Mei 20, 2011

Awkward Agama : Macam Mana Rasanya Keluar Rumah Tidak Memakai Seluar Dalam?

Satu masa dulu,aku berada dalam zaman kegelapan.Boleh kata,dalam setahun ada 54 minggu, 2-3 kali aje aku gi semayang Jumaat.Semayang lain? Toksah cerita....paling banyak semayang Maghrib.Subuh?Keh keh keh keh.

Tapi aku still ada rasa malu tak semayang.Kadang2 bila aku ponteng semayang Jumaat dan pegi makan time semayang Jumaat,aku rasa segan.Gila malu.Tapi ada jugak 2-3 golongan yang boleh buat selamba.Siap pakai baju Melayu,siap pakai kopiah,pakai kain pelikat tapi duk makan meja sebelah aku.

Bukannya dia dah terlambat nak pegi.Tapi dia memang dah plan nak gi makan time semayang Jumaat dengan berpakaian camtu,agaknya cuba2 nak mengaburi mata orang lain.

Walaupun aku tak semayang,tapi aku selalu bercakap dengan Tuhan."Ya Allah,bagilah aku semangat nak semayang." Aku selalu mintak benda tu.Ye lah,orang kata dapat hidayah,dapat petunjuk yang dapat jadi penguat diri nak jaga solat.

Tapi aku still tak solat2 jugak.

Jadi ada satu hari,aku dengar radio.Ada ustaz tengah bagi ceramah.Dia kata "ibadah adalah satu perbuatan.Bila benda tu dah jadi rutin,keinginan tu akan datang.Tapi kita sendiri kena push diri kita nak buat benda tu...sebab Allah takkan tiba-tiba buatkan kau solat...kau nak hidayah?Kau kena kejar hidayah."

Lepas dengar apa Ustaz tu cakap,barulah aku tersedar.Selama ni apa yang aku mintak dengan Tuhan tu salah.Siapa aku nak mintak Allah jadikan aku rajin solat kan? Sepatutnya aku yang kena jadikan diri aku rajin.Buat apa dia nak bagi aku hidayah kalau aku sendiri tak kejar hidayah tu?

Semua orang mesti mintak berkat,mintak rahmat,mintak petunjuk.
Tapi aku rasa apa yang kita buat sebenarnya hanyalah tadah tangan dan mintak.

Kita tak kejar rahmat tu.

Dan aku rasa dalam masyarakat kita, kadang2 kita bergantung seratus peratus kepada Tuhan untuk bagi kita benda.Kita doakan anak-anak kita jadi orang pandai2,tapi kita tak ambik serius pun pasal education anak2 kita.Kita mintak dengan Tuhan mintak lindungi kita dalam perjalanan,tapi kita bwak kereta macam haram.

Mak bapak yang bawak family naik motor,sebelum mula perjalanan baca dulu Bismillah,baca dulu doa naik kenderaan...tapi anak tak pakai helmet.Macam mana Tuhan nak lindung?

Sekarang ni, aku masih lagi dalam proses cuba-cuba menjadikan solat itu satu rutin.
Sebab bila sesuatu benda tu dah jadi rutin hidup,kita akan rasa kosong bila kita tak buat.
Samalah macam kalau kau nak keluar rumah biasa pakai jam,sehari kau keluar rumah tak pakai rasa pelik,janggal.

Itulah harapan aku.Aku masih rasa malas nak solat,kadang2.Ada masa terlebih rajin,turun naik,tak consistent.Solat masih bukan rutin hidup aku.Itu maknanya hidayah aku belum sampai lagi lah kan?Nak tak nak,aku mesti solat dan solat lagi sampailah aku rasa tak lengkap bila aku tak solat.Mungkin aku kena berhenti berharap Tuhan tolong aku bagi keinginan untuk sujud dekat Dia.

Dia Tuhan.Aku manusia.
Apasal Dia pulak kena buatkan aku nak sembah Dia?

27 ulasan:

Mamak Kutty berkata...

hehe.. aku ingat aku sorg je wat prangai mcm ni..

Tanpa Nama berkata...

eh eh mamak kotey ada kat sini. ingatkan kat sokernet je.

Nik Zulkhairi berkata...

alhamdulillah. aku pun x semayang x brape nak cukup, tengah usaha gak.

Tanpa Nama berkata...

3rd dowh...

Piah Becok berkata...

alhamdulillah. see, kau da ade kesedaran. jadik, teruskan solat. kata orang, fake it till you made it. mungkin permulaan ni kau rasa kau solat nak taknak je, lama-lama nanti kau sendiri rasa tak best kalu tak solat.

*nasihat ni pun untuk diri aku jugak
**entri ni bagus.

terbaru day three : 10 things you hate

abahko berkata...

well said mantot..kekadang kita( aku sindri) slalu berdoa yang baik2, eg time bwk keter, taim nk gi keje..tpi perbuatan kiter x mlambangkan kiter bsungguh dgn doa kiter. keje tpi men FB, doa menang game time futsal tapi x tutup aurat, doa kalo nk konvoi jauh2, tpi x singgah masjid pon time solat..haish

Cerah Jeff berkata...

gambatte

Tanpa Nama berkata...

aku pun cm ko dulu tot..aku mmg malas giler nk smyang..tp aku rs bersalah xsmyang..smpai 1masa uncle aku meninggal..aku br tsedar yg tersedar mati dekat je ngn kite.so aku nk berubah..n aku pernah bc kt sumwhere dulu tot..kalo nk kuatkan smgt nk smyang jdkan rutin...utk jdkan rutin ko try smyang penuh 8hari straight..aku dah try mmg susah nk tgalkan smyang lg pastu tanpa rs bersalah yang amat..insyaAllah..cubala..aku doakan kita akan jdkan smyang rutin kita smpai mati..amin~

msrory

sesegar berkata...

cara nak rasa best dan khusyuk dalam solat ialah faham bacaan dalam solat kau..

untuk contoh disini waktu mulut kau melafazkan

'bismillahirrahmannirahim'..terdetik dalam hati kau seiring dengan bacaan arab kau tadi 'Dengan nama Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani'..dan seterusnya bacaan2 lain.selamat beramal!

Cik Sizu berkata...

bab lelaki lengkap berbaju melayu makan sebelah meja aku tu memang jadi kat aku...rasa macam nak bagitau "abg, tak p solat jumaat, makanlah kat rumah, senyap2 takde sape tahu hehheeh"

Tanpa Nama berkata...

KENA TANYA SAIFUL BUKA KARI KENAPA PAKAI KY SEBELUM DILIWAT WALAU PUN TAK RELA DILIWAT...

Tanpa Nama berkata...

GEMPAR!!

SAH BERITA INI TAK MASUK TV3/4..

Penduduk bawa ular sawa jumpa MB Perak-MALAYSIAKINI

Dukacita dengan kerajaan negeri Perak yang meremehkan masalah mereka, wakil penduduk Kampung DBI di Ipoh membawa seekor ular sawa ke pejabat menteri besar Datuk Seri Zambry Kadir.

Menurut TV Selangor, tindakan itu bagi menyerlahkan masalah ular yang berkeliaran di perkampungan setinggan itu.

“Kita bawa ular sawa supaya menteri besar sendiri boleh tengok masalah macam mana yang kita hadapi,” kata wakil penduduk S Subramaniam.

Norain Ishak berkata...

ustaz aku kata,

kalau nak cuba khusyuk,

ingatlah itu solat terakhir kita sebelum Allah ambik nyawa kita.

mendatak hijau berkata...

aku suka hari jumaat SEBAB
aku rase org lelaki paling hensem pada hari JUMAAT..hahahh

MindaMalay berkata...

Sekarang dah taubat ke?

afrohead berkata...

good one bro. kudos!

Che Lin berkata...

ada sorang ustaz kat sekolah rendah aku dulu kata, kalau taknak solat, jgn tinggal kat bumi Tuhan. Carilah tempat lain yang bukan Tuhan yang punya.masalahnya semua benda Tuhan yang punya. so, malas tahap babun sekalipun,kena adakan kederat untuk solat.malulah mengaku muslim kalau x jaga solat...(itu aku la..x tau org lain cmna)

eeqa~ berkata...

SEronok baca. Ada isi tapi tak berat :) good job. :)

Tanpa Nama berkata...

Make sense...I loike! Gambate, jia yok, hayya ala solah, hayya alal falah!
Drp,
RYSMHP

mushroom berkata...

bila aku baca entry kau ni, terbuka mata dan hati aku.. apa yang ada dlm entry kau ni sedikit sebanyak dah sedarkan aku.. sepatutnya kita sendiri kena berusaha barulah kita akan dapat hidayah.. well, terima kasih ke atas kau sebab buat entry yang berguna ni :)

zamtercinta berkata...

sembahyangla..mesti ko lebih hensem..

sarah berkata...

suka ayat ni,"Dia Tuhan.Aku manusia.
Apasal Dia pulak kena buatkan aku nak sembah Dia"

seasick82 berkata...

bab nie ada kupasan yg lg mendalam bro.kalau kita xmintak pun xbleh.dlm islam kita kena berusha bersungguh2,berdoa & tawakkal pada tuhan,insyaallah apa2 yg kita nk pun dapat.just sharing bro,no offense..

missdee berkata...

good job bro.sekurang2nyer u sedar dan cuba berubah.aku blaja uitm 5thn payah gile nk jumpe male friends yg xtinggal solat.aku plak dr terengganu xtau diorg xsemayang.hik3 budak innocent lg mase awl2 tu so tkejut berok la bile tgk diorg xsolat.penah gak time solat tny diorg dah solat blom tp diorg sengih2 je cam kerang busuk.ape la nk jadi....opps bkn lelaki je pompuan pon ade tp ramai lelaki la wat hal camni.nape ek?hurm xpe la bro,jgn wat perubahan tlampau drastik,yg penting kene istiqamah,insyaAllah selamat dunia dan akhirat :D

Tanpa Nama berkata...

Dan terdapat perbezaan di antara orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui.
Sekiranya orang itu tahu akan sesuatu perkara yang salah dan masih melakukannya, maka berdosalah orang itu.
Dan seberat- berat dosa adalah apabila kau terasa BERDOSA melakukannya
Kajian menunjukkan hanya 5 % penduduk di Malaysia yang benar –benar solat 5 waktu. Tak pelik, sebab memang sikit pun orang yang masuk syurga.
Beza antara orang Islam dengan orang bukan Islam itu pada solatnya.
TERUS – TERANG..

osamaladen berkata...

Hehehe.. o sama la den...

Leceh semayang jumaat ni. Dulu rajin gak duk kat tiang tidor sambil imam india tu bace kutbah india..

siti shaari berkata...

nicky..

yup, solat tu paling penting. dulu msa sekolah kt asrama n even masuk u duk hostel susah nk jmpa org xsolat tp bila dah keje hampeh. ramai gila yg x solat. susah plak nk jmpa yg solat x tinggal. even housemate, xkn period memanjang kan....? yg lelaki pulak cmne nak kwen kalau solat pn celup2 =.= sama2 la kita improve diri..