Mei 26, 2011

Sesiapa Yang Nak Beramal Jariah Tu,Pastikan Anda Daftar dan Dapatkan Sijil Layak Menduduki

Thanks sebab semalam ramai yang bagi pandangan.
Ada yang setuju,ada yang tak setuju.

Tapi paling aku tak dapat accept,siapa2 yang kata dia perlu kena dakwa.....sebab nanti ada orang ikut jadikan trend "sengaja tinggalkan anak dalam kereta" cara untuk biarkan anak mati supaya lepas tanggungan,tak payah jaga dan bela,kerana pesalah tahu,dia akan terlepas dari dakwaan kalau bapak si allahyarhamah terlepas hukuman.

Gila psycho kalau kau tulis camtu.Aku ulangi,psycho....

Jadi,hari ini,aku akan mempersoalkan balik kepada sesiapa yang setuju bapak dia kena dakwa.Dalam The Star,dalam NST dah banyak surat orang hantar suruh dakwa bapak dia.Kalau anda baca surat tu,ayat dia mesti ada tulis "saya juga seorang ibu,saya juga seorang bapa....bla..bla..bla.....dia patut didakwa...bla...bla..blaa...dia cuai..sebagai seorang bapa,dia sepatutnya lebih aware...."

Kena batang hidung sendiri,mcm mana?

Apa yang aku baca dalam respon korang semalam,ramai setuju sebab benda tu "undang-undang." Maksud aku,dia perlu didakwa kerana itu akan jadi pengajaran pada dia,itu akan jadi hidayah dekat masyarakat.Okeh..orait..

Ada baca paper baru2 ni pasal kes tanah runtuh timpa rumah anak yatim?Apa yang aku nampak,dalam blog2 lain,diorang duk berdebat pasal "nilai bantuan yang diberi" antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.Itu yang diorang nampak?Hahaha...semua benda nak jadi perbandingan sekarang ni.

Apa yang menarik perhatian aku?Ada pihak yang mempertikaikan kewujudan rumah tu sebab rumah tu dibina secara haram.Ada menteri kita kata takde CF,ada pihak kata kawasan situ tak selamat sebab tanah tu tak sepatutnya didirikan kediaman apatah lagi kediaman untuk berpuluh orang dalam bentuk asrama dan sbgnya.Aku syorkan kepada seorang menteri yang pakai selendang,jambul terkeluar yang sedang bising pasal rumah anak yatim tu tak berdaftar dan takde CF,shut the fuck up.Menteri...benda dah jadi baru dia nak concern.Siap boleh komplen lagi dia sampai lambat ke tempat kejadian sebab jalanraya sesak.Baru kau tau rasa jam macam mana ke?Police tak escort ke,makcik?

Apa yang diorang cuba bangkitkan?Yang jelas pada aku,ada pihak sedang cuba blame pihak pengurusan rumah tu sebab buat rumah anak yatim dengan cara illegal.Buat rumah anak yatim disitu haram dari segi undang2 sebab tak sepatutnya rumah tu wujud kat situ.Rumah anak yatim yang illegal...keh keh keh.Kelakar pulak bunyinya.

Jadi,apa kaitannya kes tanah runtuh dengan kes bapak tertinggal anak dalam kereta?.......kedua-duanya mengakibatkan kematian kanak-kanak.

Okeh,aku nak mintak respon lagi hari ni...kalau anda setuju bapak Nur Izyan perlu didakwa,bagaimana pulak dengan pengasas rumah anak yatim tu?Adakah dia juga perlu didakwa?Lihat daripada perspektif undang-undang,banyak jugak kesalahan dia dah buat;

a. buat rumah anak yatim illegal tak berdaftar
b. buat rumah takde sijil layak menduduki
c. buat rumah dekat kawasan yang tidak selamat

Adakah perlu dia bertanggungjawab mengakibatkan kematian 16 orang pelajar dan warden situ?Owner dia tahu hal tu,kalau anda cuba carik2 dalam internet ada dah diceritakan masalah birokrasi yang membuatkan pengasas rumah tu teruskan jugak niat dia walaupun dia tau benda tu tak betul,tak ikut law.Pentadbiran dan pengurusan yang penuh kerenah dan protokol kerajaan,kau pun paham2 lah mcm mana bila kita memohon kelulusan pasal benda2 ni.

Apatah lagi bila sekolah tu nampak mcm sekolah agama dan semua pelajar pakai serban.
Lagilah susah kan.....

Jadi,dalam kes ni,seorang lelaki nak bukak sekolah agama dan rumah anak yatim,tapi dia buat secara "haram," adakah perlu dia bertanggungjawab pasal tanah runtuh tu?Adakah anda nak kata dia cuai dan perlu didakwa? Kalau ada yang persoalkan benda rules dan regulations kena ikut sebab benda tu jamin safety occupants,macam mana Stadium punya bumbung boleh runtuh dan stadium tu ada aje sijil CF.Runtuh jugak.Ini tanah yang runtuh,timpa rumah,baru rumah tu timpa budak-budak.

Lihat balik list kesalahan pengasas tu yang aku tulis kat atas dan bandingkan dengan apa yang dia dah capai dengan rumah anak yatim yang didirikan dia,kau rasa,mana lagi berbaloi kita nak pertahankan?Undang-undang atau niat nak berkebajikan?

Rumah dan sekolah anak yatim yang illegal.
Keh keh keh keh.Memang kelakar.

So,pendokong undang-undang.....perlukah dia didakwa?

41 ulasan:

Pojie berkata...

Kasihan kat keluarga dia.

http://definisitinggi.blogspot.com/2011/05/1_26.html

Tanpa Nama berkata...

perlu

~cik emmie~ berkata...

semua nih kuasa Allah..kalau berdaftar pun & ada CF sekali pun..kalau Allah mengkehendakan sesuatu..maka jadi lah jugak... wallahualam..

ejaMaria berkata...

pasal bina bangunan tanpa permohonan itu yg masalah besar... kdg2 org tak tahu... tapi ada duit... duit aku tanah aku... aku buat apa aku nak...
tapi bila berlaku masalah keliling tanah - sempadan tanah lain... baru timbul semua 'benda' org akan pertikai...
'building by law' bukan pasal melindungi bangunan atau nyawa shj... tapi meliputi aspek kesan jangka panjang pengurusan hartanah...
tapi org kita selalu ambil mudah...
nasi dah jd bubur... apa guna hukuman ?
kesilapan yg sama akan tetap berulang... tengok la...

free compass berkata...

kalau ikutkan perasaan dan emosi, perogol, pembunuh, pencabul, perompak dan peragut tidak patut dihukum. macammana kalau kena keluarga dan batang hidung sendiri?

tapi undang2 dibuat bukan atas dasar perasaan dan emosi. nak jatuhkan hukuman perlu mengikut kehendak undang2. sebab itu, nabi bersabda'"...Apabila Fatimah binti Muhammad mencuri maka aku pun akan memotong tangannya." tidak kira sesiapa, asalkan dia bersalah, hukuman tetap hukuman. tiada soal emosi.

free compass berkata...

perlu didakwa. tapi mengikut keadaan semasa, individu terbabit tidak didakwa atas sebab nak pilihan raya. najib pun datang salam kaut/keruk kat situ 2 hari lepas.

rahim berkata...

salam,
hanya nak berkongsi.dengar2 rumah anak yatim yg ditimpa tanah runtuh tu adalah milik pasangan doktor pakar di hospital putrajaya.dia jadikan rumah tersebut sebagai rumah anak yatim.hampir setiap minggu pasangan tersebut ke sana bersama anak2.anak2 mereka bersama2 belajar agama di sana.dah salah seorang yang meninggal dlm kejadian tersebut adalah anak pasangan doktor pakar tersebut.mereka membinanya tanpa bantuan dari kerajaan.berapa ramai anak yatim yg mereka bantu.kena jadi cam ni suma nak lepaskan tengkuk..

SyuhadaAdros berkata...

kes yang lebih kurang sama aku tengok dalam bersamamu semalam (25 may 2011). Pakcik tu jual sarang burung tempua. kalau ikutkan dia boleh didakwa ikut akta perlindungan haiwan liar (kot? aku pun tak bape sure sangat pasal undang2 ni?) dengan denda rm20000, maksimum rm50000 atau penjara dua tahun jika sabit kesalahan.

tapi atas alasan pakcik tu taktau pasal larangan menjual sarang burung tempua, dan juga disebabkan kedaifan pakcik tu yang kini membesarkan dua anak lelakinya setelah kehilangan isteri, dia TIDAK AKAN DIDAKWA. mungkin sbb kes pakcik ni masuk tivi kot tu pasal tak didakwa.

oke aku tau aku tak menjawap soalan. aku cuma nak tengok ape penyokong undang-undang ni punya pendapat.

peace and outt! :)

Kap berkata...

aku memang tertunggu ayat terakhir kau tu, mantot.
kelas!

yang bangang pemilik rumah anak yang haram nak ambil tindakan.
penyebar video lucah bersorak gembira.
Malaysia Oh! Malaysia.

faujan fauji berkata...

mantot,ustad aku cakap,niat tak menghalalkan cara.hahaha

aku lebih rasa suka ternganga daripada bercakap pasal typical bitchy malaysian.

aku suka baca ruang ini bro.

Tanpa Nama berkata...

Mengikut lunas undang2 yg tlh termaktub, protokol/procedure tu ikut ajelah...tp sistem penguatkuasaan berterusan di M'sia nih mcm haram. Perkara yg berlaku disensasikan semata2 krn X melalui birokrasi yg tlh ditetapkan, namun selama ini sesetgh isu X pernah ada perlaksanaan pencegahan...lps 10 tahun, perkara sama tetap berulang.
Oh, uniknya negaraku tercinta, M'sia tanah tumpah darah rakyat.
Drp,
RYSMHP

you know who berkata...

aku TAK setuju bapak NurIzyan didakwa. aku jg TAK setuju pengasas tsb didakwa.

sebab ape? pengasas tu da cukup baik amik inisiatif dirikn rumah anak yatim. nk harap org yg pandai komen itu-ini, komplen sana-sini..ada korang buat buat ape2 tuk anak2 yatim tu?

ye mantot, isu sekolah agama & pakai serban tu mmg 'menyusahkan' bbrp procedure permohonan.padahal ni negara islam. aku suke cara ko tulis isu ni. walau simple tp tangkap jiwa..sayang mantot, sayang m'sia!

B.O.B.A berkata...

Assalamualaikum...percayalah kepada Qada' dan Qadar.... insyaALLAH.. tiada apa yang terlepas dari perhitungan ALLAH.. Bala sendiri ada dua.. ada Bala yang memang ALLAH nak tunjukkan rasa benciNYA kepada hambanya... ada juga bala yang ALLAH beri sebab ALLAH sayang dan ingin bersama hambaNYA yang soleh...media yang memainkan peranan kurang bijak dalam memainkan sentimen ini... jika tiada dilaporkan sedemikian rupa... mungkin tiada apa pon yang berlaku... sepatutnya orang yang bersedih atas kematian ita perli hiburkan dgn menolong beliau, dan bukan menghentam dan mencacai beliau...insyaALLAH tempat budak32 itu sudah disediakan oleh ALLAH. kita??

Hazirah Kamal berkata...

ada sebab perlu ada cf, kena daftar, bina tempat selamat.

ia macam, kenapalah Allah buat tanah runtuh tu kena anak yatim, dan bukan orang yang lain yang lagi banyak buat murka kat muka bumi. tapi memang sunatullah, buat rumah di lereng bukit, tanpa precaution sebelum dan selepas pembinaan, memang terdedah bahaya. itu sunatullahnya. dan Allah 'adil' dalam melaksanakannya.

kenapa tidak kita?

nasib baik dua doktor tu baik hati. betul-betul buat rumah anak yatim ajar mengaji. dan undang-undang bukan kejam sebenarnya. benda tu semua akan diambil kira.

AkuTakSukePublisiti berkata...

perlu ke aku komen mantot??..

kang kalah lg ngn papadom..

isk2...kena tag pendapat "bernas" lak klu bg..

hahahahahahahahahaha..

simple aje,ni negara islam tp ske menyelam...hahahahahaha....

baru tau si bitch tu,jlnraya jem..ktorang byr cukai maaa bitch!..maw kecoh ape!!...harung la same2..

hAdi berkata...

apesal semua bg komen lari tajuk ni?
semua mcm nak kata mantot x betul, padahal die mintak pendapat korang

Sampah Masyarakat berkata...

Undang-undang hanyalah ciptaan manusia, JANGAN BERTUHANKAN "MEREKA"
tak perfect pun, banyak lompong, boleh diputarbelit. Kalau KAU ROBOT, ikutla... senang je apabila takde sifat belas kasihan, bertimbang-rasa, toleransi dan kasih sayang yang diterapkan TUHAN untuk memberikan keadilan di dunia ni.

Manusia berakal dan beriman apabila buat penyelidikan/penyiasatan akan menghasilkan keputusan yang ada kebenaran.

Tak payah DAKWA, ROBOT boleh didakwa, nak hukum bunuh pun takpe. muahahaha.......

rockmysoul berkata...

rumah dan sekola anak yatim yg 'haram' yg dorang nak pangkah2, berbanding pusat judi 'halal' yg berlesen..ahaha..halal haram pd cop je skg,bkn pd hukum dh...gilo pnye menteri..

Tanpa Nama berkata...

bak kate org...niat tidak menghalalkan cara. hukum 2-2

Khitan berkata...

Salam kepada Tuan Mantot,

Kepada situasi diatas, memang suatu perkara yng tidak terjangka, takdir Tuhan untuk jadi tanah runtuh dan takdir yang mati adalah anak yatim. Tiada salah sesiapa disini, tapi bagi menjawab soalan, ni komen aku...

1-Dari segi undang-undang memang salah sebab setiap bangunan perlukan permit pembinaan dan CF (Certificate of Fitness). Kalau xde memang sah2 la salah, tambahan kalau dalam undang2 kalau x berhitam putih(bersurat) mmg ko akan salah dan rugi kalau ade claim dikenakan atas ko. Kesimpulannya mmg dari segi undang2 adelah salah dan org yg membina rumah tu boleh dihukum atas kecuaian (negligence)law of tort- sebab dorang ade "duty of care" utk ensure no harm being inflict upon that building. Jadi kalau bebudak tu mati dari segi undang2 mmg pengasas rumah anak yatim tu yang bersalah sebab kecuaian mereka untuk mendapatkan pengesahan dari undang2 boleh dikatakan mereka telah cuai...

2- dari segi moral, mmg pembina rumah tu x salah langsung sebab tanah runtuh hatta gemap bumi adalah kuasa Tuhan, kalau Allah kata jadi, maka jadilah~ maka kalau JKR bina tembok gunung pun, roboh gak... lagipun rumah anak yatim tu dibina atas dasar taqwa dan ihsan, tambah dengan birokrasi yg lembab, dari segi moralnya, x patut dihukum la, org buat baik kemudian tak sangka jadi musibah, takkan kita nak hukum dorg plak, macam pepatah biasa yang kita dengar, KITA TIDAK BOLEH MENGHUKUM ORANG YANG MELAHIRKAN PENCURI, aka ibunya, so apply kat sini same gak la, ape plak nak hukum pasangan yang membina rumah ank yatim tu, itu adalah KEZALIMAN.

Jawapan aku, dari jiwa aku dah cakap memang x bersalah, buat ape nak hukum lagi, tu hanya akan mengeruhkan lagi keaadaan, x menyelesaikan masalah pon, daripada dok berkokok sape salah dan patut dihukum, UNDANG2 PATUT BERFIKIR MACAM MANA NAK CEPATKAN PEROSES LULUS CF, LULUSKAN RUMAH ANAK YATIM, MENGHUKUM PERASUAH DAN PEGAWAI LEMBAB DALAM KELULUSAN TERSEBUT!!! tu lagi patut diutamakan, tapi aku paham Mantot, dekat malaysia dah nak jadi cam kat US... ko boleh disaman oleh UNDANG2 kerana mengakibatkan kecederaan kepada pencuri yg menceroboh masuk rumah ko...

Situasi yg sama berlaku macam kt BERSAMAMU semalam, org miskin cari rezeki dengan ambil sarang burung tempua nak didakwa dari segi undang2 sebab bende tu salah, SEBENARNYA YANG SALAH ADELAH HAL EHWAL KEBAJIKAN RAKYAT NEGERI JOHOR!!! SEBAB X BUAT KERJA!!! X CARI ORG MISKIN N BANTU PAKCIK TU, at last that uncle will not be executed bocz it will bring more shame to the authority if they punish him (and it was telecast into tv of course), how irony that was.

Very Irony of Malaysia~

Cik Kiah berkata...

yang susah lagi nak dilenyek.
lenyek jangan tak lenyek.!

Tanpa Nama berkata...

xkene batang hidung sendiri...

-sally

Aslina berkata...

ahh... next pru aku nak undi pemimpin yang kalo kita kata nak buat satu2 bende atas nama kebajikan, laju je dia approve. takyah birokrasi semua.

eh? ada ke?

spankuning berkata...

pernah dengar pasal Kohlberg's stages of moral development tak?

ada 6 stages, and "Law and Order morality" stands at the 4th stage. org2 kat stage ni akan ikut undang2 tanpa byk soal.

sedangkan stage tertinggi adalah "Universal ethical principles". org2 yg di stage ke-6 ni memandang Law sebagai satu benda yg boleh dipatuhi SELAGI ianya adil. dorang jugak lagi mementingkan hak asasi manusia macam nyawa, kebebasan, dan keadilan.

so dlm kes ni, saya rasa pengasas rumah anak yatim ni tak patut dihukum, sbb undang2 yg letak prosedur nak apply CF and stuff tu terlalu complicated. and owner rumah anak yatim ni lebih mementingkan kebajikan anak2 yatim tu.

*just my 2 cents*

oni berkata...

hai takde sape menjawap pasal bapak tinggalkan anak dalam keta tu pun. perlukan dia didakwa. semalam kemain ye. sudah terkena batang hidung sendiri bagi pandangan otak ditinggalkan. lalang sungguh!

Hazirah Kamal berkata...

apa yang 'khitan' kata, masuk jugak ke hati saya.

yang lebih perlu dihukum adalah sistem yang penuh birokrasi yang entah apa-apa.

sama dengan situasi semalam(tinggal anak dalam kereta), hukuman sebenarnya tidak menyelesaikan apa-apa. yang ini yang saya tak sedar semalam.

jadi maaf. saya ubah sikit.

ber'tuhan'kan undang-undang ciptaan manusia? moga dijauhkan. cuma hidup kita memang tak lari daripada undang-undang.

yang saya risau, selepas ini, kita 'halal'kan orang 'buat salah' sebab emosi dan sentimen.

sebab sentimen sebenarnya boleh jadi pemusnah keadilan.

berpada-padalah.

Dijot berkata...

Baru-baru ini, Malaysia dikejutkan dengan berita Tanah Runtuh yang berlaku di Rumah Anak Yatim, Batu 14, Hulu Langat Kajang. Seramai 16 orang terkorban (kalau tak silap)...Anak-anak yang dikasihi Allah ini, pergi menghadap illahi tanpa keluarga disisi. Tiada tangisan bagi mereka, tiada raungan orang tersayang..kerana mereka, tidak beribu, tidak berbapa....Allahuakbar...
Waktu2 begini, mulalah kejadian salah menyalah antara satu sama lain. Terus, terang....jadilah intelek yang relevan. Memang lumrahnya, bila dah berlaku, mesti ada satu pihak yang harus memikul tanggungjawab itu. Katakan di Media, rumah anak yatim tersebut tidak didaftar di bawah JKM. Rumah anak yatim tersebut melakukan aktiviti lain selain tempat penjagaan. (Pusat tahfiz, pusat motivasi, rumah ank miskin)...
Aku kagum, dengan inisiatif pengusahanya...dia mampu untuk menjaga seramai hampir 50 orang anak2 tanpa bantuan kerajaan. Itu sumbangan seseorang yang merasa tanggungjawabnya besar untuk membantu..Bukan seperti sesetengah Dato Datin, yang menghulur sumbangan dengan memanggil semua media membuat liputan beserta replika cheque yang maha besar..

Alfatihah untuk anak yatim terbabit...Kau sungguh suci, sungguh murni, maka Allah memanggilmu pergi...dengan jalan yang paling perit, tetapi Syahid. Kau insan terpilih untuk kami didunia muhasabah dan iktibar dari peristiwa kamu menghadap Illahi.

Kita semua pasti menyusul...waktunya entah bila...

Tanpa Nama berkata...

masalahnye bkn psl kene hukum atau x tp bntuk hukuman tu.setuju dgn free compass salah ttp salah.tp consider hukuman base on situation.at least jd pengajaran utk semua.

btw mantot,cf= salah satu usaha nk elakkan tragedi.klu jd jugak mmg dh takdir.at least kita usaha elakkan tragedi.xkan nk terus tawakal.samala mcm msk rmh xkunci pintu tp harap2 xde pencuri msk rmh kita.
just my opinion.

As berkata...

hmm ramai yg xjawab penuh soalan.

Kes bapa dan kereta. Sesuatu tetap perlu dibuat. supaya masyarakat melihat. walaupun ratanya telah terang jelas. kerana lebih ramai yg suka mengambil kesempatan dari mengambil pengajaran dari contoh kes. Sy pun xmahu pkara tidak baik menimpa si bapa, sy lebih tidak mahu sesetengah org
dengan niat yg tidak transparent mengambil contoh dan kesempatan dari kes ini kemudian hari.

Kes rumah anak yatim. Sy berpandangan anak yatim tidak mendapat pembelaan sewajarnya daripada pemerintah. Selagi penaung/ pengusaha rumah tersebut tidak miss use the kids(this is not new), pada saya mereka berbuat jariah dan kifayah. saya bersama mereka.

Buat saudara yg telah pergi may all rest in peace. Buat yg masih di sini, bertahanlah. Peace.

Cik Nad berkata...

bila nanti nuclear plant kita kat Pahang da siap dan beroperasi setahun dua dan tetiba blow-up. Masa tu kita nak dakwa siapa? CF? Pemberi idea? Tuan tanah? Tuan kilang? Penduduk?? Rasanya penduduk bantah.. Sebab memang dah tahu betapa berbahayanya radiasi nuclear. Tengok saja mangsa Chernobyl.. Tengok saja di Jepun.. Ke nak kata melayu mudah lupa??

Yang jadi mangsa adalah penduduk. Rakyat. Nak bagi pampasan berapa juta sorang?

Masa ni LAW akan pihak kat kita ke? Saya tak rasa LAW akan pihak pada kita jika kita ini just nothing.. Tak da kuasa dan duit..

Tanpa Nama berkata...

Psycho. Perkataan yg tepat. Dlm dunia ni mmg ramai yang psycho. Org yg potong kepala bapak dia sebab ikut suara yg dia dgr tu cth psycho. Sbb tu tk boleh ambik mudah.

Bila kita kata "tak mungkin dia buat mcm tu" saja, kita telah ambil risiko buat silap.

si ngeng. berkata...

haa hamek ! jawab jawab..sape lg nak petah ???? hahhaha good job !

AkuTakSukePublisiti berkata...

khitan..nicely said..klu ko seorang yg pratice law..aku mmg sokong kau laaa!!..n mmg aku sokong kau laaa...

**ngh menanti komen papadom**...


lalalalalalalalalalala

paloibinmulau berkata...

mantot,

utk pengajaran sebagaimana yg dimahukan oleh ra'ayat malaysia yg mempunyai moral tinggi tahap gaban, dengan ini saya sekeras-kerasnya meminta kerajaan mendakwa dan menjatuhkan hukuman plg berat terhadap manusia tak berhati perut yg membina rumah anak yatim secara "haram". tindakan haram manusia tak berhati perut ini telah menyebabkan kematian 16 insan yg tak bersalah.

saya harap hakim akan menjatuhkan hukuman setimpal dgn kegiatan haram manusia tersebut agar menjadi pengajaran kepada manusia2 lain yg ada hati nak membina rumah anak yatim secara haram.

sekian, terima kasih.
paloibinmulau

gman berkata...

perlu la. undang-undang bukan untuk satu kes, undang-undang untuk semua perkara yg boleh dan bakal terjadi. kalau dia mintak dan tak diluluskan, dia akan membina rumah anak yatim di tempat lain. ko tak rasa ke itu mungkin terjadi. sebab tu wujud court, tempat semua benda ni dibahaskan.

Tanpa Nama berkata...

Dear mantot,
Common sense ialah norma yang DISEPAKATI oleh majoriti ahli masyarakat mengenai satu2 perkara.

Aku rasa common sense mantot yang xkena kot dalam isu ini.

Klau kita lihat, majoriti orang pun stuju bapak yang menyebabkan kematian tu dikenakan hukuman. Inilah common sense masyarakat untuk isu ini.

Apabila majoriti ahli masyarakat berasakan bahawa satu pendapat mengenai satu isu itu wajar dari penilaian moral secara langsung (tanpa perlu kepada rujukan agama), maka itulah common sense.

Secara peribadi, sy berpendapat adalah wajar hukuman dikenakan ke atas lelaki tersebut.

Hukuman bukan semata2 untuk bagi kesan kepada pesalah, tetapi untuk membetulkan semula 'common sense' manusia agar menyelesaikan problem kehidupan dengan matang dan prioriti. Kalu difikirkan balik, wajar ke tinggalkan anak kecik SORANG-SORANG kat dalam kereta? Budak kecik, apa yang dia faham? Kalaupun sibuk urusan lain, mengapa xde alternatif lain supaya anak tu x dibiarkan kat dalam kereta? Mana common sense bapak kepada anak ini?

Tanpa Nama berkata...

Aku rasa untuk kes tanah runtuh ni, pengasas tu patut dikenakan hukuman klu terbukti dia bersalah. Tapi, siasatan kena dilakukan untuk dapatkan bukti.

Sama juga dengan stadium, dan kilang nadir bumi di bukit merah.

Tanpa Nama berkata...

mano la si Mantot ni...
den tgh tggu dio jela ni... :P

-Enj-

seasick82 berkata...

kalau ikut pada perikemanusiaan,mmg x mau owner rumah anak yatim tu didakwa..
but then walaupun niat dia bagus,tp mengabaikan safety masa buat rumah tu x patut dibiarkan.
cuma,aku x puas ati camana pihak berwajib x perasan pasal rumah anak yatim tu.nampak sangat kt m'sia nie belum ade pihak yg serius dlm enforcing safety utk bangunan.tu yg indon selamba je buat rumah kt m,sia!

lilacfla berkata...

zaman saya berkhidmat untuk rakyat dah lepas.

sekarang zaman saya berkhidmat untuk duit poket saya.

aku pernah pi rumah org tua swasta, keadaan daif. tapi niat owner nak amik orang tua buangan di hospital, nak jaga. walaupun x leh provide facilities yg tiptop, still amik asalkan orang tua tu ada shelter.kalau ikut mulut, banyak menda kau nak bebel tempat sempit, ramai, tv kecik etc etc.
tapi kalau rumah tu x amik depa, depa kat mana la agaknya? pemimpin hat sedih sangat tu, tau ka pasal ni?

misz sheyla berkata...

tak faham aku..orang bising suh dakwa sini dakwa sane...tapi bile anak2 yatim tu xde tempat tinggal xde makan minum ade korang peduli???ade sape2 nk hulur bantuan?? ade orang nk bg tumpang duk umah die???