Mei 30, 2011

Ancaman Penjajahan Ke Atas Putrajaya Adalah Sesuatu Yang Perlu Dipandang Serius Oleh Golongan Belia Malaysia

Masyarakat Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan satu trend baru yang bakal memberikan kesan jangka panjang yang buruk kepada rakyat Malaysia dan juga sistem pentadbiran Kerajaan Malaysia.Semuanya bermula dengan suatu ideologi oleh seorang pekerja kontraktor Indonesia yang telah masuk ke Malaysia mencari rezeki yang halal dengan membina bangunan di Putrajaya.

"Saya enggak tahan bung,kami sudah lama bekerja di Putrajaya,kami yang bina bangunannya,kami yang bancuh simennya tapi kami enggak dapat apa-apa lumayan dong!," kata Hardiyanto ,pemimpin kepada pergerakan "Pekerja Asing Ingin Rampas Putrajaya" atau PAIP.

"Institusi ini kami tegakkan kerana di Malaysia,kami sudah terlalu lama bekerja membangunkan Putrajaya tapi bukan kami yang diami.Kenapa kami dipinggirkan?" tanya Hardiyanto.

Bila ditanya lebih lanjut mengenai sebab asal penubuhan PAIP,Hardiyanto enggan menjelaskan dengan lebih terperinci,"Usah ditanya pake mulut,lebih benar bacakan saja manifesto kami." Wartawan kami telah berjaya mendapatkan salinan manifesto PAIP dan isi kandungannya amat mengejutkan.Objektif utama PAIP seperti yang ditulis di dalam manifesto mereka berbunyi;

"Kami,Kesatuan 'Pekerja Asing Ingin Rampas Putrajaya' atau PAIP adalah sebuah persatuan berdaftar mempunyai satu sahaja objektif iaitu kami ingin merampas Putrajaya daripada orang Malaysia untuk dijadikan petempatan pekerja yang terlibat dalam pembinaan Putrajaya."

Wartawan kami melakukan penyiasatan lebih terperinci dan menjumpai beberapa maklumat penting yang mengaitkan Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim dan Hardiyanto.Beberapa sumber mengatakan jika Pakatan Rakyat dinaikkan jadi Kerajaan Malaysia,PAIP akan diberikan seluruh Putrajaya sebagai penempatan dan semua warga Putrajaya yang sudahpun menetap di sana sekarang ini akan diwajibkan meninggalkan kediaman mereka dan semua yang bekerja penjawat awam di Putrajaya bakal dijadikan pembantu rumah kepada anggota PAIP.

Wartawan kami telah berjaya menemubual beberapa orang anggota PAIP,antaranya Ahmad Achlan Waram,seorang warga Bangladesh yang kini bekerja di Presint 22.Bila diajukan soalan,Ahmad menggangguk dan mengiyakan apa yang ditanya."Betul,betul,saya mahu rampas Putrajaya,kami semua mahu Putrajaya.Saya,kawan saya dari Vietnam,dari Myanmar sana,dari Kampuchea sana,itu lelaki dari Pakistan,kami semua mahu rampas Putrajaya..."

Apa yang memeranjatkan wartawan kami adalah apabila ditanya adakah mereka tidak mahu pulang ke negara asal mereka selepas ini,kebanyakan daripada mereka berkata mereka sudahpun menjadi warganegara Malaysia yang sah.Ada juga antara mereka menunjukkan kepada kami kad pengenalan Malaysia warna biru dan ada juga yang mengadu belum mendapat kad pengenalan kerana masih belum mampu memilih untuk jadi orang Kedah,Kelantan,Selangor atau Pulau Pinang.

"Kami diberitahu,negeri-negeri lain sudah penuh bilangan penduduknya,kami hanya diberikan negeri2 tersebut..entah kenapa?" tanya Ahmad.

Kebangkitan PAIP ini menggusarkan ramai pejuang hak Melayu dan antara yang paling awal memberikan respon adalah Perdana Menteri Malaysia sendiri,Najib bin Abdul Razak. Najib,yang menyertai Perhimpunan Sejuta Belia Malaysia di Putrajaya Tapi Hanya 8000 Yang Dapat Datang,menggesa semua pihak terutamanya golongan belia bangun mempertahankan Putrajaya.


“Di Malaysia, satu juta pemuda berhimpun untuk mempertahankan Putrajaya,” katanya.“Adakah anda bersedia untuk mempertahankan Putrajaya?” tanya beliau berulang kali ketika berucap di hadapan sekitar 8,000 orang hadirin hari ini.Terdahulu timbalannya,Muhyiddin Yassin memberitahu pemberita bahawa pengunjung perhimpunan hari ini sudah melepasi sejuta orang.Tinjauan wartawan kami mendapati memang benar pandangan Muhyiddin itu kerana dengan dunia yang semakin muda,umur 50 ke atas juga masih dianggap belia.Sebab itulah Pemuda UMNO kebanyakannya berumur 40 an tetapi masih bergelar Pemuda.

Kami cuba mendapatkan maklum balas daripada jurucakap PAIP mengenai komen Najib mengenai pihak2 yang ingin merampas Putrajaya tapi sehingga kini,pihak kami masih belum mendapat sebarang respon.

Kami di sini ingin menyeru semua pihak supaya mempertahankan Putrajaya daripada jatuh ke tangan PAIP kerana mereka bersifat pelampau,ekstremis dan sukakan keganasan.Putrajaya adalah hak Kerajaan Barisan Nasional sahaja dan para belia digesa supaya sanggup mempertahankan Putrajaya walaupun nyawa mereka tergadai. Kenapa perlunya sistem demokrasi? Kami juga berharap golongan belia akan melobi Suruhanjaya Pilihanraya supaya hanya mencetak logo "Barisan Nasional" sahaja di atas kertas undi kerana undi anda juga adalah hak milik Barisan Nasional. 

19 ulasan:

mr edz berkata...

kebanyakan belia yang datang hari tu pun bukannye boleh mengundi pon.. tambah lagi e\ramai yang tak daftar.. hahahahaha

blog-tips-kurus berkata...

ini memang serius!!

morovlizki berkata...

Inilah namanya dmokrasi tpimpin kepala hotak diorg.hahaha.mcm la geran tanah kt mesia ni hak mutlak mak bpk diowang.

esPlaNet berkata...

errr..yang main futsal pon 16k,xkn 8k je yg dtg??

Tanpa Nama berkata...

face it. najibuya sangat desperate nak raih sokongan belia.

Kap berkata...

entri seseram Mastika.

Tanpa Nama berkata...

cerita betul ke cerita lawak nih? confuse pulak. tp yg part depa nak tarik golongan muda tuh mmg betul la kan. nk guna new media. tp depa tak faham the fact that new media is just a media. mmg la ada twitter/blog/FB tp if isi kandungan twitter/blog/FB tuh buhsan lg membuhsankan ada ke org yg nk lawat site tuh? depa igt asal guna new media tuh dah up to date sgt le tuh hahah.

Laici berkata...

kah kah kah, lawak2...haish, golongan belia yg anak manja, kaya raya yg tak pernah rasa hidup susah jer buta dan sokong BN ni...

yg susah payah cari duit nk blajar,cari kerja dgn gaji yg ciput tmbah pula hidup ngan hrga barangan meningkat takkan skong bijan

Master Yoda berkata...

sarkastik...kah kah kah...

sian depa ni...dah tak leh nak folow up cara muda kini, pakai taktik purba, "pujuk rayu"...

bak kata Tok T.T:

china doll ada?? kalau takde, toksah nak mimpi...kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

gua ada kat situ dari pagi sampai malam.
bagi gua tak betul kot 8000 orang. gua nampak sendiri padatnya belia yang datang hari tu. tapi gua terkilan sikit masa ucapan perasmian tu, nak suruh pertahankan putrajaya dari pembakang. bagi gua ni event negara, bukan event barisan nasional , tak patut buat kempen guna wang kerajaan.

Mantot berkata...

yang perenggan 8 ribu tu,aku ambik sebijik2 dari Utusan cuma aku tambah sket.

Utusan kata 8 ribu..aku pun percayalah..sbb Utusan bagus.

Tanpa Nama berkata...

oo patut ar sume ckp 8k. 8000 depan dia time ucapan tu. tu aku setuju depan grandstage tu kot. hehe. tapi 700 je kot pemuda nak dengar cakap dia , lagi 7300 nak tengok SUJU M . hua hua hua

Norain Ishak berkata...

mantot, tak buat laporan ke abang najib pergi turun tengok bola man u lwn barcelona tu? kak rosmah pun ada kalau tak silap.

bajet macam pemimpin berjiwa rakyat.
ceit.

Tanpa Nama berkata...

bro...
mende baik kite jgn la burukkan..
even ade mende buruk tu adat la..
xkan ade yg sempurna...

klu mende tu btol2 byk burknye
x salah nak kritik...

aku pegi dan aku rase lebih dr 500k yg datang.. dan byk faedahnye.. byk ilmu yg aku dpt..

buruknye pon ade.. yg terkinja2 mcm monyet..

yg benar
manusia yg ambil kisah

Tanpa Nama berkata...

wakakakakakaaka Hail the Return of the Pembancuh Simen of Putrajaya !!!! wkakakakakakaaka seriously i miss him dow..

ko kan yang kena panggil title nih dulu??

Tanpa Nama berkata...

buto time2 tu la nak paksa budak2 sekolah pegi jambori pengakap la, bulan sabit, kadet etc mmg bejuta la dtg

Mantot berkata...

ya,aku dipanggil pembancuh simen satu masa dulu

Tanpa Nama berkata...

Presint 22 ada ke?
haha Yang aku tahu Presint 20 ada lah..

nurul izzan berkata...

sinis sungguh~ hahah! aku suka entri neh.. haha