Disember 07, 2010

Teori Sempena Maal Hijrah : Kenapa Subsidi Minyak Dikurangkan atau Kenapa Minyak Naik Harganya?

Cuba tengok tarikh keratan akhbar kat atas :D

Sebelum membaca,ingat soalan ini ; Adakah kerajaan mengurangkan subsidi atau menaikkan harga minyak? Dua benda tu lain tujuan dia.

...................Baru-baru ni ada sesuatu yang pelik telah berlaku.

Pada 3 Disember lepas,Mstar Online telah melaporkan aku quote kan "Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ruhaidini Abdul Kadir ketika mengesahkan perkara ini kepada mStar Online sebentar tadi berkata, kenaikan itu bertujuan mengelakkan jurang harga besar antara RON95 dan RON97"

Kemudiannya...jika anda cuba cari petikan berita di atas,laporan tersebut telah ditukar kepada berita ni.Aku letak petikan dia aje.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala berkata, kenaikan harga ini merupakan sebahagian daripada gelombang kedua dalam program rasionalisasi subsidi yang diambil oleh kerajaan.Harga RON95 dan diesel telah dinaikkan sebanyak 5 sen seliter sementara gula dan LPG dinaikkan 25 sen dan RM10 pada 16 Julai lalu sewaktu pelaksanaan gelombang pertama program rasionalisasi subsidi.Langkah ini telah menjimatkan kos subsidi kerajaan kepada RM779 juta. Kata Idris, gelombang kedua ini akan membantu mengurangkan kos subsidi kerajaan sehingga RM1.18 bilion.

Address sama,website yang sama!

Tapi berita tu ditukar terus sehingga jadi berita lain sebab berita asal dah tak dapat dijumpai.Nasib baik ada Google Cache!Cuba tengok apa Google Cache dapat tangkap.


Di atas ni adalah berita asal.Aku tak sure berapa lama lagi akan ada dalam Google Cache. (Link kpd Google Cache) Kan ada link kalau tengok kat screenshot atas tu?Link tu akan bukak page tersebut yang paling latest.

Ini adalah page yang latest. (Link)
Even kalau kau try carik dekat search box Mstar Online tu pasal "Datuk Ruhaidini Abdul Kadir," satu2 nya link yang kau akan dapat adalah pasal Idris Jala cakap mengenai "rasionalisasi subsidi" seperti di atas.

........................

Terdapat perubahan yang sangat drastik dalam laporan berita.Siapa yang bercakap dah ditukar dan apa yang dicakapkan pun dah ditukar.Seolah-olah berita asal dah jadi satu berita yang lain yang menyimpang menyampaikan satu benda yang lain,tetapi mempunyai tujuan yang sama.

Kenapa aku buat ni?

Kadang-kadang,ramai orang mengamuk tak tentu pasal bila keluar berita benda negatif jadi selalunya aku akan carik dulu mana source dia.Jadi,dalam bab ni...aku ada merasakan...ada orang dah terlepas cakap kemudian kenyataan tu terpaksa dibetulkan balik.Jadi,ada basisnya untuk anda mengamuk!Silakan!


Jadi,sempena 1 Muharram ini,mari kita cuba bertanya kerajaan,"Bang,Kenapa minyak dinaikkan sebenarnya?Sebab beza harga ke sebab pelarasan subsidi?"Bukannya orang biasa yang keluar statement tu.Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.....kalau Pakcik kedai kopi mana2 boleh lah jugak ditepis2 hujah dia.Satu lagi persoalan,adakah Kerajaan melantik Idris Jalan sebagai punching bag rakyat?

Jika anda merasakan apa yang aku tulis ada gunanya,sila sebarkan tanpa rasa segan silu.

......................

ps - Sori.Seperti yang aku janjikan,aku nak post benda lain hari ni tapi,aku rasa benda ni perlu didedahkan.Lagipun,hari ni 1 Muharram,tak baik lah nak berbicara pasal pempuan aje,kang aku terkeluar ayat2 pervert ke,segan.1 Muharram ini menandakan aku dah genap setahun kahwin.Tahniah kepada diri sendiri dan tahniah kepada isteri aku sebab tolerate perangai aku yang tak menentu.

Aku lagi kerap PMS berbanding isteri aku.

Selamat Tahun Baru!

25 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

menteri jamin harga ron95 kekal tahun ini..aku rasa x salah kalo rakyat saman kerajaan sbb x menepati janji. menepati jaminan.

rompa berkata...

hepi anniversary mantot..kurang2kan la PMS tu..huhuhu..

sempena maal hijrah, aku simpan dulu sume carutan..

PELiK berkata...

sudah kantoi..haha

mana mau larik lagi itu menteri lepas ni?

eszol raar berkata...

taraotak

taraotak

idris jala dulu pon knon MVP beli dri shell sruh jd ceo MAS

mcm tahi je

sbb x nak malu sruh jd menteri

lawak btol krajaan ni

Marhaen Kacak berkata...

haha..aku stuju pasal idris jala jadi kambing hitam je bagi kerajaan.. sampai ada puak2 ameno menyalahkan dia dalam isu kenaikan harga barang..

Hikayat Marhaen Kacak - Blog Info Kesihatan Mata Anda

AlexiaAqram berkata...

depa dah kenaaaa.

Sheherazade berkata...

bertuah encik dpt isteri yg understanding

erm...dieorg pelupe kot..ape2 pon time kasih byk2 kat dieorng!

brat2104 berkata...

tahniah dah setahun kawin.. isteri ko mmg tabah.. hehe..

sian kat idris jala.. dia adalah CEO MAS yg bagus.. sebab dia MAS naik balik. tp disebabkan politik terpaksa jadi menteri yg asik digunakan..

p/s: dulu idris jala yg halang freddy fernandez naik flight MAS free sbb freddy selalu kutuk MAS. la ni idris dah x pegang, xtau la apa cite

Tanpa Nama berkata...

menipu itu ciri2 orang munafik!

Tanpa Nama berkata...

happy anniversary mantot.

Tanpa Nama berkata...

Sian rakyat Msia..

Slalu kene tipu ngan kerajaan BN..

d_uzid berkata...

damn! selipar aku kena curi kt masjid. ujian bagi aku dan si pencuri/ yg terambil.

Khairi Mohd berkata...

penyelarasan gaji tenaga kerja sepatutnya perlu selaras dengan inflasi.

Aku tak pandai ekonomi, tapi subsidi, harga minyak dan harga komoditi asas punya calculation tak sepatutnya straight forward mcm cerita pakcik pembangkang di kedai kopi.

Harga minyak di certain negara arab murah, tapi kerajaan mereka lebih teruk sebab tak mampu manage resource tersebut untuk drive economy, dan kita boleh lihat taraf hidup cukup daif dan kadar inflasi pula sangat tinggi.

Bagus kalau kerajaan interfere market dan set harga, rather than kita purely fight world market macam singapore.

Sepatutnya, penyelarasan subsidi selari dengan penyelarasan gaji tenaga kerja. So that, the whole graph goes up, reducing inflation punya gap. Itu memberi petunjuk we are going towards better economy.

Yang paling aku tak gemar adalah birokrasi dan rasuah. Itu je. BN seperti juga kerajaan negara 'Islam' lain, cukup gemar rasuah2 jadah ni. Mangkuk.

anon gak berkata...

teringin nak dengar komen penyokong umno bn dalam isu penipuan menteri kesayangan diorang ni...=)

Nerzhul berkata...

selamat anniversary!

Tanpa Nama berkata...

lagi satu, kenapa bagi RM100ribu kat Zeti..kan lebih baik buat rumah pprt utk rakyat yg homeless..tidakkah itu lebih afdhal..nak bg hadiah bagi je la sijil ngan piala pusingan ke..tak faham..tak faham...

Tanpa Nama berkata...

harga RON97 di Singapore ialah SD2.10/liter

harga RON97 di Malaysia ialah RM2.30/liter

'dollar to dollar' harga minyak RON 97 mahal 20 sen di Malaysia.

Tak payahlah nak 'tipu' rakyat dengan berkata harga minyak di Malaysia masih murah dengan menyatakan/menukar kadar harga minyak di Singapura kedalam Ringgit Malaysia.

Lainlah kalau gaji kita disini dalam Sing Dollar!

Unknown berkata...

happy anniversary...
same lah kita, setahun kawen

Tanpa Nama berkata...

tiba² aku rasa nak maki..

bujal X berkata...

sebenarnya bila menteri itu berkata "tidak naik tahun ini".beliau merujuk kepada kalendar islam barangkali.cuma terawal bebrapa hari sebelum 1 muharam.kamu semua yang salah faham.kan negara malaysia sebuah negara islam??

anak bumi melayu berkata...

kiamat sok aku tuntut hak aku,hasil2 bumi yg Allah bagi

orang kafir lagi tau jaga rakyat

bayar cukai mahal2,tp yg hidup senang lenang bukan rakyat

aku haramkan semua.biar semua masuk anak bini masuk neraka

Tanpa Nama berkata...

ikut cakap idris jala...habis kita semua kena jala pas tu kena goreng...

Tanpa Nama berkata...

aku rasa nk pijak kapla jer niii...

Buah Pulasan berkata...

Pusing celah mana pun,lari celah kangkang mana pun,dah nampak sangat penipuan yang tak sudah.

Nasib la aku pandai sikit walaupun keluar dari universiti sekadar dapat CGPA 2.43.

:)

Tanpa Nama berkata...

btol ke dlm berita ckp elaun ADUN naik 15%??
ke ak salah dgr..sbb time tu ak tido2 ayam..mamai,,
lau btol ak nk mengamuk nih..
naikkn harga gula n minyak..
bajet negara akn bankrap la lau xkurangkn subsidi..
dh tu yg pg naikkan elaun adun wtf!!!
sorry lau ak salah dgr..
tu yg ak akn ckp lau btol..
anyone yg ade dgr??