Disember 24, 2010

Bukti Wartawan dan Editor Akhbar Untuk Melayu Takde Kredibiliti

Bukan lagi Gotham City

FILEM Batman sudah sebati di kalangan penggemar filem di dunia dengan memiliki jutaan peminat serta beberapa siri filem yang dihasilkan memang tidak pernah mendapat kritikan, semuanya positif. Namun, terdapat siri Batman yang hanya boleh dimain melalui konsol bukannya ditonton melalui panggung wayang iaitu Batman Arkham City.

Bagi peminat Batman, permainan ini mungkin sedikit berlainan memandangkan ia belum difilemkan di samping mengetengahkan karakter baru terutama penjahat.Karakter lelaki itu dikatakan bertindak sebagai penyelamat yang perlu bersedia bertempur di bandar baru, Arkham berbeza dengan Gotham sebelum ini.

Pemain yang bertindak sebagai Batman akan dibawa ke dunia kegelapan dan berhadapan dengan pelbagai halangan serta kemahiran membuat keputusan tepat diperlukan untuk menghabiskan permainan.Batman kali ini memiliki empat kuasa baru termasuk tenaga tolakan, menggenggam kuat pihak lawan, melontar pihak lawan dengan jauh dan melancarkan pelbagai gajet senjata dari badan yang terus mengancam musuh.

Kuasa yang dimiliki pemain tentu akan mengasyikkan dengan membolehkan anda menarik musuh sebelum mengangkatnya ke udara dan memusingkan mereka sebelum menghempas kembali ke tanah serta meletupkannya.Bukan setakat mempamerkan semangat melawan, pemain akan dibawa ke tempat yang menyerupai Gotham mengimbas kegemilangan Batman sejak dulu.

Batman Arkham City dipadatkan dengan 16 kuasa lain untuk diteroka pemain sepanjang pengembaraan yang dimuatkan dengan beberapa objektif ditugaskan.Kalau anda memikirkan kuasa itu mampu didapati dengan mudah, anda silap! Ia bukan dikutip sepanjang pengembaraan, tapi untuk membuka satu-satu kuasa memerlukan pemain mengutip mata dari setiap nyawa musuh yang ditewaskan.Ini bermakna, lagi banyak musuh ditumbangkan, kuasa yang diperoleh akan ditingkatkan dari semasa ke semasa ketika setiap objektif dilaksanakan.

Penguji mengetengahkan kuasa yang ada dalam permainan ini kerana ia adalah keseronokan paling mengghairahkan sebaik jari mengawal `joystick' di konsol PlayStation3.Selain itu, pemain boleh menukar senjata masing-masing mengikut kesesuaian, namun penguji terpaksa menyelesaikan objektif bagi memiliki senjata baru.Pasti ada yang tertanya-tanya, bolehkah kita memilih objektif sesuka hati? Jawapannya tidak. Objektif yang diberikan perlu dipatuhi sehinggalah permainan ini tamat dan ia adalah lesen untuk melengkapkan pelbagai kemudahan dalam 'game'.Ketika bertarung dengan hebat di setiap peringkat, nyawa akan didapati di penjuru skrin yang berwarna merah, namun penguji mengingatkan pemain lain agar cuba mengelak nyawa melayang dengan pantas bagi mengelak pembaziran 'nyawa'.Setiap objektif memerlukan hampir satu jam untuk dihabiskan dengan penulis mengambil masa seminggu menghadap PlayStation3 untuk menyudahkan game, tapi ia sangat menyeronokkan.

Cabaran yang dihadapi pun bukannya mudah walaupun kita akan menganggap ia hanya musuh yang senang tapi sukar untuk ditewaskan dengan sekali kuasa.Walau bagaimanapun, perasaan teruja tetap menyelubungi penguji sepanjang permainan ini kerana grafik yang ditonjolkan sehebat difikirkan penguji sebelum membeli permainan ini.Manakala jika menyentuh mengenai audionya yang merangkumi suara hero, latar belakang muzik dan sebagainya pula membuatkan penguji memberi empat daripada lima bintang kepada penerbit game ini.Tapi kesudahan permainan ini amat menarik. Cubalah Batman Arkham City bagi mengetahui apa akan berlaku kepada bandar Arkham nanti.

Info
TAJUK: Batman Arkham City
PLATFORM: PlayStation 2 (Juga untuk PC, PS3, X360)
GENRE: Aksi
TARIKH DIPASAR: Q4 2010
PENERBIT: Warner Bros. Interactive Entertainment
DIBANGUN OLEH: Rocksteady Studios

> Komen
KESELURUHAN: ****
REKA BENTUK: ****
INOVASI: ****
MESRA PENGGUNA: ***1/2
KESUKARAN: ****

..............


Kenapa takde kredibiliti?

1. Intro punyalah berapi cerita pasal Batman,tapi kalau kau paham pasal Star Wars,"penguji" kita ni sebenarnya tengah main game Star Wars.

2. Game blockbuster untuk Playstation 2? Kalau 5 tahun dulu ada la keluar lagi...

3. Walaupun korang tak minat pasal benda ni,sekurang-kurangnya aku harap korang boleh nampak sejauh mana seriusnya journalist negara kita buat kerja diorang....kalau dalam blog buat silap mcm ni..boleh lah dimaafkan.Tapi bila masuk paper (yang agak lousy) dan boleh dibaca berjuta orang, berapa juta orang boleh tertipu dengan berita ni?

4. Nasib baik kesilapan besar ni untuk berita teknologi macam ni.Cuba bayang kalau diorang tersalah lapor benda lain?Politik ke?Kematian ke?Kemalangan ke?Mana professionalisme journalist?

5. Perisian yang dilaporkan hebat dan mengambil masa seminggu untuk dimain "penguji" itu....belum keluar lagi.....tapi dia dah boleh bagi rating berapa2....Harian Metro ada hire tukang tilik ke kerja situ?

18 ulasan:

LS berkata...

metro syok sendiri. bullshit.

mr edz berkata...

aku penah main Call Of Duty 4.. tau berapa lama nak habiskan? dalam 2 bulan jugak.. kalau seminggu tu kira kau tak pegi keje la.. 24/7 mengadap game..

Gen Fujita berkata...

LOL Aku tak baca der review-review gaming kat paper tempatan ni, mengarut, yang buat review tu bukannya orang berpengetahuan dalam bidang gaming, silap-silap sentuh konsol pun tak pernah, baik aku check kat internet.

Tanpa Nama berkata...

review mengarut.

Shaizul Sapar berkata...

haha..aku xtau psl game ni. tp aku tau sgt psl tahap profesional media tempatan ni.

Nerzhul berkata...

the force is strong with Batman hahaa

afi the great berkata...

wartawan dekat malaysia xpenah buat keje terutama harian metro...semua berita copy paste...yg aku pecaya diorg buat keje cuma berita rogol,bunuh dan eksiden...

Zonkers berkata...

WTF? Bullshit apekah ini?

ni la jadinyer kalo bukan gamer kena suh review game. review cam beruk.

n harian metro maner penah serius. asik letak gmbr seks je kt muka depan.

ザ-sylver- S berkata...

noted;>

nnti review wat pasal wartawan tv lak ye,(RTM dikecualikan)

nadz ruslan berkata...

Batman kali ini memiliki empat kuasa baru termasuk tenaga tolakan, menggenggam kuat pihak lawan, melontar pihak lawan dengan jauh dan melancarkan pelbagai gajet senjata dari badan yang terus mengancam musuh.

haha menggenggam kuat pihak lawan? woah terer tu batman!

p/s mcm baca karangan fantasi kanak-kanak sekolah walau aku tak pernah baca review jenis lain

TeenCampForLife berkata...

Harian Metro, surat khabar harian terlaris di Malaysia..

sungguh ironi

Tanpa Nama berkata...

ni soheh plagiat..mesti cari mana2 review game kat website game pastu copy paste artikel , taruk kat google translate dan translate ke bahasa melayu..wartawan tu tukar lebih kurang je..tapi ngok ingat semua orang bodoh

Tanpa Nama berkata...

lupa nak tambah..editor akhbar tu pun bodoh..kasi gaji buta pada wartawan plagiat tu...dahlah..baik tengok cleavage Eja dalam Metro semalam..

kambing berkata...

ha??

game ni keluar tahun depan.takde untuk konsol PS2 dan aku hanya memerlukan 2 hari untuk menghabiskan kebanyakan game tanpa membuat side-challenges (bukan straight ya).banyak tipu ini artikel la Metrol buat

Tanpa Nama berkata...

rasa-rasanya macam dialih bahasa.

Sood&Lamlie berkata...

Saya wartawan Metro. Hmm. Apakah jenis artikel yang patut saya tulis kerana Editor mengatakan kami sudah hampir kehabisan berita BOGEL? Guru Bogel? Checked. Murid Bogel? Checked. Hakim Mahkamah Syariah Bogel? Checked.
Aha. Saya tahu. Saya akan pura-pura buat review game, padahal sebenarnya saya melayan porno HD tempatan (mana tahu kot2 ternampak muka sendiri), copy paste mana2 review game dan terjemahkan sesedap rasa. Apa? Nanti Editor tahu? Tak apa, Editor kami remote pun dianggap hi-tech.
Ta-raaa!

profwacko berkata...

Apesal BATMAN ade kuasa JEDI nie??
Lepas tu kalau dah main kat konsol PS3, info game kat platform tu pun letak la PS3.

Main hantam jek buat entry tu... Buat review pasal game yg dia cipta sendiri kut. Haha. Mayb beza ps3 ngan ps2 pun dia tak tahu.

Sop berkata...

slalunye dlm review game, tempoh bermain ikut jam. amik cth CoD4, single player campaign die amik ms 5jam utk first playthrough. bkn ikut seminggu, sebulan. game batman: arkham asylum plak amik ms 8jam utk beginner.

review HM ni nmpk mcm template sbnrnye. pape game aksi pn bleh fulfill ciri2 yg die dh tulis sbb review die sentuh on the surface je psl features game tu. honestly, aku xrase ni review game star wars pn. bnyk je game yg bg player 'tarik musuh ke udara sblm menghempaskn mereka ke tanah'.

lg cibai ble die wat 'review' psl satu game yg akan kuar tahun depan.

utk wat review ni nmpk lg legit, wahai HM, sila sentuh psl:

1. combat mechanics game pertama yg dpt kritikan baik.
2. storyline yg engaging, kesetiaan pd komik, assortment of classical villians (at least ko letak name dr hugo strange pn dh cukup), a deeper look into the dc universe or whatever.
3. graphics lawa, gune unreal engine ke hape.. ni port ke ps2? oh, sgt bull.
4. achievements/trophies yg mencabar dan menarik.

aku bleh tulih review yg lg best dlm komen ni. this is a new low, HM. stick with the sex news la, xyah nk diversify. ptuih!