Disember 04, 2010

Pangkahlah Apa-Apa Logo Pun Selain Logo Dacing...

Malam ni aku hanya nak merungut.Minyak naik lagi.Gula pun naik.Aku harap esok kerajaan tak keluar statement kenaikan gula untuk jaga kesihatan rakyat.First sekali,mari kita baca satu statistik yang Pemuda PEKEMBER (UMNO dlm BM) keluarkan nak menyokong betapa hebatnya kerajaan BN ni mengangani masalah kemiskinan.(link)

Kadar kemiskinan di Malaysia terus berkurangan seperti berikut :
Tahun - Peratus (%)
1970 - 52.4
1988 - 17.3
1990 - 16.5
1999 - 7.5

- Kadar kemiskinan luar bandar berkurangan daripada 12.4 peratus pada 1999 kepada 11.4 peratus pada 2002.Kadar kemiskinan bandar berkurangan daripada 3.4 peratus pada 1999 kepada 2.0 peratus pada 2002.

- Di Semenanjung Malaysia, negeri Kelantan dan Terengganu mencatat kadar kemiskinan yang paling tinggi. Pada 2002, masing-masing mencatat 12.4 peratus dan 10.7 peratus.


.....................

Orait.Memang drastik betul perubahan yang dilakukan oleh kerajaan BN siap sempat kutuk Kelantan lagi.Aku ucapkan terima kasih lah Barisan Nasional! Aku tak tau macam mana diorang dapat statistik ni dan apa syarat yang di guna pakai untuk mentakrifkan golongan mana yang dianggap miskin ni. Mungkin diorang ambik purata pendapatan isi rumah bawah RM700 sebagai golongan miskin.

Cuba tanya mak bapak anda,macam mana kehidupan diorang zaman dulu?

Apa yang diorang akan cakap aku rasa sama lah macam apa aku dengar,satu masa dulu walaupun gaji ratus2 aje untuk pegawai kerajaan ni,tapi hidup diorang sebenarnya agak selesa.Tak struggle dan tak perlu buat 2 3 kerja untuk tampung sara hidup.Cuba kira berapa ramai adik beradik anda?Aku rasa majoriti orang kita dulu2 suka anak ramai dan diorang hidup selesa boleh tampung keluarga.Tapi kita sekarang ni...pernah ke anda tanya kawan2 anda yang dah ada anak berapa perbelanjaan nak membesarkan seorang anak.Sebab tu kot sekarang ni jumlah anggota dalam family makin berkurangan?Semua takut nak ada family besar sebab takut tak mampu nak tanggung.

Mungkin statistik yang ditunjukkan Pemuda PEKEMBER tu "betul"...tapi satu statistik yang diorang tak pernah tunjuk adalah parity atau jurang antara orang miskin dan orang middle income telah makin mengecil.Maksud aku,sekarang ni makin ramai orang middle income yang besar kemungkinannya akan jatuh jadi miskin satu hari nanti.Purchasing power kita makin kurang.

Berapa percent anda spend gaji anda untuk pergi kerja?Pernah kira?
Terasa berbaloi ke pergi kerja untuk pergi kerja?Sebab tu ke ramai gi kerja naik motor?

Ada sesuatu yang tak betul mengenai taraf ekonomi golongan middle income di Malaysia sekarang ni.Terlalu ramai orang yang spend 10%  ke 20% daripada gaji diorang semata-mata untuk pergi kerja.Itu belum dikira 30% untuk perbelanjaan pinjaman kereta yang bercukai tahap orang kaya.Selebihnya akan digunakan untuk belanja harian dan kegunaan keluarga.

Mana nak cekau saving?Bagaimana orang yang middle income mahu improve taraf hidup mereka jika setiap bulan duit mereka cukup2 untuk belanja?Aku sure masih ramai lagi pasangan suami isteri yang kadang2 mengharapkan pinjaman mak bapak dalam membantu meredakan masalah kewangan, sebab, ramai yang terdesak.

Kualiti hidup kita makin lama makin tiada,luput.Semua orang sekarang ni,hidup dan masanya untuk kerja.Bagaimana kita nak lahirkan generasi yang baik untuk masa depan kalau anak-anak zaman sekarang dapat jumpa mak bapaknya sejam dua aje sebelum waktu tidur?

Ini adalah satu benda yang aku harap kerajaan boleh bagi perhatian.Kualiti hidup kita makin lama makin teruk.Mungkin dari segi prasarana dan kemudahan,Malaysia makin bagus tapi rakyat kita makin lama makin lupa macam mana nak jadi "orang" sebab terlalu ramai yang jadi "robot" di ofis,untuk memastikan diorang boleh survive.Tak guna letak statistik,nombor atau angka yang mengkagumkan kalau hakikatnya,tak ramai rakyat Malaysia yang mampu nikmati hidup diorang.

Minyak dah naik.Gula pun dah naik.Kata negara boleh bankrap menjelang 2019.Kenapa suruh rakyat berjimat kalau kerajaan sendiri tak mampu nak berjimat?Basic rules of reducing deficit adalah melakukan saving dan invest.Tarik investor luar bukak industri.Membina sesuatu yang tak pasti worthwhile investment atau tidak? Ini perkara bangang.Kalau dah tau negara nak bankrap.....yang kau nak buat Menara 100 tingkat tu apa kejadahnya?Mana rasional kau kat situ?Alih-alih,rakyat jugak yang akan dibebankan macam hari ni.Benda yang naik akan naik dan tak turun2,kecuali bila time nak pilihanraya.

Kita boleh merdeka satu masa dulu,aku juga harap satu hari nanti aku merdeka dari BN.Aku dah tak nampak apa2 yang baik lagi pasal Kerajaan BN.Semua masalah, solution diorang adalah membebankan orang ramai.Pada aku,kerajaan sekarang adalah kerajaan yang langsung tak rasional dan boleh kata TAHAP DELUDED..syok sendiri punya kerajaan.

PS - Sebelum ada orang kata "kau tak suka Malaysia,kau gi la duk negara lain!"  kat aku,nak bagitau dulu,anak Najib pun kerja kat UK.Buat apa kerja Malaysia?Payah! Teruk!

85 ulasan:

syahmi berkata...

Setuju. Kalau purchasing power semakin berkurang xlayak kita gelar diri kita negara membangun. Negara yg membangun adalah negara yg membangun dari segi kualiti hidup (prasarana, service, etc). Nice post. Well said!

aishah na'ai berkata...

meh duk mesir meh ngn aku..
senang je idop..
kegawatan ekonomi pn~~
barang naek 1pound je..
1pound sme ngn 50en malaysia.. hahaha..

PapaseedTorres berkata...

Penulisan yg bagus..

Ingatkan aku sorg je yg prasan yg negara makin bankrupt tp gomen BN still ble membazirkn wang rakyat gitu2 aje..

Aku pun x nmpk dh ape kebaikan yg BN bwk zaman skrg ni. Harge brg & prkhidmatan, makin lame makin naik.

Hopefully penyokong2 tegar BN ble sedar yg BN skrg bkn cam BN zaman TAR dlu..

And hopefully in the nx GE gelombang perubahan yg melanda time 2008 akan jatuhkn BN dr kerusi empuknya tu..

karl berkata...

Dear Umno friend (if u do read this blog)

if u want to say that:

- our fuel price is still cheaper than singapore, hong kong bla bla. FUCK YOU! See their income per capita first u fuck face!

- % of people with diabetes mellitus are increasing year by year, so fuck you! do u think by increasing the price will reduce the % of DM's incidence?

- u should show gratitude coz we still have subsidy.where the money of subsidy come from? imposing various taxes on people, collect tax payer money then claim that government subsidize the people! it's people money u idiot!

damn! hey do u all remember what happened in 2008? just few month after election the petrol price spike to rm2.70? LOL. dunno what else will happen after incoming GE hahaha.

EEan berkata...

Seruan kepade kerajaan: jangan tipu rakyat, jangan bazer wang rakyat..
Makan duit haram, akhirat lu sendri piker

aremierulez/Amirul berkata...

terbaik. aku tak tau la kenape masih ramai sokong BN. mungkin entri macam ni boleh membukak minda orang di luar tu

eszol berkata...

ke arah negara bependapatan tggi

tahi die la

ingat PRU makin dkat makin ok

ni makin jujur teran-terangan nak nyusahkan rakyat

gua rase b4 PRU mesti najib bwat surprise
we'll just wait n see jela

terap berkata...

aku suka hg punya luahan tot... hadeyh.. marah gila KARL hehe... gaji below 2.5k pon cukup2 makan ja dan takda saving... bukan kira nak pangkah sapa... org yg mengurus segala2 nie yg perlu pikiaq... gaji depa dah ber kilo kilo.. takat dua kupang naik mana nak heran pon... deymmm @.@

Faiz Tapit berkata...

setuju beb...
cilake pnye dacing...
dacing tu terlebih timbangan kot?

Mknace berkata...

:):):)
setuju.. kalau setakat miskin bawah garis toksah kira la

+d.O.Y.A.h+ berkata...

sgt2 stuju! huh. agak2 apa akan jadi masa akan datang. arghh =.=''
diorang ni pumpang2 bcakap tapi tgkla apa diorng buatkan. huh

Alexandra berkata...

Suara dari Sabah.

For those who thought Sabah&Swak stupid enough to vote for BN all the time, FIXED DEPOSIT and so on, that is a BULLSHIT.

It was the PENDATANG TANPA IZIN (PATI) mostly imported form Philipines and Indonesia, given Mykad 'X' or shud be known as 'Projek M' by your previous PERDANA MENTERI lah.

Only the Sabahans know the real truth.

mr edz berkata...

susah dapat menteri bangang...

Tanpa Nama berkata...

Setuju dgn post nih...smua yg diterangkan dlm entry nih dah aku rasa kebenarannya, yg pasti akan ada org tetap pangkah dacing sampai M'sia betul2 bankrup.
Drp,
Rakyat yg Setia mcm Haiwan Peliharaan.

dizu d. berkata...

bila luka' bin luka' memimpin

LS berkata...

Harga minyak naik, memang aku menyumpah habis2an.

Tanpa Nama berkata...

BIJANNAJIB

nina berkata...

bila minyak dah naik, biasalah staff mula akan mintak gaji naik..
aku, sebagai majikan, tak dapat naik kan gaji diorang, malah aku rasa nak berentikan staff yang tak mendatangkan hasil...
bila minyak naik, gaji rakyat tak naik, maka mereka tak punya extra income untuk travel..
bila mereka takde extra income untuk travel, maka travel company takde sales...
dengan itu gaji staff kat travel company tak dapat naik...
nak dapat projek kerajaan? huh!
aku rasa kerajaan tak yah spend lebih2 untuk benda/projek lain, baik tumpu pada nak kurangkan beban rakyat....

AlexiaAqram berkata...

aku memang tak hingin nak pangkah dacing, tapi bila tengok roket, bulan dan mata satu yang penuh dengan KRONISME JAWATAN DAN PROJEK MEMENUHKAN TENGKOLOK SENDIRI. buat aku rasa macam tak nak mengundi atau rasa macam nak buat parti baru.

ditelan mati anak, di luah mati bapak bila hidup kat malaysia ni.


haihhhh.

nationalistpunk berkata...

kita tuntut ramai2 kat padang masyhar esok


biar dorg masuk neraka 100,000 tahun

dorg dah anak cucu dorg

Cik Agogo berkata...

aku tak sure la nak mengundi apa... pemimpin2 yg ada sekarang ni semua gila glemer ngan pikir nak tambah harta sendiri je...

pastu setiap kali plan untuk rakyat, entah apape yang kuar... pastu suruh rakyat berjimat. banyak la dia punya jimat kalo sampai ke tahap benda paling basic pun mahal gila.

btw, dorang takde ura2 nak potong gaji dorang sendiri ke? idup sederhana bla bla bla mcm yang dorang suh rakyat amalkan tuh... dah la semua benda dorang bleh claim banyak2...

perlu ke elaun nak shopping semua tu?

The Sharkox berkata...

terbaixx

sizukabita berkata...

aku baru je kira, rupanya aku spend 17.60% drpd gaji utk pegi keje saja...bermula hari ini % tu akan bertambah lagi..aduhhh sakit :(

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin dacing sume memang tak layak jadi pemimpin...tak reti memimpin tapi nak gak pegang kuasa..

Encik Sood berkata...

Kuasa membeli makin turun? Betul sangat.
Sekarang ni, kalau beli barang2 dapur, sekali keluar at least terbakar gak dalam rm50++. duit makan sebulan aje dah dekat rm300.
dan kena ingat, ini bajet aku sebelum harga minyak naik. lepas ni sudah pasti aku xterkejut kalau harga seekor ayam mentah mencecah rm20. sebab apa? harga minyak naik.
tapi projek bangunan tetap jalan.
Aku xleh ckp banyak pasal duit minyak kete...sebab aku xde kete.
Best decision I've made so far.

~Cik Ati~ berkata...

byk bende yang aku x puas hati..mmg rase nak maki..*eh,it rhymes! :)* dulu aku duduk puncak alam *tpt meletop dulu tuuu* g keje kt kl,bt oncall mcm buruh kasar..bygkan sebulan minyak gune dlm rm1k..x cmpur duit tol..gaji gomen bkn byk mane pun..sampai bleh beli caldina *ade la org gomen mampu beli-cite lain* nasib baik ade mak aku ade pencen bleh jgk topup skit2..walaupun sekarang dh pindah keje tp masih jauh..same keadaan aku duduk puncak alam ke kl..mmg x de tol tapi minyak? sape nk tlg topup kan?hish!

ashraf berkata...

terbaik mantot! aku sayang sngat kat ko.

Siku berkata...

perkara bododh yang patut dielakkan sekarang ialah....

1. tak pergi mengundi
2. tubuh parti baru...

please la wei....

gua pinjam sket ayat V
----------------------------------
you know there is something terribly wrong with this country.How did this happen? Who's to blame? Well certainly there are those who are more responsible than others, and they will be held accountable. But again, truth be told...if you're looking for the guilty, you need only look into a mirror.
---------------------------------

Tanpa Nama berkata...

suka aka tnggok kt sini..bnyk gile komen......klu blog geng BN mengampu BN... mesti xde orng komen....hahahahaha......

Jerung Tempang berkata...

yeap! aku setuju sangat2 dengan ko mantot. thumbs up! ap yg jd ari ni hnylah pmbaziran. nk buat menara 100tingkat wtp? nk dpndang hbat d mta dunia? last2,bhgian ats bgnan ksong je. bg hntu dduk situ. bazir2~ lg bgs klau bjet utk bgnan tu diubah utk buat smething yg bg ksnangn utk rkyat.

Kasmawati Jaafar berkata...

"Tak guna letak statistik,nombor atau angka yang mengkagumkan kalau hakikatnya,tak ramai rakyat Malaysia yang mampu nikmati hidup diorang."

Aku suka ayat ni sebab aku pun salah satu dari "robot" tu !

Hidemichi berkata...

apa giler time Year End Sale gua hanya mampu beli 5 item je???

Tanpa Nama berkata...

konek depa x naik...sebab tu depa frust kasik naik lain barang...baru depa puas hati...

Tanpa Nama berkata...

depa kata dapat jimat 1.8 bilion dengan penyerasan subsidi kepala bana dia dia...apa guna 1.8 billion tu?1.8 bilion utk bajet pilihanraya tahun depan la...apa lagi...

kuku berkata...

minyak naik tu nak cover duit blanje botox rosmah la tu..

xde yang improve since paklah naik, ade gak la improve-harga barang. hakikatnye, malaysia da makin mundur sebenarnye. yang makin kaye cume menteri2 bengap yg xcukup education, cume just pandai kelentong..budus..tolong la diorg yg korup ni mampus cpat sket, tuka ngn generasi2 len..

Tanpa Nama berkata...

lagi satu mmg NAJIBABI spent bajet tahun depan utk buat menara bangang tu...tp kununnya dia amik pandangan rakyat maka projek tu dibatalkan...tp korang kena ingat...tp duit tu tetap ada sebab kod peruntukkan tu tetap wujud dalam perbelanjaan negara...so mana duit tu akan pegi...apa lagi...utk pilihanraya laaaaa....

nur berkata...

mantot,
Aku stuju sgt2 dgn point2 ko kat atas. Malah aku bengang dengan bn yg asyik menipu rakyat.Cakap tak naik,alih2 x smpai shari dah naik ron95.
Cuma aku nk tanya ko untuk pru akan dtg,parti apekah yg ptut aku pangkah.Sebab aku tgok yg lain 2x5 je.Cakap hebat,perlaksanaan hampeh..Celikkan mata aku yg buta ni tot.
Sekian.

anis berkata...

entri paling cun....
dia org sanggup barang naik...kerana barang naik yakin menang pru nanti,mcm kata tukar tiub...kalaulah pilihanraya boleh menjatuhkan kerajaan lama dah...pilihanraya tu dah kena ISA...(kata aku).
mental rakyat banyak yang bila bagi duit sikit,mulah gadai maruah,sanggup menderita 5 tahun kerana RM50 je....

Siku berkata...

korang ni biar betul.... mana ada harga naik.... harga cuma diseragamkan je la...

selaras dah pernah pakai sekarang seragam pulak....

mana ada harga naik... undi lah lagi BN .....

jangan tertipu dengan dakyah pembangkang....

NANTI SYABAS PON NAK SERAGAMKAN HARGA AIR 37%...



next round boleh guna harga diselarikan....

Tanpa Nama berkata...

terima kasih rosmah.... selaraskan la harga seluar dalam import pula ye....

CERITA LEBAT berkata...

yarghh...gua menci bn!..menci menci menci..

kuku berkata...

aku pun tertanye gak..kalo x undi bn nak undi mane..hadoi..aku xnak la jadi kua mulut harimau, masuk mulut buaye..

brat2104 berkata...

sampai sekarang aku masih kagum dengan orang yang berjawatan skim 1 (N1, R1 dll) boleh survive kat kl dgn famili. kesian dorang

Tanpa Nama berkata...

lol

Siku berkata...

duduk jela terus dalam mulut rimau lagi....duk biar sampai berulat.... biar bertahun tahun kene kunyah rimau .... biar biar.... takut nak mencuba untuk keluar....

bogeyman yang dicipta oleh BN memang power...seme orang takut nak undi bende lain...

angah berkata...

aku suka betul post ni....suka gila

zaminc berkata...

bro, katanya logo dacing akan ditukar.. kah kah...

nur berkata...

Siku,
kami(mewakili org yg tertanya2 pilihan mana yg sptutnya)bkn takut,tapi kami nakkan panduan supaya ape yg kami pangkah nnti x buat kami menyesal.Takkan buta2 je. Aku ade gak buat analisis.Aku baca sume pendapat diorg. Aku baca sume idea pemikir. Semakin lama,aku semakin jelas.Semuanya sama.Politik membutakan hati.
Mungkin ada sesuatu yg aku x nmpak. Jadi tolong bgtau.

mie berkata...

jangan pilih parti mana yg terbaik , tapi pilihlah parti mana yg lebih baik antara dua yg terburuk tu..

Siku berkata...

apa pilihan yang ko ada sekarang.... ko cuma ada A atau B....

jangan la bagi senario third force C... dari dulu sampai sekarang kalau ada C, maka A yang akan menang...

jadik pilihan ko cuma ada dua aje A atau B....

A sekarang ni sedang berkuasa...

absolute power corrupts absolutely.....

terlalu lama berkuasa sampai terlalu korup... kalau ko tak nampak A sekarang korup maka teruskanlah undi A...

akibatnya pandai pandai lah ko rasa sendiri... pada aku,sekarang ni cuma dapat useless slogan,useless acronym dan useless perkataan ketuanan aje.... tidak jugak jadik tuan....

point aku, biarlah kita rakyat yang betul betul jadik tuan....

kalau A dah busuk, kita sebagai tuan, vote out A.... kalau B dah berkuasa pulak busuk, kita vote out B pulak....

jangan bagi absolute power pada mana mana A atau B....

negara maju bertukar parti memerintah tak jatuh mundur pon... sebaliknya jadik satu check and balance untuk parti parti politik dalam negara tuh...

dalam malaysia ni je pelik....
selama lamanya A...

sebab tu aku cakap, bogeyman yang dah disetup dalam mind kebanyakan rakyat malaysia memang berkesan dalam bab mengundi ni

i love uols

ayu berkata...

kita jangan hanya tau berkata di belakang sahaja....cuba kita pikirkan apa yang kerajaan telah lakukan....klu dibincang isu ni mmg xakan abis...bukan nak kata mana2 pihak...ada bran p la jadi pemimpin...kita lihat lagu mana terjadi.....

Encik Sood berkata...

tapi kan saudari... rasanya kalau dah masuk blog ni bukan cakap belakang...
Wakil Rakyat: wakil yang dipilih oleh RAKYAT dan kalau ikut job specs BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT dan bukan BERKHIDMAT UNTUK DIRI SENDIRI SELAMAT.
jadi rakyat mana yang perlukan bangunan 100 tingkat?
atau...
rakyat mana yang perlukan bantuan sara hidup, bantuan pendidikan dan juga penambahbaikan kemudahan asas?

SHAREL berkata...

lepas tu datang dengan ayat - ni laa harga yang perlu dibayar untuk nilai kemajuan. PTUIH. tak maju pun takpelah, janji selesa.

deltamike berkata...

Artikel ni mengingatkan aku kat satu frasa yang disebut oleh Mark Twain dan penah jugak diulas oleh RPK dalam artikel dia satu masa dulu:

'There are three kinds of lies: lies, damned lies, and statistics'

Statistik dan angka2 hanyalah make-up untuk mencantikkan suatu realiti yang hodoh.

Ringkasnya apa yang mantot nak sampaikan: jangan tengok sangat kat nombor dan angka. Nak tau ekonomi teruk ke tak tengok la sendiri kat kehidupan korang. Sekian.

kambing berkata...

masih ade lagi ke yg berpikiran

'cuba pikir apa yg kerajaan dah buat kat kita'

'kalau hebat sangat jadi lah pemimpin' ?

haha..

kalau asik pikir ape yg kerajaan dah buat kat kita sampai bila2 la kerajaan pijak pale kita.

rakyat memilih pemimpin so rakyat lagi hebat dari pemimpin.dorg yg patut letakkan diri dorg dalam diri rakyat bukan suruh rakyat yg pikir mcm pemimpin

bak kat V:

people should not fear their government but their government should fear their people

kuku berkata...

bab ketuanan ni,
mmg dah dijadikan alat utk umno takut2kan org melayu yang "kalau umno turun, org melayu akan dihambakan".

hakikatnye, ketuanan tu la yg rosakkan pemikiran org melayu. org melayu jadi kurang daya saing. sume x risau, "xpe ade kuota". dan yg paling sedih, kite takut bile ketuanan tu xde. sebenarnye dalam kedudukan sosial kite sekarang ni, lg ramai cine yg jadi tauke, melayu jadi pekerja, mane ketuanan tu? kenapa boleh jadi isu, cina je boleh beli kondo/banglo mahal2. tapi org melayu x boleh. siape tuan sebenanye?

N berkata...

Aku setuju dengan kau , aku rasakan diorang patut kaji sejarah islam macam mana Rasulullah boleh memimpin negara dengan baik kemudian ikut lah....

nur berkata...

Siku,
"negara maju bertukar parti memerintah tak jatuh mundur pon... sebaliknya jadik satu check and balance untuk parti parti politik dalam negara tuh..."
good point kat ctu.Tapi bila fikir2balik cmne politik kat M'sia ni,aku jd takut.Boleh ke? Bila B da naik..tetibe B tu busuk,kita nk tendang kluar.Klaulah semudah tu tentu takde kecoh2 dalm masa 4/5 thun sblm pru.Ko pun tau kan mcm ne mentaliti rakyat kita psal politik. Kita terpekik2 nakkan demokrasi mcm negara maju tapi attitude...
Aku bukan sokong mane2 cume aku slalu termimpi2 psl mende nih. Mungkin aku manusia yg tipikal yg takutkan perubahan.Mungkin aku kene ubah mindset aku.Mungkin..

Neway,ur point mmg btul.Rakyat kena gunakan kuasa untuk mmbuatkan kerajaan x rasa mereka selalu dlm keadaan selesa smpai kerajaan yg slalu diutamakan.tQ.

Ayyman Rahim berkata...

Semua benda nak mahal. Aku baru 18. Bila dah umur 28 ke apa tak tahu la harga minyak semua berapa dah -____- Entah-entah ramai jual kereta sebab tak mampu dah.

Amru berkata...

ayu:
"cuba kita pikirkan apa yang kerajaan telah lakukan"

Aku xpaham knp ade org berpikiran mcmni.Klu duduk kampung xtgk dunia luar mmg la nampak kg ko dah maju. Jube listkn sikit ape kemajuan yg BN bawak dari tahun 2000? Negara China dlm sekelip mata mmbanganun.Singapura,india semua semakin kehadapan. Diorg boleh depend dgn kepakaran/teknologi keluaran tempatan.Xperlu bergantung pd tenaga luar.

Kelulusan ijazah RM2300 di KL pun hanya cukup2 jer utk hidup,byr sewa,kete,PTPTN,minyak dll.nk menyimpan tu ikut nasib je. Aku sangat kagum mcmne golongan bpendapatan kurang RM1k boleh hidup.

Ann berkata...

aku pun bengang dengan apa yg blaku kt negara kita ni.........smua brg naik, tp gaji???

kata negara bakal bankrupt..tp pasal nk bina menara 100tgkat..de lak duitnyer...yg pi potong subsidi tu apasal? stakat prasarana jer hebat, tp hanya dpt menikmati dngn cuti mata jer watpe, pi klcc tu...cuci mata jer, nk shopping xde duit pun..brg2 hanya layak utk mereka kayaraya..baik cuci mata lihat keindahan alam...lagi tenang jiwa

dan aku xbeli kereta, aku pi keje ngn moto jer, mujur 10m jer pi keje...kalo beli kete, tp tpksa cut sane cut sini belanja...xperlulah...xpsl2 aku xdpt menikmati hidup...

Honey Lalala berkata...

naseb baek selama ni aku g keje naek moto. kalo naek kete,sakit sakit.. da la dpn umah aku jem sbb dekat sgt dgn MRR2. T.T

Indiana Johnny berkata...

democracy is failed in BolehLand...keh3

Tanpa Nama berkata...

lecturer aku kata democracy yg tak democracy adalah "democrazy"..haha

Uda berkata...

aku rasa nak berenti keje makan gaji,balik kampung ternak kambing...kualiti hidup aku di kl ni dah makin teruk..balik keje kandas dalam trafik jam..maghrib dalam kete jangan cakap la..sob sob..

Tanpa Nama berkata...

abg aku baru je ckp haritu: "nasib baik aku pakai ron 95."

alih2 semua naik!

bapak aku dah muka ketat dah, dia dahla pegi keje hari2 naik unser, kuat makan minyak.

kalau aku dah 21 tahun, dah lama aku mengundi supaya bapak aku mampu senyum kembali.

:D

Tanpa Nama berkata...

dengar cite gaji orang yang keje kerajaan pon bank yang tolong bayarkan..macamana tu? adoih

Tanpa Nama berkata...

Pilih selain dari dacing. Tu pun payah sangat orang nak faham. Kepada yang dah boleh mengundi tapi taknak mengudi dan yang suka sangat sengaja buat undi rosak jangan nak komplen banyak. Korang semua tak membantu langsung. Baik hangpa semua dok diam2 jangan banyak songeh. Selagi ada golongan yang tegar dacing dan golongan tak undi bersama undi rosak ni, selagi tulah kita lalui semua ni. Aku cukup tak paham kalau yang mengundi buat undi rosak nie. Korang protes tapi sia2 ja. Tak membawa kepada perubahan. Yang takut sangat nak mengundi tu, teruskanlah rasa takut korang tu dan duduk diam2. Jangan komplen jugak. Kalaulah pembangkang menang PRU akan datang, geng2 dacing akan kena korek semua sejarah depa. Lepas tu boleh dakwa ramai2 sekali. Kalau yang pembangkang sekarang ni nak buat pasal jugak kita pakat2 tendang depa nie turun pulak. Barulah yang memerintah tu berfikir dua tiga kali sebelum nak menyusahkan rakyat. Duit projek dah berapa banyak depa nie makan. bangunan juta2 dok gebang, boleh kata setengah tu depa ambik dulu, bagi pulak kat kontraktor lain, pastu bagi lagi kat kontraktor sampai yang last sekali dapat duit cukup2 nak untung dengan buat bangunan yang tak ada kualiti. Pastu stadium runtuh la, bangunan retak la dan macam2 lagi.

Tolonglah pergi mengundi supaya nama korang tak digunakan untuk orang lain mengudi. Undilah selain dacing untuk yang akan datang nie.

Kerani Yang Ditindas... berkata...

sepatutnya gaji dorang semua yang berpuluh2 ribu tuh kasi potong...dah la gaji banyak...belum gaji parlimen lagi...duit tepi projek lagi...sial

makan claim...naik kete, minyak claim..pergi bercuti oversea satu family pon claim, pergi mana mana pon claim lah...babi betol...

aku yang kerani ni tiap tiap hujung bulan makan megi jek...yang kaya makin kaya, yang miskin makin miskin...lepas tu nak suruh berjimat...GAJI AKU YANG BAGI DIA CELAH CELAH GIGI NI NAK SURUH BERJIMAT???tahi laaa...

BINI dia pandai pulak kan disuruh bershopping sampai berkontena2...lagi babi...


KASI POTONG GAJI MENTERI DENGAN TIMBALAN MENTERI YANG BERPULUH PULUH RIBU ITU..!!!

DoOrDie berkata...

bila org sedang berkuasa ,memang senang untuk kita nak tengok baik buruknya. Kita meraung2 minta ditukar tampuk pemerintahan democrazy tu.

reality check, kebanyakan antara kita pun tak selesa ngan cara parti2 lain yang berbaki untuk PRU nanti. Baru handle negeri pun dah macam2 kerenah. Yang bagi orang miskin makan duit lumba kudalah, yang dok pulun dalam parti sumbat anak bini menakan lah.

Dan berapa ramai plak orang2 yang selalu jadi pengulas tak rasmi ni yang guna kuasa untuk pergi mengundi. Buat undi rosak, dan refuse to vote buat jalan penyelesaiannya.

kalau keputusan diparas bahaya macam last PRU, memang dorang2 yang selesa tu rasa tergezut seketika. Barulah time tu sebok nak dengar suara rakyat.

Aku pun pelik gak dulu gaji RM600 leh je hidup, now dah pat angka pun kadang-kadang sesak. But i guess, the more u get the more u spent. Tu opinion aku la. Dulu tak kenal starbuck sekarang dah kenal. Dulu tak kisah pun nak internet dalam umah, skrg nak broadband la unifi la...haih...

harga naik, berat badan aku pun naik gak. Rokok naik, korang isap gak. So, sama je lah semua.

mArc berkata...

korang yang sokong2 mantot nyer statement ni da daftar undi ke blum..kalo blum gi daftar dulu..br leh sorak..wkwkwkwkw

Tanpa Nama berkata...

dia naikkan minyak tu sampai RM5 pun takpe la sebab minyak diaorng menteri2 ni pegi isi free je..tunggu la besok bila dia dh kena bayar sendiri, baru dia tahu mcmana susah jadi rakyat ni..

Tanpa Nama berkata...

hurm....hurm....apa kerajaan dah contribute pada kita...list downkan....
apa kita dah contribute pada kerajaan...list down..pastu tgok mana lagi byk contribute tah pape
pastuh sila kutuk lagi dan lagi...
watch ur thought
they become words
Watch your words they become actions
Watch your actions they become habits
Watch your habits they become your character
Watch your character it becomes your destiny

Tanpa Nama berkata...

keje menteri senang ke?menteri tido pukul berapa? sapa nak jadi menteri?cuba tanya TUn M seronok ke jadi menteri?mana sempat pikir pasal sendiri..pikir pasal rakyat je belum lagi pasal luar negara..tuh pasal semua disediakan...kalau menteri yang kena tuang minyak sendiri...drive sendiri alamatnya lagi lembap la Malaysia ni..hey u ingat menteri dapat waktu rehat macm kita ke?bleh pegi lunch waktu lunch balik on time..non hadoo....kalau u all rase u all blh bagi idea/cadangan how to improve msian economy..do write in PM's facebook...and dont forget to study 1st the inner n outer of the study before u send it..so senang keje semua menteri...kan ramai rakyat yang ada idea macam mana nak jadikan msia ni high earnings country...developed country..
give more complaint less..Allah tak suka orang yang kuat mengeluh..kan?

azlan shah berkata...

alaa naik 5 sen dah maki mcm nk kiamat.

what Doordie trying to say is true, pakai nak stylo je, makan nak mahal je, memang la.

time blaja dulu malas, dok merempit, main perempuan. skang dpt keje setimpal dengan kelulusan je la. xkan ko nak claim gaji macam menteri kot?

dah ko gaji 2k, xyah la nk spend mcm anak tokey naza kot?

k0m4nd3r berkata...

Sekarang gaji 4 angka nak hidup pon payah. That's life.

untuk pergi balik kerja dah 30% dari gaji.

Makan (Kat Putrajaya, kalau x makan kat luar/pose) Satu meal satu hari RM5 X 5 hari kerja kalau makan siang je. Kalau buat 'kerja Ikhlas' (Maksud aku OT golongan Eksekutif yang tak berbayar sebab ikut undang-undang staf exec tak perlu claim OT), dah makan 2xsehari (Lebih RM10).

bil telefon, servis kereta, insurans, road tax, Parking kereta kat opis, sewa rumah, api / air.

damn! banyak nak pakai duit tu.

Kalau kerja kerajaan plak:
Quarters disediakan,
Parking free
sewa ofis? kerajaan bayar..
Bonus? dapat RM500 bising x cukup plak.

kerja? hehe.. no komen, aku vendor.. apa ada hal.

So? so?

PS: kalau korang ada masa utk buat 2,3 kerja tabik spring untuk korang.

aku yang satu kerja ni pon 24-7 dok pulun buat sebab nk kejar payment. dayyum!

anak bumi melayu berkata...

aku haramkan duit cukai aku dah kena paksa bayar.korg2 yg dah makan ni taubat lah.sbb aku halalkan kalau korang dgn anak cucu masuk neraka 100,000 tahun kiamat esok

penat2 kerja kena bayar cukai.aku tuntut hak aku hasil2 bumi Allah bagi seperti hasil minyak yang aku tak dapat

lalalala berkata...

aku suka rosmah pegi shopping kat oversea guna duit cukai aku, duit cukai bapak aku, duit cukai bini aku... u ol tolong undi BN lagi ok...

kesian PM rosmah sekarang dah kurang duit nak shopping sampai terpaksa 'selaraskan' harga keperluan hidup rakyat....sampai terpaksa 'up' caruman kwsp...

Honey Lalala berkata...

keje menteri senang ke?menteri tido pukul berapa? sapa nak jadi menteri?cuba tanya TUn M seronok ke jadi menteri?mana sempat pikir pasal sendiri..pikir pasal rakyat je belum lagi pasal luar negara..tuh pasal semua disediakan...kalau menteri yang kena tuang minyak sendiri...drive sendiri alamatnya lagi lembap la Malaysia ni..hey u ingat menteri dapat waktu rehat macm kita ke?bleh pegi lunch waktu lunch balik on time..non hadoo....kalau u all rase u all blh bagi idea/cadangan how to improve msian economy..do write in PM's facebook...and dont forget to study 1st the inner n outer of the study before u send it..so senang keje semua menteri...kan ramai rakyat yang ada idea macam mana nak jadikan msia ni high earnings country...developed country..
give more complaint less..Allah tak suka orang yang kuat mengeluh..kan?



aku suka komen ni.. kelihatan macam bernas je!

Mantot berkata...

keje menteri senang ke?menteri tido pukul berapa?
- senang?aku tak tau la senang ke tidak.tidor pukul berapa?najib balik awal selalu dr ofis.selalu alasan dia,pegi Parlimen.mana2 menteri pun camtu.

sapa nak jadi menteri?
-ramai!apsal diorang nak jadi?kenapa khairy frust tak dapat jd menteri?

cuba tanya TUn M seronok ke jadi menteri?
- kau akan stay tempat kerja kau 22 tahun hanya kalau kau suka dengan kerja dan environment kau.With power comes great fun times!

mana sempat pikir pasal sendiri..pikir pasal rakyat je belum lagi pasal luar negara..
- err...kalau dah nama wakil rakyat,nak fikir pasal apa?takut tak dpt nak penuhi tanggungjawab?jangan jadi wakil rakyat.

tuh pasal semua disediakan...kalau menteri yang kena tuang minyak sendiri...drive sendiri alamatnya lagi lembap la Malaysia ni..
- jadi kau admit government Malaysia ni lembap?aku ingat kau takde komplen langsung.apa cadangan kau nak improve kelembapan Malaysia?


hey u ingat menteri dapat waktu rehat macm kita ke?bleh pegi lunch waktu lunch balik on time..non hadoo....
- aaa..mana kau tau benda ni?

kalau u all rase u all blh bagi idea/cadangan how to improve msian economy..do write in PM's facebook...
-PM's Facebook?Come on..tadi kau kata PM kita sebok?dan,dalam tu dah penuh dgn cadangan2 orang ramai...menara jalan gak.

and dont forget to study 1st the inner n outer of the study before u send it..so senang keje semua menteri...kan ramai rakyat yang ada idea macam mana nak jadikan msia ni high earnings country...developed country..
- err...tu bukan kerja menteri ke memikir benda2 camni.kerja rakyat adalah tegur mana yang menekan rakyat,kalau rakyat tak suka,diorang akan bgtau melalui undi diorang.we expect our leader to be better than us on idea and thinking.thats why they are our leader and we are followers.leader's lead.

give more complaint less..Allah tak suka orang yang kuat mengeluh..kan?
- Allah juga suka umatnya memilih pemimpin yang ikut suruhan Dia,maksud aku pemimpin yang baik.
Ada ke mana2 keputusan kerajaan yang membelakangi Tuhan?Selagi benda tu ada selagi tu akan ada orang komplen.

Apit berkata...

mantot lg best dr anon..hehe..mnyk naek,compare dgn negara bkn pengeluar mnyk..ayat standard ja tu

Mantot berkata...

kenapa takde pun menteri yang mengeluh pasal kenaikan harga gula dan minyak?

Encik Sood berkata...

Sebab menteri tak buat shopping sendiri kot. Maybe. Pure speculation, sekadar berseloroh dan tolonglah jangan nak ambik first statement aku serius sangat.
Aku sebenarnya pelik bila kita komen pasal tindakan kerajaan yang pada hemat kita, KURANG WAJAR (case point: menara menuju puncak). Diorang mesti guna ayat klise, "fikirkan apa yang kerajaan dah buat kat kita".
Maksudnya kita tak boleh tegur ke kalau kerajaan ada silap? Kebal sangat ke? Ada daulat ke?
Kalau aku tak sayang negara, lantaklah minyak naik. Aku migrate tempat lain. Skill aku banyak demand. Tapi sebab aku sayang negara, tak nak kita terus hanyut dalam fatamorgana ciptaan sendiri, aku sedaya upaya tegur dimana mampu. Aku tak mampu jadi pemimpin - tapi yang mana kurang best, kita kasi best.
Baru demokrasi. Bukan tutup periuk nasi.

WhiTeWiTch berkata...

mantot.aku suke dengan sume jawapan yang ko kasi tuh.2 thumbs up!

Tanpa Nama berkata...

entah lah....barang suma naik sebab inflasi...sebab baru2 government announce bajet kita deficit....mmg dr segi politik jugak akan effect economi kita...ttp mmandang kan kita tgh deficit xkan kerajaan still nak tanggung lebih banyak subsidi..so in order to make sure our country in balance kita kena kurangkan perbelanjaan if not nanti kita akan lebih teruk mengalami inflasi.....nak kah kita declare sebagai negara yg bankrupt sebab over spending....pasal menara tu?? mmg x patut buat..mmg pembagunan melambangkan kekuata economi...tp cuba fikir kalu menara klcc pon still banyak yg kosong...