Ya Allah,
Jika kematian adalah sesuatu yang perlu
Untuk kanak2 ada sekolah di Malaysia,
Untuk membina dewan orang ramai di kampung,
Untuk menyalurkan bantuan kepada orang miskin,
Untuk menyalurkan kewangan kepada warga Felda,
Untuk memastikan jalan raya diturap,
Untuk memastikan bekalan air dan elektrik sampai,
Untuk memastikan duit rakyat kembali kepada rakyat...
Maka aku berdoa kepadamu,
Agar pilihanraya kecil dapat diadakan 2 minggu sekali
Untuk memastikan keadaan terkawal di negara ku
Kerana secara tak langsung
Rakyat akan dapat lebih manfaat
Bila kerajaan tak beringat-ingat
Dapatlah dipastikan agar duit untuk middlemen
Tergesa-gesa disalurkan kepada mereka yang perlu
Kerana itulah satu-satunya cara
Untuk membuat Kerajaan Malaysia bekerja
Walau bagaimanapun,
Aku masih berharap,
Kau bukakan pintu hati Puan Rosmah Mansor,
Untuk memakai tudung,
Kerana suaminya sudah mula mengutuk Yusof Qardawi di Turki
Tapi jambul isteri ternganga,
Perdana Menteri ku,pemimpin ku mengaku,
Malaysia Negara Islam...
Tapi jambul isteri tinggi macam ayam
Aku cukup tak suka Islam Moderate macam tu...
Amal mana suka,tinggal apa yang tak kena dengan dia.
Apa punya kerajaan,
Bila calon perempuan tak nak salam lelaki,
Dikutuk,dikeji,dihina
Tapi bila calon lelaki BN masuk ke pusat media,
Bersalaman dengan perempuan semua,
Tak dengar langsung bunyi suara
Aku sayang Malaysia,
Sebab itu lah aku memohon kepada-Mu
Banyakkan lagi pilihanraya kecil
Di bandar dan di desa
Agar Malaysia bahagia
Najib bidas Ikhwanul Muslimin dan Yusof Qardawi pengganas
Sekolah di Kerdau dapat bantuan on the spot
13 ulasan:
FLOM sdh wat video klip utk AF9 laaa..duet dgn mawi, lagu demi rakyat! mcm nie laa kita mauuuuuu
2nd Bro...
haha. :)
betul, buat 2 minggu sekali
baru negara maju
projek sentiasa berjalan.
rakyat akan rasa sentiasa dihargai. :)
kelakor betoi tengok calon naik motor ronda kampung tak pakai helmet..kalau dah menang nanti harap dapat teruskan aktiviti tersebut.
aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn...
Kesian.
patut la aku perasan macam tiap2 bulan pun ada pilihan raya skang...
ramai sangat wakil da dekat2 tempoh expired ye dok? tapi tak sedar diri lagi...
btw, kempen2 tu gune duit mane datang eh?? kemain meriah lagi skali kempen...
amin.
Lagi banyak PRK lagi laju la saman ekor lepas nie....
seriously aku sokong.
takat bagi sumbangan seciput pon kecoh nak masok newspaper bagai,
dah tu, kalau takdak pilihan raya,,
merempatlah orang miskin tegar.
propa je lebih..!!!
time2 nak election la baru dapat jumpa YB,
YB yang sepatotnya jadik kuli rakyat..berbakti dan berkhidmat untok rakyat...tapi entah ke mana hilang kalau takdak election day..
pastu tau pulak nak menyombong konon taknak pakai kereta national untok menjalankan tugas. nak pakai kereta luaq negara ja..
vuduh.
baik takyah ada YB kalau camtu.
aku tgk YB makin hari makin gemok dan boroi, tapi rakyat makin keding dan merana.
tahniah lah sangat..
amin
mati itu pasti
makanya jika berdoa untuk prk setiap 2 minggu, maksudnya
melainkan ada YB PR yang lompat parti, maksudnya
kau berdoa untuk seorang YB mati setiap 2 minggu
YB mati barangkali ayah/ibu kepada anak2 nya
YB mati barangkali suami/isteri kepada pasangan nya
YB mati barangkali adik/abang/kakak kepada saudara2 nya
YB mati barangkali anak kepada ibu bapanya
YB mati barangkali pemimpin kepada yang dipimpin . tak kira lah dari parti mana pun
pucuk pangkal kau berdoa agar ada YB mati
dangkal
kalau orang doakan kau yang mati apa macam?
kau ingat prk (or to some extent running the country) ini piknik?
print n kasi tok2 imam bace dlm khutbah jumaat! hahaha!gud idea!
Catat Ulasan