Mei 06, 2011

Selamat Hari Ibu Daripada CursingMalay dan Seminute.com

Aku percaya,dalam hati setiap ibu,pasti akan wujud rasa ingin melihat kelibat anak-anak mereka setiap masa.Tertanya-tanya bagaimana mereka,sihatkah anak mereka,dah makan ke belum,apakah style rambut anak2 mereka.Dengan perkembangan dunia yang kebanyakannya membuatkan keluarga terpaksa berjauhan,pasti ramai ibu yang teringin benar melihat anak mereka di depan mata.


Tapi,semakin anak meningkat dewasa,pasti akan wujud komitmen yang membuatkan anak-anak tidak dapat meluangkan masa melawat ibu di kampung.Apatah lagi kepada mereka yang belajar atau bekerja di luar negara.Adik ipar aku 5 tahun duduk luar,satu2 nya penghubung dia dengan mak dia adalah telefon.Nak bertemu muka tak kesampaian kerana ada penghalangnya.

Jadi,kita sebagai anak,apa pula yang kita mampu lakukan?Selalunya,setiap kali Hari Ibu diraikan,kisahnya pasti sama.

Apakah hadiah hari Ibu yang selalu diberikan orang ramai?

a. kad
b. mug bertulis "Worlds Greatest Mom"
c. satu pelukan kasih sayang
d. belanja mak makan
e. hadiah-hadiah mcm bunga,rantai,etc.

Apakah hadiah Hari Guru yang selalu diberikan?

a. kad
b. mug bertulis "Worlds Greatest Teacher"
c. belanja cikgu makan kat kantin sekolah
d. hadiah-hadiah mcm bunga,rantai,etc.

Sama aje kan? Apa kata untuk sambutan Hari Ibu dan Guru tahun ni anda melakukan satu kelainan.Sempena sambutan Hari Ibu dan Hari Guru yang bakal diadakan tak lama lagi,blog ni dan Seminute.com ingin mengajak anda semua berkongsi ucapan Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Guru anda dalam bentuk video.

Video adalah satu bentuk medium yang sangat fleksibel jadi video anda boleh jadi mengenai;

a. Ucapan anda kepada ibu atau guru
b. Short film seminit mengenai ibu atau guru anda
c. Animasi stop motion meluahkan perasaan sayang anda
d. Video anda bermain instrumen lagu yang anda cipta sendiri mengenai ibu anda
e. atau apa-apa saja cara lain yang mampu anda fikirkan.

Apatah lagi jika anda adalah seorang perantau yang duduk berjauhan dengan keluarga.Jadi,apa kata,on kan kamera anda, rekodkan video ucapan hari Ibu dan Guru anda dalam bentuk yang paling kreatif.




Ada sesiapa nak spoof video ni dekat Seminute.com?

Dan jangan lupa,contest "Will You Marry Me?" yang menawarkan hadiah
RM1000 masih lagi berjalan di Seminute.com

Sekuat mana pun anda sayang ibu anda,percayalah dengan aku,ia takkan sama kuat dengan sayangnya ibu anda kepada anda. Kasih ibu adalah satu perasaan yang tak mampu digambarkan.
Selamat Hari Ibu semua!

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

selamat hari ibu & guru semua. thanks mantot. :)

Munn Jaafar berkata...

ya ya ya....entry yg ikhlas dan telus...selamat hari ibu..

Unknown berkata...

pernah bagi mak kad ngan bunga mawar putih.hehe

Dijot berkata...

YOU RIGHT....memang kasih sayang mak takkan sama dengan kasih sayang seorang anak terhadap mak...

tubelawak berkata...

seminute.com tu sapa punya?

Stammofa berkata...

aku sedekah Fatihah je skang nih... org dah takde.. nak masuk 2 tahun dah.. kalo ade pn, tak sambut jugak...

Imtiaz berkata...

http://www.facebook.com/note.php?note_id=195790850465336

Mataku berkata...

Selamat hari guru pada guru... hua hua hua

berkata...

baekk punya plug ye Tot

Ayyman Rahim berkata...

Selamat Hari Ibububububu!


http://ayymanrahim.blogspot.com/

FikrahIslam.com berkata...

Tanpa ibu, siapalah kita. :)

Selamat hari ibu.

Tanpa Nama berkata...

Mana boleh smbut hri ibu dlm islam..