Disember 29, 2010

The Crossbow Cannibal and The C4 Killer

Aku selalu terfikir,apa benda sebenarnya yang mempengaruhi perangai seseorang tu.Maksud aku,dari segi saintifik atau dari segil psikologi semasa pembesaran.Yang mana lagi kuat?Bila baca paper ke,tengok TV ke,kadang-kadang seolah-olah tak percaya kes-kes yang berlaku,seolah-olah manusia tu kadang-kadang takde akal.Kat UK baru-baru ni,seorang pembunuh yang digelar Crossbow Cannibal telah pun berjaya ditangkap,itupun selepas dia berjaya membunuh beberapa orang mangsa yang semuanya adalah pelacur-pelacur.

Jika dilihat,sebenarnya Crossbow Cannibal ni adalah seorang yang normal.Belajar tinggi (sedang buat PHD),ada kerja tetap dan boleh dikatakan jauh lebih hebat berbanding orang-orang normal..tapi macam mana dia "terjadi" mcm tu?Modus operandi Crossbow Cannbila ni mudah,dia akan bunuh mangsa dengan crossbow...dan kemudiannya dia akan makan daging mangsa dia...uwekk!Itupun diketahui lepas family mangsa mintak dia mayat anak diorang dan apa yang dia mampu bagi hanyalah cebisan-cebisan organ dan daging yang dia tak makan.

Pejamlah sekejap mata kejap kalau ada yang mengatakan dia ni sebenarnya berkhidmat untuk masyarakat sebab dia bunuh pelacur...tapi aku berharap benar agar dapat faham apa yang drive dia untuk buat benda camtu.

Kadang-kadang aku terfikir apakah sebenarnya yang push seseorang untuk break dinding limit humanity tolerance dia.Jika seseorang itu habis sekolah dan kemudiannya dia berhijrah ke KL,lalu jadi perompak,dia takde rasa bersalah ke bila dia merompak?Bukan semua perompak semulia "John Q" kan?

Crossbow Cannibal adalah seorang yang normal tapi,dia mempunyai obession mengenai serial killer dan zaman kecil dia dibesarkan dalam keluarga yang berpecah lepas penceraian ibu bapa.Siap ada akaun MySpace.Tapi dia makan daging orang.Fucked up hidup macam mana pun,apa faktor yang mampu buat seseorang tu sanggup makan daging orang?Mak bapak bercerai ke,family berpceah ke,kena dera ke,,apa faktor yang mampu buat anda sanggup bunuh orang lain,dengan crossbow ke,dengan C4 ke..Mana lagi kejam?Bunuh orang atas kemahuan sendiri atau bunuh orang atas arahan orang lain?Hehehe.

Macam mana ada orang boleh tergamak buat camtu?

20 ulasan:

Faiz Tapit berkata...

yg C4 tu kasi detail la sikit...
kah3

SMART berkata...

a ah..bab C4 kurg fhm..bleh describe lebih dalam tak? macam ader cer je..hahhahaha

Khairi berkata...

juta2 punya urusan tu setakat nak bunuh orang kira boleh setel dalam kubur kot.

eizt zahar berkata...

bunuh dgn C4.. mendlm maksud tu. lol

Tanpa Nama berkata...

manusia yg bertindak diluar batasan perikemanusiaan dan belas kasihan tu sbnrnya tak layak hidup dgn manusia.

dia sepatutnya hidup dgn haiwan.

ok tak komen cam ni?..hee...

Ann berkata...

criminal minds boleh la amik kisah ni.....

ciK giNcu berkata...

aku rasa salah satu sebab ialah xde agama. xkira lah agama apa, kalau dia ada kepercayaan pada tuhan, dia akan limitkan apa juga perbuatan dia.

Tanpa Nama berkata...

c4 killer.

dang !

fyda razak berkata...

manusia normal takkan tergamak nak makan daging manusia. Mayb sebab dia tertekan dgn kehidupan zmn kanak2 nya dgn family bpecah segala bagai tu. Dia hilang panduan dgn surrounding mcm tu. Org yg bijak tak semestinya rohani dan mental mereka tu selari dgn tahap kepintaran otak mereka.

Tanpa Nama berkata...

nih aku tengok tiwi lah yer, dan memang yer ada manusia yg tiada perasaan kasihan.

itu pasti...sebab dea dilahirkan dgn tiada perasaan sakit :)

Tanpa Nama berkata...

mungkin die terlalu curious...curiosity can drive a person to do wild things...

Joe berkata...

ada orang tu belajar tinggi-tinggi sampai luar negara, balik Malaysia jadi pemimpin lepas tu pergi C4 anak gadis orang. haih dunia2

ayunda maajis berkata...

orang giler tak perlukan motif..

Tanpa Nama berkata...

"ada orang tu belajar tinggi-tinggi sampai luar negara, balik Malaysia jadi pemimpin lepas tu pergi C4 anak gadis orang. haih dunia2"

haha , well said!

Tanpa Nama berkata...

It's the mental make up bro.

kekadang benda gini boleh run in family, pengaruh environment etc2

klu tgk psychological illness ni beratus-ratus jenis ada, sampai kita rasa diri kita pun tak normal kadang2

such disesase attack human tanpa kira IQ, bangsa, agama, etc

wlu macam manapun dlm agama kita ada bg landasan untuk kawal benda-benda ni, cara saintifik pun ada jugak

we wonder how they could do those things, but we'll never what is really there on their mind, until we experience it ourselves

sorry bahasa berterabur sket

a mi parecer berkata...

tengoklah criminal minds wahai mantot, nescaya kau akan cuba memahami psikologi mereka, sometimes dia berkaitan dengan brain function * neuron-chemical & hormones, gila best cerita tu!

Safaju berkata...

http://discovermagazine.com/2006/apr/violence

yup, apparently, memang ada gene yang menyebabkan perlakuan violance manusia. Nature VS nurture nih dah lama juga orang debate, tapi bagi pendapat aku, ibu bapa dan persekitaran tuh yang lebih mempengaruhi sikap seseorang, kalau nak salahkan nature je, senang la kan, seme salahkan takdir ye dak.

weed something out berkata...

slow ja masuk C4.. haha

karl berkata...

mak aih..real life hannibal lecter..

Irwan berkata...

Salam CursingMalay

Nama blog dahsyat. Ia bagaikan mesej jelas kepada pembaca akan apa yang boleh diharapkan dalam blog ni. Tiket mudah untuk menghalalkan carutmarut yang bakal dijumpai. Tajuk entry jer boring, tapi sebab ia ditujukan kepada frequent readers blog ni, maka ia disebelahmatakan. Penyampaian macam biasa, gempak. Kalau tak gempak, takkan aku nak komen, ye tak?


baca sampai habis:

http://akuskizo.blogspot.com/2010/12/tukang-komen-yang-skizo.html