Disember 16, 2010

Politik Zaman Kesultanan Melayu Melaka


Aku gi jalan-jalan Melaka beberapa minggu lepas.Sempat la pegi melawat Makam Hang Tuah.Satu-satunya hikayat Hang Tuah yang pernah aku baca adalah melalu buku "Laksamana Tun Tuah" karya A.Samad Ahmad terbitan DBP.Bila berkunjung ke Makan Hang Tuah,ada signboard yang menceritakan mengenai sejarah Hang Tuah dan pengaruh dia kepada Kerajaan Melaka satu masa dulu.Boleh tahan jugak lengkap cerita dia secara general cuma sayang signboard tu dah luntur warna dan cat.

Adalah jugak di ceritakan Hang Tuah diberikan perintah untuk meminang Tun Teja dari Majapahit oleh Sultan Melaka waktu tu.Dikhabarkan,peminangan Sultan Melaka sebelum itu telahpun ditolak kerana Tun Teja sudah pun bertunang,itu adalah sebabnya Hang Tuah dihantar ke Pahang.Tun Teja pula waktu itu adalah tunang kepada Sultan Pahang.Berkat charmingnya Hang Tuah, Hang Tuah berjaya memujuk Tun Teja supaya lari untuk berkahwin dengan Sultan Melaka.




Beberapa tahun kemudiannya,Hang Tuah telah difitnah beromen dengan dayang Istana.Sultan Melaka punyalah berbulu jatuhkan hukuman bunuh untuk Hang Tuah tapi Bendahara Melaka senyap2 sorokkan Hang Tuah kat satu tempat dan declare kan Hang Tuah dah mati.Kemudian Hang Jebat mengamuk!Satu-satunya orang yang boleh kalahkan Hang Jebat adalah Hang Tuah. Sultan punyalah pasrah...macam mana ni?

Nasib baik Bendahara bagitau Sultan,Hang Tuah hidup lagi.Gembira Sultan walaupun dia ada sedikit marah dekat Bendahara sebab menderhaka,tapi sebab emergency punya hal,oraitkan aje.Terus Hang Tuah diampunkan dan kemudiannya terjadilah pergaduhan hebat Tuah dan Jebat.




So,kenapa aku ceritakan benda ni kat korang?Pada aku,benda ni sangat berkait rapat dengan hal ketuanan Melayu sekarang ni.Tengok...

1. Hang Tuah adalah "Yes Man." Dia tau Tun Teja adalah tunang orang tapi atas dasar perintah,dia still pergi untuk jalankan kerja dia.Ikut hukum tu berdosa besar tu.Kita jangan jadi yes man.Bila kita tau benda tu salah,pertikaikan.

2. Lihat bagaimana mudah Sultan menghukum Hang Tuah yang difitnah.Adakah pada waktu itu Sultan jadi emosi sebab dayang dia yang jadi punca? Hang Tuah dah berkorban macam-macam untuk Sultan tapi lihat bagaimana mudahnya Sultan buat Hang Tuah jadi mangsa politik zaman tu.Apa patut Hang Tuah dibuat begitu?Hukuman bunuh lagi tu...

3. Kemudian,bila time emergency, time terdesak,perlukan khidmat,dengan petik jari saja Hang Tuah diampunkan oleh Sultan Melaka.Apa ni?Bila ada benefit aje baru nak rombak balik keputusan yang dah dibuat?Nasib baik Bendahara Melaka adalah seorang yang ada common sense. Lihat politik Malaysia.Semua yang tidak ada kepentingan akan ditolak ke tepi, semudah itu sahaja.

4. Hang Jebat adalah orang yang paling ditakuti oleh pemerintah,sebab dia ada pegangan hidup dia sendiri.Parti pemerintah sangat takutkan orang2 yang berfikir menentang arus aliran pemikiran mereka. Adakah ada sesiapa yang menghasut Hang Jebat mengamuk?Aku rasa semua itu datang dari dia sendiri sebab member baik dia dah kena fitnah dan setahu dia,dah kena bunuh.Adakah respons dia betul?Betul,cuma cara dia salah...benda yang tidak adil dan salah patut disanggah.

5. Jangan jadi Hang Tuah.Jadilah seperti Hang Jebat,tapi Hang Jebat yang civilized.Dia cool.

49 ulasan:

karl berkata...

aku nak jadi panglima awang je. merantau ke seluruh dunia.

aku sayangkan tanah air aku. malangnya negara makin parah sebab satu sebab je. SELFISH. ramai sangat yang selfish. jangan cakap orang politik je, hampir semua orang macam tu.

Laici berkata...

hoho,best post ni tot..makan dalam,memang tepat

EEan berkata...

Terbaek.. Lagi terbaek kalau orang2 yang berkenaan dalam politik Malaysia terase...

Tanpa Nama berkata...

Aku suka post ni...memang realiti pon..mana la agungnye hang tuah tu..bunuh org yg mengamuk sbb xleh terima hukuman ke atas dia..last2 kna bunuh ngn yes man aka bestfren sdiri..

islamic neutron berkata...

Rasanya entry dengan tajuk kali ini macam x sesuai. Kita tidak boleh ambil kisah ini menjadi lambang kepada keseluruhan fenomena politik ketika zaman tersebut. Ingat apa? Zaman Kesultanan Melayu Melaka (KMM) hanya diperintah oleh seorang raja sahaja ke sepanjang zamannya? Tidak kan? Jadi adakah sama corak politiknya apabila kuasa bertukar tangan? Fikir lah kembali, saya tidak mahu zaman KMM itu diperkotak-katikkan pada zaman kelak.

Hang Tuah itu pula, itu namanya taat kepada pemerintah. Selama mana pemerintah mendeirikan solat, maka kita kena dengar titahnya. Jikalau baek rajanya, maka baeklah pimpinannya. Ilmu kebatinan dan agama Hang Tuah itu amatlah tinggi jadi janganlah menggelar beliau sebagai 'yes man'. Kalau nak tahu dia itu macam mana, bacalah keseluruhan hikayat dia.

Hang Jebat, dia tidak menentang arus pemikiran raja. Namun tindakannya hanyalah dasar persahabatan dan saudara. Dia mengamuk kerana menyangka sahabatnya telah dikhianati raja. Bukannya ada agenda politik ataupun mahu melakukan rampasan kuasa.

Artikel kali ini benar2 bermain habes perkataannya. Admin spin habis cerita ni.

Wallahu a'lam

Hidup Sihat berkata...

Hang Tuah Jebat nih boleh dijadikan subjek kajian.

patuh 100% seorang pemerintah (setia kat manusia); atau
patuh pada ideologi perjuangan kerajaan (setia kat perjuangan).

eszol berkata...

raja adil raja di sembah

raja zalim raja disanggah

rakyat patuh membuta tuli...hurm

xtaw nak kata ape

[Nizt89] berkata...

tp yang tak fahamnnya skg ni, hang jebat mengamuk sbb kawan baik dia mati kena bunuh atas dasar fitnah, tp kenapa bila hang tuah muncul semula n nak stop jebat tu, jebat lawan dia plak? bukan ke jebat patut jd happy sbb kawan dia masih hidup lg?

n tuah tu pun satu, takkan dia sanggup tergamak nak bunuh kawan baik dia sendiri, padahal kawan baik dia tu mengamuk pun hanya sbb sultan tu wat hukuman bunuh kat kawan dia. pttnya hang tuah rasa tersentuh and sokong jebat, bukan patuh perintah org yang dah fitnah dia n bunuh plak kawan baik dia sendiri hanya sbb kawan baik dia berpihak pada dia.

=.=" i hate hang tuah so much. kesian kat jebat sbb kena bunuh dgn kawan sendiri hanya sbb menegakkan keadilan utk kawan dia tu

Haris Khairuddin berkata...

dalam al-qur'an, disebut "TAATLAH pada perintah ALLAH dan TAATLAH pada perintah RASULNYA dan pemerintah."

maka dalam hal seorang pemimpin, tidak cukup seorang pemimpin itu HANYA mendirikan solat semata2 tetapi tidak menjadikan dasar2 Islam sebagai asas pemerintahan sesebuah NEGARA ISLAM. sebab mendirikan solat adalah urusan dia dengan Tuhannya tapi dalam soal pentadbiran negara, Islam telah tetapkan garis panduan yang jelas utk diikut oleh setiap pemimpin kaum Islam.

dalam ayat al-qur'an di atas, x disebut taat pada pemimpin kerana selagi mereka mengikut ajaran Islam, mereka wajib ditaati tetapi kalau mereka terkeluar dari landasan Islam mereka perlu ditegur n dibetulkan. cuma, dalam proses menegur @ membetulkan cara seseorang pemimpin mentadbir negaranya, perlulah selari n bertepatan dengan Islam.

Tanpa Nama berkata...

Hang Buah dan Hang Lebat...
Saje je mantot bukak sejarah...maklum la...pasni sejarah subjek wajib lulus...

Dakwat Basah! berkata...

ikutlah pemimpin yg adil & betul, lawanlah pemimpin yg salah. jgn jadi manusia tidak berprinsip.

Nerzhul berkata...

versi yang saya baca dari hikayat hang tuah..tun teja anak bendahara pahang tunangan putera terengganu..
ape pun sultan melaka memang tak adil hukum hang tuah tanpa usul periksa..setakat dengar cakap datok menteri sahaja...hampeh

mr edz berkata...

hang cangkul takder ke

Rayz berkata...

Sokong untuk jadi hang jebat,tp biarlah kena dengan caranya,hang jebat yang civilized bak kate tot...
Gabungkan sifat taat setia hang tuah pada raja bila raja itu memang memerintah dengan adil, dan sifat hang jebat yang menentang apabila raja itu tidak adil....

SiSagaPutih berkata...

yes, hang jebat is cool

milo boyd berkata...

damn straight!

Tanpa Nama berkata...

ak dr dulu mmg sokong hang jebat..
kalau ak salah seorang dr 5 sahabat tu pon ak akn sokong jebat..
patuh membuta tuli is a very wrong things to do...
kesiannya jebat,syg sahabat pny psl die jgk yg kne bunuh dgn sahabat tu sndri!!

Kazaztan Team berkata...

jadi la org Islam..maka unggul la Melayu....

eizt zahar berkata...

mne pegi lekir, lekiu n kasturi bla tuah gado ngn jebat?

xordy berkata...

Hang Tuah ada choice untuk menurut kata sultan, atau tak ikut kata sultan. Tapi kenapa dia pilih untuk ikut kata sultan? Sebab dia percayakan kepimpinan sultan.

Hang Tuah adalah seorang pendekar, hulubalang yang bukan calang2 orangnya. And course dia tau beza baik dan buruk, tapi dia pilih untuk ikut arahan sultan. Sebab Hang Tuah tau, kepimpinan seseorang tu tak boleh dihakimi kalau seseorang tu pernah buat silap saja. Kena tengok apa contribution orang tu pernah buat. Jangan sebab orang tu buat salah kecik, semua kebaikannya terus terhapus. Sultan MAnsur Shah bukan calang-calang sultan. Sebab tu Hang Tuah ikut perintah beliau.

Tapi konsep Hang Tuah susah untuk diterima pakai pada zaman ni. Ada ke pemimpin yang boleh kita turut arahan macam Hang Tuah?

islamic neutron berkata...

Tapi saya pernah mendengar persoala dari versi lain. Ada versi yang menceritakan bahawa dakwaan terhadap Hang Tuah membunuh Hang Jebat merupakan 1 helah sahaja. Katanya, Hang Tuah x bunuh Hang Jebat pun tetapi orang lain. Tetapi kajian ini belum meluas... Nanti kena cari lagi ni.

Tolong lah jangan nak spin sejarah.. Ingat dah x de orang yang mahir sejarah ker? Sebab x faham cerita keseluruhan, kita dah boleh salah anggap.

Sejak bila Hang Tuah menurut perintah orang yang fitnah beliau? Raja beri perintah untuk bunuh Hang Jebat. Tetapi yang memfitanh Hang Tuah bukannya sultan. Ni pun 1 nak spin sejarah.. ape punya perangai la ni?

Mantot berkata...

apa yg aku spin?
aku tulis apa yg aku baca dekat makam dia.kalau itupun kau kata aku spin,gi la baca sendiri.

cara interpret cerita tu terpulang la kepada individu tu sendiri sbb mana ada orang yg boleh kata "aku nampak kejadian tu" skrg ni.

sama la jugak mcm pembentukan kemerdekaan,officially Tunku punya rundingan..unofficially gerakan haluan kiri yang mulakan lauangan nak merdeka.

tak cukup official lagi ke sinopsis sejarah yang aku baca kat tepi MAKAM dia sendiri.

aku tulis aje la aku paham.Takkan la sbb dia HANG TUAH aku kena setuju aje dgn apa yang dia buat....

semi berkata...

Islamic Neutron, mai sini aku nak spin satu cerita.
hang tuah tu fail spm tau! pi cek youtube.
Maybe masa tu nak pass susah sebab kementerian tak rendahkan passing mark nak tolong Melayu, tak macam la ni.. huhu

Satu lagi, kalau hang ada pi KLIMS tu, hang tuah, hang jebat, hang lekir, hang lekiu, hang kasturi tu semua Proton nak jadikan kereta je beb.. hehe

hang nak pi mana?

P/s: aku suka tgk Jimmy Neutron.

Fathirah Rahimi berkata...

minat bace tapi ta penah paham pasal sejarah hang tuah jebat nie..penah bace kat mastika tp tatau logik ke x?

hang tuah ngan hang jebat buat helah..dyeorg belakon je jebat mati..nnti jebat lari pi mane ntah..tuah sorokkan..jebat jalani kehidupan biase jer..smpai la dia mati atas riba tuah..

ntah btol ke x ..saye tukang bace aje..tatau nk pikir ape..

xordy berkata...

islamic neutron : Kalau BM aku tak salah (aku dapat A1) ko kot yang spin sejarah.

Mantot tulis "Lihat bagaimana mudah Sultan menghukum Hang Tuah yang difitnah." ada perasan perkataan "yang" disitu?

SHAREL berkata...

banyak sangat versi, so tak payah laa cakap siapa salah siapa betul sebab kita pun baca atau dengar daripada orang lain jugak. tak payah kecoh buat kajian ke apa sume melainkan korang hidup jadi bestfriend hang tuah/hang jebat time tu. selagi ada info, baca, nilai sendiri dan layankan. tak perlu nak cakap orang spin sejarah blabla sebab lain orang, lain source dia. kalau betul dia buat cerita, tu dah kira dosa dia. buku teks sejarah tu pun spin ceritalah. chill sudah :)

islamic neutron berkata...

Hahaha aku memang suka cerita jimmy neutron. X pernah lepas pun.. Tuh pi mai amik name tuh.

Aq cakap jenis spin sejarah tuh bukan pada penceritaan. Tapi pada output atau intepretasi yang kau cuba bawakan. Cara conclusion yang dibuat tuh nampak sangat nak spin sejarah. Tuh lah masalahnya.

X pernah lak pulak aq kata secara terang atau berkias supaya kita ikut sahaja Hang Tuah. Tapi perkara yang telah berlaku ni, biasanya kita mengkajji sebab-musabab perkara itu dilakukan serta peribadi beliau. Tetapi kebanyakannya tidak bertepatan dengan sifat2 pehlawan2 yang menjadi subjek kajian.

Hang Tuah x fail SPM la.. Dya ddapat straight A+ lagi. Kat rumah aku ade sijilnya. Mai sini tengok.. haha

brat2104 berkata...

hang tuah pon x berapa betul. kalau dia betul2 patuh, patutnya bila dia dihukum bunuh, bila tun perak x nak, dia desak je tun perak bunuh dia. kata patuh.. =p.. pentingkan diri sendiri jugak!

mungkin hang jebat berpegang kepada "memfitnah adalah lebih teruk dari membunuh" kot.. hehehe

buruh berkata...

FUCK orang tulis Aku=Aq.
dari dulu aku benci. neutron ni pun ape ke kejadah tulis macam palat.

Jgngunenamaislamiclarkalauengkomasihjahil berkata...

islamic neutron hanyalah seorang budak 17 tahun yg "belom matang" pemikirannya lagi....

Cara Engko berfikir adalah hasil drpd bacaan ko kat blog2x yg ko pernah baca....takde sumber sahih,men teros ckp je....adik dah pergi kursus BTN x?

umor 17 tahun mmg lar "fresh mind" n rasa nk memberontak ngan ape yg ada di "sistem" sekeliling kita..aku phm...sbb aku pon pernah mengalami rasa "remaja meningkat dewasa" mcm engko islamic neutron..

The Rebel Kid berkata...

budak neutron tu saje je nak up kan trafik dia kot. tgk, xpasal2 aku p bukak blog dia. cis.

btw, aku tak minat hang tuah. aku suka hang jebat! yeah.

Tanpa Nama berkata...

but still nak jadi pengkritik...jgn takut di kritik...tak suka org menccarut kt kita...jgn mencarut kt org lain...kenapa aku(aq) respek dan suka (respek tau...bukan suka) blog mantot sbb bila org tembak dia...dia tembak balik berhemah...tp org lain plak lebeh2... (ayat membodek mantot)
hehehe...pape pn...dua2 hang jebat ngan hang tuah ada yg bgs ada yg tak bgs...yg bagus tu kita tiru...yg tak bagus tu kita amik teladan...takde org sempurna dlm dunia nih...umur 17 ke 27 ke 57 ke..ada yg betul ada yg salah...tp mmg kena gi baca tulisan kt makam dia, pastu baca buku sejarah, pastu baca buku hikayat...pastu baca jugak mastika...hehehe...tambah ilmu...

P/S: baru baca sejarah pasal sejarah selepas zaman nabi...rupanya banyak peperangan sesama org islam yg besar2...igtkat perang kecik2 aje...dan banyak pengajaran yg bole di ambil...tp 3 buku dibaca...3 pemahaman berlainan aku dpt..ertinya jiwa aku tak cukup kuat tuk paham kot...sape ada nama buku sejarah islam yg plg mudah tuk di selami...bole tolong kasi list tak...please...

Sopek berkata...

orang suruh study, ang pi clubbing. ang pukui orang sana, ang pukui orang sini. ang nak jadi apa? gangster?
keh3.

ruchan berkata...

yup...sejarah tu depend on mcm mana org tu interpret...hoho..so tiada salah tiada betul..and yg aku xsuka dgn sejarah sbb dia x mcm hadith yg ada sahih or meragukan or x sahih...

aku kdg2 terfikir..ntah2 sejarah Hang Tuah ni tidak btol or maybe bnyk yg tidak btol...mesti antara perawi2 tu tambah sikit rempah ratus kt cerita tu..end up mcm WOW hebat gile ...

ntah2 bkn Hang Tuah and Hang Jebat..ntah2 org lain yg muka sama ...and tup2 buat cerita and cerita kt org kg...

hohohoh..

islamic neutron berkata...

X suka tulis 'aq'? Baiklah saya bahasakan diri saya dengan 'saya'. Hmm saya x pernah kisah jika hendak mengkritik peribadi saya. Rata2 mengkritik pribadi saya sama ade dari segi umur mahupun permikiran mahupun tujuan saya memberi komen. Itu saya tidak pernah kisah kerana hak anda untuk berfikir dan hak Islam pula memandu anda untuk berfikir secara lurus. Blog saya biase2 sahaja kut.


Jadi perkara yang harus dikaji dalam artikel ini ialah subjek kajian bukannya melencong dengan perkara yang tidak menyumbang. Kalau anda rasa anda lebih tua daripada saya, so, come on lah, be matured ok. X malu ke dengan saya yang lebih muda daripada anda yang mengkritik pribadi saya?

Jadi dalam subjek kajian Hang Tuah dan Hang Jebat ni, Masing2 memiliki ilmu agama yang tinggi serta ilmu kebatinan yang tinggi namun begitu, Hang Tuah mendapat ilmu kebatinan yang lebih tinggi. Jadi berdasarkan peribadi beliau, kita tahu serba sedikit.

Ada seorang forumer di sini juga kelihatan mahu memanipulasi keadaan dengan cuba mendakwa Hang Tuah pentingkan diri kerana Hang Tuah tidak mendesaknya supaya dia dibunuh Dalam perspektif ini, kita dapat lihat ialah konsep ajal. Adakah jika dia mesti mendesak supaya dia dibunuh sedangkan kalau Allah itu berkehendak untk beliau hidup? Jadi kita lihat bahawa, Hang Tuah tidak mementingkan diri.

Saudara Mantot,
terasa ke apabila saya kata anda spin sejarah? Jadi awak sendiri mengaku kan cara intepretasi itu bergantung pada pembacanya. Jadi pada saya sebagai pembaca artikel awak, saya merasakan anda spin sejarah. Sama kan konsepnya sebab ikut sudut pandang pembaca. So, janganlah terasa kalau anda rasa anda bersikap jujur dalam menulis artikel ini. Berbincanglah intipatinya. Be proffesional la saudara.

Jika anda ada maklumat yang mampu menambah informasi, maka kita boleh konsikan bersama dalam menafsir situasi itu secara hakiki dan bukan pada pandang sudut pembaca yang bukan ahli seperti kita.

Allah sahaja yang maha mengetahui dan serahkan kepadaNya bagi ilmu yang diluar kemampuan akal kita.

p/s * Mana yang salah tafsir saya dari segala aspek saya maafkan dan x kisah pun. Pahala bagi saya juga sebagai orang yang bersabar. :)

Wallahu a'lam

ridzuan berkata...

Neutron, merampas tunang orang tu boleh ke tidak dlm Islam?

islamic neutron berkata...

Terima kasih saudara ridzuan sebab tulis neutron sahaja.

Hmm saya tahu soalan anda ini ada kaitannya dengan situasi yang berlaku dalam sejarah Hang Tuah di mana beliau diperintahkan untuk 'menculik tunang orang' .

Hmm jawapan saya : tidak boleh merampas tunang orang dalam Islam.

Dalam perihal ini dengan berlandaskan kepada tajuk artikel ini sendiri, maka cuba kita fokuskan tentang sistem politik zaman KMM pada era Hang Tuah (lain raja lain perangai).

Maka dalam membahaskan isu ini berserta idea2 kita, maka kene menggariskan panduan agar isu yang dibincangkan tidak terpesong jauh.

Jadi saudara ridzuan,

apa yang saudara hendak kaitkan soalan tersebut dengan landasan artikel ini? Hampir faham tapi lebih molek kalau saudara yang jelaskan.

Berbahas dalam ilmu ini rahmat..

Wallahu a'lam

ridzuan berkata...

Saudara neutron, mmg itu persoalannya....jadi, Hang Tuah tetap mentaati Sultan pada hal yg salah di sisi Islam...tidakkah beliau bersikap 'yesman'?

Annabilah berkata...

aku x faham , ade seorang manusia yang barangkali mengalami OCD (Obsessive-compulsive disorder) atau ADD (Attention Deficit Disorder).

Tuan tanah menceritakan konsep Hang Tuah & Hang jebat, yakni plot yang diketahui umum.

Datang seorang makhluk, 'focus & enlarge' pasal hal yang takde kena-mengena pon dgn entri ni.

Aku faham, semangat anak muda baru nak naik. Mahu berkongsi 'ilmu' dengan semua orang. Ini trend generasi muda sekarang, dalam zaman 'teori konspirasi'.

Malangnya, makhluk itu bawa isu 'out of context'. Apa perlu berbahas berkenaan sejarah yang diri sendiri pon x pasti kesahihannya.

Yang mudah itu di'ulit'kan...ini tindakan kurang bijak@bodoh.

Mesej utama entri ni "jangan jadi lalang." Tidak perlu la tunjuk hero nak jadi peguambela kepada kes 3 penjurur Hang Tuah VS Hang Jebat VS Kesultanan Melayu Melaka.

Sekian~

Jgngunenamaislamiclarkalauengkomasihjahil berkata...

Sokong Annabilah.ntahahape la si budak neutron ni...ang pi la melaka sana,gi la makam...bukannye lyn je info kat dalam forum yg belum tentu sahih nya lagi....

adoyai~~ neutron...tak paham lagi ape yg mantot maksodkan dlm entri ni~~ bnykkan baca buku kat library,k?

SEKIAN....

islamic neutron berkata...

Kebanyakan persoalan yang saya lontarkan pun masih belum mampu anda jawab secara konkrit.

Malahan ada yang menjawab dengan jawapan yang cukup mudah tetapi kelihatan dangkal bagi saya sebenarnya.

Misalnya adakah hanya SATU, SATU sahaja kesilapan yang dilakukan oleh beliau yang kita tahu, terus kita boleh gelar dia 'Yesman'?

Ternyata ini dakwaan yang agak berat sebelah. Jika ya sekalipun, adakah kita ingin mengatakan hanya SATU, SATU SAHAJA taw kesalahan raja yang kita tahu, kita terus anggap sistem Ketuanan Melayu pada KMM ini mudah diseleweng dan zalim?

Saya kira dua tuduhan ini sangat2 berat sebelah jika anda belum mengkaji secara holisitik. Malahan anda turut ingin menyamakan sistem itu pada zaman dahulu dengan zaman sekarang? Wah hebat... Jika anda ingin membuat timbang tara mahupun membanding beza, sewajarnya penceritaan itu menggambarkan situasi dahulu dan sekarang secara nyata dan jelas.

Ya, anda boleh kata saya membaca dari blog yang tidak diketahui kesahihannya. Namun begitu, jika begitu juga dakwaan anda, ya dipersilakan patahkanlah segala 'hujah songsang' saya. Tiada masalah.

Malahan secara jelas ingin ditegaskan, Sistem Ketuanan Melayu pada zaman Melayu Melaka dan sekarang amat2 lah berbeza. Mengapa?

(Baik lah kita masuk topik sebab ada kata saya dah keluar topik)

Ketuanan Melayu KMM
- Islam sebagai PERLEMBAGAAN rasmi. (Rujuk undang2 tubuh)
- Melayu bahasa pengantara
- Pentadbiran pada sistem beraja
-Melayu sebagai rakyat raja yang memerintah
Sistem Feudalisme (x menindas)

'Ketuanan Melayu sekarang
-Islam sebagai AGAMA RASMI
-Melayu bahasa pengantara (gagal)
-Pentadbiran demokrasi, Raja Berpelembagaan
-Melayu rakyat raja, tapi rakyat juga memerintah
Sistem feudalisme yang menindas.

Maka sekarang ini, sistem yang kononnya KM itu dijulang walhal telah terpesong jauh seperti asal muasalnya. Dahulunya, istana itu diselia oleh wali2 Allah dan ulama sufi. Tetapi sekarang? Dikawal oleh orang2 politik.

Sebelum anda hendak memberi gambaran anda tentang sistem politik KMM, lebih baik kaji dalam2 kemudian baru kita kongsikan idea kita.

Wallahu a'lam

ridzuan berkata...

Perbandingan sistem pemerintahan saya tak berminat, fokus saya adakah Hang Tuah bersikap yesman atau tidak...kajian kes berdasarkan kisah peminangan Tun Teja..dan ya pd pendpt saya, dlm kes ini Hang Tuah bersikap 'yesman' iaitu mentaati pemerintah pd hal yg salah..perlukah ada piawai sejumlah kesalahan baru layak dpt gelaran yesman? KMM bukanlah sempurna, pincang di zaman2 akhirnya..kes Tun Teja ini misalnya..dan oh ya, yg membunuh keluarga Tun Fatimah siapa ya?

islamic neutron berkata...

Lawak laha anda saudara ridzuan. Cuba lah baca tajuk artikel ini. Apa ya? Politik KMM, kan? Tetapi dalam artikel ini saya melihat beberapa keterangan yang berbaur hasutan memberukkan institusi pemerintahan pada waktu itu. Tidak dinafikan bahawa setiap pemerintahan manusia pasti ada cacat dan celanya. Tetapi dakwaan yang dilemparkan belum cukup konkrit untuk menyatakan politik mereka itu kelihatan seolah-olah memiliki kelemahan yang meruncing. Anda faham mesej saya?

Pasal piawai itu pula. Pernah x anda belajar nisbah dalam math? Jadi jika nisbah kelemahan kepada kebaikan dalam pemerintahan ialah sedikit kepada banyak, adakah kita layak mendakwa pemerintahan mereka itu teruk?

KMM memang bukan sempurna dan sememangnya lumrah satu2 bangsa, akan ada zaman naik dan jatuh. Namun adakah anda ingin menyatakan bahawa pemerintahan di zaman kejatuhan itu menggambarkan keseluruhan sistem politk zaman KMM pada awal dan kemuncaknya juga? Tidak adil bukan?

Wallahu a'lam

Jgngunenamaislamiclarkalauengkomasihjahil berkata...

budak neutron ni berlagak pandai la pulak....=.="...nooooobies...

ada satu soalan untuk anda(budak neutron):

"Parameswara asal dari mane pulak? kan dia pengasas KMM kan?

islamic neutron berkata...

Hmm rasa-rasanya saya tidak lah pula petah menulis hanya sahaja untuk berlagak pandai. Useless point my friend. Jika ingin berbincang setaraf dengan darjat manusia, maka mestilah kita semua beretika.

Hmm saya rasa saudara pun tahu Parameswara itu dari mana juga. Kalau saya salah silalah betulkan. Parameswara itu asalnya dari Palembang, kan?

Baiklah, apa sebenarnya perkaitan dan kesimpulan yang saudara jangangunanamaislamiclarkalauengkomasihjahi ingin buat sebenarnya ya?

Wallahu a'lam

l berkata...

Cuba g kt link nh......hu3 br bce blog nh...bosan2 nk siapkn fyp(xde mood)...so melagha jap........nyway xtaw lh benda nh betul ke x....but, it's quite an interesting issue...(should i say cursing Chinese then???--hu3....just a joke....don't take it seriously :p)


http://www.yellowbamboohk.com/yellowbamboo/Origins%20of%20Hang%20Tuah%20by%20John%20Chow.html

islamic neutron berkata...

Sdr L,

Saya dah pernah baca artikel tersebut. Yang ni ditulis oleh ultraikiasu...

Hanya mereka yang lemah asas sejarah akan mudah terpedaya.

'Hang' tersebut bukanlah nama keluarga kerana ia gelaran yang diberikan oleh raja.

2) Pantang nama keluarga dalam tradisi cina diberikan kepada orang yg memiliki nama keluraga lain. Misalnya, Puteri Hang Li Po. Boleh ke ada 2 nama keluarga yg diosandarkan pada puteri ni? Mestilah x melainkan ia gelaran yg dianugerahkan. Kenalkan dia?

So, jangan percaya... hmm, kalau nak tahu bidasan terhadap artikel tersebut, pergi lawat mistisfile di bawah tajuk, Kajian Kes _______ & Hang Tuah.

Allahu a'lam...

l berkata...

Salam......^_^

Ada sy kte yg sye percaya ke??sy cume rse artikel tuh interesting especially part emperor china cilok emperor mongolia...baik nyer cilok lh tuh...lgpun asas kewujudan Hang2 nh pun msh xdpt diconfirmkn sampai skrng...klu btul dorng wujud...npe msh nk ade argument smpi skrng...x logik btul.....ade yg kte cte hang tuah 5 bersaudara nh amik dr kerpecayaan hindu the 'Pandavan' Brother lh, dr indon lh, cina lh...n then yg mengamuk sbnrnyer Kasturi lh(1st version)....lps tu tukar Jebat plak(revised version)....n then Lekiu n Lekir x famous langsung...semacam hilang dr dunia...time Tuah bunuh Jebat tuh mane yg lain(npe dorng x tolong Tuah ke,Jebat ke)...dorng dh mati dulu ke time tuh???Sume org taw Tuah nh loyal n Jebat nh mcm bad guy...tp ble nk taw psl peribadi lekir, lekiu n kasturi x de pun :(...sedih btul...kot2 lh lekiu tuh romantik ke, berani ke, sng memaafkn org ke...xde pape pun psl tuh...

Pastu, ckp psl nme, kwn sy nme die 'Goay Xuan H__'....nme family Goay...n still panggil die Goay eventhough die perempuan.....slalu chinese name 3 suku kte...rarely 2 or 4(tp still ade)...so klu tolak 'Hang'(since tu anugerah)...n then tolak 'Li'(sbb nme fam)...so nme die Po je lh???ha3...pendek gler nme.

islamic neutron berkata...

Ada saya kata anda percaya ker? Niat saya hanya lah untuk menambah informasi sahaja. Dan rujukan juga saya telah berikan..

terpulang sahaja diri anda untuk mempersoalkan hal tersebut di sini, yg mungkin tiada siapa akan menjawab, atau anda melontarkan soalan2 anda pada tempat rujukan tersebut dan tentunya, akan ada jawapan di situ.

Nak baca dan komentar, lihatlah pada tulisan, bukannya kefahaman seimbas lalu... Allahu a'lam