Mei 25, 2011

Bapa Itu Dah Jatuh,Mahkamah Nak Bagi Flying Elbow Lagi Supaya Dia Terbenam

Pagi ni,bukak radio,berita kata mereka yang terlibat dalam kes budak tertinggal dalam kereta sampai meninggal sebab kepanasan akan didakwa.Alasan pendakwa,undang2 dalam Malaysia termaktub "kelalaian yang mengakibatkan kematian kepda kanak-kanak" boleh didakwa.Mari berfikir sebentar....

Siapa yang tinggalkan dia dalam kereta? Bapak dia. Apa pasal bapak dia tinggal anak dia dalam kereta?Sebab dia pegi kebumi sepupu dia. Kenapa bapak dia tak ajak aje anak dia ikut sekali? Sebab bapak dia kena usung jenazah jadi dia tak perasan anak dia ada dalam kereta.Sebab apa anak dia meninggal? Sebab dia terkunci anak dia dalam kereta.

Lets look at it from a human point of view.Perlu ke bapak dia didakwa mengakibatkan kematian anak dia sendiri?Adakah nanti dalam mahkamah akan ada pendawa tanya,"Anda mengaku anda menyebabkan kematian anak anda kerana anda terlupa hingga tertinggal anak anda dalam kereta?"

Kau nak bapak dia jawab apa?

a.) "Tak.Saya tak mengaku bersalah!" ?
b.) "Ya,saya terbunuh anak saya!" ?
c.) "Tak,saya salahkan kerajaan sebab minyak naik harga.Saya tak mampu nak pasang enjin lama untuk biar air cond berjalan sebab saya tak banyak duit,saya kerja bukan eksekutif."

Dakwa dia untuk apa?Apa faedahnya yang dia akan dapat?Hukuman dijalankan untuk bagi kesedaran kepada pesalah.Pencuri kena penjara sebab nak dia ingat "jangan mencuri lagi."Perogol kena sebat sebab nak dia sedar "sakitnya hukuman merogol."

Dakwa dia untuk apa?Untuk ingatkan dia yang dia terlupa anak dia sehingga anak dia meninggal?Nak hukum macam mana?Bayar denda beribu-ribu?Kena masuk penjara?Untuk apa?

Dia ada anak lain.Dia ada family.Dia kerja sebagai pengawal keselamatan.DIA TERTINGGAL ANAK DIA DALAM SEBUAH PERODUA KANCIL BUKAN BMW,BUKAN MERCEDES,BUKAN PERODUA VIVA.Hukum dia...Mahkamah juga bakal menghukum keluarga dia,isteri dia,anak-anak dia.

Jika dia kaki dadah,tengah mabuk,tengah high,tengah stone,baru lepas ambik pil,baru lepas kongkek bohsia menyebabkan dia tertinggal anak dia dalam kereta...aku boleh accept kalau dia kena dakwa.Tapi...mamat tu baru balik daripada pengkembumian.Come on....common sense takde ke?Dia dah jatuh yang kau nak sepak dia lagi apasal? Itu anak dia,bukan anak orang lain.

Kenapa nak hukum dia lagi?Kenapa nak kena peringatkan lagi dia pasal kesilapan dia?

Tak cukup ke hukuman yang dia terjatuhkan dekat diri sendiri?
Ingat senang dia nak deal dengan semua benda tu?

ps - Ada sesiapa boleh justify benda ni?Maksud aku,dia setuju bapak dia kena dakwa?Kalau benda ni jadi kat anda,adakah anda rasa adil anda kena dakwa di mahkamah?

58 ulasan:

TeratoMan berkata...

Bagi saya, ini pengajaran untuk bapa kanak2 tu. Dia mmg bersalah. Terang2 bersalah.

Dan sebenarnya ia pengajaran utk kita semua supaya tidak senang lalai pada masa depan.

Tapi saya terkejut pula baca ada percubaan nak dakwa mendakwa dalam mahkamah ni. Macam, tak berakal pula sapa yg buat kenyataan tu.

n.a.m.a berkata...

dakwa ayah budak tu? tak masuk akal langsung.

memang dia bersalah tinggal anak dalam kereta, tapi wajarkah nak dakwa ayah budak tu?

kehilangan anaknya sudah menjadi 1 hukuman yang berat untuk dia. tak payah susah2 masuk court bagi hukuman segala macam.

As berkata...

Sy tidak mahu komen direct tentang bapa kepada kanak-kanak tersebut.

Cuma, sekiranya tiada sebarang tindakan yg difikirkan wajar dalam hal ini, sy bimbang cara ini akan menjadi modus operandi sebagai cara paling mudah untuk get rid of their children kepada parents yg kurang bertanggungjawab. Seperti : A satu contoh kesan gejala sosial, tidak tahu dia mengandung anak B tiba2 terbersalin dan bayi mati dalam keadaan sama. Alasan ibu dan bapa bayi, kami tidak tahu kewujudannya selama ini maka terlupa telah memiliki bayi lalu tertinggalkannya di dalam kereta.

Sy sama sekali tidak menafikan beban jiwa yg ditanggung bapa kepada bayi yg telah pergi dalam post blog ini.

Solahuddeen berkata...

bagi saya, why not educate parents tu tentang tanggungjawab. dari sumbat dalam penjara, baik educate dowang.

memang tak patut pun nak sumbat dalam penjara. tak patut tak patut

eszol raar berkata...

ingat mantot, setiap hukuman yg menggunakan undang undang si elizabeth ni mesti merangkumi 3 bnde

1,dpt menyedarkan dang menghukum pesalah. 2,sebagai retributive kepada masyarakat. 3,deterrent factor yg mampu membendung drpd org lain melakukan kejadian yg sama

aku tahu malang tak berbau dan ini semua urusan tuhan

tp ingat,setiap perkara juga berlaku dgn izin tuhan dgn mmpunyai hikmahnya tersendiri


arghhhh! aku mengarut!

Miss b berkata...

ikut pendapat saya.

mahkamah nak hukum bapa tu sebab nak peringatkan bapa bapa yang lain supaya tidak lalai sehingga sebabkan kematian anak masing masing.

tapi kesian jugak dekat bapa budak tu.dia manusia biasa. kita pon selalu lalai dan lupa. apetah lagi perkara yang melibatkan pengkebumian. Mungkin mindanya hanya fikirkan tentang itu sehingga terlupakan anaknya.

Apa pon mahkamah mungkin boleh hukum dia dengan denda.Supaya ia akan menjadi teladan utk orang lain supaya kejadian begini x berlaku lagi.

apa pon takziah buat keluarga mangsa. ini kejadian yang tak diduga. Tak bolehlah kita nak menghukum bapa itu dengan menyalahkan dia sepenuhnya.

Tanpa Nama berkata...

menarik 1 :
hanya lelaki jer lupa (or suka lupa, or memang pelupa), sampai lupa anak sendiri dalam kereta.

menarik 2 :
mesti dihukum. anak2 adalah amanah, pecah amanah adalah satu perkara yang salah. apatah lagi membunuh tanpa niat dan tidak sengaja.

Aslina berkata...

boleh je nak hukum...

bagi kaunseling cukup la tak pun keje amal... watpe nak sumbat ke penjara bagai... kesian la kat wife dia ngan anak2 dia yg lain... kalo dia kat penjara, sapa nak tanggung dorang tu semua??

see? banyak lagi hukuman selain denda ngan penjara.

lagipun kalo nak kata bayar denda... for what denda tu? dah la anak dia sendiri... sedih2 anak dah takde kene denda plak. dah tentu bayar kat gov kan?

sebelum ni, gov ada ke bagi sumbangan untuk dia besarkan anak dia sampai nak kene denda tu?

Rabiatul berkata...

Yes yes, instead of dakwa dakwa, why not send this father to some sort of pemulihan, or let him see a counselor or something sebab first of all, he really is going to need that. He just lost his child by his own fault, it will affect him in many ways. Why nak hukum lagi this person when god made it clear what kind of mistake he just did? Kalau kata nak bagi kesedaran to all other fathers yang lain, the story, the unfortunate event itself pun dah bagi kesedaran to all kan? Kenapa nak tengok the father pula kena lagi? Tak cukup ke family dia dah suffer one loss, then nak kena face one more problem dakwa sana sini. It's unfair to the familly, and to the father himself. He is a human being like kita semua, he makes mistakes, and it just happened that he is very unlucky and his mistake changed his whole life. Condolences to him and his family.

sontorian berkata...

Fikir la banyak2 dulu . Kes kematian sengaja @ tidak . Kalau tidak sengaja maka sapa2 pun tak bersalah . Aku suka macam kes budak tadika tertidur dalam van dulu .Mak Bapak dia pasrah dan x dakwa pemandu van tu kerna mrk tahu itu adalah kelalaian dan mereka cuma nasihatkan pemandu van tu dan redha dengan kehilangan anak mereka .

Dalam kes bapa nie pun . Boleh lihat kalau kes takda nia nak bunuh kerna kelalaian . Boleh dimaafkan dan x perlu polis nak tolong dakwa2 . Dah lah ada anak bini nak kena tanggung . Cukuplah hukuman atas kelalaian tu . Lainlah kalau macam bapak dia tu kaki dadah .. kaki samseng .. penagih arak .. itu lain kira .

Ini kes terlupa ... kawan pempuan tmpt kerja aku pun pernah tertinggal anak dalam keta, tapi belum sampai ajal dia teringat ..kadang2 balik letih sibuk2 keluar terlupa anak tidur kat belakang .

Apa punya manusia . Yang penzalim..pemeras wang..ibu kepada segala bencana kat Malaysia ni depa sayang2 sangat nak buang .Yang silap/terlupa nie marah sungguh depa . Sedangkan Allah s.w.t pun tak menghitun perilaku hambanya yang terlupa.

Tanpa Nama berkata...

salam,
bila baca laporan semalam si ayah ingat anaknya itu ada bersama isterinya, jadi ada kemungkinan si ayah tidak perasan si anak dah masuk kereta di tpt duduk bahagian belakang. Ditambah dgn situasi semasa kejadian si ayah sdg bertungkus-lumus menguruskan jenazah sepupunya. Jadi kehadiran si anak yg masih kecil dlm kereta si ayah tadi tidak dapat dikesan oleh siayah sehinggalah TERRRRRkuncikan si anak dlm kereta.

Manusia itu lalai. Cukup2lah si ayah sudah terhukum dgn kelalaiannya itu sehingga kehilangan anaknya sendiri. Mengapa begitu kejamnya kita utk mencurahkan cuka keatas lukanya itu.

Pengajaran? Kita semua ni manusia ok, bukan haiwan. Kita dah dikurniakan akal setiap seorang, tak cukupkah lagi pengajaran drpd kisah si ayah yg malang ini. Mengapa nak menghukum si ayah yg BUKAN SENGAJA mahu membiarkan anaknya mati dlm keretanya sendiri, kononnya sbg pengajaran untuk menyedarkan si ayah yg malang ini dan ayah-ayah yg lain.

BerperikeMANUSIAANlah wahai MANUSIA.

CikKaikazie berkata...

kerajaan boleh tolong support keluarga si bapa sepanjang si bapa dalam penjara?

surely not.

cafiena berkata...

ini satu lagi isu yang sudah lama di luar negara: leaving kid alone in a car atau leaving children in a hot car.

pernah satu episod dlm oprah show, seorang ibu yang juga merupakan seorang guru, kehilangan anak dalam hal yang sama.

terdapat dua reaksi yang biasa dikeluarkan, mengeji kelakuan ibu tersebut atau memikirkan bahawa it can also happen to us.

satu reaktif, satu proaktif.

satu melatah, satu muhasabah.

dalam episod oprah tersebut,disebut punca kepada adalah perkara macam tu adalah overwhelming life (hidup dikuasai kesibukan, bukan kita menguasai hidup).

we are nobody to judge. but we have the power to change things.

hzrhkamal berkata...

sebenarnya, bawak je lah ke makhamah tu dulu. salah ke tak, lalai ke tak, itu cerita kedua.

banyak pihak defence boleh guna, dia seorang ayah, tak mungkin nak bunuh anak, lainlah pendakwa boleh create motif lain.

yang penting, ia kes kematian. dan bukan sedikit cara ni diguna untuk bunuh orang, apatah lagi kepada budak yang tak boleh fikir cara escape yang munasabah.

justice must not only be done,but seen to be done. kalau pun engkau seorang ayah, ia tak boleh jadi imuniti seorang pembunuh.

bukan kejam, tapi adil.

Abang Zam berkata...

tak payah nak hukum bagai

nak bagi kesedaran untuk bapak2 lain? come on..bapak mana tak sayang anak sendiri?

tak payah nak cakap hukuman tu dapat menyedarkan org lain..

mengarut lah kalau kena hukum

Sampah Masyarakat berkata...

"Alasan pendakwa,undang2 dalam Malaysia termaktub "kelalaian yang mengakibatkan kematian kepda kanak-kanak" boleh didakwa"?

AKU salahkan Kerajaan dan Media Massa (korang pegi bawak keluar dalam sokkabar buat apa! Lebih baik diamkan je, keluarkanla artikel langkah-langkah pencegahan, nasihat, panduan secara umum untuk kesedaran RAKYAT, sedangkan berlambak lagi BAPAK BAPAK IKAN PAUS punye kesalahan DENGAN SENGAJA korang diam, F**K!)

Seumur hidup aku, dan aku rasa hidup brader yang diberikan ujian tuhan ni mesti kompirm tak pernah dapat maklumat melalui sistem pendidikan mahupun sistem penyampaian kerajaan selain daripada KUASA media massa yang duk sibuk fokuskan kepada isu-isu sampah, Slogan, Motto, Hiburan Kalau Bahaya Eksiden, Dadah, Penderaan, Minum Arak, Merokok ada la sekali sekala, ada ke sebarang komitmen 100% berkaitan garis panduan penjagaan kanak-kanak yang diberikan kepada semua ibu bapa kat dalam malaysia nie? Keluarga Bahagia nak capai macam mana?

Err...kalau Pendidikan SEKS kat sekolah...hahaha lebih baik buat Pendidikan Spesis Lelaki untuk bebudak perempuan, Pendidikan Spesis Perempuan untuk bebudak lelaki, takpun ubah balik silibus pendidikan Islam dan Moral kat bebudak sekolah nie semua. Bende senang jangan buat susah.

Sekiranya semua orang demam, tapi sama ke simptom demam semua-semua orang ni? Suhu sebijik panasnye, tenaga sama banyak tak berdayanya?

MELIHAT dengan MERASA sama ke? Cakap Senang Nak Buat Susah, TAK SENGAJA dengan SENGAJA tak sama, SUSAH dengan SENANG jauh beza dia...PEACE!

mardhiah ismail (: berkata...

rasa nya dia dah cukup rase bersalah kot. macam mane die nak tanggung rase bersalah sebab anak dia mati tu. kalau die kena dakwah pulak ape yang jadi dekat family die ? :'(

Manggis berkata...

agak2 klo hakim mahkamah tinggi yang tertinggal anak dlm kereta, die nak tak dakwa diri sendiri??

papadom_ullalla berkata...

Eh, memanglah wajar dia didakwa.
setiap kesalahan yang dilakukan perlu dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan. Di mahkamah, terpulanglah kepada pihak pembelaan untuk mengemukakan defence yang sesuai. Segala alasan yang anda berikan boleh dipakai dalam pembelaan nanti, tapi yg pastinya, bapa budak itu perlu didakwa kerana kelalaian yang menyebabkan kematian itu memang nyata telah dilakukan. Terpulanglah kepada mahkamah untuk memutuskan sama ada dia bersalah atau tidak.
Kalau bapa budak itu tidak didakwa langsung, apa yg menghalang orang lain daripada menggunakan alasan yang sama untuk meninggalkan anak atau bayi mereka? Misalnya, kes-kes pembuangan bayi dsb. Berpusu-pusulah segala ibu-ibu dan bapa-bapa yg tidak bertanggungjawab semuanya akan menggunakan alasan yg sama.
Hukuman mahkamah bukan sahaja bertujuan untuk rehabilitasi tetapi juga untuk deterrent dan untuk public policy.
Teringat saya kpd kes yg sama berlaku di Amerika beberapa tahun lalu di mana seorg bapa meninggalkan anaknya yg sedang tidur dalam kereta ditengah panas. Apabila disedari, anak itu telah mati dalam keadaan kedua-dua tangannya mencengkam rambutnya sendiri, dan genggamannya penuh dgn rambutnya yang ditarik keluar. Jelas, dia mati dalam keadaan yg amat tersiksa dimana kapanasan yg tidak terhingga menyebabkan anak kecil itu menarik-narik rambutnya sendiri . Bayangkan penderitaan dia pada masa itu. Saya yakin bapanya amat menyesal akan kelalaiannya itu, tetapi jika dia tidak didakwa hanya kerana dia amat menyesal, maka dimanakan justice untuk anak kecil tersebut?

Tanpa Nama berkata...

kalau tinggalkan anak tdo dalam kereta dengan air cond terbuka pun bahaya juga sebab boleh mati dalam pengsan. Sebab bila tertutup semua tingkap dan air cond on tapi kereta x berjalan ekzos akan keluarkan gas carbon monoxide (CO) yang boleh menyebabkan kematian secara perlahan.

afrohead berkata...

ini point of view yang sangat baik.

xordy berkata...

ni bukan kes pertama kali terjadik, tahun 90-an, member ayah aku pun pernah tertinggal anak dalam kereta. and mati. Tapi mahkamah dah putuskan tak jatuhkan hukuman, tapi kena saman instead sebab mahkamah cakap yang si ayah dah cukup merana kehilangan anak

Tanpa Nama berkata...

setuju papadom ullalla!!

Farah berkata...

Takziah kpd keluarga. Kpd pendakwa, moga anda ditimpa kejadian yg sama suatu hari nanti. Susah payah uruskan jenazah, anak sendiri terkorban tanpa niat.

Mau ada yg bakal bunuh diri kalau ditimpa nasib spt mangsa ni.

Tanpa Nama berkata...

aku rase xpatut hukum.. dulu akak ak penah hilang lepas balik dari kebumi jenazah.. nak salah kan parents ke.. anak ni bukannye mcm barang boleh kite ckp ddk sini, jgn pergi mane2... mak ak ingat die dah ikut makcik die balik umah... mcm tu la.. mane ad parents sengaja nak letak kan anak die dlm bahaye.. kalo betol nak salah kan root cause, betol la slh kan kerajaan sbb kerajaan naik kan minyak.. x mampu nak pasang aircon..

sally-

AkuTakSukePublisiti berkata...

sontorian dan CikKaikazie..

komen anda, guwa sokong!!...

papadom..klu nk hukum pembuang bayi..hukum pembuang bayi..jgn ikut nafsu je smata2..nk cegah buang bayi bkn jadikan manusia spt ini sbg kambing hitam korang...die terlupa,die sedang menguruskan jenazah saudaranya juga..bkn suke2 buang anak die dalam kete??..mane logiknye??..lain la situasinye bapaknya tggalkn anaknya dlm kete,bapaknya berehat2,bersantai2 dlm rumah atau tmpt2 lain,gpun ade ke orang nk buang bayi dalam kete..atau tggalkn bayi kt mane2,pas maty..ngaku tu ank dia n xsgje or terlupa TERtggalkn kat situ??ade??n then wat perbandingan ngn amerika??ermmmmm...mls nk menaip pjg2..adoiii...ckp pakai otak ok!..bkn semberono nk puaskan nafsu saje...baru kes bapa TERLUPA je,letak hukum bagai...yg lg berat2 belaka tuh..TERLUPA ker??...

Tanpa Nama berkata...

siapa kita nak hukum dia?

Along berkata...

Sebagai seorang ibu, hati saya amat2 sedih membaca berita mengenai arwah Nor Izyan. Takziah kepada keluarganya.

Mengenai keputusan mahkamah untuk mendakwa, ini memang dah process undang2 kita. Anak adalah amanah kita dari Tuhan. Sapa nak jaga mereka kalau bukan ibubapa dan penjaga mereka. Ini bukan hal nak flying kick si ayah yang sudah tersembam, tapi hal menjaga hak asasi kanak2 dibawah jagaannya. Terseksa si kecil itu, time jumpa tu dah lembik, penuh ngan peluh dan air mata. Boleh bayangkan ke betapa dia terseksa? Nak dengar lagi ke berita macam ni?

Sesibuk mana pun ibubapa ngan urusan masing2, jangan abaikan anak2. Dah jadi macam ni, tak guna nak menyesal lagi.

Tanpa Nama berkata...

ish ish ish..kesian si bapak. Tak pun denda lah si bapak dgn mengurung selama beberapa jam di tengah panas dalam kancil tu jugak ke. klu tba2 ujan, hendaklah ditangguh hukumannya.--Akta Mail Lambung.

papadom_ullalla berkata...

hairan ye.. kenapa orang yg cakap macam org tak sekolah suka sangat maki hamun orang lain suruh org lain cakap pakai otak?
diaorg ingat pendapat diaorg tu bijak sangat ke?

berbalik kepada isu kes ini, jika bapa budak itu didakwa, tak semestinya dia akan dihukum. Mahkamah akan mempertimbangkan segala fakta yang ada dan alasan yg dia berikan. Kerapkali, dalam kes spt ini, mahkamah akan mengambil kira remorsefulness tertuduh, dan jika mahkamah berpendapat kesalannya sudah cukup untuk menghukum dia, maka dia mungkin hanya akan mendapat hukuman yang ringan.

kerapkali pendakwaan sebegini sedikit sebanyak membantu mereka meneruskan kehidupan. Jika tidak diheret ke muka pengadilan, sampai bila-bila pun mereka akan dihantui rasa bersalah yg amat sangat dan ini boleh menjadi suatu tekanan jiwa dan sebagainya. Dlm kebanyakan kes, mereka ini boleh mendapat suatu bentuk 'closure' setelah di adili di mahkamah

isu ini bukanlah isu yg perlu diputuskan atas logik, tetapi isu yg memerlukan pemahaman undang-undang serta psychology. jadi jangan bercakap ikut perasaan. bukakan minda dan fikirkan dengan mendalam.

I'll say no more of this

AkuTakSukePublisiti berkata...

aku lak yg naik kehairanan...ermmm...

tapelah..aku pn mls nk ulas pjg2...sbb ape yg ko taip dlu yg ats..xmggmbrkn comment kau yg kedua...ermmm..aku lg hairan dari hairan kau..hahahahahahahaha...ermm...dlm kes ni,ttp xperlukn mahkamah..kenapa mesti jadi kes mahkamah klu situasi ny begitu,dlm2 byk jenayah yg berlaku,perkara ni pn jadi isu?yg terang2 org buat jenayah dsembunyikan..buat saket kepala je pada si bapa,lg2 klu bapa yg emosional..mengaku bersalah xtentu pasal..padahal......ermmm...tapelah...best gak la pk pendapat aku ni bijak diterima..hehehe..atleast smpai common sense aku..

sorryla xsebijak pendapat ang yg merupakan seorang mengamalkan LAW..

n one more thing..ko xtahu ape perasaan isteriny,ape yg akn jadi pd suaminya yg mengaku bersalah,wlu xkena penjara..tp pnh dsabitkn di mahkamah..kau xtau perasaan ank2nya,bapanya di-tag pembunuh-anak-sendiri..

mgkn org cam kau yg practise LAW..xphm perkara2 nie..yg penting LAW mesti follow pny!..

hahahahaha..a round of applause for you..kau menang!..=)

herman rawi berkata...

Mahkamah sekarang dah bosan dengan kes liwat dan bunuh diri pegawai SPRM yg tak berkesudahan. Hakim nak move on

Sekurang-kurangnya dalam kes ni dah tahu siapa bersalah, kes selesai, duit masuk, merit naik. :P

haih, Malaysia oh tanah airku.

Tanpa Nama berkata...

Klu lps ni ada org pura2 tertinggal anak dlm kete dgn niat nk bunuh anak dia mcm mana ye?

Izza berkata...

Anak anugerah Allah, jadi biar la Allah yang menghukum dengan cara yang mcm mana...Bapa itu terlalai terhadap tanggungjawab yang diamanahkan, jadi itu salah dia dengan Allah...apakah pula salah bapa itu kepada kita sehingga membenarkan dia didakwa di mahkamah manusia?

Kita sesama insan, pergi la beri si bapa itu kekuatan yang mungkin sedang menghadapi trauma ketika ini...kerana kita tahu situasi kejadian itu mcm mana...

Kasihan memang kasihan pada si anak, tapi dah begitu ajalnya



Aku benci undang2 manusia, banyak tak adil!

acik berkata...

saya sebagai seorang mak kepada anak perempuan berusia 4 tahun :

- bapa budak tu memang dah rasa bersalah...sampai mati mesti dia ingat punya...

- kadang kita tak tahu...contoh, kalau orang salahkan kenapa bawa budak tu sekali : kita tak tahu...mungkin budak tu yang beriya melalak nak ikut, atau bapanya takde sesiapa yang nak ditumpangkan anaknya masa pergi kebumi...macam aku, orang marah aku bawa anak pergi bank sampai bising2 dalam bank, habis aku dah takde pilihan lain...aku nak tinggalkan die dengan siapa? lagi satu, bukannya aku tak suruh anak aku senyap, dah nama pun budak umur 4 tahun...habis tu, orang2 dewasa yang dah matang2 n berakal tu boleh bercakap kat handphone dalam bank boleh pulak...

Tanpa Nama berkata...

Jadi kalau org tu pakai Merc, boleh laa dakwa ye.. ish.. klu nk bunoh anak kena bawak kancil la lepas ni..

sim_2096 berkata...

kesian org tu...
3 kali rugi...
1. sepupu die meninggal...
2. anak die meninggal...
3. kene dakwa kat mahkamah...

pikachu berkata...

Bapak aku dulu pun tinggal aku tidur dlm kereta jgk sebab dia kata kesian untuk dia kejut aku dr tidur. Biasela bapak2..

Dia pun kunci kete jgk, tp dia bukak ruang tingkap utk aku mcm dalam separuh tapak tangan. 4-4 tingkap dia bukak sebab takut aku lemas panas.

aku rasa pakcik ni pn patut buat gitu jgk kot. tp tu la, da dia menggelabah kan sepupu dia meninggal. Tak teringat agaknye.

Kesian, baru lepas baca alQuran utk mayat sepupu, kena baca utk anak sendiri pula. Lain feeling dia, nak nak salah sendiri :'( oh bapaksss!

masyuk bro berkata...

Percayalah, seumur hidup dia dah rasa bersalah dengan peristiwa itu. Setiap kali dia menaiki kereta kancil tu, dia akan terkenangkan peristiwa itu, dan setiap kali dia terpandang sesuatu kesukaan anaknya, dia akan terkenangkan. Jika tidak kuat iman dan mnetal, boleh jadi sindrom kemurungan melampau akibat rasa bersalah. Melainkan jika beliau adalah seorang yang tidak sensitif, mungkin tidak membawa kesan kot. Tapi secara normalnya itu sudah menjadi satu hukuman. Anak aku jatuh basikal yang aku beli sehingga cedera pun aku dah rasa bersalah sampai aku gantung basikal dekat 3,4 bulan. Apatah lagi jika sampai membawa maut. Pandangan aku la. Nak dakwa tu logiknya mana? Kalau aku akau akan jawab C.

Tanpa Nama berkata...

Memang la kesian kat brader ni. Sangat pilu. Tapi dakwa memang kena dakwa. Ni kes kematian/cuai.

Macam post mortem juga, kadang2 kena post mortem just nak confirm takde foul play. Mintak2 kita semua jauhkan la dari postmortem dan keadaan mcm nih..

zaminc berkata...

dalam Islam ada law tentang bunuh tak sengaja ni....

1) merdekakan hamba atau
2) bayar diat

but as si pelaku adalah warisnya.. maka dia kena bayar pada ibu budak tu la.. wife dia sendiri... hummm.. tapi Mesia takder law mcm ni...

anak saWak berkata...

salam wbt..

sy x tahu pasal undang2, cuma concern sy undang2 kat negara kita belum tentu menjaminkan keadilan. hanya undang2 Islam sahaja yang dapat menjamin keadilan.

apapun, tolonglah jangan kaitkan dengan kes2 'fantasi' kita iaitu nanti ada ibu bapa lain berbuat perkara yang sama dengan niat nak membunuh.

dalam Islam, biar kita tersilap membebaskan daripada kita tersilap menghukum. berhati-hati dengan apa yang kita katakan, kerna suatu hari nanti Allah S.W.T mungkin menguji kita dengan kejadian yang sama.

wallahualam~

Azman berkata...

Sebelum nak dakwa biar polis buat siasatan, kalau ada niat membunuh dakwa dimahkamah. Kalau tak tak payah la. Memang senang kalau kita nak dakwa si bapa tu. Tapi fikir jugak kalau ke mahkamah dia kena masuk lokap dulu. Kalau nak keluar kena jamin pakai duit lagi. Pas tu kerja tak boleh nak pergi. Kalau nak cuti lama pun last2 kena diberhentikan jugak. Janganlah kita nak menyusahkan hidup org yg dah susah. Dia bukan ada bisnes juta2. Bukan mantan timbalan perdana menteri. Bukan ahli politik korup yg duit berjuta. Dia pengawal keselamatan ja. Tolonglah faham kesusahan dia. Kalau nak hukum buat kerja amal yg tak mengganggu pekerjaan dia oklah sikit.

Grunge Republic berkata...

Saudara Azman, Terbaek dari tanah!

Adakah ENGKAU gembira sekiranya kehilangan anak kandung sendiri dengan tidak sengaja dan dituduh sebagai pembunuh kerana kecuaian sendiri dimana SATU DUNIA dihebohkan mengenai KISAH HITAM ENGKAU?

Seronok? Syok? Bangga? Glamer? Femes?

P/S: Kalau artis ke, orang politik ke, keaiban, kemaluan adalah keseronokan mereka, memang kompirm senang hati. ;)

mat rempot berkata...

sebenarnya undang2 islam yg terbaik... bab tak sengaja menyebabkan kematian seseorang seperti dalam kes ini bukanlah hukum mati atau penjara atau denda kpd pemerintah atau masyarakat.

kalau polis ambil tindakan terhadap bapa budak tu, aku tak heran. sebabnya ialah polis pada aku memang sial. orang baik tersilap sikit actionnya punyalah melampau. tetapi penjahat / penjenayah besar dia make friend. contohnya kes along... dah tentu ada no. telefon along2 tu terang2 terpampang, polis buat tak tahu jer...

Tanpa Nama berkata...

aku hairan... kenapa perlu dikenakan tindakan.. dia bukan sengaja pon.. lgpon dia mesti shd kehilangan anak... yang aku hairannya.. orang yang bawak kereta MEWAH kat MRR2 yang langar drabar lori semasa beliau nak tlg orang eksiden dapat hukuman ringan jer... dah la yg bawa kereta MEWAH tu cilok2 nak nak lepas jem... mcm nie lah akhir zaman.... tunggang langgang....

Sood&Lamlie berkata...

polis langgar mak aku. mak aku meninggal on the spot. ada ke polis tu kena dakwa?
no. mungkin sebab mak aku dah warga emas. jadi tak termaktub dalam akta.
polis tu cuma dituduh memandu dalam keadaan cuai. bukan menyebabkan kematian. sebab kononnya tengah kejar suspek.
or so they say.
kes ni dah kira tutup.
aku benci polis malaysia.

aisya zainal berkata...

aku rasa peristiwa ni pun dah cukup jadi iktibar utk mak ayah kat luar sana.

nak hukum pakcik tu buat apa? supaya jadi pengajaran jangan tinggalkan anak dalam kereta dgn sengaja sebab TAKUT UNDANG2? kira parents sekarang kena jadi robot la kot. takut undang2 lebih dari takut Allah sebab tak jaga amanah.

ini betul saja buat isu baru nak tutup isu lain.mengarut betul semua ni.

super-1 berkata...

hmmm...apepun, kene tau yang matlamat tak menghalalkan cara. memang la bapak die tak sengaja dan terlupa tapi tetap juga dikira sebagai 'menyebabkan kematian'. bayangkan satu situasi ini, anda berkejar ke hospital kerana saudara anda sedang nazak. lepas tu anda terlanggar budak sekolah yang tengah melintas jalan sebab cemas dan cuai dan budak tu mati. tetap juga anda 'menyebabkan kematian' budak sekolah tu. whatever your reason is.

komen dari papadom dan hazirah kamal tu menunjukkan yang mereka adalah pengamal undang2. bukan nak kondem atau sanjung komen mereka, but they are stating the fact, not opinion.

so is it unjust for the part of the father? and why it is so unjust?

well, we are not the maker of the law. and of cos, because the law say so.

damn the law.

Tanpa Nama berkata...

Takde yang mustahil dalam undang-undang ni. Kita rasa tak logik, tapi ada orang boleh buat. Buang baby tu tak ke bunuh anak sendiri? Context je yang lain. Bunuh anak sendiri masa dia mabuk camne? Ingat boss, dunia ni macam2 ada.

Kita ingat sex sesama jenis tak logik, mengarut, mustahil, tapi ada orang buat kan? Kalau tak dakwa akan ada loophole dalam undang2.

Kalau org lain yang bwk anak korang lepas tu "tertinggal" atau tertinggal dalam kereta, korang nak dakwa tak? Tapi dia tak sengaja.

Ada membunuh dengan niat, ada membunuh tanpa niat. Yang mana satu pilihan kalbu? Kat dunia ni hakim yang mengadili. Salah tak salah tu cerita lain. Bunuh anak sendiri tu contoh aje boss.

brat2104 berkata...

yup, klu dia masuk jel, sape nak sara famili dia?

ajal memang dah tetap. terkunci anak dalam kereta cuma kaedahnya. ye, ramai akan bengang dengan statement ni. of course yg paling bengang ialah orang yang ada anak2.. termasuk la si ayah tu.

x perlu hukum dia. dia pun tak nak anak dia meninggal..

gman berkata...

alahaiii mantot...yg kali ni nampak kurang cerdik la. undang2 tu ada banyak kot...tergantung kesalahan dan situasi. sebab tu ada pembicaraan, suoaya boleh faham situasi sebenar. secara x sengaja satu nyawa telah terbunuh. secara undang-undang, mmg dia bersalah menyebabkan kecuaian. undang2 perlindingan anak kot.

siddiq berkata...

ini bodoh.

puteri_kebayan berkata...

mantot...mahkamah malaysia tak pernah adil....

Unknown berkata...

bagi aku, itu satu kemalangan sebab ayah dia lalai. lalai itu bukan disengajakan. ayah dia ralik urus pengebumian sampai terlalai, terleka atau apa saja. dia tak minta tiga rasa tu datang sendiri kat dia?

dia tak patut didakwa sampai macam tu sekali.

Tanpa Nama berkata...

c.) "Tak,saya salahkan kerajaan sebab minyak naik harga.Saya tak mampu nak pasang enjin lama untuk biar air cond berjalan sebab saya tak banyak duit,saya kerja bukan eksekutif."

kalau buat option c ni pun boleh mati jugak.

itu pun kau nak salahkan BN? harga minyak naik sebab harga pasaran naik pun kau nak salahkan BN? tak boleh pasang aircon sebab minyak naik pun kau nak salahkan BN? kau semelit pagi ni pun kau salahkan BN? kau malas nak belajar tinggi-tinggi pun kau nak salahkan BN?

pathetic

hidayah berkata...

nice jgk dakwa bapa budak tu. bia die tau hargai nyawa org.

kepalahotak punya pendakwaraya. hati binatang. nak ajar org nilai murni. tp diri sendiri takde consideration. mahkamah mmg jlnkan tanggungjawab dgn baik - menghukum. itu je diorg tahu. adoi malaysia. entahla..

Betty Latif @ BL berkata...

aku heran tgk org malaysia banyak mengeluh tentang negara sendiri.

sikit2,adoi malaysia,alahai malaysia,alahai malaysia tanah airku,meleis.

org kt negara len lg bapak gile susah dr negara kita,paling2 diorang hny salahkan pemimpin.bersyukurlah.


jepun,negara maju,kaye lak tu.minyak seliter rm4.30.tembikai sebijik rm70.takde pon guling2 tgh jalan.


malaysia ni negara bertuah kot.jgnlah sikit2 nk mengeluh.klu nenek aku dgr pn die mrh.


sorry off topic.just my RM0.02.