April 16, 2009

Seperti Tuhan Melukis Di Cakerawala


Jarang aku cerita pasal benda-benda menakutkan/menakjubkan.Jadi,kali ni aku akan menceritakan sesuatu peristiwa yang berlaku satu masa dulu.Lama dah aku nak cerita benda ni tapi tak berkesempatan,jadi aku ceritakanla hari ni.Dulu aku sekolah asrama.Jadi banyak la cerita-cerita hantu yang terjadi yang selalu kedengaran.Contohnya senior2 aku kejar toyol ramai2,ada orang berjalan kat luar tingkap dan senior aku seorang "ingin ditemani" satu lembaga sebab lembaga tu suka kat senior aku ni sebab dia suka tampal poster baby dekat bilik dia.

Aku tak pernah alami benda2 ganjil sangat masa sekolah aku dulu.Ada la sekali,ada benda kejut aku tidur.Aku toleh tepi aku tengok ada pempuan tengah tenung aku,aku ingat senior2 aku nak takut-takutkan aku jadi aku buat tak peduli dan sambung tidur.Aku tak pernah dapat penjelasan pasal benda ni.Tapi ada satu peristiwa yang terjadi dan memang aku rasa satu sekolah aku tengok sendiri ramai-ramai.Mungkin kepada yang sebaya dengan aku dulu,pernah kecoh dalam tahun 90 an mengenai objek2 berbentuk di langit.Kitorang pernah nampak sendiri satu masa dulu benda2 ni live depan mata.

Waktu tu aku baru je form one.Malam tu adalah malam English Night,jadi ikut tradisi,malam tu adalah malam paling bersuka ria sekali antara semua-semua malam.Ada konsert kecil-kecilan dan melalak beramai-ramai kat dewan sekolah.Memang lupa diri senior aku masa tu.Kitorang budak-budak junior ni takde la join,tapi terpaksa la kena tengok senior2 melalak2 atas pentas walaupun tak sedap mana pun.Habis semua benda,adalah dalam pukul 11 camtu.Aku lepak kat bawah sebab nak beli burger ngan air kotak.Tiba-tiba ramai2 berkumpul sambil tunjuk2 kat langit.Aku pun join la tengok.

Apa yang terjadi tu sangat-sangat menakjubkan.Boleh nampak awan tu bergerak-gerak,macam kena kontrol.Masa aku start tengok,dah ada wujud beberapa objek yang kelihatan tapi aku terlepas nak tengok.Aku nampak dengan mata aku sendiri macam-mana awan-awan tu bergerak,takde angin,takde ribut.Seolah-olah ada tangan yang kepal-kepalkan awan tu jadi bentuk-bentuk tu.

Aku nampak tulisan "Alif Lam Lam Haa" kemudian awan tu pecah lalu bertukar bentuk jadi "Mim Haa Mim Dal" kemudian jadi satu bentuk tanduk,aku tak sure apa dia,mungkin nak menunjukkan imej sangkakala kot?Kemudian nampak peta,ia,peta Malaysia.Imej lain2 aku tak berapa ingat sangat sebab masa tu hati memang berdebar-debar.(aku tak ingat turutan dia camne)

Sebelum2 tu,tahun 1992,waktu aku still darjah 5,aku pegi mengaji kat surau dan aku memang pernah baca pasal benda ni yang ditampal dekat notis board surau tu.Apa yang kitorang nampak malam tu adalah benda yang sama.Objek-objek yang ditunjukkan sebijik macam ilustrasi dekat notis board surau tu dan aku tak sangka lak dua tahun lepas tu kitorang akan alami benda yang sama.Apa yang paling pelik,adalah bagaimana awan-awan tu berubah.Korang kena alami sendiri benda ni.Seolah-olah Tuhan menjadikan langit sebagai kanvas dan awan sebagai warna dia.Aku dengan member-member aku bertekad la malam tu,insaf-insaf.Ada la jugak beberapa orang senior aku yang baru aje tadi terkinja-kinja macam beruk terus rasa insaf tanak tinggal sembahyang lagi.Yang telefon mak mintak maaf pun ada,padahal semalam baru belasah budak-budak junior.

Esoknya,solat Subuh,surau boleh kata ramai yang turun berjemaah.Haha,petunjuk datang depan mata,semua insaf sekejap.Golongan "lembut" pun turun solat Subuh.Tapi lama kelamaan masa membuatkan kitorang lupa dengan petunjuk tu.Solat Subuh pun kembali dipenuhi dengan student2 form one dan form two saja beserta segelintir senior yang ada rasa tanggungjawab.

Kisah ni berlaku dalam tahun 1994,tapi first time cerita ni keluar tahun 1992.Aku tak tau pulak kalau fenomena ni ada terjadi baru-baru ni ke sebab takde pun dengar cerita. Tapi itu aje lah pengalaman aku yang aku pernah nampak objek kat langit.Kalau aku tipu korang,maknanya apa yang aku nampak kat awan tu tipu la.Takde pulak orang kecoh lepas kitorang satu sekolah nampak benda-benda tu.Mungkin tak nak bising2 kot atau mungkin hanya budak sekolah aku je yang nampak benda tu,mana la tau,Tuhan nak ingatkan budak sekolah aku pasal "disiplin" diorang.Al-maklumlah,sekolah lelaki semua,jadi...ehem-ehem..ada la kes-kes suka sama suka yang menggelikan tekak.Sori la aku takde gambar.Masa tu henfon pun orang kaya je pakai.

Jangan sampai kita boleh nampak objek kat langit seluruh negara baru kita nak berubah.Selagi kita diberikan peringatan,tu maksudnya Tuhan sayang la kat kita.Apa-apa pun,disiplin mesti mau jaga.

Aku tau kawan-kawan sekolah aku ada kat sini,apa lagi yang kita nampak aa masa tu?Aku tak berapa ingat la.

18 ulasan:

M berkata...

aku harap sgt dpt tgk fenomena tuh..Tuhan mmg sygkan ko ..sebab tu Dia tunjuk KewujudanNya dgn care Dia tersendiri..Maha Suci Allah.

Pantherra berkata...

insaf..

Che underscore Lee berkata...

aku pernah baca citer ni dlm newspaper Tot.. laa budak sekolah kau ke? okeyyyy masa tu pun rasa seram dan insoff okey hehe..

Tanpa Nama berkata...

If every Malay can follow strictly to the Islamic teachings then I can be sure that this country will be a peaceful one. Unfortunately a lot of the Malays are following the AMENO's teaching. This is sad. Insaflah...

antipolitikus berkata...

tak habis ameno teaching, pas teaching, pkr teaching.seme ego besar nak mampos.seme rasa diee je yg betul.

korang orang2 tua ni masih nak begadoh2, point fingers among each other.

padhal korang seme sameee je blaka..hampeh!

object2 tu seme mmg stuff yg dah belaku skrg ni.

object awan yg singapura diatas tu..in 1990s maybe we have no clue what does it mean by that.

now all of the 'signs' dah pun jadi.

if we all continue to divide ourself and does not belief in unity and islam. then, sendiri mau igtla nanti.

Mantot berkata...

bukan..yg dalam paper tu sekolah lain.sekolah aku punye tak keluar berita,biasalah,low profile

kehidupan berkata...

kuar paper tu sekolah aminudin baki.. hehehehehe!

tapi masa malam tu, tak banyak sangat pun objek yang ada.. sket je...

Jebat berkata...

hmm..aku ingat lagi pasal ni kuar paper, tp dorang mcm susah nak mengaku ni kejadian tuhan, laser lah hapelah..

bila hati dah hitam..

nauzubillahiminzalik..

Jebat berkata...

Dear Anonymous

Why did you hide your presence? C'mon buddy, if you think you were on the right side, talking about the truth, just leave us a trail back to your blog maybe, perhaps we can visit your blog, comment on something, the points is sharing what we Malaysian blogger have, please don't create a wall to divide the Malay and non Malay blogs, i do visit non Malay blog, it's no big deal to share my thoughts there..

We're Malaysian right?

hoya berkata...

mcm mana pun, time kita form 5, alhamdulillah, 1st batch form 5 turun jemaah subuh... berkat usaha ust zul @ orait yang kejut hari2

klu dgr je rotan kat tepi koridor tu, comfirm bangun punye...

tp waktu form 3 tak boleh lupakan libasan rambo yang dok sibuk kejut kita waktu kat 2B2 dulu dan satu form 3...

Tanpa Nama berkata...

zaman tu da ada hp ke mantot? kalu ada pon hp yg leh wat botol air tu kot, kekekek.. aku ingat gak, tp aku time tu baru darjah dua...

Benrauf berkata...

peristiwa macam ni..tak akan hilang punye..dia akan ikut kita dan org sekeliling kita. stp perkara ada hikmahnya.

Che underscore Lee berkata...

ooo bukan yg masuk newspaper ek? tapi benda2 yg korg nampak still samna/ala2 yg dlm newspaper tu nampak ek? kewl dan scary gak at the same time

Fever Nova berkata...

bila nk cukup smyg 5 waktu tot? kih3

Guest berkata...

kat mekah still ada lagi sign Allah s.w.t...alif lam lam ha...tapi takdela sehype time korang ni...gila la...nak bg ingat kaw kaw punya...khusyuk kan semayang..rendah diri...tu penting.

DiDi berkata...

actually..aku xigt sgt,baru2 ni or thn lps..housemate aku ade gak tteramik gmbar kt langit mse tuh..
tertulis aliff lam lam haa...

mse tu torg kt alexandria...huhu

juz sharing..

Tanpa Nama berkata...

aku pun pernah tgk..masa tu tahun 1992, masa tu aku tingkatan 2 sekolah dekat klang...semuanya takut dan insaf untuk waktu itu...lepas tu semua dah tak ingat lagi

Tanpa Nama berkata...

Saya dan kwn2 pernah tengok. Kalimah Allah bertukar kpd Muhammad. Termasuk beberapa objek lain. Saya tak pasti tahun 1992 atau 1993.