Mei 11, 2011

Perihal Gula dan Politik Ugut-Mengugut Di Putrajaya Oleh Suami Rosmah

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengingatkan peniaga supaya tidak mengambil kesempatan daripada kenaikan harga gula hari ini untuk menaikkan harga makanan.

Timbalan Ketua Setiausaha kementerian itu Mahani Tan Abdullah berkata kenaikan harga gula tidak boleh dijadikan alasan untuk menaikkan harga makanan memandangkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram adalah minimum.

"Kenaikan ini tidak seharusnya membebankan pengguna dan mereka seharusnya melihat dari sudut positif bahawa pengurangan penggunaan gula dapat mencegah dari penyakit seperti kencing manis," katanya kepada pemberita selepas memberi ucap utama di seminar tadbir urus korporat di sini hari ini.

Mahani berkata kementerian juga akan membuat pemantauan bagi memastikan peniaga tidak menaikkan harga makanan sewenang-wenangnya.

Kerajaan semalam mengumumkan kenaikan harga gula kepada RM2.30 sekilogram selaras dengan langkah merasionalisasi harga runcit gula. Sungguhpun demikian, harga itu masih rendah berbanding di Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

..........

Bila gula naik,harga susu akan naik.Automatik harga akan naik.

Aku rasa tiap2 kali ada announcement apa2 barang naik harga,template ayat dia mesti sama aje.Kau cuba baca artikel kat atas,gantikan gula dengan minyak ke,sama aje.

Tiap2 kali benda naik,suruh pandang dari segi positif.Semua benda nak positif.Bila rakyat cuba jeling2 belah pembangkang,tengok apa positifnya pembangkang,marah,merajuk,ugut.Macam kat Putrajaya.


Don't bite the hands that feeds you.
WARRRGHH!


Ingat orang Putrajaya!
Kalau anda undi pembangkang,duit gaji anda tu tak bersih.
Jangan gigit tangan Najib.
Jangan gigit tangan Rosmah.

Gaji anda tu sebenarnya hanyalah pinjaman kepada anda yang perlu anda bayar balik dalam bentuk undian kepada Barisan Nasional.

42 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1st lg dowh....

khair... berkata...

I'll never vote for BN..mmg aku keje gomen..so what? ingt aku takut? blah la bib mama..mcm M'sia ni BAPAK diorg yang punya!!!

Kap berkata...

macam biasa.
Malaysia boleh!

bobp berkata...

Teh O nipis kurang manis yang biasa aku minum td naik 20 sen dari 50 sen ke 70 sen... pengambilan gula adalah kawalan individu sendiri nak ambik banyak atau sikt.. kalo kesedaran tentang kencing manis tu ada, pandai-pandai laa diorang nak amik gula banyak mana...takde kena mengena dengan harga gula... ini sebab monopoli gula laa aku rasa... apasal diorang tak ada kompeni lain yang bukak ladang tebu untuk proses gula???

Nik Zulkhairi berkata...

ni saya nak bagi cadangan kat gomen. dekat pek gula tu kita tampal gambar kaki berkudis sbb kencing manis (macam gambar paru2 kat kotak rokok). pas tu kita tulis AMARAN KERAJAAN MALAYSIA: MAKAN GULA MEMBAHAYAKAN KESIHATAN. gerenti rakyat malaysia takut nak makan gula, jadi harga gula mahal pun takpe. wakaka..

Peri PiA berkata...

nk muntah dh dgr AYAT KERAMAT tu

rezeki dari Allah!!

Ann berkata...

terbaik!

cewek.medusa berkata...

"hands that feeds you" ?! haram jadah

Ateeka Amer berkata...

skrip biasa. mengantuk aku baca. rakyat semua dah hafal la.

wootwoot berkata...

gomen kita mmg loser.

Tanpa Nama berkata...

tapi kalau vote pembangkang pon bukan nya dapat apa pon, sama je.. harga barang tetap naek jugak.. daripada kita dok cakap belakang macam ni je.. apakata kita cari jaln kuar and then cadangkan idea kita untuk isu harga barang pada najib.. sapa tau idea tu boleh dipakai utk selamatkan rakyat.. mantot u can try.. otk u ni selalu kuar idea cantek untuk blog.. najib kata "rakyat didahulukan" maa..

hanafi berkata...

Rasionalisasi harga gula untuk kurangkan beban subsidi kerajaan.apa kata kurangkan aktiviti isteri menteri berjoli di luar negara untuk kurangkan perbelanjaan negara?tak adil asyik2 rakyat dulu yang kena,dammit!

akulafix berkata...

BABI!!!

Tanpa Nama berkata...

ak pelik la... kenape bn rase duit ni dorg punye... kan rakyat yg byr tax... ni duit rakyat... ade org bn penah ckp.. 'hah sape buat jln ni, bn kn'... wth nye pkran.. come on la ni bukan duit bn...

sally

TeratoMan berkata...

Astagfirullah,

Hand that feeds you?

Mereka skrg ingat mereka Tuhan ker?

Hmm.

Mahfuz Blackadder berkata...

Kalau betul depa tulis macam tu memang la buta perut. Atau at least orang yang bawak naik signboard tu yg bodo.

Boleh kasi tau ni area mana? Nak pi check. Risau juga, la ni banyak gambar signboard photoshop.

Tanpa Nama berkata...

presint 9,lepas hospital.aku selalu lalu area tu

Mahfuz Blackadder berkata...

Ok beb, tengkiu.. :)

Tanpa Nama berkata...

sapa yg ckp suruh cari jalan cadangkan idea kat najib? kalau senang cmtu, dah berubah dah..bukan tak ada org yg komplen, cuma individual antar, takkan dilayan la,,berapa orang yang hantar memorandom bantahan, yg hantar email,surat..tak dilayan punya, unless kau tu ada jawatan, atau kau join persatuan yg besar pengaruh, baru pendapat dan cadangan kau 'mungkin' difikirkan

secret berkata...

assalamualaikum
mantot!
pasal board kt putrajaya tu
hahah mmg siot dowh. aku tron ptjaya 1 mei aritu. hahah
ayat mmg sentap utk byk perkara. tak pasal je mak pak aku argue pasal ayat tu. maksud ayt tu versi

mak: mcm melepaskan anjing tersepit
pak: bukanlah... JANGAN JADI ANAK DERHAKA !

perghh....

kesimpulannya bukan soal politik je.huhuhu

sakit dowh diskusi itu.huhuhu

As berkata...

mmg tkejut tgk sign board tu. klu org luar tengok xke sah2 mengugut rakyat namanya tu. nk suh bsyukur biarla pada yg memiliki segalanya. bukan milik derang pun apa yg rakyat dapat.

hyemynameisrasyid berkata...

pergh.,naik lagi?!
hadoi.,menyirap plak aku.,

GULA=ROKOK
sgt bahaya smpai trpaksa dinaikkan harga.

Norain Ishak berkata...

dont bite the hands that feeds you?

siapa bagi makan siapa sekarang ni?

orang kerja, dia dapat gaji,

dia laah feed diri dia sendiri.

bajet betul orang yang pasal board tu.

pasang board hai-o lagi baik.

pasal gula harga naik, memang rakyat didahulukan! rakyat didahulukan untuk bayar kos-kos yang naik.

menyampah.

ini lah jadinya bila orang main politik gila kuasa and gila harta.

pemimpin diutamakan, rakyat dibelakangkan.

please.berubah laah malaysia.

semakin hari semakin menyampah.

EMO KEJAP. MAAF LA YE.

cuya berkata...

perghh..sign board yg sama aku tgk kat traffic light nak g putrajaya central. masa tu naik moto, tak la pulak gigih nak berenti amek gambo. bapak aku selalu ckp, moto 1malaysia tu memang kena sgt. rakyat didahulukan termasuk la bila harga barang naik, memang rakyat la yang didahulukan untuk menanggung semua. semua la rakyat merasa dulu! tapi ada rakyat kesah? pape pon, DON'T BITE THE HAND THAT FEEDS YOU!!! derhaka tu weiii

Ayyman Rahim berkata...

Bila baca ayat keramat tu, apa yang aku boleh katakan adalah wtf berapa juta kali. Rezeki dari Allah Abg Jib, Kak Mah.

FikrahIslam.com berkata...

Apa yang boleh kita buat?
Segala marah maki tak puas hati kita, tunjukkan masa memangkah nanti.

Apabila mereka buat benda yang tak mengikut syariat, haruslah kita untuk tidak berperangai seperti mereka.

Sesungguhnya Allah Maha Adil.

anciq berkata...

depa 2 ckap pandai!!! depa la pi niaga sendiri..
bru tau lry krg kn gula ka dak!!!!
apa punya turrr....

rekbing berkata...

jaga kesihatan konon. najib dan najibah gemok jugak

Tanpa Nama berkata...

Tiap kali naik kata '20 sen aje, sikit aje. Teh Tarik tak leh naik harga'
Dah berapa kali 20 sen la.

Gula naik - milo, susu etc akan naik juga.

Rakyat kena ubah gaya hidup.
Minum air kosong je.
Hidup BN.

~Ati_Hime~ berkata...

aku dok putrajaya wei! TIDAKKK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! siot betul la..eh,agak2 gomen tau x aku komen kt sini..bahahahhahahaha

Tanpa Nama berkata...

bla la ko BN.pmimpin pn mkn dr duit rakyat.BN da gigit tgn rakyat smpai bdrh da pn

eddyminako berkata...

cadang la macam mane pun, hampeh gak.

slogan paling sial penah aku dengar!!

udang galah berkata...

Tua-tuan sekelian....signboard tu ditujukan pada kroni-kroni dan pandy kutty adanyer sahaja.... tetapi kita yang kena bayar... kita nie tau tak!!!

panji alam berkata...

Tuan/puan sekalian.

Fakta: 3.9 juta rakyat Malaysia berusia 21 tahun ke atas belum mendaftar sebagai pengundi. Jika tuan/puan termasuk di dlm angka tersebut, bersegeralah mendaftar.

Inilah cara yg terbaik untuk kita sbg warganegara memilih kerajaan yg benar-benar memahami masalah rakyat. Pilihlah selain Umno dan BN.

Mamak Kutty berkata...

Hm.. how does the saying goes?

BN = Barang Naik.

Haha.. i rest my case.

ayunda maajis berkata...

"Don't bite the hands that feeds you."
Muahahaha..u geget i..i geget u balik..

Tanpa Nama berkata...

sekarang ni minyak masak pulak shortage stock. Ni jap lagi harga minyak masak pulak naik. tengokla sebelum puasa dan raya for sure akan ada barang naik harga.

Dia igt dia tuhan kut bagi rezeki kat orang. Oh lupa dia ada kuasa mistik terhebat ilmu bik mama.

setiap kali tgk gambar rosmah dengan najib mesti aku rasa nak muntah!

Tanpa Nama berkata...

Bila masa la pulak depa yang feed, duit tuh asalnya duit segala cukai, takde kene mengena pon dgn mana2 tangan. duit tuh duit RAKYAT dan NEGARA utk mereka yg bekerja dgn gomen tuh je.

Master Yoda berkata...

Kah kah kah...1st time tgk slogan mcm tu...Jenis mcm tu pon ada ye..Kah kah kah...Desperate sgt dah tu...Kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

kalau tak kerajaan, korang nak siapa lagi? adakah anda pasti bahawa pengganti yang anda inginkan tu lebih baik?

punchdrunk lovesick berkata...

malasah kat malaysia ni,BN dah memerintah terlalu lama....tiada pertukran kuasa..sbb 2 depa berani..pengganti BN(disini boleh disebut PR) nnti,mungkin lebih baik dan mungkin lebih buruk..cuma bila berlaku pertukaran kuasa,parti yang memerintah akan takut kepada kuasa rakyat.Bila rakyat rasa kerajaan yang memerintah menyusahkan,kita tukar kerajaan baru.jgn riso bila berlaku pertukaran kerajaan..xkan tergadai malaysia ni!!!!!..dan aku yakin akan bertambah maju malaysia ni..dr segi ekonomi mahupun pemikiran orng malaysia.

Hardcore itu Punk berkata...

'the hand that feeds, is the hand that's keeping you down.'
Verse - Hard To Breathe ; From Anger and Rage