Mac 08, 2011

Malaysia's Next Malay-Look Model

Aku ingat lagi dalam tahun 90 an camtu,ada wujud satu trend semua wajah dalam TV mesti Pan Asian dan waktu tu punyalah ramai berdebate (dalam paper la) sampai menteri pun join sekali sama ada nak keluarkan akta model iklan mesti berwajah Melayu (lebih kurang camtu la).

Masa tu memang ramai betul wajah-wajah Pan Asian ni keluar.Nama-nama yang selalu keluar dan sangat hangat waktu tu sebab kemunculan trend Pan Asian ni adalah seperti Deanna Yusoff,Nina Juren,Sofea Jane,Maria Farida dan Salleh Yaakob... (Nota : Sofea Jane,tak payah tunggu trend,bila-bila masa pun hot.)Waktu tu boleh dikatakan TV dan filem penuh dengan pelakon-pelakon yang nampak Melayu tapi nampak juga macam orang putih.Produser2 filem pun berebut lah mencari pelakon-pelakon berdarah campuran ni untuk buat filem.

Dan trend tu pun sampailah kepada orang kebanyakan macam aku kat sekolah.Waktu tu berebut budak2 mengaku diri dia Pan Asian walaupun wajahnya lebih kepada Frying Pan atau Ariel Peter Pan.Aku ingat lagi ada sorang budak sekelas aku claim muka dia mcm Badrul Muhayat.Hehehe...(kalau kau tak tau sapa Badrul Muhayat,kau belum cukup tua untuk kenal siapa Dharma Harun Al Rashid,hensem bai!)

Cuba buat ujikaji ini;
Claim diri kau darah mixed Melayu dan Europe,lihat apa reaksi orang.
Mesti diorang akan kata kau PERASAN GILA!

Orait,cuba kau tanya dia,kenapa dia kata kau perasan?

Sebab perasaan "perasan" itu datang bila kau mengaku diri kau jauh lagi superior,dalam konteks ini.Jadi secara tak langsung,bila kau claim kau berdarah mixed atau Pan Asian dan orang lain kata kau perasan,orang itu sebenarnya juga sedang meng-admit.....berwajah orang Putih adalah sesuatu yang lebih baik berbanding berwajah Melayu.

Sama jugak kalau kau kata,"aku hensem" atau "aku cun" ..
Kau sedang claim kau adalah sesuatu yang diorang rasa tak padan dgn kau (kalau kau mmg tak hensem dan cun la)

And,kita berbalik kepada persoalan asal.

Majoriti wish nak berwajah Pan Asian.
Ada yang bangga benar bila dia dikatakan Chinese Look.
Ada jugak yang claim diri dia ada darah kacukan padahal Melayu tulen,mcm aku.

Persoalan dia adalah:

1. Macam mana rupa sebenarnya orang Melayu?Adakah ini?


Pejuang Melayu tulen bang!

Ataupun ini?


Anak pemimpin Melayu paling hebat antara semua Pemimpin.

ataupun dia ni?


Mungkin jugak macam ni rupa Melayu,bercampur-campur....


Rasanya,dia ni lah paling Ultra Melayu.Tapi apsal muka dia Chinese Look?


Sekali imbas macam Kim Jong Il pun ada..



Ataupun sebenarnya ini adalah Melayu...


dan kita semua ni sebenarnya kacukan pendatang?


2, Dalam ramai2 selebriti,siapa yang kau rasa muka Melayu tulen atau dalam erti kata,mempunyai Malay-look?

59 ulasan:

Muhsin Aminudin berkata...

melayu asli rasenye datang dari indonesia kot. tolak tepi orang asli tu. tu memang asli..

saya orang jawa :)


support saya di
teked seorang blogger

Norhafiza Yusoff berkata...

lisa surihani

Aizat berkata...

LOL..takleh blah.. ibrahim ali macam kim jong il..aku rase kalau dia jadi diktator pun sama gak mcam kim jong il.

amywammy berkata...

Kenapa orang melayu, kalau cakap pasal keturunan mesti cakap "Oh, I campur Cina/Arab/Farsi" or "nenek I dulu orang Jepun/ Europe,blablabla" tapi bila nak cakap pasal hak, tang-tang tu semua mengaku Melayu tulen.

Double standards, much?

mr edz berkata...

pak mat tempe

Tanpa Nama berkata...

aku bangga jadi Melayu, sebab melayu ada macam ghope hehe

csk.com berkata...

remy ishak

Tanpa Nama berkata...

ummi nazeera ada ciri muke melayu asli.aku rs laaa

ika~~ berkata...

sorang lg pan asia artis msia yg mantot lpe nk sebut..
JULIA RAIS, pelakon mira edora :))

Ainno M berkata...

macam mane nak di kategorikan sebagai melayu tulen ek? semua pun dah bercampur,banjar,jawa,bugis. aku poun bugis. tu kategori mlayu tulen ke?

JePh berkata...

gua rasa selebriti paling nampak melayu ialah Harun Salim Bachik.

tatau la kalau dia pun jenis kacuk jugak.

hahahaha!!

Pami Ripin berkata...

Linda hashim...cun gile

daisy berkata...

siti sarah raisudin.
ngee~

Ara berkata...

selebriti plg muke melayu tulen :
1) ummi nazeera
2) ellie suriyati (indon pn ad gak sket, haha jht gile aku)
3) remy ishak (tp aku pnh tgk die blakon jd bangla, menjadi sial! haha)
4) fahrin ahmad *drools*
5) amyza adnan
6) rosyam nor

adeh, byk lagi sebnrnye, tp takat tu je yg larat tulis.

p/s : tp korg pasan x, kalo byk sgt darah kacukan, last2 xkn nmpk sgt kacukannye? hehe..

Nerzhul berkata...

hamid gurkha

Tanpa Nama berkata...

aku rasa afdlin shauki antara paling melayu skali.. xpenah nampak sembang omputih lg atas pentas..

redgiantlipstick berkata...

moyang aku cina! bila aku mengaku semua org tk percaye, sbb muka saya muka melayu TOK TOK! mereka boleh muntah darah dan rase mcm aku mengarang cerita! tapi aku tk tipu..
vanida imran muka melayu asli bagi aku, tapi ironinya dia bukan melayu asli

Ramlah Ramm berkata...

fazura & kak engku... selibriti muka malay-look sbnr. tengok pn sejuk je mata

melayu tulen ≠ orang asli
melayu asli = R.Azmi

knp orang cantik/hensem selalu prasan modeling adala mmg bidang mereka?

media berkata...

shuib bujang sepah lelaki melayu tulen

amirah berkata...

LOL..remy ishak malay look walaopun nama dia omputih..heh

Firdaus Abdillah berkata...

Gua setuju seratus peratus dengan Pami Ripin. Dalam banyak-banyak pelakon, dada gua akan berdebar bila tengok Linda Hashim berlakon.

Dia punya muka memang pure Tun Teja!

Raihana Izzati berkata...

hmm,, blh pikir Lisa Surihani & Eja je.

Actuly ramai lg muka mlyu.nma pown org mlyu.tp of cours la org sbut yg lawa je kn. Tipikal mind.

But,,klo muka n attitude,, I think I like Fida d most.

mE berkata...

artis wanita : liyana jasmay
artis lelaki : rosyam nor

hehe~

Tanpa Nama berkata...

sarah raisudin..
haji samuri

.:rizaL:. berkata...

ayah aku kacukan jawa & mak aku kacukan cina. jadi la mcm aku..xgelap, xcerah sgt..biasa2 je.. org yg bangga dgn glrn chinese-look tu, pastu ngn ala2 org putih (dye rmbut segala) mmg xsedar diri kot

Ann berkata...

ummi nazeera

bLaCk | maWaR berkata...

anak pemimpin itu siapakah?...

Tanpa Nama berkata...

Dr Rozmey

Anoneemus™ berkata...

Kahkahkah.. Dr Rozmey.haha..

Awie (muka jawa kira melayu kan?)
Abun
Mawi
Ummi Nazira
Mr Os
Zami Ismail

Dan mamat dalam video klip Ana Raffali tu..sapa? Zafril Adzim?

Tanpa Nama berkata...

ape la korang ni, pasai muka pun nak kecoh. komen korang pulak aku dah tahu ramai yang buta sejarah..

melayu ni memang lah muka macam2, termasuk la orang asli (melayu proto). melayu yg muka macam2 ni termasuk dalam kategori melayu deutro..

orang Arab dulu panggil bangsa Melayu ni Bani Jawi ! makna nya "mixture races" !

Mantot berkata...

pakar sejarah dah bersuara!
jangan komen,jangan melawan!

Tanpa Nama berkata...

pakar sejarah, why so serious?
hahahahahaha..

ateekaamer berkata...

melayu kacukan thai
kacukan banjar
kacukan acheh

asal kacuk je bunyi gempak. heh meleis

jamie berkata...

MR OS!

Nabila berkata...

VANIDA IMRAN.

tak payah pakai make up tebal tebal pun keayuan dia sebagai seorang wanite melayu memang terserlah.

mnfahmie berkata...

asal yg xde rupa muka kacukan tu, smua nmpak kemelayuannya kan..

wrotejak berkata...

For me, mana ade orang melayu yg really melayu...kalau disiasat smpai ke akar umbi pun, mesti ada campuran jugak. Bahasa je Melayu..

LadyRye berkata...

aku!

muka aku melayu asli, kan?

Tanpa Nama berkata...

Datuk CT ada rupa melayu asli, if minus the overly done make up. Aku pon tak tau la melayu asli tu camne, sebab walaupun aku nampak mcm melayu tapi ade jugak le darah obersea (hahah siam + minang)

Lipat berkata...

mamak sebok nak ngaku melayu.... melayu pulak tak nak ngaku melayu, seme nak ngaku mix...

Kap berkata...

melayu kacuk monyet banyak.

nad berkata...

fazura!

Macam Melayu berkata...

shafie afdal,bung moktar,akjan

Siberkop berkata...

Abang Remy.

Cukup gelap, cukup lazat.

Dan saya bukan gay.

acik berkata...

mantot, ko ade rupe melayu ke mix?

Aslina berkata...

orang melayu tulen paling hensem pernah aku kenal dari dulu sampai sekarang adalah...

nordin ahmad

dia laa paling hensem aku rasa. kuswadinata tu second je laa...

alias berkata...

entahlah..aku rase org melayu pure ni susah gak nak kenal klu brdasarkan rupa fizikal je..

sbb member aku, parents nya asal dari negeri sembilan, rupa parents n adikberadiknya or sedara yg lain semua takde rupe cina, tapi member aku ni kulit putih habis (klu cina kulit diorang mcm putih kuning kan)n mata sepet...

semua org ingat dia anak angkat tapi tak pun....yg aku tau mak die buat lawak ckp masa pregnant member aku ni dulu, die suke tgk cite jepun yg famous tu....yg psl bdk kecik tu...ape nama ntah drama tuh...hari tu kat tv3 ade ulang tayang cite tu rasenya...cite psl budk kecik thn 80an...

Faiz Tapit berkata...

Vanida imran la
Seriousshit bai

Tanpa Nama berkata...

citer jepun thn 80an = oshin tanakura

btw, org dolu2 kata muka melayu ni kalau nk cam tgk part idung, ada rupa mcm segugus bwg putih.

tp kalau ikut perlembagaan (org putih pny tafsiran yg kita sumer terima pakai), asalkan mengamalkan adat/budaya melayu DAN Islam da kira Melayu da.

that's why nenek aku yg patut keturunan cina dikira melayu (bpk dia cina, mak dia arab).

Betul. da campur bangsa byk2 muka da lebih kurang melayu tulen. cth aku yg mix jawa, minang, arab, cina, siam and benggali. wpun ms kecik org panggil aku oshin, aku ttp dikira melayu

Tanpa Nama berkata...

pasai tula anak kacukan cina dan india juga akan kelihatan ala2 melayu.kita ni mmg bangsa campuran,kes3.

contoh : bernard chandran (haha aku cume leh pk 1 contoh je skg)

xordy berkata...

apsal korang listkan nama-nama artis jek yang muka pure melayu? sebab diorang hensem? cun? ape mamat tak hensem macam aku tak melayu? minah tak cun macam awek aku tak melayu?

Tanpa Nama berkata...

@xordy : sila rujuk pd soalan mantot #2

Tanpa Nama berkata...

=KESIAN ORG MELAYU,XTAHU ASAL DARI KETURUNAN APA...
=MELAYU-->BUGIS-->(......)??
=MELAYU-->SIAM-->(......)??
=MELAYU-->JAWA-->(......)??
=SIAPA MELAYU NI??ASAL MN?? KENAPA TIADA ORG YG DPT MENDEDAHKN ASAL MELAYU?? DLM KITAB YAHUDI,ADA TERTULIS "THE LOST TRIBE"..ADAKAH MELAYU??

Tanpa Nama berkata...

Melayu bangsa Austronesia. Kalau ikutkan anthropology, muka tipikal austronesian:
-kulit gelap (tanned)
-mata besar & bulat sederhana
-mata kedalam sederhana
-idung rendah & lebar
-bibir tebal lebar
-mulut muncung sikit
-tulang pipi rendah

Tanpa Nama berkata...

Apalah kau orang ni, kata darah jawalah, darah palembang dan macam macam. Kau oranh lupa Melayu tu kan datang dari kepulauan Melayu. Bacalah sejarah

Tanpa Nama berkata...

UMMI NAZEERA!

Tanpa Nama berkata...

Remy mcm nepal kot. Wkwkwk

Tanpa Nama berkata...

My opinion ...liyana jsmay n lisa surihani...mmg menepati ciri-ciri diatas...kalau kdg2 lain sebab makeup la.

nur azarida berkata...

Ummi nazeera lisa surihani liyana jasmay