Masa aku kecik2 dulu,adalah beberapa kali aku ingat mak aku suruh aku gi kedai beli barang kat kedai.
Mak aku akan tuliskan list barang-barang yang kena beli dan kemudian pass kat aku,bagi aku duit.Selalunya upah aku adalah air kotak Magnolia gambar lembu kaler coklat.
Dalam list tu biasanya terkandung banyak barang2 runcit tapi bila ada satu barang special iaitu tuala wanita,mak aku akan pesan,pesan kat kedai,bungkus dengan paper.Aku waktu tak faham sangat apasal,come on la,baru darjah 3.Tengok dada budak perempuan pun takde niat jahat terlintas.
Aku pun akan ke kedai,beli barang dan kemudian bila nak bayar,brader kedai tu tanpa perlu dipesan-pesan,tanpa perlu diminta dengan sendirinya bungkuskan tuala wanita tu.
Aku tengok kotak tu takde la apa yang dimalukan.Tidak ada pun gambar perempuan terkangkang sambil kelangkangnya berdarah atau kotak tu dihiasi dengan percikan darah pekat dan sebagainya.Gambar kotak tu hanya mengandungi gambar bunga warna kuning yang dihiasi dengan tulisan-tulisan yang aku tak peduli.
Itu cerita 21 tahun lepas...dan dalam 21 tahun ni,mentaliti masyarakat pula makin berubah.Zaman ni,kita akan tengok tuala-tuala wanita ni dipaparkan dengan hebatnya di pasaraya2 besar.
Kebanyakannya pula mempunyai design yang agak eye catching kerana zaman ni,dah terlalu banyak jenis tuala wanita yang berada di pasaran.Kita juga mampu menonton iklan yang memaparkan gadis-gadis cantik menceritakan mengenai period mereka yang tidak bocor kerana ketahanan tuala wanita yang mereka pakai.Ada juga iklan yang menunjukkan gadis2 lawa ini terkinja-kinja melompat-lompat semata-mata untuk membuktikan.....tuala wanita mereka adalah yang terbaik dalam bidang penyerapan.
Dalam 21 tahun,pengaruh globalisasi telah pun berjaya mengikis sifat malu seseorang wanita berkaitan dengan period kerana benda tu natural,katanya. Bagaimana pula dengan 20 tahun akan datang?
Tapi dengan media massa yang setiap hari menceritakan mengenai liwat,rogol dan menjubur,20 tahun akan datang,adakah ada kemungkinan,darah period dijadikan satu bentuk fashion accessory,dipaparkan di kelangkang sebagai corak yang menarik."Wah!Hari ni kau punya darah corak rama-rama lah!Cute!"
Ada sesiapa yang masih mengamalkan membungkus tuala wanita ketika membelinya?
Yang lepas pakai tak bungkus masa buang,aku tau,ramai.....
Dalam list tu biasanya terkandung banyak barang2 runcit tapi bila ada satu barang special iaitu tuala wanita,mak aku akan pesan,pesan kat kedai,bungkus dengan paper.Aku waktu tak faham sangat apasal,come on la,baru darjah 3.Tengok dada budak perempuan pun takde niat jahat terlintas.
Aku pun akan ke kedai,beli barang dan kemudian bila nak bayar,brader kedai tu tanpa perlu dipesan-pesan,tanpa perlu diminta dengan sendirinya bungkuskan tuala wanita tu.
Aku tengok kotak tu takde la apa yang dimalukan.Tidak ada pun gambar perempuan terkangkang sambil kelangkangnya berdarah atau kotak tu dihiasi dengan percikan darah pekat dan sebagainya.Gambar kotak tu hanya mengandungi gambar bunga warna kuning yang dihiasi dengan tulisan-tulisan yang aku tak peduli.
Itu cerita 21 tahun lepas...dan dalam 21 tahun ni,mentaliti masyarakat pula makin berubah.Zaman ni,kita akan tengok tuala-tuala wanita ni dipaparkan dengan hebatnya di pasaraya2 besar.
Kebanyakannya pula mempunyai design yang agak eye catching kerana zaman ni,dah terlalu banyak jenis tuala wanita yang berada di pasaran.Kita juga mampu menonton iklan yang memaparkan gadis-gadis cantik menceritakan mengenai period mereka yang tidak bocor kerana ketahanan tuala wanita yang mereka pakai.Ada juga iklan yang menunjukkan gadis2 lawa ini terkinja-kinja melompat-lompat semata-mata untuk membuktikan.....tuala wanita mereka adalah yang terbaik dalam bidang penyerapan.
Dalam 21 tahun,pengaruh globalisasi telah pun berjaya mengikis sifat malu seseorang wanita berkaitan dengan period kerana benda tu natural,katanya. Bagaimana pula dengan 20 tahun akan datang?
Tapi dengan media massa yang setiap hari menceritakan mengenai liwat,rogol dan menjubur,20 tahun akan datang,adakah ada kemungkinan,darah period dijadikan satu bentuk fashion accessory,dipaparkan di kelangkang sebagai corak yang menarik."Wah!Hari ni kau punya darah corak rama-rama lah!Cute!"
Ada sesiapa yang masih mengamalkan membungkus tuala wanita ketika membelinya?
Yang lepas pakai tak bungkus masa buang,aku tau,ramai.....
43 ulasan:
banyak sangat jenama...
bukan iklan yg vince brlakon tu ke yg start dlu..
kalau bunga kuning dulu2 tu mesti jenama sanita kan?
haha..
sekarang takde dah nk balut suratkhabar bagai... iklan kat tv pun belambak.
makin hilang perasaan malu.
cik ila pn ade pengalaman mcm tu mase dlu..nk beli tu punye la malu.tp kedai runcit mase tu mmg akan bungkus dlu sblum bagi pastu buh dlm plastik hitam
skrg tgk,selambe je mcm tu je kasi,siap ade yg pegang tanpa plastik plak tu.
aku risau peradaban makin luntur, n sifat malu dah takde..
tapi stkt benda yg natural, mcm ko tulis kat atas,oke je..tapi tang jadi gantung2 corak rama-rama, aku fikir dah takde peradaban dah tu manusia kalau diorg buat gitu gaya 20tahun akan datang
dh xde yg bungkus2 dah.
"Wah!Hari ni kau punya darah corak rama-rama lah!Cute!"
hahahaa
em,skang beli kat hypermarket..dorang xde surat khabar nak balut..tp masih segan nak letak dalam troley even dh berkahwin..
skang siap ada jual yg corak2. cuci, sidai, pakai semula mcm lampin. ada org jual kt fb.
yup... aku melalui 2 fasa yang berbeza tu...
dulu2 pegi kedai runcit sebelah umah tu pun kalo beli dia balut2 ngan sokkabar elok2... pastu siap plastik spesyel kaler hitam.
skang nih??
pegi kat kedai runcit pun silap2 haribulan memang takde dier bagi plastik kalo pegi semata2 nak beli tuala wanita.
Ha. Kitorang dulu panggil menda alah tu 'modess'. Sapa takleh relate, konpem samada korang jantan atau muda 5 (at least) tahun dari aku. Heh.
Aku dulu bapak aku belikan. Sebab aku segan nak beli. Tapi dia tak tau jenama...jadi aku bagilah wrapper kosong kat dia dan dia akan tayangkan wrapper tu kat tokey kedai.
Gila malu! Haih~
Tapi yang statement alst kau tu, aku suka. Memang ada stok lepas pakai, TAK BASUH DAN TAK BUNGKUS. Dari zaman sekolah sampaila keje. Hampeh. Perah asam limau tu baru tau.
aku ingat tanda lahir je ada corak rama-rama... waaa darah pn ada ye btk rerama :p
hahaha corak rama-rama tak bLeh bLah betuL
sekarang ni semua benda dah jadi tak maLu, evoLusi dari maLu ke tidak maLu
betol la..mn ada beli balut dgn paper dh..
bukan mentaliti 'modest' je yang dah 'merdeka' dan open minded. banyak lagi. kita je yg tak berapa perasan atau rasa mcm...eh benda tu biasa lah. tgk program tv kalau yg bab2 hiburan tu, yang pakai tudung terkinja2 pun dah semakin ramai, mak ayah pun dah semakin no komen, malah ramai je yg beri galakan. dan mcm2 lagilah.moden katanya... (eh sorry, out of topic nih)
tak lama lagi kondom pun masuk iklan tv agaknye..rated PG13
kat jepun dorg x bungkus tapi dorg letak dalam plastik kaler hitam.so xlah nampak dalam.hanya tuk pad.
bunga kaler kuning, brand sanita?
Nak dijadikan cerita...aku pergi satu sekolah, ada mesin jual tisu..pas kuar tandas, aku letak duit nk beli tisu..ttbe tisu tu besar..rupa2 aku salah tekan,aku tekan butang nak beli tuala wanita..ahaha *takde kena mengena sangat ngan tajuk post
tu la penangan globalisasi..perasaan malu dah ke mana dah..teringt sekali TERPAKSA beli utk mem..aku punya la malu masa nak bayar..dah la malu leh lak silap beli..x nak yg ader kepak lak..mmg x beli dah lepas tu...
skunk nie nk kena minx plastic bru dapat. klu x,pakai hentam ng plastic lut tu ja la..hampeh...
buatnya dapat yg jaga kaunter tue laki,gatai,miang...bley sengeh2 time org mintak.haram.bangang! siyes.
a.iman patot tukaq pic kotex tue ngan kotex luxe..siap corak bagai..macam la nampak haisyy...tak paham aku.
tu yg jadi mahai. lagi satu,da macam2 benda nak boh,kaler2 la corak2..nak sebok ng kanser servik la rahim la etc2...apa jadah?
(~.~")
aku dr dulu sampai skang takde nak balut time beli. sebab aku rs...its normal.
yg aku malu, nak p kangkang depan lelaki yg nama baru boyfriend pastuh buat sex bebas. haa yg tuh aku tk buat...sebab aku malu.
p/s : balut lepas basuh then buang aku buat. yg tuh aku malu.
-suaka-
zaman aku kecik2 dulu2 kalo g kedai belikan utk kakak aku, kedai dkt kampung aku wajib balut modes tu dgn suratkabar,tapi tu dulu, skrg zaman dah berubah dah, cuma kau perasan dkt mana2 opis yg aku keje, bila si awek A ni kehabisan modes@lupa nak bawak modes, dia akan g bisik2 dgn kawan dia n pastu masukkan sesuatu dlm sampul surat pastu tergesa2 g toilet.... hehehe
hahaha! aku gelak dulu la eh..
sbb aku sama umoq ngan hang tuan blog..mestila merasai pengalaman yg sama..lani dah lain dah..budak2 skang x malu dah aihh
dulu ms thn 1996 aku p USM sbb ada program motivasi.dlm toilet kat dwn kuliah utama, ada mesin jual pad. alah yg letak 50 sen, tekan butang.then kuaq la mendalah tu..kagum btoi aku..xyah susah2 pi kedai beli kalo emergency. tp yg haramnya...macam hg kata tu la..dah lps pakai, x basuh, x balut pastu buang!
bak kata en sood. perah asam limau baru tau! biaq tergedik minah yg wat tu..
(aku igt org pompuan je tau bab perah asam limau nih)
hana
klau perah asam limau kt situ ape jadik weh? ce citer ce citer.
skrg jangankan nk bungkus. siap ade display lagi yg dh bukak punye pastu ade ruang yg "touch/feel here" tu. nk promosi nk kate benda tu selesa dan lembut pun agak2 la.
aku pun berminat gak nak tau apa jadi ni.
ada sesape boleh ceritakan...plissss?
pkai kaen batik je laaaa..haha
Kalau beli benda alah tu, smpai skarang aku malu. mesti aku sorok2 pastu cri cashier perempuan pastu menggelabah suruh dia cpt2.
cik anon
aku rase mcm ok je klau pasal beli pad period ni.takde ape yg nak dimalukan.tapi jgn la sampai bangga masa beli pad tu dah ah sampai buat speech kuat2 kata "majulah period utk negara!!" LMAO.
lagi malu weh klau tgk org islam (baca melayu) dok beratur beli nombor ekor kat kedai 4d,toto tu smua.tapi yg dok beli tu takde perasaan malu gamaknye.klau malu mesti sambil beratur nak beli nombor tu dah siap2 bungkus muke ngan suratkabor dan diikit kemas dgn plastik itam.LOL.
aku mase kecik2 ade pengalaman tolong bungkus kotak pad ni ngn srtkhabar coz dulu mak aku ade kedai runcit kt kmpg n selalunyer customer mmg suh balut kalo beli.
ms tu mmg pelik knp nk kn balut dan aku pnh kene tipu ngn customer die kte nk bg adiah..huhuhuh..sedih..
kadg2 ade yg dtg ckp nk beli "roti kering"huhuhuhu..lagi lah aku pening..coz aku tgk benda tu xmcm roti pun..
tapi bile dh beso taw gak nape kn bungkus n ape tu "roti kering" hahahahaha...
miss izza
kalau aku malu ade org nk peduli ke? ade org nk tolong bungkus pkai surat kabau kat hypermarket ke?
kalau aku beli bra bebagai2 boleh plak kn golongan "sejati" berlegar2 kat kawasan underwear perempuan tu, sambil mengusha-usha saiz bra yg aku pilih - malu ke tu?- alasan teman bini okay!
again, kalau aku malu ade org nk peduli ke, ade org yg snggup nk tolong bungkuskn ke? berambus dari tempat underwear perempuan ke? tk hidup weh aku!
macam mana nk balut surat khabar,
kempen sana sini,minimise penggunaan kertas.haha.
hahaha... ye ye ye... mcm2 nama kuar oo dulu... modess la... roti kering laaa... mcm2...
yang pasai perah asam limau tu... dulu2 aku kecik2 orang cakap kalo ada eksiden pastu darah banyak2 whether orang tu mati atau tak atas jalan raya pastu kalo pegi perah asam limau nanti bleh dengar bunyi2 orang jerit la apa...kalo orang tu idup lagi mungkin dia menggelupur2 sakit pedih. ni cerita mulut ke mulut la ni. betoi tidak wallahualam.
tatau plak aku bleh jugak applicable dekat pad2 terpakai yg tak reti nak basuh tu. kalo tau dulu aku buat dah macam tu kot bleh cari bukti sapa punya keja buang pad darah2 teruk merata2 dalam tandas tapi tanak ngaku.
last2 kitorang kene beratur ramai2 kat depan hostel buang mende tu sorang2 pegang dari toilet sampai ke tong sampah besar. geli kot...
Heheh.
Cik Aslina, anda tepat. Kisah eksiden tu pun aku ada dengar gak. Aku guna term perah asam limau atas modes tu sebab warden aku dulu membebel and cakap camtu. Kes sama - tak basuh, tak bungkus. Semua cam tergezut je dengar. heheheheh.
kes perah asam limau ni sebenarnya petua org2 tua, dulu dkt dpn rumah aku dkt kg selalu berlaku kemalangan jalanraya, termasuklah aku penah kena langgar dgn keta, 1 day arwah bapak aku dh naik fedup sgt sbb selalu sgt org eksiden dkt situ (paling kurang sebulan sekali), dia amik buah limau nipis campur dgn asam keping, potong n rendam air pastu g siram dkt jalan tu, alhamdulillah sampai skrg dah x ada org eksiden lagi walaupun dgn sekor lembu....
aiseh..dh ada org bgtau tu..kira ada jugak yg tau apa jd kalo perah limau..dlu ms skolah ( aku skolah berasrama) mmg ada la kan spesis yg x basuh ni..sbb tu warden aku penah sound- kalo x nak ngaku, nk perah asam limau ni..ada la senior2 aku ni bgtau kalo perah, kat kemaluan org yg buat tu rs pedih laa..so akan dpt tau la spa punya angkara..tp asik dok gertak jelah..buatnya x pon..balik2 dok kena wat barisan dr toilet sampaike tong sampah besaq sbb nk buang pad tu..mcm harommm jaa. x pasai2 kena pegang sorang sket
hana
sekarang kan kempen mengurangkan penggunaan beg plastik, so carry your own shopping bag, bawak masa beli tuh, problem solved (err the problem yang plastik beg lut tuh, yg psl advert tuh idak la ye)
woh aku belom lagi tergolong dalam kawanan yg pakai pad,bile nak buang tak reti bungkus.
malu derr.
oleh itu bungkus lah dgn sokkaba 3 4 lai,kendian ngn plastik.mudah kan?kehkehkehk
aku penah tengak pakcik Melayu ni beli botol arak mintak tokey cina bungkus dengan kertas surat khabar
@gr33n : LOL! :D
xfaham kenape nak malu.. tu fitrah perempuan di datangi haid.. kalo beli pad pun bukan selalu.. kalo beli pun bukan nak tayang dengan semua org arini beli pad... ini yg dimaksudkan malu bertempat.. malu ketika beli pad x perlu kot...
pastu bagaimana penulis ni tau ramai tak basuh selepas pakai... perkataan ramai x sesuai... saya perempuan dan saya tahu ramai yg basuh after pakai... kalo yg x basuh biase nye bukan muslim... jgn judge kalo xtahu sangat k
Sanita, tuala wanita kotak kuning.
Catat Ulasan