang ada kepentingan je)

ei Xass.. aku sokong sebab aku berfikir la ...kalau aku sokong membabi buta dah tentu aku jadik macam ko, sokong tanpa berfikir punya makhluk..atau pun sokong sebab ada kepentingan...hehe antara dua tu la..

Che underscore Lee berkata...

hehehe Xs plak.. aritu Castro.. ke orang yang sama je ni?

anyway, aku rasa xde salah pun org non-Muslim nak baca Quran. lain la kalau dia baca tu sambil gelak2 dan kutuk or pijak2 Quran tu ye tak?

Budak kampung berkata...

eh, kagum aku dengan semangat kamu dan analisis kamu tentang banyak perkara yang terbaca di blog ini. pada pendapat ku, kamu ini berpelajaran tinggi, berpengetahuan luas, dan berjiwa MALAYSIA! Amat lega aku dapat tahu yang terdapat lagi seorang rakan melayu yang sebegitu maju dalam pemikiran dan tidak seperti segelintir orang yang cakap semacam, buat semacam. Bagus, teruskan blog!

-rj- berkata...

aku hanya seorang manusia yg biasa, yg mana melakukan kesilapan dan sentiasa alpa adalah sifat semulajadiku..

aku ade ty org yg arif dlm bidang nie,seorang hakim syariah,yg mana bidang utama beliau (kalo bukan menurut undang2 malaysia) adalah masalah @ jenayah yg melibatkan hukum islam.aku ty dia, dia pon kate kite kene ikut jemaah ulama py pendapat.sebab tue antara sumber perundangan kita yg jelas.kalo ulama2 nie kate boleh, boleh la die menggunakan alquran dlm hujah2 die.pastu aku ckp, tp ade dua ulama msia (sorg dr perak,sorg dr kelantan) yg berbeza pendapat.then die kuarkan pendapat beliau.dia kate tak kisah sebenarnya org bkn islam nk mengeluarkan ayt alquran sbb alquran sendiri merupakan salah satu rujukan dlm dunia ini.kita kene tgk niat die tue nk menyenda umat islam atau tidak.dia kate kita kene berlaku adil.sapa yg tak adil je la akan terasa dipersenda dan akan mnyalahkan die sbb menyenda diri dia yg tak adil..

Tanpa Nama berkata...

uish korang ni...mana ada terus salah...dan mana ada terus betul...dua hukum terus macam tu dari bible jer la...kita ada 5 Hukum...wajib,harus,sunat,makruh dan haram...aku rasa dia baca ayat tu kalau sekali dua takper..harus kot...TAPI KALAU dah lelama baca tapi tak masuk2 Islam tu dah makruh...dan kalau diteruskan hari ke hari hukumnya haram la...sbb dah clear dia tak percaya but still get on with it..baik amik memana philosopher punya point je kalau berterusan...which tak offend memana pihak...

Tanpa Nama berkata...

teringat aku masa adibah nor nak nyanyi lagu 'yg teristimewa' pada satu masa dulu... dia mulakan gimik dng sorang budak(anak cina kot) membacakan tafsiran ayat dari surah an-'am.. walaupun ia adalah tafsiran,ia tetap ayat suci al-quran! masa tu takde pon tokoh2 islam hadHARI yg bersuara...

Mantot berkata...

lama betul menunggu jawapan dari diorang ni.kalau ikut kata orang tua-tua..diam tu tandanya setuju...

hihihih (gelak manja ala gadis sedang dipinang anak penghulu)

EQUILIBRIUM berkata...

cik anon,

ko pi belasah dulu amno yg menyokong sami value dok kata alquran boleh bikin jalan ka?

kat mana nga kor meng persenda ayat quran tersebut? sbb dia tak ambik wudhu sblm baca ka? atau dia gelak2 sambil baca?

kalau ko tak bangge dgn mca pun aku peduli apa.

M berkata...

.aku rasa dia baca ayat tu kalau sekali dua takper..harus kot...TAPI KALAU dah lelama baca tapi tak masuk2 Islam tu dah makruh...dan kalau diteruskan hari ke hari hukumnya haram la...sbb dah clear dia tak percaya but still get on with it.

bro.x`s....ko ckp kalo da lamer bace tp tak convert Islam gak tu makruh? Bapak ko aja macam tu ker? ko ni mmg cetek agama betul la.Mana ada hukum yg ckp cam tu..Buduh punye lembu!

Papa Chang berkata...

hidayah itu dari Allah.. sedangkan bapak saudara Nabi Muhammad sendiri tidak menganut agama Islam hingga akhir hayatnya.. pengkaji2 AlQuran dari barat yg berpuluh tahun bergelumang memahami AlQuran pun belum tentu diberi Hidayah Allah..

kita yang dah ada Iman dan Islam dalam diri nie.. pertahankan agar Hidayah tidak jauh dari kita..

yang pasti.. AlQuran itu benar.. segala janji dan sumpah Allah itu benar.. walau siapapun yang membacanya.. apa yang disampaikan itu BENAR!