Disember 21, 2010

Bas Ekspress Itu Mampu Terbang Kerana Pemandunya Bercita-Cita Ingin Jadi Pilot

Hari Ahad hari tu,aku balik KL dari Kedah....naik bas.Aku bertolak petang Ahad,sam-pai Bukit Jalil pagi Isnin.Jalan sangat sesak.....

Kalau korang pembaca dari dulu mesti korang ada baca pasal aku cerita "aku tak trust orang lain pegang nyawa aku kecuali orang yang aku kenal." Itu sebabnya aku agak berat nak balik naik bas ni.Tapi takpelah...dah kena naik aku naik aje la sebab agak tak cost effective utk aku drive sorang2 balik Kedah,ikut highway RM300 pegi balik.Ikut jalan lama RM120 pegi balik...terima kasih Kerajaan sebab buat tol.

Naik bas aje hati aku rasa tak tenteram.Mungkin sebab rutin harian aku yang aku tak dapat buat atas bas tu.....pakai tali pinggang.

Dulu,aku malas gak nak pakai tali pinggang bila naik kereta tapi bila dah ada kereta sendiri dan tengah drive ada lampu warning seat belt berkelip2 setiap masa (membuatkan aku rasa annoyed) aku pun start la pakai tali pinggang.Makin lama benda tu dah jadi macam satu benda penting pada aku tiap2 kali naik kereta jadi bila aku naik bas...aku rasa tak selamat bila tak ada tali pinggang. Driver yang bawak tu dah la kaki cucuk angin dan sekejap2 dia brake kuat-kuat.Jalan agak jam hari Ahad hari tu,aku rasa sebab banyak kenderaan nak ke Kepala Batas sebab ada konvensyen Pakatan Rakyat.Penang..jam teruk.Stuck kat Penang agak lama sambil sekali sekala terhuyung hayang ke depan sebab driver bas yang brake macam cilaka.

Dalam kepala aku dah terbayang dah kes-kes bas ekspress eksiden yang makin kerap jadinya.Dalam imaginasi aku,aku duk berfikir,kalau bas ni melambung,kat mana tempat paling selamat untuk aku berpaut.Semua fikiran tu datang sebab aku takde tali pinggang.

Mungkin bagi orang yang tak pakai tali pinggang masa memandu,dia takkan rasa kebagusan dia.Samalah jugak macam aku masa dulu2 pakai helmet biasa aje naik motor...lepas helmet aku kena curik (aku balik dari Cyberjaya ke rumah tak pakai helmet..SYAITAN PUNYA PENCURI, nasib baik aku tak kena tahan) aku terpaksa pakai helmet kedua aku,sebijik helmet full face.Mula-mula memang rasa segan gak la nak pakai,tapi lama-lama aku rasa biasa aje.Kemudian pada satu hari,aku keluar gi kedai pakai helmet member aku yang half cut aje helmet dia...pergh..aku rasa seolah-olah kepala aku sangat2 terdedah.Macam tak pakai apa-apa.Semenjak dari hari tu barulah aku belajar appreciate helmet full face aku betul-betul.Lepas2 tu,aku bawak motor,tak berani aku nak pakai helmet biasa.

Bila sesuatu benda tu dah jadi rutin,once kita tak dapat buat benda tu,mesti kita akan rasa macam something missing. Sama macam kalau kau keluar rumah,mesti kau akan bawak benda mcm wallet,kunci,rokok,lighter..tapi bila satu benda tu tak ada..ada rasa pelik tak? Sebab tu bila aku naik bas hari tu,aku rasa seolah-olah ada satu benda yang tak lengkap.Tali pinggang yang akan hold aku dekat seat aku dan mengelakkan aku daripada tercampak keluar.Kerajaan nampak berdolak-dalih dalam soal keselamatan bas ekspress ni tapi aku bertanyalah kepada kerajaan (untuk kali kedua)...

"Jika kereta yang bawak 5 orang perlu seat belt...kenapa bas yang bawak 32 orang tak perlu?"

34 ulasan:

Unknown berkata...

betul tu.
mula2 memang rasa janggal nak pakai seat belt, topi keledar etc..
tapi bila dah trbiasa pakai, n then satu hari kita tak memakainya, rasa macam nyawa kita akan melayang dengan senang2 je..

EEan berkata...

Setuju dengan entri ni.. Negare laen bas die ade je seatbelt.. tmpt aku study ni haa mengguna amat cerewet dan pentingkan hak..

akulafix berkata...

aku rasa kalau bas pancaran matahari ada tali pinggang tu...

De' Nurul berkata...

u naik bas ape? rasanya sekarang ni kebanyakan bas dah ada seatbelt macam yang i pegi kedah dulu ada seatbelt.

mr edz berkata...

sebab pak menteri mana penah naik bas balik kg... siap escort lagi ada

Tanpa Nama berkata...

tu la. kalo x silap ak, japan macam sangat strict pasal seatbelt. sbb tu la jarang gile dengar berite accident org mati kat sane.

Wanita Bertudung Hijau berkata...

samalah macam saya juga, saya susah nak trust 'air tangan' driver lain kecuali org yg saya kenal, sebolehnya biarlah saya yang drive, biarpun penat.

maka, setiap kalai naik bas, hati saya memang tak pernah tenteram, maka setiap kali naik bas, setiap kali itulah saya bernazar kalau saya selamat pergi dan pulang saya akan puasa nazar 2 hari, bayangkan betapa saya dah susah hati nak naik bas, dah takut dan ngeri sebab dah banyak kes kemalangan jiwa berlaku secara berleluasa akhir zaman ini.

seperti baru-baru ni saya ke kedah dan ke penang naik bas, saya tgk driver bas boleh bergayut lagi semasa memandu laju, tergerak hati nak sekeh je kepala dia, geram tau, saya memandu pun saya takkan bergayut atau sms, kecuali stop kat t/light.

saya pun amalkan pakai tali pinggang keledar sekalipun kwn2 dah cop sy sebagai skema, pada saya, safety tu salah satu sunnah Rasullullah S.A.W, maka semasa memandu pun saya nak dapatkan pahala

Tanpa Nama berkata...

Bas Malaysia lah paling kena ada air bag, safety belt apa bagai sebab bas Malaysia pling ekstrem

*~Miss Lisa~* berkata...

eh.btul kata The Nurul tu..ada je bas yg provide seat belt..macam bas GoGenting..transnasional pun ada.. ;)) mmg takut nak naik bas ekspres skrg ni (kena doa banyak2)..pelik kan bila ada accident melibatkan bas, berderet accident bas je kita baca kt paper.. :S

Tanpa Nama berkata...

patutnye krjaan mengharamkan bus double decker...jlnraya kite kat m'sia nie xsesuay tuk bas berkenaan.apatah lagi kat cameron tue

Nadia berkata...

dua tahun lepas i g miri pun bus die ade seatbelt..

Balqis Riza berkata...

betul2..setuju..im 21 and 3yrs ago dpt lesen..masa blaja bwk keta, cikgu tu selalu kata, 'pakai seatbelt, kang kalau lupe, time test jpj fail terus!! nk ngulang kena 150rgt!!!'..jadi cuak bl dgr..ayah pulak bg warning siap2, jgn ngulang..
so dlm kepala otak, mesti sematkan, pakai seatbelt pakai seatbelt..
so masa test jpj, first thing i did is pakai seatbelt..hahaha..

smpai skg jd habit..masuk keta, before start enjin, pakai seatbelt dulu..

i wonder why org2 tertentu ni taknak amik tindakan lg..psiko..

Tanpa Nama berkata...

bas kat overse ni ade je seat belt.bile tringat nek bas dulu2 kat msia aku seram plk.kes kmlgn bas berlambak2,seat belt tadak.wa keciwa.murahnye nyawa penumpang!

Fyda berkata...

takut nak naik bas xpress time cuti.

Aku yg tidak bernama berkata...

Tau tak punca yang sebenarnya apa? Pemandu bas bawak laju sebab nak kejar trip... dapat trip lebih mereka akan dapat income lebih... kenapa mereka perlukan income lebih? sebab gaji tidak mencukupi.. kenapa gaji tidak mencukupi, sebab kerajaan tidak mengawal harga barangan keperluan, harga petrol, harga rumah, harga kenderaan, dan bermacam-macam lagi harga mengikut kemampuan majoriti rakyat...

Ann berkata...

mase aku pi karak, driver bas tu siap boleh bergayut lagi mase tgh drive........

Tanpa Nama berkata...

GEMPAR!!

Berikut adalah kenyataan Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk S.K Devamany mengenai kemalangan sebuah bas persiaran di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pada 11.40 pagi ini yang meragut 27 nyawa.

"Saya dapat aduan daripada penghuni dan warga Cameron Highlands bahawa mereka sering kali bertembung dengan tompok-tompok minyak yang selalu ada di kawasan itu, yang mungkin tertumpah dari kenderaan atau sengaja dilakukan,” .....kenyataan dibuat di Lobi Parlimen.


Rasanya kita tidak terperanjat pun kalau ada pihak yang membuang minyak atas jalan....

Dah berkali-kali kita dengar mengenai kejadian seperti itu.....ia biasa dilakukan tukang tarik kereta...

Tuang minyak...kereta terbabas...adalah kenderaan untuk ditarik...dan adalah komisyen daripada pemilik bengkel....

Sebab itu kekadang tak sampai 5 minit kemalangan kereta tunda dah sampai....hampir pasti kerana puak ini yang tuang minyak dan tunggu dekat-dekat lokasi....

Ini adalah antara perbuatan paling tak berperikemanusiaan di dunia ini...

Dan jika benar....apakah komisyen RM500 atau RM1,000 itu berbaloi dengan 27 nyawa yang melayang hari ini?

Kenyataan Devamany ini harus diberikan perhatian segera!!

jangan ambil mudah kerana ada 'binatang-binatang' yang sanggup ambik nyawa orang untuk komisyen di negara ini.....

Cik Ina Do Do Cheng berkata...

driver bas cam driver contena ngan lorry gak.

Munn Jaafar berkata...

pg ni otw nk g keje nyaris langgar bas rapid u20 shah alam. wlaupun die ni bkn kategori bas ekspres tp ley thn gk pny sombongnya..mn x..kuar simpang xreti dh tgk kiri kanan main redah je..nyaris aku xmasuk longkang.pastu blah cm2 je. mmg xheran rmai mati bila bas eksiden kalau dh driver lahanat mcm ni...aku geram3!!!

Tanpa Nama berkata...

naik bas sekarang ni kat Malaysia macam pergi medan perang..tak tau hidup ke mati...kalau hidup,kadang2 balik kudung....kalau mati,mayat bersepai...sebijik mcm medan perang....

The Sharkox berkata...

Aku kalau naik bas, mengucap siap2..dah la suka tido je manjang..

weh, serius, kena pasang set belt kat kerusi bas, tapi yang penting harga maintain tak naik..hihi

marinahunny berkata...

sian...

❀aRaBeLLa❀ berkata...

kalo kat UK driver bus siap wat announcement suruh pakai seat belt..ada setengah bus tu dia siap check lagi..

Cikgu Fatin berkata...

try naik bas mara liner. rasa konfiden sikit sbb driver bas siap minta bacakan doa naik kenderaan sama2. ajal maut di tangan Allah swt.

Anem Arnamee berkata...

Salam .pernah naik satu bas je yg ade seat belt. *nama lupa. :)

Namie Luna berkata...

true! bas kena ada seat belt. the same thing i was thinking when riding in a bus..

Aslina berkata...

naik bas sini mcm naik roller coaster. huhuh...

memang patut letak seat belt. bas memang laju ouhh...

aku naik moto kat highway, bawak ngam2 110 nih. rileks je bas lalu sebelah aku siap jauh meninggalkan aku kat belakang.

aku pelik. bas bukan limit speed 90 ke? apsal aku yg bawak 110 pun dia bleh potong siap tinggal jauh gila sampai takde chance aku nak pintas dia???

bLaCk | maWaR berkata...

bila pakai seatbelt rasa macam ada orang peluk..safe n secure ^_^

driver bas cam haram...ikut mood depa ja...

Papa Chang berkata...

tadi aku tgk bangkai bas kat IPD Ipoh.. otak aku berpendapat bahawa lembik gile struktur bas nie sbb bas due tingkat dah tinggal setingkat.. teknologi kete yang naik 5 orang tuh bukan main orang dok canang ambil berat ya amat sgt.. bas yang naik sampai bepuluh2 orang nie.. gune kayu jerr.. macam buat rumah papan berdindingkan zink/aluminium...

sape bina badan bas nie?? bukan kampeni Malaysia ke?? orang dok bising body kete proton gune tin milo.. badan bas nie gune tin susu cap teko!

lame dah kes badanbas nie.. asal takde tindakan? cam biase.. tgk le sape kat blkg tabir hahaha

Tanpa Nama berkata...

utk ke kedah drive keta sorg2 mmg tak bebaloi.kecuali kalo nak kejar masa.tak yah nak kalut2 terikat ngn jadual public transport.

kalo takut naik bas, buleh naik keretapi.no hassle, no jammed n save cost errr...but not time..heh...

Tanpa Nama berkata...

Salam, bus saya naik di UK, ada seatbelt dan kena pakai. tq. Malaysia je tak tau kenapa tak wajibkan.

Aslina berkata...

kalo rase nak bunuh diri... skang takyah susah2 nak terjun bangunan... silap2 hb, naik bas pun bleh consider fastest way untuk bunuh diri...

tapi ikut luck la...hahahahh...

Tanpa Nama berkata...

Bas mane yg xde seatbelt lg tu.?
aku naik bas Sani Ekspress n Perdana dah ada seatbelt..Dan aku dah xberani nak naik bas malam..(jam dlm bas mmg xtenteram...

khair... berkata...

apa2 pun, statistik menunjukkan kemalangan drp pengangkutan awam lebih rendah drp kemalangan kenderaan sndiri..

klu dah ajal, cmna pun leh mati.
klu umo panjang, eksiden tercampak gaung pun leh hidup.

so,time aku naik bus aku ckp bkn driver yg cabut nyawa aku..Allah yg cabut nyawa aku.so apa nk takut?