Mac 25, 2011

Awkward Agama : Pakcik Misteri Sewaktu Photoshoot Pre-Wedding Kami

Senja itu cantik sekali pemandangannya di Taman Tasik Perdana.Kamil,seorang photographer yang terkenal dan in demand kerana keunikan gambar weddingnya sedang mengatur pose-pose untuk satu pasangan yang bakal berkahwin dua minggu lagi.

"Orait,cantik.Shot pandang memandang kita dah tangkap,"kata Kamil.Kedua-dua bakal pengantin menghela nafas keletihan kerana sudah hampir sejam berposing sakan.

"Kita rehat sekejap.Lepas ni kita sambung scene romantik," jelas Kamil.

Mereka pun berehat sebentar.Kamil mengeluarkan sample gambar yang pernah ditangkapnya untuk dijadikan reference pasangan."Eh,gaya macam ni cantik la,yang ni ok jugak!" Girang pengantin perempuan,sangat excited.

"Ready?" tanya Kamil."Orait,jom sambung.." kata pengantin lelaki.

Tidak jauh daripada itu seorang pakcik berumur sedang leka memerhatikan telatah mereka sambil mengais daun yang berguguran di atas tanah.

"Hana,kau rapat sikit dengan Zaman,"kata Kamil memberi arahan."Lentokkan kepala kau dekat bahu dia.NICE!" Pasangan terus memberikan  kerjasama sebaik mungkin."Okeh,Zaman,kau peluk pinggang dia.Pandang kamera!Cantik!Okeh,sket lagi!" kata Kamil,sangat professional.

Beberapa shot lagi diklik untuk mewujudkan koleksi gambar yang mencukupi.Hari itu saja sudah hampir 500 keping gambar diambil.Kamil memeriksa kandungan memory card nya,"Orait,kita ada lagi 20 shot aje lagi.Sekarang pose hidung berlaga!Kamon!Senja dah nak lepas!Karang miss shot ni karang,padan muka!" kata Kamil,bergurau.Klik!Klik!Klik!

"Orait,setel untuk hari ni.........korang memang natural la,senang ambik gambar kau orang.Aku pernah tangkap gambar satu couple ni,pengantin lelaki macam kayu!Hahaha!" Tergelak mereka bertiga lalu duduk berehat di atas bangku menghilangkan penat.

"Hai,assalamualaikum dik!"kata Pakcik tadi dengan tiba-tiba."Waalaikumsalam Cik!" jawab Kamil."Seronok tengok korang bergambar tadi..." beritahu pakcik itu."Pakcik dulu minat jugak fotografi ni tapi tak mampu la nak beli kamera ni..sekarang ni anak pakcik pulak suka.Masuk ITM dah dia buat kursus ambik gambar2 ni.."

"Ooooo..." sahut Kamil,Zaman dan Hana serentak.

"Hari tu kenduri buat kat mana?" tanya Pakcik tu.

"Oh,kitorang belum kahwin lagi pakcik.Insya Allah 2 minggu lagi kat rumah dia.Saya lagi 3 minggu," jawab Zaman.

"Laaa..ye ke?Pakcik ingat korang dah kawin sebab pakcik tengok korang berpeluk bukan main lagi masa ambik gambar tadi," kata Pakcik itu sambil berlalu pergi,selamba.

ps - Siapa yang start budaya pre-wedding ni?

50 ulasan:

TMUkmkd berkata...

perghhh kene se-das

LS berkata...

makan dalam

Zinedine Zaiddin berkata...

Direct to the face!! Hahahahaha~

Seriusli encik Mantot, saya tak tahu pun pasal budaya pre-wedding nih. Kiranya selama ni yg duk amik gambar wedding tu..kebanyakannya pre-wedding pictas ke?

Reeza berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
fatinizzati berkata...

tak tau pon pasal budaya pre wedding ni ?

Soulsearcher berkata...

budaya omputeh! kalau tak salah..selalunya ada tema. dan pasangan pakai baju ikut tema..

contoh: zaman 50-an

pempuan pakai baju kurung ngan kain batik sbg sarung kepala cam mahsuri tu
lelaki pakai tshirt kotak2 ngan seluar

❀aRaBeLLa❀ berkata...

dah lama benda ni berlegar2 dalam kepala aku..aku setuju kalo shot gaye mesra alam gini harus lah pas kawen.time tu ikut suka hang la nak pose camaner pun..

nak amik gambor pre-wed tak salah tapi kalo OP tu betul-betul kretif ada storyline,tak payah gambor peluk-peluk,pegang2 tangan pun gambor meletup..

Haris berkata...

mmg terbaik ayat pakcik tu. pedih gile...

wedding photoshoot ada 3 tahap, pre-wedding, masa wedding n post wedding. tau benda ni pon sbb ada relative yg nak kahwin.

Hikari berkata...

aku rasa tergigit cili pun tak la pedas macamni..

cikbedahlaser berkata...

hehehehe.. klu kena amik pre wed.. akan cube elakkan amik gmbr daring2... sy lg stuju post wed..

Tanpa Nama berkata...

paling tak tahan de pre-engagement shoot.

wtf?

Mai berkata...

mmg mkn dalam pny pakcik 2 bg..bg aku ape2 pn akad dlu bru pegang2 ye...ini kan plak peluk2 bgai..no no no...

drizzt berkata...

post wedding kang jadi cam bideo dato ttt kakaka ...

cam haram!

Arm_mj berkata...

pak cik..mkn dalam~ haha

cyrusdavirus berkata...

aku biasa buat prewed dari bigday.. permintaan byk.. tp aku xdela suruh client peluk peluk cium cium.. sbb kte tau batas. kalu client yg nak bercumbuan tu, itu antara dia & tuhan.. aku shoot je.. hee~

budaya omputeh mungkin, aku pon xpasti.

ck slmh berkata...

gua dah muak dgn cara org MUSLIM Malaysia hari ni. uweqqq!

ezanoor berkata...

boleh je nak per wed ni.. tapi berpada2 la kan...

Tanpa Nama berkata...

pok cik..
kite pon tak pasti budaya ni datang dari mana tapi kite pelik jugak kalau tau org islam tak leh berlaga2,berpengang2,berpelok2.. sebelom akad nikah kenapa nak ikut jugak budaya ni.. ini kan budaya org yg tak hukum halal haram nya.. keey buleh buat lepah nikah jer..

Syafinaz Ali berkata...

Kat Tanah Melayu ni semua menda2 mcm ni laju je buat.Time kahwin pulak bersanding,bertepung tawar bagai.Adat depan,agama letak belakang.Dah jelas bersanding haram,bersanding jugak dia.Ada pengantin tu fikir?

Hehehe.Jd takat pic pre wedding dah peluk2 bagai,sendiri mau ingat je la.Tegur kang melenting,ckp tak ikut arus perkembangan.Uhuks!Tapi ada sikit setuju dgn penulis juga.


Ye..ye..saya mmg kolot...

Encik Sood berkata...

aku akan nikah tahun ni Insya Allah... kalau aku disuruh buat posing geli2 (seperti di atas), aku akan sepak fotografer.
kalau pasangan aku yg nak, aku juga akan sepak beliau.
hampeh.

afrohead berkata...

steady lah pakcik. selamba!

@rep berkata...

inilah URBAN dan MODERN . korang tahu apa? *mungkin itu jawapannya

Aisumi Chan Kawa'i berkata...

sekarang dah banyak tak ikut adab.. nak amik gambar tak salah.. tapi kena tgk2 jugak la gayanye.. hishh.. xpaham..

redgiantlipstick berkata...

oo. pre wed mmg maksudnya belum akad nikah ke? aku bajet pre-wed maksudnya belum majlis reseption je.

Ainee Cumi berkata...

Terbaik punya perli. Perli cara halus ni. Ahahahha! Kalau nak pre-wedd pun tak perlu kot nak pelok pelok semua kan. **geleng kepala

Ara berkata...

syoknye bile da nikah...hehehe~

ayunda maajis berkata...

hahaha hambek kauuuuuu..ahaha

Tanpa Nama berkata...

hah. bapak tak maluu doe.
post-wed lagi best lah.

TeratoMan berkata...

"Takper pakcik. Kami muda lagi. Sempat taubat."

frwls berkata...

kami muda lagi sempat taubat dan kami yakin taubat kami diterima.

Sue Anna Joe berkata...

Tahla Tot, aku tengok kalau gambar time tunang ke apa, ramai je orang duk intim-intim bergambar macam orang yang dah nikah. Contoh macam gambar laga-laga hidung.

Aku rasa ikatan perkahwinan ni benda yang 'suci' dan bermakna.

Kalau kita bergambar time tunang, or pre-wed macam dah kahwin, aku tak nampak keistimewaan dan beza dia. Dah tak simbolik, takda 'before' dan 'after' dia.

Sue Anna Joe berkata...

Oh dan macam orang yang belum kahwin dah nak panggil 'abang', or hubby, etc.. Aku macam takleh nak terima tu.

Satu walau niat nak kahwin, belum tentu, kedua macam aku mention kat atas dah tak simbolik lagi dah kalau belum kahwin dah duk panggil-panggil macam dah kahwin.

afi the great berkata...

itu biasa..bayar advance dulu..

Perempuan Lanjut Usia berkata...

Memang makan dalam, baru merancang-rancang nak buat pre wedding shot,kah kah kah.

maisara my berkata...

kerana itu sy memilih untuk buat post-wedding photoshoot....da lepas...blh ler pegang2...halal....kuikuuikui

N berkata...

pre-wedding photoshoot mcm dh overrated sgt r skang.

killthepervert berkata...

owhh..ade tulisan kecik pasal pre wed ye...keh3..sori tot,aku pakai kanta silinder...haluih...haha

TanpaGraviti berkata...

Hats off to Pakcik Misteri.

mamawana berkata...

Apakejadah pre-wedding shoot nih! Tup..tup mati accident sebelum nikah... tak gilo meroyan nanti.. sori kalu terpedas..

Ebb berkata...

i *think* the question is : sapa yang start buat bunting/banner utk pengantin2 nih?

org selalu buat alasan for pre-wedding pics so that 'bole letak dalam kad kawin/bunting/banner'

nemedish berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Akue Syazwan berkata...

aku wlpn men kamera sket2 mencemuh sdkt bab2 pre wedding ni..seriously, motif? nnt kawen amek gamba lg..x puas2 tgk muka sndri agknya, x len x bukan nk nunjuk kat org la..pastu org len pun stat jeles kmudian nk amik gmba pre wed gak pdhal nk kawen setaun lg..x paham betul ragam org2 sekarang ni..

ehemehem berkata...

Itulah jadinya kalau kurang didikan agama / memperlekehkan hukum Islam, Dah tahu dosa, buat jugak, sombong dengan Allah tu. Lebih teruk lagi kalau mangkuks tu kata takpe pegang/peluk/raba2 sebelum kahwin a.k.a. menghalalkan yang haram. Boleh batal akidah, kena mengucap semula. Habis semua amalan2 lalu. Diharap penjenayah yang bersubahat dalam pre wed yang haram agar segera bertaubat (kalau belum). Sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka dan Allah Maha Pengampun. Sama-samalah kita ambil iktibar dari artikel ini.

Ahmad berkata...

Tersentap bakal pengantin..LOL :D

Tanpa Nama berkata...

salam,,,

pernah pikir benda yang sama jugak..

kpz:)

Tanpa Nama berkata...

jgn nanti anak Pakcik pun jadik cam Kamil tu..

cheQmOomOo berkata...

kt pgang pd ape hukum dok pegang2 centu dlm islam dahla kn kwn2? ;)
amek gmbr jauh2 pun sweet ape..asalkn photog terel n props mnarik.. ;)
myopinion..no ofens eh ;)

geek-kid berkata...

Sapa cakap pre-wed ni boleh asal x pegang2, asal x lebih2, asal x over, mmg x betul sama sekali, pre-wed ni mmg xleh langsung, haram!

Photog yg jenis shoot jek, xmo masuk campo, makan jek duit tu, korang igt, mende tu jadi darah daging, esok2 korang menjawab laa..

Selagi x sah ikatan sebagai suami isteri, sorang laki dan pompuan yg baligh dan bukan muhrim sama sekali xleh berpandangan, apa lagi amik gambar sama2! Duh, rujuk balik kitab kita Al-Quran tu weh!

SukaSukalensa berkata...

Perghhhh kena sedas kat muka.selalunya mmg buat post wedding punya gamba.ade dua kali gak pengantin minta pre wedding. Layankan jela permintaan. Kena ubah balik ni

Tanpa Nama berkata...

Sy pun ada amik gambar pre wedding...tp nama yg sesuai...after wedding hihihi...sbb shoot lepas kenduri ke dua2 pihak dh....