Mei 31, 2011

Kaum Belia Bersetuju Tarif Elektrik Dinaikkan

Tinjauan rambang kami semalam mendapati, kebanyakan golongan belia bersetuju dengan kenaikan tarif elektrik sebanyak 7%, dengan alasan wang itu dapat digunakan dalam pembangunan kemudahan untuk belia-belia Malaysia.

Mohd.Danny,16 tahun,seorang pelajar Sekolah Menengah berkata,beliau berharap kerajaan akan menggunakan duit yang bakal disimpan itu untuk membina lebih banyak taman meluncur atau dalam Bahasa Inggerisnya, skatepark."Dulu kerajaan dah berjanji jadi apa kata sekarang ni kerajaan tunaikan?" kata Mohd.Danny .

Pierre Azman Halim,18 tahun pula menyokong sepenuhnya tindakan kerajaan itu kerana beliau merasakan generasi muda sekarang ini terlalu gemar duduk di rumah menonton televisyen."Apa salahnya remaja-remaja sebaya macam saya keluar beramai-ramai, melepak di Taman KLCC?Kami dapat bersosial,berkenalan satu sama lain dan yang paling penting,kami dapat menjimatkan elektrik."

Siti DeniseAdeline,19 tahun yang baru sahaja lepas SPM mengakui tindakan kerajaan memberikan pengecualian kepada rumah yang mempunyai bil bawah RM77 sebagai satu tindakan yang amat waras."Ini dapat melatih masyarakat kita supaya berjimat cermat menggunakan elektrik.Apa yang masyarakat kita dapat lakukan adalah mengambil bacaan meter elektrik setiap bulan kemudian melakukan pengiraan sendiri kegunaan elektrik rumah.Apabila sudah cukup RM77,saya syorkan kita menutup elektrik rumah."

Lain pula ceritanya dengan seorang remaja yang tidak mahu dikenali yang bersetuju benar dengan tindakan kerajaan itu."Saya minta ayah saya belikan saya motor Yamaha LC135.Mudahlah saya nak ke mana-mana.Tapi sampai sekarang janji tinggal janji.Bagus lah kerajaan naikkan tarif elektrik ni.Biar padan muka ayah saya.Kedekut sangat.Masuk rumah aje pasang air cond.Sayang sangat duit tu,bayarlah bil yang bakal melambung-lambung.Bukannya tak mampu!Dia mampu,dia takde kereta,dia pakai motor aje,banyak simpanan bulan-bulan dia dapat kumpul."

Majoriti belia yang ditemui bersetuju dengan tindakan kerajaan itu kerana mereka mengharapkan wang lebihan itu nanti akan digunakan untuk memberikan pendidikan percuma kepada generasi belia sekarang ini.

"Saya pasti langkah kerajaan ini bakal membuatkan saya tidak perlu meminjam dengan PTPTN apabila saya tamat SPM nanti kerana pada waktu itu,sudah pastilah kerajaan mampu memberikan pendidikan tertiari secara murah kepada pelajar,memandangkan kebanyakan pelajar yang layak ke IPTA masih perlu meminjam dengan PTPTN," kata pelajar tingkatan 4,Syed Ahmad Daniel bin Datuk Mukhtaruddin Ali.

"Lagipun,ayah saya mampu bayar.Naiklah berapa ribu pun elektrik,ayah saya pasti mampu bayar,sebab kalau dia tak bayar,macam mana kami nak ada elektrik kat rumah,dia terpaksa bayar.Bukannya kita ada choice nak tukar provider elektrik lain,Lagipun,bil rumah saya bulan-bulan dah beratus-ratus jadi setakat kenaikan macam ni,saya tak rasa akan membebankan ayah saya," sambung anak kepada Ketua Cawangan UMNO itu mengakhiri tinjauan kami.

31 ulasan:

Akulah Pak Lan berkata...

hahaha

Nad berkata...

susah la nak berblogger pasni..

Zinedine Zaiddin berkata...

Keh keh keh keh. Harapan tinggal harapan aje la anak2 oii..kah3

azizol berkata...

anak2 tu tau apa?
pi sekolah mintak duit kat makbapak..
makbapak xkasi duit, ugut nk lari rumah..
*kisah banar*

ejaMaria berkata...

kesian utk diri sendiri... :(

AkuTakSukePublisiti berkata...

hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahhahahahhahahahahahaha..

"sambung anak kepada Ketua Cawangan UMNO itu mengakhiri tinjauan kami."..

cawangan mane la tuh?..kai motor je?hahahahaa

TeratoMan berkata...

Woohoo, tak lama lagi negara kita berpendapatan tinggi, woohoo!

LS berkata...

HAHAHAHA!!!

nice!

Jermani berkata...

kah kah kah

belia benci elektrik

Nerzhul berkata...

kononnye rakyat malaysia bayar tarif lebih murah berbanding negara jiran. hahaha

Tanpa Nama berkata...

kesian rakyat malaysia..nak buat camno..bila la nak tukar..

mat karan berkata...

terbaik laaaaaaaa

Rabiatul berkata...

haha hey you seemed to be mocking everythng that the gov do -,-''

Tanpa Nama berkata...

Rabiatul: If the gov do the RIGHT thing, then we will stop complaining. Long way to go then. Aku dgr pg td kat HotFm 'Tarif elektrik naik kerana harga gas asli yg naik di peringkat global'..seriously?bkn kita utama pakai hidro ke der?perbetulkan aku kalo salah.

Awien

Sood&Lamlie berkata...

daripada naikkan tariff elektrik, apa kata potong gaji CEO TNB tu sikit. alah setakat potong 10 ribu potong...apa sangat, kan? kan? kan?

Tanpa Nama berkata...

Yup! Malaysia memang pakai Hidro. Agak pelik bila tariff dinaikkan kerana peningkatan harga gas asli. WTF!! nak menipu pun agak2la. dia igt orang Malaysia ni semua bodoh agaknya. 7% tu banyak okey.

Budak-budak yang masih bersekolah takkan tahu bagaimana susahnya nak cari duit. bila dah dpt duit semuanya habis bayar segala mcm bil, cukai, tol, bla bla bla..

oh takpe buku 555 kan ada banyak stok.

Tanpa Nama berkata...

Gov (Dacing) teruk! banyak betul aku tak puas hati, even dah pangkah Pembangkang pun depa leh menang gk ,

Aslina berkata...

pedulik la bil letrik naik camne pun tapi for sure menteri2 punya bil di-sponsor gak.

eh? ye ke? aku tak perasan plak statement tu... ntah apa aku sibuk buat ntah masa tu. btw, sejak bila letrik sini pakai gas asli?

hahahaha...

Nescafe Ais berkata...

Anon 1:36 pm dan 2:46 pm

Betul Malaysia pakai hidro, tapi pecahan terbesar penjanaan elektrik masih lagi dipunyai oleh bahan api fosil, yakni gas asli, petroleum dan arang batu. Gas asli adalah pecahan terbesar sekitar 40%. Jadi kenaikan harga gas dunia akan pengaruh kos penjanaan.

Masalah 1: Kita masih lagi pengekspot bersih gas asli, jadi sewajarnya bekalan dalam negeri dipastikan cukup sebelum dijual keluar. Tanya Tun Mahathir dan Dato Najib tentang pembelian barangan dan pindahan teknologi dari Jepun dan Korea

Masalah 2: Sewaktu loji-loji arang didirikan, harga arang batu lebih rendah dari gas asli dan TNB punyai sebuah lombong di Kalimantan. Lombong ini kemudiannya dijual dan sementelahan harga arang batu naik. Tanya Khazanah Nasional untuk maklumat lanjut

Masalah 3: Baca sejarah gangguan bekalan elektrik nasional 1996. Barangkali kedua-dua anon masih disekolah rendah dan tak angkat pot. Tuan Mantot aku tau time tu dia form 3 disekolah yang aku juga tau dimana dan time tuh satu sekolah bergelap. Selepas insiden tersebut baru wujud IPP dan peristiwa Tan Sri Ani Arope (mantan CEO TNB) letak jawatan kerana tidak setuju dengan syarat-syarat perjanjian pembelian tenaga dengan IPP. Setengah orang kata peristiwa ini hanyalah alasan untuk kroni masuk sebagai IPP dan TNB sebenarnya kena sabotaj pada masa itu, Allahua'lam. FYI, IPP masih lagi dibayar duit atas 'kesediaan' untuk menjana apabila diminta walaupun tidak menjana tenaga. Bayaran untuk tenaga sebenar yang dijana punyai cara pengiraan yang lain i.e. Loji tak jalan pun masih dapat duit. Duit ini jadi habuan IPP dan sila tanya Najib dan Nazir Razak kenapa Cukai Durian Runtuh (Windfall Tax) tidak dikenakan kepada IPP walaupun untung berbilion ringgit.

Jadi pada saya dari permukaan masalah tarif ini memang sepatutnya dinaikkan kerana kos bahan api meningkat, tetapi jika diambil kira situasi gas dan IPP, tarif TAK PATUT naik kalau kerajaan pandai dan jujur untuk berbisnes. TNB sebagaimana jabatan kerajaan yang lain hanyalah tangan yang membuat kerja, sedangkan otak yang mengawal adalah kerajaan jua. Jadi harap tidak marah pada TNB, tetapi marahlah kepada kerajaan, kerana setiap keputusan berkait tarif dan pembinaan loji baru semuanya tertakhluk kepada pemodal TNB yakni kerajaan Malaysia.

Necafe Ais berkata...

Maaf Tuan Mantot..tereksplen banyak di blog tuan...Once a Sassian always a Sassian...

Mantot berkata...

hehehe,takde hal!

bagus la ada explanations detail camtu.nanti aku update posting ni dgn tulisan kau.

rudy berkata...

hidro? hidro 3% saja dik

gas 48%, minyak 44%, batu arang 5%

korang baca risalah mana:- yang kata malaysia member opec tu ke?

Tanpa Nama berkata...

" Gaji bulanan menteri2 yg memegang portfolio akan dipotong 5% dan tiada lagi elaun2 tak berkenaan seperti tol, melancong dan lain2 yg dianggap berkenaan"

Aku hanya berharap 1 hari nanti berita ni keluar kat surat khabar..

-HanaMichi- berkata...

terbaekk...
jgn smpai ade berita lori kena tahan sebab seludup karen.

Tanpa Nama berkata...

Tuan Nescafe,

Tulah,sepanjang pengetahuan ak,kita antara main exporter gas asli,esp to Jepun n negara yg xbyk sumber tenaga renewable cam hidro. Gas asli slh satu sumber $ kn?kenape pule nak naikkan tarif letrik negara sendiri kalo kita dpt untung jualan gas tu kt luar negara?

Maksudnya nnt (ke dah jadi eh), harga gas,tong2 gas nk masak tu komfem naik..mkn megi pn ak x lepas dh ni..haha

Awien

Sophia berkata...

Smbg2..n ak bet mesti ada menteri2 ke sape ke suh pakai tenaga solar ke nnt..wakaka

Awien

rudin berkata...

mantot...nama nama belia yang ko gunakan memang sesuai dengan peredaran masa sekarang... seme nak nama macam omputeh...macam jadah jadiknye...

aku harap pemimpin dan penyokong tegar UMNO masih kekal gunakan nama nama yang tak campur dengan nama omputeh...barulah betul UMNO.... ehh UMNO sendirik dari perkataan omputeh.... patut PEKEMBAR

osama laden berkata...

alloo...harga gas asli mlysia rm13 mmBtu,thai RM18,sgpore RM43, indon RM23 mmBtu tapi tarif elektrik thai sama dgn mlysia, indon 131% lebih murah....apahal bangang sangat mlysia ni...sumber murah ,tarif mahal. kahkahkah 1malaysia kena pau,

RebeLLious berkata...

@hanamichi

aiseh.. aku br trpikir nk seludup karan. ko plak ckp camtu. x jd ah!

Tanpa Nama berkata...

Aku mula rasa cam nak marah gak kat TNB..tapi bila fikir rasiooonal TNB ada sebab2 tertentu..aku pun cek ler laman2 TNB aderler satu tnbbuzz.com kat situ byklah fakta.. yang aku tahu punca tarif naik pasal harga bahan naik byk gak negara terkena efek..pasni kempen ler jimat letrik

KiD berkata...

saya sebagai belia pun menyokong sejuta peratus kenaikan taarif dan semua benda yang boleh dinaikkan oleh kerajaan.terimakasih.