Disember 27, 2010

Bahagian 04 - Kurangnya Lelaki Berkualiti Membuatkan Gadis Makin Desperate

Zaman sekarang ni,bilangan perempuan dah jauh berbanding lelaki.Nisbahnya agak tak balance.Bila aku tengok website sekolah-sekolah,boleh nampak la perbezaan tu agak ketara.Tak tau la sebab apa.

Dekat ofis aku dulu pun camtu.Lelaki punyalah sket membuatkan staff2 lelaki ni agak diperlukan sebab bila deal dengan work2 student yang berkotak-kotak,cikgu2 pempuan ni "tak larat" nak angkat.(kalau dah tau berat,suruh hantar dalam CD dah la,suruh print buat apa?) Tak ramai staff lelaki membuatkan komoditi lelaki di ofis aku dulu,pekerja am dalam semua benda.

Adakah golongan hawa juga menyedari hakikat ini?

Pasti diorang sedar masalah ni.Satu masalah paling ditakuti bila terjadinya nisbah perbezaan lelaki dan wanita dalam komuniti adalah kurangnya lelaki2 bujang yang berkualiti untuk dijadikan suami,sebab selalunya lelaki2 yang berkualiti (macam aku) mesti dah kahwin.Bila dah jadi camtu...mesti akan timbul masalah ni.Korang mesti pernah dengar masalah ni...perempuan bujang try tekel suami orang.Aku tak faham perempuan macam ni.Bila tak kena kat batang hidung sendiri,punyalah galak try tekel laki orang.Tapi cuba orang tekel suami dia bila dia dah kahwin nanti?Mau dia kejar dengan parang...

Aku tak boleh nak bagi explanations atau description kenapa makin ramai perempuan bujang suka try usha lelaki dah kahwin.Adakah sebab lelaki dah kahwin ni dah "stabil" minda dia?Atau perempuan tu rasa thrill sebab cuba dapatkan "suami orang" jadi cabaran dia jauh lebih seronok berbanding try tekel lelaki bujang?Aku tak faham.

Masalahnya.....makin ramai perempuan yang macam tu.MAKIN RAMAI!Setakat nak serah tubuh ke,picit sana-sini,geli-geli,takde hal.Dalam kes2 yang aku tau,perempuan tu yang offer.Tak tau la aku sama ada perempuan tu dah dikhatankan ke tidak....mungkin sebab belum kot yang jadi gedik semacam...Nak kata kejar duit pun....takde la sangat.

Jika semua benda ni terjadi sebab kurangnya lelaki bujang yang berkualiti....adakah boleh aku gunakan alasan ni untuk kahwin empat? Aku sekadar nak bertanya sebab kat sini ramai pembaca perempuan,kenapa ada yang nak carik suami orang?Sebab kami ni adorable ke?Aku tak mampu nak tulis panjang-panjang sebab aku tak pernah kena benda ni,tapi....benda2 ni banyak terjadi sekeliling aku dan aku sangat pelik dengan benda ni.Aku ingat dalam diri perempuan ada silent agreement antara semua perempuan,"suami orang,off limits."

51 ulasan:

ain gojes berkata...

suami orang lagik hot dari bujang.hehehe...

mr edz berkata...

yea.. macam aku ni.. suami berkualiti cuma tak ensem je

Yana berkata...

OK! soalan sgt cepu emas!

For me! Suami orang. Off limits. Yes, itu yang aku terapkan. Aku yang perempuan pun tak paham, apahal lah perempuan2 macam ni wujud. Nak husband orang, nak atuk org. Sumpah! perempuan ni maybe tak pernah dengar, what goes around, comes around. Bagi aku, kalau aku buat macam tu kat ambik laki org, bini dia sedih, rumahtangga dia hancur, Allah tak ragu2 nak balas balik, kau tgu je lah masa. iA kau dapat balik ape kau buat.

Tapi, aku rase, ini tak boleh disalahkan 100% pada perempuan. mungkin salah lelaki juga. kalau bertepuk sebelah tangan, takkan berbunyi. So, aku rase, setiap individu tu, pasang lah niat yang elok dalam hati. Yang lelaki bersyukur, kau dah ade bini. Yang perempuan, jangan selfish. Tak bermakna, nanti kau dapat laki org, bila dah jadi laki kau, laki kau tak gatal nak cari perempuan lain, buat jadi number 3 pulak. tadaaa~

pk baik2 untuk kesejahteraan bersama.

LS berkata...

Agree dgn Yana.

Dah sama² gatal pun jadi lah ye tak?

ain gojes berkata...

em...lelaki makin berumur/berkahwin, makin kacak. serius. minda pun berpikir dengan matang. tahu nak handle perempuan. tapi aku tak de la sampai nak laki orang. cuma ni puji-pujian iklas dari aku.

CEPET berkata...

mungkin beranggapan dari segi kestabilan kewangan,suami orang lebih stabil..senang cerita perempuan ni xnk hidup susah n xnk susah2 cari duit..kalu bodek2 suami orang ni cepat je cair.mintak je pae.tapi kene pandai bodek la..then kepada suami orang pulak,bile ada anak dara mencari mereka,mereka rase mereka masih hot dan ada market..kirenya para suami ni nak testing market..dan benda ni takkan menjadi kalau sebelah pihak je.
kalau nak kawin 4 tak slh.tgk pada kemampuan dari segi zahir dan batin dan kewangan..ni pandangan cepet je..

Tanpa Nama berkata...

"it takes two to tango.."
so kalo jadi kat aku..aku bom dua2 skali guna bom C4, laki aku ngn pompuan tu skali..sbb yg bersalah bkn sorang..mesti yg lagi sorang pon gatal gak..

emo emo..

eizt zahar berkata...

pompuan nak tnjuk dorg pn ad kmampuan ley dptkn suami org. ecehceh.. pd ak, zaman skrg ni dh byk brubah. asal suami org ke bkn ke, yg pnting dorg tamo nnt dpanggil ank dara tua sb lambat kawen.

Tanpa Nama berkata...

ramai je kwn2 aku yg pilih lelaki muda daripada kawin laki orang... maksudnya,pilihan tu tetap ada, cuma pompuan yg memilih utk suka ngan laki org dah memang set mind ke arah tu... x leh nak kata apa.keinginan orang berbeza.kalau jd kat aku,kalau aku sabar,redha je lah.harap bahagia sampai akhir hayat.kalau tak sabar, bakar hidup2 aje dua2nya

H.A.N.A berkata...

teringat kisah nenek penne. bace blog dia pon dah tahu akibat amik suami orang. sadly, blog tu dah tak de:(

sesape pernah bace blog nenek penne sure tahu akibatnya.

yes, suami orang, off limits tp skrang nie aku asyik jumpa suami orang. ape kes?

aku ade pengalaman, chatting wif laki orang n orang bujang. aku RASA laki orang pndai main kata2 as cmpared to bujang yg straight forward. tu pendapat aku and in real life yess,laki orang off limits.

mmg btol, tepuk sebelah tangan takkan berbunyi.

as for me, perempuan cari laki orang sbb pentingkan diri sendiri.


*tetibe takut kena batang hidung sendiri...erkkkkk

Sophie Al-yahya berkata...

suka comment dari anonymous yg suruh bomb tu.

Bagi saya, yes it's true that suami orang lebih stabil nampaknya dari segi minded dan kewangan. Bagi perempuan kategori MUDAH ni memang suka la aim lelaki yang dah ada keluarga, kereta cukup, rumah ada. Erm.dari segi kemahuan sex, (ish dah 18sx pulak komen sy ni..)

Mungkin lelaki yang dah kahwin dan mempunyai anak bagi imej yang lelaki tu lebih hebat di ranjang kot berbanding yang bujang.I don't know. Mungkin jelaaa.. so perempuan MUDAH ni pun nak cuba-cuba lah kot.

Tapi lelaki orang pun gatal jugak selalu usha anak dara. Iye betul..sy selalu nampak dengan mata saya sendiri. So its true, it takes two to tango.

Tanpa Nama berkata...

Tak kisah le suami orang ke duda ke, asalkan lelaki tu baik hati, stabil hidup serta pemikiran dan berkualiti. Buat apa cari yang bujang kalau - jenis terlalu hebat mengikis duit (malas kerja), hebat dalam ilmu mengorat/ jenis kaki menggatal, suka buang duit bergaya, hisap rokok(dadah) dan yang penting tak tahu jaga hati perempuan, kan?

Tanpa Nama berkata...

it's not about suami orang ke apa sebenarnya. aku rasa ni lebih kepada faktor umur.

lelaki-lambat-matang.

mostly lelaki yang matang mesti agak dewasa dan berkahwin. tapi ade jugak yg bujang. aku pernah berkawan dengan lelaki dewasa yang BELUM berkahwin, dan lelaki bayebaye aku, 20an. and the result is, SERIOUS WEH JAUH BEZA DARI SEGI CHARACTER, ATTITUDE, LAYANAN antara lelaki dewasa which is 26 and above dengan lelaki awal 20an.

lelaki awal 20 is boring. yes. they bored me.

so wake up guys! haihhhhhh.

ain gojes berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ain gojes berkata...

wahhh.aku totally agree dengan anon di atas ini....

aZurEUS berkata...

nk kata pmpuan ramai dr laki,x jugak..kalu ikut pndangan kasar,nmpk cmtu la..cm ak,wpon br 2 thn mgajar d uitm pas grad,mmg nmpk lect pmpuan/stdt pmpuan ramai dr laki,tp mslhny bknny sbb diorg ramai,tp sbb laki ni minat msk universiti pusat serenti dgn kolej rempit..tu la mslhnya..

sume ni bmula dgn pndidikn..kalu diorg xnmpk pntgnya pdidikn tu,ni yg jd cani..n xyah la nk kasi alasan x mampu nk smbg blaja ke,ap ke,alah bisa tegal biasa..ak sindri pon parents split,bley je ak blaja tinggi2,siap keje part time bderet lg nk support study..kamon laki sume,xrasa tcabar ke tgk bakal2 isteri korg gaji lg besar dr korg?yg pmpuan,x rasa pelik ke kalu korg manager,kawin dgn despatch?

majukn la diri sindri wahai laki sume,amik ni sbg cabaran!

Tanpa Nama berkata...

lelaki yg baek untuk perempuan yg baek=vice versa...allah tu adil..

Ann berkata...

pdpt aku, biasenya perempuan lbh suka lelaki yg lbh tua, sbb lbh matang. dan disebabkan lelaki lbh tua lebh matang, kadang2 mereka ni pndai bermain kata2 shingga perempuan terpikat...

kbykan lelaki yg lebh matang dah berkahwin.....dn ada yg menipu status mereka, dn dsbbkan ni..perempuan igt mereka bstatus bujang, bila tau akhirnya status sbnr, mereka tpksa buat pilihan s/a nak berpisah or hidup bsama...org perempuan ni, kalo dah syg, paham2 jer lah...

kalo ada yg tau status sbnr tu dr awal, mybe slain maukan lelaki yg lbh matang, gentleman..mybe jgk sbb lbh stabil dari kewangan

@rep berkata...

Banci kata Lelaki lebih ramai..

http://ceriteraarieve.blogspot.com/2010/12/jantina-jantan-betina.html

When we talk about one gender. How about the other. Perempuan berkualiti pun susah nak cari jugak.

Bukan tengok at one side saja.

Classy lady for classy man!!

9holic berkata...

ambik suami org lagi thrill. kalau x thrill, xde life. haha.
suami org memang off limit.
the fresh one is good. haha. tapi macam susah je nak cari yang fresh zaman skarang.

NadzFleyVa berkata...

agree dgn yana & LS .
also my prinsip milik org , off limits .
kawan aku cakap , husband prg lg caring & pandai amek hati dari yg bujang2 , dia yg cakap sebab dia tgkap cintan dgn laki org . so to me , idk why but maybe its true , laki org lg pro menjagahati pmpn dari yg bujang bachelor out thr . hee .
the moral of the story ; bachelors out there sila lah jd caring , responsible & BERKUALITI sikit bagi wanita2 desperate spt mrk ni .

lilacfla berkata...

aku tapenah gi jumpa wanita2 yg cheap. seriously. samada aku tak cukup lama hidup or what?

oh lupa. ada. tekel bapak aku.

Mantot berkata...

hehehe.
gila ah tekel bapak ko.

tapi kalau tekel mak,aku rasa lagi berapi respon anak2....

Tanpa Nama berkata...

older men fascinates me...tak kisahlah laki org or bujang. maturity :)

younger men bores me to death, thats y i dont date younger men.

as for laki org atau tak, tak kena btg idung sendiri...takdelah rasa kan? so...bila dah kena, then kita tau how it feels...

a. bila laki org dok kejar ko hehari
b. bila laki ko yg mengejar perempuan lain
c. bila bini org mengejar ko dgn parang

aku? tetiga takde so...not fair to comment - suaka

KakTi berkata...

Kalau ikut bancian lelaki di Malaysia lebih ramai dari wanita. Tp yg berkualiti, yang boleh memimpin keluarga tu le yg kurang.

Lelaki bujang masih ramai yg takde matlamat hidup, tidak serius. Dan juga ramai orang sekarang hendak kesenangan terus tak nak bersusah payah...lebih senang sauk je yg sudah establish tak kira la laki orang ke bini orang ke kalau ada can.

Tanpa Nama berkata...

aku ade experience kne ngurat dgn org bujang,laki org n bujang trlajak angka 50thn..pd aku,care mereka mngurat agk brbeza2 cume satu j yg xde beza sgt..lelaki sntiasa mmikirkn prkara2 18sx bl dia dpt duduk brdua dgn pompuan..org bujang,wlaupn dia straight 4ward..still ade malu2 lg utk mndekati pompuan..laki org..brbunga2 sket..n kdg2 kite xprasan pn yg dia sdg mngorat kite..bujang trlajak,.pd aku kdg2 diorg ni cm xfhm bhasa bl kite mmg xnk lyn dia..prinsip aku,as pompuan..aku ttp nk pilih yg bujang n yg tua sket j dr aku..if laki org,awl2 aku da limitkn prbualn,prckpn,gurauan aku dgn diorg..mklumlah..b4 jd ape2,baik aku mgelak sbb kite ni manusia bese..buatnye ttbe setan dtg kacau aku suh dok mlyn laki org tu cane..aku xnk cr penyakit..n ade sorg staff lelaki kt ofis aku ari2 kne kcau dgn sowg pompuan ni eventhough pompuan tu da tau staff tu laki org..ksian aku tgk staff tu..ari2 sound pompuan tu suh jgn ganggu dia n family..tp pompuan tu still nk jgk kt dia..haih!...-mast-

Jawahir berkata...

dari sudut pandangan agama macam mana ye?

Jangan emo2 bawa berbincang.

Kenapa dalam Islam ada sunnah kahwin 4? Sengaja di ciptakan?.

Hanya Allah sahaja yang tahu.

~suami org, off limits~

Akulah Aqilah Itu berkata...

bagi lelaki, life begins at 40. Masa umur 20 - an, kahwin. masa umur masuk 40, mulakan hidup baru, dan kahwin lagi.

spankuning berkata...

err. nak tanya, apa maksud "suami org, off limits" tu? tak paham. :D

as for me, maybe pompuan suka laki org sbb laki org pandai layan pompuan, kot?

Tanpa Nama berkata...

Yup, lelaki memang lebih ramai

http://myjazmanie.com/2010/laporan-banci-2010-masih-ramai-lelaki-di-malaysia/

Tapi yang berkualiti tuh kot yang kurang, so in that case nak salahkan siapa? Salahkan lelaki sebab tak upgradekan diri, atau salahkan perempuan yang nak mencari yang terbaek untuk masa depan...

dizu d. berkata...

sy sama sekali tidak akan membenci poligami, kerana ia sunnah kekasih allah muhammad.

tp kalo xmampu + gatal is a big NO!
kesedaran agama kunci kebahagian setiap insan. jika mampu dan sedar sure org itu suka utk berpoligami karena ia perbuatan sunnah. wallahua3lam.

hidup sekali bermodalkan ruh dalam jasad.

Tanpa Nama berkata...

mengapa perempuan suka suami org?

tak semua perempuan suka suami org.sy pun tak suka suami org.

tapi suami org yg selalunya 'daring' dok usik perempuan.nak2 perempuan bujang.

taktik biasa nak cucuk jarum:cerita masalah rumahtangga dorang kt perempuan bujang.

based on my own experience~

~Cik Ati~ berkata...

setuju dgn org diatas..suami org ni bila dia rs dia keje dah best..duit pun dah berkepok2 dlm poket..dia ingat klau dia mengayat anak dara org dia bleh dpt..tp dia kene ingat bukan semua perempuan ske cara dia yg mcm x pergi sekolah tu

Cik Agogo berkata...

aku rasa pasal lelaki bujang ni terus terang sangat buat pengakuan gay kot??

T____T

Tanpa Nama berkata...

Sangat setuju.

Older men fascinates me...tak kisahlah laki org or bujang. maturity :)Tak semua actually.

Lelaki sebaya, bores me to death sebab sebaya tapi sangat tidak matured. So, sangat tidak boleh terima. & emo.

Younger men, interesting coz they are cute. Even though, belum matang sangat, tapi boleh diterima coz they are younger than I.

__________________________

Pokoknya, it's actually not about married man. Lebih kepada lelaki yang dah berpunya.. kahwin, tunang or couple. Not all men.. just certain man, yang sangat bahagia dengan their relationship, looked complete, content & who has the yellow gold aura.

Simply because,they are as shining as star.

MuJE berkata...

nak buat camne, ade reason tuhan tak bagi orang laki matang awal...haha

Tanpa Nama berkata...

suami orang??
xakn amik suami orang..sebab aku faham mcmana rasa sakitnya bile suami di gangu oleh perempuan lain..
aku pun pelik kenapa ade perempuan suke pada suami orang??
cinta??duit??nafsu??ishh..xfaham..

-mis izza-

~ter emo sudah ^_^ berkata...

~hmmm mcm mana plk dgn suami org yg skit pandai cover line, cerita tersimpan rapi tahap ko jd cam cite C.S.I pon x leh detek dia dh kawin, siap ngaku bujang trang tang2( mentang2 muda lg kan)..kwn punya kwn sampai tup2 ada taman dlm hati kan, haaah kantoi ko dh kawin. LAKI ORG!!Time ni agak2 nk salahkan sape? Pompuan sbb mudah sgt caya, atau laki sbb tipu pompuan 2? Tapi aku rasa for sure org tunding jari kat pompuan kot, gatal sgt..mcm xde laki lain je, laki org jugak nk diambiknya..yg laki plk?wat muka innocent x bersalah, suci murni..hahaha ni dah terkena kat batang idung aku dah ni..kpd yg syok duk berkata2 tu, jgn sampai terkena kat diri sendiri..bila terkena baru tau langit tu tggi rendah..yg laki plak, xyah duk try test market, kesian kat org ko wat cmtu..pape pon peace, sama2 kita muhasabah diri yuk! =)

Punk Princess berkata...

Wahhhh..sini lah..aku xde pengalaman..tp bapak aku..aku ada 3 emak..ye..3 emak!! selalu nya lelaki la yang usha pompuan dulu..jarang nk tgk pompuan yg gatal usha suami org..bila dpt yg byk duit & hensem lak..time tu mmg xpk suami org..so, mcm aku off limits..aku tau cmne derita nya mama aku bila laki kawin 3, so i'll do da same thing..sape suke kongsi weh?? T__T

Punk Princess berkata...

Ehhh..silap..i'll not do same thing lahh..grrrr..typo typo.. -_-"

Tanpa Nama berkata...

ceh.. bajet suma lelaki yg dh brkhwin berkualiti.. berkualiti la sgt kalau asyik tgk perempuan lain selain isteri sendiri.. mcm mn sekalipun prempuan tu gatal, terhegeh2 nk tekel si suami org, kalau tk dilayn takkn berbuah.. bertepuk sebelah tgn tkkan berbunyi..
lagi satu, dh mmg common sense la yg suami org tu off limit.. tp kalo still da prempuan yg nk tekel suami org tnpa hiraukan perasaan si isteri(kaum dia sendiri), then lelaki bujang pun tk hingin prempuan mcm nih.. so kesimpulannya, wujudnya prempuan jenis tekel lelaki org bkn disebbkn kurangnya lelaki bujang berkualiti ttp lebih kepada ramainya prempuan yg tk berkualiti dn suami yg dh lupa diri..

miss nina berkata...

berdasarkan pemerhatian, lelaki bujang mudah merendah diri, yang sudah berumahtangga pula ada yang segelintir tu suka nak test market.

hendak atau tidak , wanita bujang perlu lebih hati-hati.

Tanpa Nama berkata...

aku tak paham gak korang ni, bila pompuan cari pompuan, korang cakap apa dah pupus ke lelaki kat dalam dunia ni..tak paham..tak paham

apa2 kes pun, pandai2 la ihktiar kalau dah nak sangat. buat cara elok kalau betul2 nak sangat kan..

Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui..

'aisyah berkata...

mungkin sebab hubby orang itu sekacak Mizushima Hiro ataupun Kimura Takuya kot.

okeh, sila jauhkan diri dari hubby org walaupun mereka terlebih hot sebab mereka tu MILIK org lain. hak milik terpelihara. :D

Tanpa Nama berkata...

ada jugak suami org ngan isteri org yg bercintan cintun...dua2 plak muka tak cun dan tak ensem...lagi menyampah...

Tanpa Nama berkata...

sebagai seorang perempuan, i dont blame men. pempuan skrg mmg gedik. tambah2 lagi budak 18-25 tahun.

suami saya dikacau oleh budak 19 thn. org kedah. saya call dia, dia cakap mcm nak taknak je. dah la suara gatal nak mampus. pastu ye ye la kata taknak kacau dah. tapi lepas2 tu calling2 sms2 gak. memang betina gedik. kalau aku dapat budak tu memang aku sembelih je.

and that's not the first time lakiku dikacau orang. tolong la jgn nak kata aku tak reti jaga laki. sbb saya biasa pegang phone laki saya, mmg budak2 ni yg tegedik2 dok misscall2 sms2. kadang tu sampai pukul 2 3 pagi pun dok kacau gak.

apa nak jadi tah pempuan zaman skrg. memalukan kaum la.

pastu nanti jadi cam faezah elai. buat hubungan dgn suami org pastu ye ye defend diri sendiri cakap takkan buat benda terkutuk mcm tu..

bullshit.

Fayruz berkata...

Herm,

Aku rasa kan laki org ni pandai tekel orng sebab dia dah kawin dan tahu selok belok nak cairkan wanita so that wanita mudah cair ngn laki org.

But guys, percayalah. Most of perempuan (tak semua) yang suka kat laki orang, adalah kerana uwangnya.. kerana diaorang dah stabil. Dah ada duit, dah ada kereta, umah..seriously.

Korang orang lelaki hargai orang yg sanggup bercinta dan nak kat korang PADA WAKTU KORANG SUSAH.Korang fikirla pd waktu korang takde harta, takde satu sen pun, orang yg nak kat korang tu,Itu sebenarnya cinta sejati korang. Yang insyaAllah akan jaga korang bila dah tua sakit nanti.

Skarang ni zaman duit beb, perempuan suka duit (aku tak nafikan even aku perempuan)

And untuk akak anonymous yg ada komen bullshit last sekali tu, macammana plak bebudak kecik tu boleh dpt no tepon laki akak tuu? bukan nak ckp akak tak reti jaga laki, tapi takut laki akak yang tak reti jaga diri sendiri.

Fayruz berkata...

sory kak saya teremo sket bila tengok akak komen camtu. maap ye.

Sha berkata...

Fayruz, saya pun teremo baca komen kak anon di atas. siap ada range umur, saya plak 24 tahun. termasuk dlm list pulak tu.

saya tak terasa pula nak terpikat dengan lelaki orang. tak semestinya dah berkahwin itu stabil. dan lelaki itu hebat sangat ke sampai rasa nak bergedik dengan wanita remaja. baik habis duit bagi isteri tu pergi spa kasi mantap balik, isteri sendiri, tak rugi apa-apa pun. halal pulak tu.

Rahsia Kuasa Khalifah berkata...

Salam

Kebanyakan kita terperangkap dlm nafsu peringkat rendah iaitu Al-Ammarah yg lebih kpd kebendaan yg tiada kesudahan.

Bagaimana untuk tingkatkan nafsu kpd makam yg lebih tinggi iaitu tenang, bijaksana dan terkawal iaitu tertingginya sbagai Insanul Al-Kamil (Superconcious mind)

Dapatkanlah kekuatan ini yg telah lama diragut dari minda & hati umat Islam & bangsa Melayu

Hadizam berkata...

Bahan bacaan yang baik