April 24, 2009

Pengaruh Sebenar Majalah Mangga Dalam Memperkayakan Budaya Malaysia


Minggu lepas,ketika aku singgah kat kedai membeli barang makan,aku terpandang dekat majalah-majalah yang tergantung.Mata aku tertumpu dekat satu majalah yang agak "menonjol," mungkin sebab majalah tu mendapat makeover baru.Memang jelas kelihatan terang,membuatkan aku sedikit tertarik.Itulah majalah Mangga.Selain dari warna yang terang pada muka depan nya,aku juga tertarik dengan penggunaan font yang kelihatan simple tapi sangat effective.


Aku pun dengan gaya selamba dan tanpa malu2 (sebab takde orang) aku pun capai dan bayar.Menarik jugak kalau dapat dijadikan bahan bacaan menambah ilmu "di dada".Banyak artikel-artikel menarik dan ilmiah dalam Mangga ni,maklumlah semua majalah keluaran Utusan memang bagus.Bukak aje majalah ade gambar Stacy,aku tak tau pun siapa dia ni.Rasa2 aku dia ni AF kot?Aku suke tengok pakaian dia,membuatkan gadis ni nampak ceria.




Aku pun teruskan bacaan aku.Bahagian mula-mula ni,banyak gambar2 artis yang popular contohnya Erin,Afiqah,Zoey,Aweera,Oshin dan ramai lagi artis2 yang semuanya berbakat dalam bidang mereka ceburi dan sangat2 terkenal. Ada jugak gambar Zac Efron topless,aku suka betul dia ni dalam High School Musical.Selak2 lagi ada gambar Diana Danielle.Bagus budak ni,memang patut pun dia dijadikan role model kepada budak2 muda sekarang.Aku rasa semua budak2 lepasan SPM boleh jadikan Diana ni sebagai contoh seorang student yang cemerlang.Dalam gambar Diana ni,ada la tunjuk dia dengan pakaian repelling tali.Nampak macam seronok PLKN ni.Rugi jugak aku tak pegi.

"Wow,ada satu artikel berbaloi dibaca!Ada VIP dan laki orang nak pikat Eira Syariza." Siapa Eira Syariza ni?Entahlah.Aku tak pernah dengar pun.Tu semua tak penting,yang penting,dia seorang yang bermoral.Dalam artikel tu,dia menyatakan,dia takkan layan VIP dengan laki orang tu.Bagusla ramai perempuan camni,aku hepi dengar bila ada perempuan tak nak ambik kesempatan camtu.Kat sebelah ni aku letakkan gambar Eira Syariza ni,supaya lepas ni korang takkan nilai orang ikut pakaian dia.



Habis baca tu,aku terus sambung lagi membaca.Siapa kenal Zandra Aziela?Aku suka dia ni bila tengok dalam TV.Dia player bowling negara.Dia kata,dia bertuah sebab dapat seorang Pakwe yang understanding dan pandai memujuk!Aku rasa mesti ramai yang tertanya2 kan macam mana perangai pakwe dia,akhirnya sekarang kita dah tahu.Oh!Gila aah pengakuan ni...satu pengakuan yang berani dari Ruby.


Bila aku baca Ruangan Bicara Romantis,kata-kata yang terkandung dalam ruangan tu membuatkan aku rasa betapa bersyukurnya aku kerana dapat mencinta dan dicintai.Aku faham sangat bagaimana rasanya bercinta ni,setiap saat aku selalu terbayang aje awek aku,apa yang dia buat,tertanya-tanya,rindu selalu menyelubungi jiwa.Tulisan brader ni membuatkan aku hampir menitiskan air mata sebab bila aku hayati luahan perasaan dia,aku dapat rasakan betapa kuatnya perasaan dia menghargai cinta.Brader Aiman Arief,aku harap kau bersabar.Bunga bukan sekuntum.Sabar.Aku ucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa menghantar luahan perasaan anda kepada majalah Mangga ni.Bagus kalau tahu ada orang yang sama menghargai percintaan sekuat aku.

Ada artikel mengenai sepasang couple yang baru aje berumah tangga iaitu Yatt,aku tak tau sapa Yatt ni,tapi Yatt la nama dia.Dia baru aje kawin bulan Mac dan dia telah pun ditemuramah oleh Mangga untuk menceritakan mengenai pengalaman berumah tangga diorang ni.Aku rasa soalan-soalan yang diajukan oleh Mangga sangat bersesuaian dengan keadaan sebab aku sure,semua orang yang baru kahwin tidak lagi segan silu menceritakan mengenai pengalaman malam pertama mereka.Bila dah kahwin,semua pasangan perlu berterus terang seperti Yatt ni.Barulah boleh dijadikan pedoman kepada mereka yang belum berkahwin.

Bila aku sambung baca lagi,ada dua page yang mengandungi maklumat-maklumat yang boleh dikategorikan penting.Aku agak terkejut bila mengetahui Khaty ialah gelfren Zed Zaidi.Aku mati2 ingat Zed Zaidi single lagi!Kemudian Ain pulak menceritakan macam mana percintaan dia diganggu oleh orang ketiga!Artikel berikutnya pulak menceritakan mengenai pelakon berwajah manja,Shieyna merasa sungguh bertuah dengan pakwenya.Kemudian ada lagi satu artikel mengenai pelakon lelaki hensem iaitu Nizen yang mengakui dia sudah pun berjumpa dengan si dia yang special.Aku tulis kat sini sebab aku rasa rugi kalau aku tak share benda2 ni dengan korang.

Ada poster cun,gambar pelakon terkenal,Diana dengan boifren dia kot,terkenal jugak kot boifren dia ni iaitu Syed Ali.Kat mana nak carik baju macam yang dipakai oleh Syed Ali tu?Brand Pepsi Cola ni ok ke baju dia?Baju Diana pulak mempunyai motif batik pada baju dia,aku pun memang tengah buat research pasal batik ni jadi sedikit sebanyak membantu aku dan juga dapat membantu memperkembangkan lagi industri batik Malaysia ni.




Bila aku tengok gambar kat sebelah ni,aku jadi tak paham.Sebab berdasarkan pengalaman aku,bila perempuan jumpa perempuan,memang nak bergaduh aje.Macam member2 aku dulu,budak2 pempuan yang duduk serumah,ada je tak puas hati dengan housemate.Tapi dalam gambar ni,3 orang pempuan ni dapat duduk sekali tepi swimming pool dengan muka tersenyum gembira.Nampak keakraban diorang dalam gambar tu.Aku harap lepas korang tengok gambar ni,korang boleh try pupuk semangat muhibbah yang jelas menonjol dalam gambar tu.Bagus photographer dia.Gambar sharp.Costume artist dia pun pandai memilih busana.Warna2 yang digabungkan tu dapat menghasilkan kontras dalam gambar yang kuat.

Kepada lelaki2 yang keseorangan,aku syorkan korang beli Mangga tiap-tiap bulan,sebab dalam Mangga banyak cerita mengenai bagaimana nak menjaga perasaan perempuan.Macam artikel sebelah ni,Hafiza jeles bila ramai perempuan usha boifren dia.Moral dia,kalau dah ada awek,jangan menggatal.Ain pulak diganggu VIP dengan cerita lucah,moral dia,perempuan tak suka dengar atau tengok cerita lucah.Widya belum ada kekasih,jadi,cepat2 la tekel Widya.Ketiga-tiga artikel ni dapat memberikan pengetahuan yang berguna dan aku suka cara penulisan yang sangat bersahaja yang ditonjolkan.Ada maksud mendalam tapi kita perlu berfikir untuk dapat tangkap maksud dia.

Eh,ada lagi gambar Diana tadi!Dalam gambar ni,corak batik tu nampak lebih jelas.Kalau kita tengok corak dia betul2,idea motif tu datang dari bentuk daun yang digabungkan secara menegak untuk menghasilkan satu rekaan yang agak outstanding dan menonjol.Baru aku perasan,licin betul kulit Diana ni.Macam mana dia jaga kulit dia nak elakkan kulit ada spot2 merah aa?Kulit aku sensitif bila kena panas.Nampak selesa sofa yang dia duduk tu.Mungkin sofa kulit.Masalahnya sofa kulit ni kalau buat tidur rasa panas kan?Ke tu PVC?


Ni yang aku paling suka tengok!Lelaki yang aktif macam ni.Sebab bila kita selalu pergi berenang di tepi kolam renang,secara automatik badan jadi sihat.Rasulullah pun suruh kita berenang,sunnah tu.Aku harap daripada kerajaan buat kempen2 besar-besaran suruh kita amalkan cara hidup sihat,lagi baik kalau kerajaan galakkan lebih ramai lelaki pergi berenang.Lepas habis berenang,lepak tepi tangkap gambar sebagai satu daya penarik untuk masyarakat kita memulakan hidup yang lebih baik.

Sebagai penutup,aku ingin memperkenalkan kepada korang bintang baru yang bakal naik iaitu Hafiza.Dengan berbekalkan bakat yang dianugerahkan Tuhan,Hafiza berharap agar segala kebolehan dia dalam bidang lakonan dapat digunakan sebaik mungkin. Dia juga berharap peminat dapat mengingati drama2 lakonannya dengan penggunaan ekspresi muka yang berkesan dan penghayatan watak yang dramatik.

Aku perkenalkan kepada korang,pelakon baru yang bakal meletup...HAFIZA.

Hafiza,pelakon baru yang bakali meletup

Cuba la baca Mangga dari satu perspektif yang lain.Mesti korang pun akan nampak macam apa yang aku nampak.


44 ulasan:

Obefiend Weiland berkata...

kes kes

terpancut air coca cola dari orifis-orifis di tubuh aku ni.

tapi soalan utama aku ialah

is it just me or i have no idea who the hell are the people mentioned in all those articles. Siapa Hafiza? Diana? Eira? serious akutak kenal

samada aku yang buta dunia artis aku MANGGA hanya ambil artis D-LISTED?

nice rack though..

sKywAlkeR berkata...

Hahahaha..Aku xtau knp aku tgelak2 tme baca blog ni..Aku rse mcm ade nada sinikal yg sangat2 menusuk sanubari..


Ijinkn aku gelak lg skali..


Huah3.....

Mantot berkata...

aku pun tak kenal.tah mana diorang kutip mamat2 ngan minah2 ni.asal lawa dan sanggup bergambar seksi je,setel la boleh masuk majalah.

yang aku pelik tu ramai pulak tu.tak pernah pun aku nampak dalam drama.asyik2 drama muka sama je

zharifzakaria berkata...

tot, aku tertarik ngan satu ayat ko yg part-part last tu..

Rasulullah pun suruh kita berenang,sunnah tu.

aku penah try carik2 la kot ada cerita sahabat2 tentang nabi ajak berenang ni tapi tak jumpe la..

tlg suluhkan aku sket, serius aku nak tau sgt

Mantot berkata...

http://heliconia.wordpress.com/2008/08/14/berkuda-memanah-berenang-sunnah-rasulullah-saw/

bace la situ.harap membantu

Xeno berkata...

Mangga, pelam, rambutan, manggis....

ceh, aku mmg anti majalah cemni. Malahan SMK Seri Serdang juga mengharamkannya. tak ada isi...

mantul berkata...

MANGGA? wadafaak..xsngka ko sanggup bersekongkol ngan majalah camni..

tp ulasan ko mmg best siot!..heheheh

fahmi berkata...

majalah tu isinya tah ape2 tp ulasan bro ni bagus.. penuh unsur lawak & menyindir.. harap2 henti jela jual majalah mengarut ni.. bazir duit, tambah dosa tengok gambar dedah2.. adoyai

Unknown berkata...

so synical but yet so true!

tak nampak apa pun yang boleh dijadikan tauladan. balik2 pusing cerita yang sama je nanti yang boleh tgk kat melodi yang main tukar2 channel sebb nak tgk csi back to back kat 701.

Takde keje la nak kuar dwet lebih semata nak tengok dada orang (aku pun ada), nak tgk kain yang tak cukup sifat (fashion la sangat), gamba tepi kolam renang, kesah dia nih kena tinggal pakwe, makwe kena kebas...

bottom line is tak mencabar minda langsung!

p/s : mag gini takde plak org nak ban sebab boleh mendorong keruntuhuan akhlak ke apa...dunia2!

kucai berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
kucai berkata...

hauhauhauhau...mantot..
aku ska baca menatang nie(yg free dkt kedai mamak la)...
best la mantot...
bkan snang nk tgk buah dada org yg cun melecun tue...depa pnya maruah bkn tinggi sgt pon..tue yg bleh tgk tue..
hang try dok dlm lrt ka komuter ka, pastu hang ushar buah dada awek dlm tue..kalu hang x kena flying kick, aku gerenti hang kena sumpah seranah mcm altentoyos sumpah abg jibraun...

chow cin cau soya...

Tanpa Nama berkata...

mantot ko lupe variasari

Tanpa Nama berkata...

ahah..menarik gler gmbr2 dlm mangga..menggugat keimanan.. prmpn berlumba2 nk lawan spe paling sexy.

kyo_9 berkata...

memang informatif habis la artikel2 dlm majalah tuh.. ditambah lagi dengan gambar2 yg bikin orang meleleh.. pergh, kalo dia nk tukar nama jadi 'playboy' pon pasti xde masalah nyer..

Miss Taeyong berkata...

adakah ko beli mangga semata2 utk blog ni? wut a great effort! huhu...

Siberkop berkata...

So, mari teka sapa yang bakal dapat AMN seterusnya!

Tanpa Nama berkata...

freaking cynical. third world country yeah?

Ahmad Sadli Ibrahim berkata...

Aku pun rasa amat rugi, selama ini aku tak pernah dapat info yang amat ilmiah sebegini, kita memang kaya dengan ilmu cinta. Good job Mangga!

milo boyd berkata...

woo..baca mangga boleh..wat keja skolah je banyak alasan ko! aku repot!! hahahahaha..giler laa effort ko nyer review nih..mmg blogger unggul..

Tanpa Nama berkata...

heh...
mmg sinikal perabis...
hahahahah...
tapi series le...
majalah mangga ni mmg SAMPAH gile...
tak paham aku ape la yg org sanggup buang duit beli...
aduyai...
da artis sepatah haram tak kenal langsung...
bebudak baru nak up mana la kan...
huhuhuh...
g blajo tinggi2 dulu la...

Tanpa Nama berkata...

bagus,,,sebelum menulis blog harus membuat research dulu...sy pon ada nmpak gak majalh ni hari tu,,mcm sengal je,,sesuai gler ni utk org yg desperate,,sy judgemental~

Mantot berkata...

aku terpaksa admit aa..aku ada berasa hepi jugak bila baca mangga sebab aku suka tengok gambar2.

aku suka tengok teknik fotografi.aku juga berharap agar Utusan panggil aku tolong tangkap gambar tepi swimming pool.

ni 2nd time aku beli mangga.first time aku beli masa aku umur 19 tahun.cover depan gambar Lydiawati pakai singlet putih dalam pool.aku beli sebab aku suka gila Lydiawati,tak tau la apsal,pada aku dia sangat2 hot

DaRk AnGeL berkata...

giler ah!
tak pernah terpikir nak baca mangga macam tu...
mangga sangat mengarut!
ntah sape2 ntah dia amik buat mcm glamer benar lah artis dlm tuh..
pathetic!

hghg berkata...

Macam haram cara kau tulis, haha, bunyi macam Mangga ni mulia gila.

Eeee, sampai mati pun aku tak kan baca menatang haram ni.

Che underscore Lee berkata...

eh tapi ade sekali tu aku baca mangga kat kedai gunting rambut mamak tu, ade gak citer pasal artis pergi/baru balik umrah/haji.. masa tu tunjuk la diorg insaf la ape la.. or cerita artis kena bomoh/santau la ape la hehe..

Tanpa Nama berkata...

For me majalah tabloid mcm ni menjadi medium sebilangan artis yg 'ntah apa2 kualitinya'...or in other word, desperate nk glamor. Aku mmg menyampah giler (anti) tgk pompuan/artis2 Islam yg b'gambar tk cukup kain, nk tunjuk 1 malaya.bg yg bkn artis pon tk seswai gak nk berpakaian sepesen dgn artis2 dlm mangga ni. Bg aku perbuatan mcm tu secara tidak langsung menjatuhkan maruah kaum hawa. Tapi...majalah2 mcm ni lah yg selalu dibeli oleh bdk2 sekolah malahan student IPT gak.in my oppinion, majalah mcm ni yg tlh bnyk merencat intelectualism dev. pd generasi muda ari ni.TQ -mawar putih

EQUILIBRIUM berkata...

hehehe majalah mcm ni sesuai buat budak2 melayu kat kg yg takde tenet. kalau kat kampung depa ada tenet haram depa tak jeling kat mangga tu muahahahahha

Master Yoda berkata...

Kah kah kah...

Mungkin ade unsur fizik atau kimia atau biologi yg kite blh dpt dlm Mangga ni....

Kah kah kah

As example, kite leh kaji anatomi tubuh badan manusia dlm majalah Mangga...Biologi tue...

Kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

aku igt dulu kt asrama mag nih, bdk2 wat modal utk ... ;p . sial punyer artis melayu islam. bila mau insaf.

Willy berkata...

Aku sangat 'menyukung' tindakan kerajaan yg x mengharamkan penjualan/pembelian majalah sial ini wlaupon aku pernah membelinya..hehe dlula..skng mmg dh xbeli. Dan aku amat musykil kenapa Harakah disekat penjualannya walaupun aku taw apa sebabnya..ngeh3x..jadi Marilah terus 'menyokong' barisan kerajaan...Takkan Melayu Hilang di dunia..ehh pe plak x hilang..kalo meninggal??? =)

Tanpa Nama berkata...

Pompuan2 yg ingat mrk ni artis tername tanahair ni semuenye hipokrit! Bergambar nampak lurah dendam, terbelah sana terbelah sini, nampak ketiak. Kemudian buat cite taknak goda laki orglah, tak kacau hak org lain lah, masih ingat batas2 agama lah (tapi pakai seksi???) dan mcm-mcm lg komen diorang yg nak menghalalkan ape yg diorang pakai.

3rdmarch berkata...

Salam..
Mohon maaf kerana coy paste post ni tanpa meminta kebenaran terlebih dahulu..

Mantot berkata...

takde masalah dik.
aku memang suka sebarkan gambar orang2 melayu yang suke tayang tubuh.

aku rasa berbakti dengan negara.lagilah pulak bila gambar-gambar ni dapat menunjukkan betapa indahnya adat dan budaya kita,share2..sebarkan,sebarkan biar satu malaysia tengok

AwienSyahirah berkata...

Thumbs up! aku tak phm knp malaysia tak boikot2 lagi mag neyh. nk jadi playboy msia gamaknya. mcm haram jek

areev19 berkata...

hahaha...aku sgt suka blog nie...ayat2 mmg mantop!

Tanpa Nama berkata...

teruknye pic profile minah atas ni..astaghfirullah..

stardust berkata...

wa caya la lu beb..
ayat mantap lg bernas..
klu dorang xsedar g, xtau ar...
huhu

Tanpa Nama berkata...

ada nada sindiran dalam asgmt ko nie...prof aku cakap, kalau anak dia yg umur 25 tahun baca playboy dalam bilik n senyap jer, dia akan intai n cakap "good"--- coz dia tau anak dia normal...

masalahnye,umur anak dmia dh dewasa.. majalah mangga nie plak ala2 playboy malaysia n sumer peringkat umur leh baca...dasyat kan..

Tanpa Nama berkata...

Encik Mantot yang salu 'husnuzon'. Lol

Mintak review lagi "magazine2" lain pulak =)

FiqaSaleh berkata...

hehehehehe...hanya org yg memahami isi tersirat tersurat je yg paham entri ni..

p/s: gelak2 pas baca entri dan komen

Ann berkata...

Diana amir yg seksi berbaju merah tu..dari famili educated.
adik2 beradik dia smua study oversea kcuali dia ni study kt USM

tp sayang seksi.

Kap berkata...

majalah "buah" mangga.

Tanpa Nama berkata...

majalah mangga patut tidak boleh dikuarkan ke pasaran.

freaky* berkata...

kata2 anda sangat lucu.hampir saya jadikan contoh karangan kepada anak2 buah tentang betapa artis2 malaysia sangat menjunjung adab berpakaian dan layak digelar idola para remaja zaman sekarang yang ingin menceburi bidang glemer. tahniah..hahaha...

pastinya,belilah majalah Mangga demi menyokong artis2 baru tanah air yang bakal meletup.sekian.. :)