April 09, 2009

Mari Pakai ObjectDock

Dah lebih 2 tahun aku kena pakai Mac kat ofis,jadi aku dah agak terbiasa dengan Mac dan aku masih lagi berpegang teguh dengan pendapat aku,Apple Macintosh adalah sesuatu yang over price dan over rated.Tak berbaloi.Mahal je lebih tapi harga yang dibayar tu hanyalah untuk style-style yang eksklusif.

Tapi,dalam Mac OS ni,ada 2 benda aku suka.Satu,dia sangat stabil.Katakanlah ada application hang,aku akan tekan Alt+Command+Esc dan akan keluar window "Force Quit." Apa-apa saja program yang aku ForceQuit kan,sudah pasti dia akan tutup.Kalau Windows pulak,Ctrl+Alt+Del,bile tekan aje "End Task" tak semestinya PC aku akan berfungi balik mcm biasa.Kadang-kadang kena restart jugak kalau hang teruk.

Lagi satu yang aku cukup suka adalah Mac punya taskbar.Simple,elegan dan sangat2 user friendly.Aku selalu wish benda ni ada dekat aku nye Windows.Last2 bila aku carik dan carik,akhirnya aku jumpa jugak sesuatu yang boleh emulate hampir keseluruhan features yang ada dekat taskbar Mac ni dalam Windows.

Nama dia "ObjectDock"


ObjectDock boleh dilihat dibawah desktop aku,satu baris icon kecik2 kat bawah tu.

Guna benda ni adalah untuk anda mudah mendapatkan program-program yang selalu anda akses dengan meletakkan shortcut di situ.Apa-apa aje yang anda nak letak kat situ,letak aje.Program-program yang running pun boleh disetkan supaya diletakkan icon ditepi ObjectDock ni untuk mudah aksesnya.

Click untuk melihat ObjectDock dengan lebih detail.

Apa yang paling istimewa pasal ObjectDock ni adalah kerana benda ni animated,maksudnya dia akan animate icon2 ni ikut mouse anda.Size icon,style animation semua terpulang kepada anda.Anda juga boleh menggunakan icon anda sendiri (buat icon anda dalam Photoshop ke,Illustrator) dan save kan dia sebagai file ".PNG" dan eureka...imej itu boleh digunakan sebagai icon anda.

Gambaran bagaimana icon membesar jika mouse dihoverkan di atasnya.

Tryla kalau berminat.Lepas aku install benda ni,dalam 2 hari first tu aku menghabiskan masa terluang aku dengan menggerakkan mouse di atas icon2 tu semata-mata untuk melihat animation dia yang sangat smooth.


Dan kepada die hard fans Apple yang terasa sbb aku kutuk Mac ni,aku peduli apa,dah memang aku tak suka.

12 ulasan:

iskandar berkata...

Force quit tu ko leh guna linux, try la guna linux, ok apa sekarang ni. GUI dia pun dah ok. Stable pun ye gak, aku dah 5 tahun guna linux kat tempat keje, but still install la citrix untuk interface dgn windows on certain bende, mcm aku, aku still guna outlook, word, excel and kamus norwegian aku kat windows via citrix in linux environment. Internet leh guna firefox. and sometime, guna command rasa mcm lagi cool dari guna GUI. ini padangan aku la. lagipun, linux free open source kan...

Riochan berkata...

Objectdock ni da lame da mantot ade. Mmg aku syorkan utk sape2 yg nak rase mcm pkai mac.Aku pkai bnda ni awl2 tgn asek gtal je nak grak2 kn mouse kat icon2 tu,haha..

Tanpa Nama berkata...

ko dh ktinggalan..ak taw object dock ni dh lma..msa dekt u lg..tu la ko asyik nyebuk sgt dgn hal org len..smpi pc sndri ada object dock pn x sedar.kasihan2..

aj3k berkata...

stakat ni tot, aku masih mencintai MB aku walaupun aku baru pakai setahun.aku dah biasa pakai "SPACES", kadang2 tersasul kat Windows.Tp Mac OsX mmg terbaek.itu sbbnya aku tak kut OS aku hang atau dijangkiti virus.Bukan Mac tade virus cuma kadarannya minimum kalu nak dibandingkan dgn Windows.

Xeno berkata...

ni lagi best

http://bumptop.com/

Tanpa Nama berkata...

very true apple product memang mahal, tapi come to think of, it is very worth it in long term... kalau nak compare other brand product lah...
usually apple product target tak kira apa peringkat umur as long as the user rasa puas hati and straight-forward...
ps: dunno wat happen to steve jobs??? i love his innovative ideas.. thanks mantot i have no idea but objectdock...thanks

Tanpa Nama berkata...

yerla..biarla yg dh tau tu tau..aku ni xtau lg..bgus bgus..wp aku xdpt nk dload skang ni aku nk gak nti..free ke byr ni tot??

Tanpa Nama berkata...

ops... i mean about objectdock..hehe sory... love ur blog..

Guest berkata...

mac=adalah pc.

tukar casing,install osx,curik mainboard mac kat factory dierang..tada!

aku tak rasa price dierang berbaloi.
SERIOUS.tu pasal sekarang market dah drop..poll internet rata2 jawab no as "i dont own any mac product"...dierang sekarang hanya bergantung pd iphone utk sell...dulu ipod...sbb sony ..creative semua dah kluar mp3/video portable player...

ni parody:
http://www.youtube.com/watch?v=xgZKjJt-TkU

milo boyd berkata...

huhu tuh aa biar aa sme yg dah tau tuh tau..aku pon lom tau..coolness is u..dasar geek! moh donlod!

Che underscore Lee berkata...

ntahnye.. yg dah tau tu biaa la.. aku yg xtau ni bagus gak ko bgtau tot

ephol berkata...

tul la mantot... objectdock ni dah lama dah wujud... kalo nak try satu lagi mac osx emulator, try pakai "flyakite"... search je kat mr google..