Disember 25, 2010

Kita Memerlukan Mass Railway Transit Kerana First Lady Malaysia Adalah Seorang Yang Mass

Aku agak hepi bila membaca pasal projek MRT yang diusulkan baru-baru ni sebab projek tu akan menghubungkan kebanyakan bandar-bandar kat KL dan Selangor ni.Walaupun ada pihak yang mendakwa projek tu adalah sebagai hadiah tender untuk Sultan Perak..eh,ehem..ehem anak Sultan Perak sebab dia layak (atau hadiah sebab Sultan benarkan kerajaan Perak diambik alih tempohari) tapi biarlah...projek MRT ni agak bagus dan beenfit dia kepada orang ramai agak besar.Kalau buat betul-betul,faedah dia akan orang nampak jugak...Ni adalah gambaran kasar macam mana projek tu akan menghubungkan bandar-bandar sekitar Lembah Klang ni.(aku tak tau siapa yg buat gambar ni)


Aku tak sure macam mana diorang nak namakan sistem tu nanti jadi setakat ni apa yang aku paham,MRT ni akan dibahagikan ikut line-line dia.Kalau tengok gambarajah di atas,line hitam bulat tu adalah kawasan di tengah-tengah bandar KL dan mungkin sistem tu akan sentiasa berpusing-pusing untuk memastikan orang ramai dapat dihantar ke sana ke mari secepat mungkin.

Apa yang membimbangkan aku,bukan pasal planning ni,aku rasa plan yang bakal dilaksanakan ni nanti agak baik dan besar kemungkinan sangat berkesan dalam membantu mengurangkan kepadatan kenderaan di Kuala Lumpur.Apa yang aku bimbangkan,bila diorang terlalu fokus kepada pembinaan MRT ni,sistem pengangkutan dalam bandar tu dilupakan.Maksud aku,feeder bus.

Pada aku,takde point kita bina MRT panjang-panjang kalau masalah yang sama macam sekarang ni masih lagi timbul;

1. Walaupun anda naik LRT,anda masih lagi perlu memandu kereta ke stesyen LRT terdekat.
2. Bila dah memandu kereta,masalah kesesakan tu akan masih berterusan.
3. Keluar naik kereta untuk ke LRT,kereta terpaksa ditinggalkan di parking lot berdekatan LRT.Duit parking perlu dibayar.
4. Kemudahan pengangkutan bas masih belum cukup lengkap dan baik untuk seseorang itu pergi ke stesyen LRT menaiki bas.

Contohnya;Aku duduk Cheras.CHERAS!Bukan Salak Tinggi.Bukan Pulau Meranti.Dalam beberapa bulan lepas,aku kena pegi PWTC sebab ada Education Fair.Depan rumah aku ada bus stop.Aku nak naik LRT sebab aku malas drive ke situ.Aku ada 2 option;

a. Tunggu bas depan rumah aku.Naik bas,berenti depan Leisure Mall.Tukar naik feeder bus untuk ke Stesyen LRT Bandar Tasik Selatan.Naik LRT ke PWTC.

b. Naik kereta,pegi Putrajaya Sentral.Park kereta kat situ (free).Naik ERL,sampai Bandar Tasik Selatan.Naik LRT ke PWTC.

Aku pilih option B.Sebab apa?Sebab kalau nak tunggu bas,besar kemungkinan aku akan menghabiskan 2 jam tercongok dekat bus stop sebab aku perlu naik 2 bas.Aku cukup tak suka menunggu.Aku ada option yang lagi senang,drive kereta ke stesyen Bandar Tasik Selatan dan naik LRT dari situ tapi aku tak sanggup nak bayar parking mahal-mahal dan aku agak risau nak biar kereta dekat situ.

Pengalaman naik bas dan tube kat London membuatkan aku pernah rasa macam mana berbezanya level diorang dengan kita.Dari rumah,aku perlu berjalan sejauh 200 meter sahaja ke main road dan kemudian aku boleh pilih bus stop mana nak tunggu sebab semua bus stop dekat-dekat..siap berbumbung (Malaysia punyalah panas tapi ada bus stop yang hanya ada sign board shj).Dekat tiap2 bus stop ada tertera map laluan bas,tube dan tram jadi kalau ragu-ragu,check aje.Kau takkan sesat di London asalkan kau tau kau duduk zone mana dan line mana yang masuk rumah kau.

Jadi,apa situasi sempurna yang aku harapkan?

Aku harap kerajaan aim high untuk projek ni..target all out convenience untuk masa depan.Biar orang mampu keluar rumah dengan berjalan kaki,tunggu bas paling lama pun 10 minit dan bas akan shuttle kan penumpang ke stesyen MRT berdekatan.Diharapkan agar orang ramai tak perlu drive kereta LANGSUNG untuk ke stesyen MRT berdekatan dan tak perlu dibuka ruangan parking di sekeliling stesyen MRT ni.Bila perlu parking dibina,kos akan meningkat,sama ada dipihak kerajaan mahupun pihak pengguna sendiri.

Tapi bila dilihat kat Putrajaya,agak gagal sebenarnya pengangkutan awam di situ.Bila kita perlu membina sebuah bangunan khas semata-mata untuk Park and Ride,itu tandanya sistem pengangkutan awam Putrajaya masih lagi lemah sebab orang ramai masih lagi perlu drive keluar dan parking kereta untuk naik ERL.Itu kisah Putrajaya,sebuah bandar yang dikhabarkan diplan dengan sebegitu rapi dan teliti pembinaannya.Sebab apa orang masih perlu drive keluar rumah jika Putrajaya adalah wajah bandar terancang Malaysia pada masa depan?

Aku mintak kerajaan sedar,orang ramai tak nak berjalan jauh nak ke bus stop dan orang ramai tak suka menunggu lama.Aim high!Projek ini bukan sekadar untuk membina MRT.Projek ini juga perlu dijadikan titik tolak memperbetulkan semua benda yang tak betul mengenai sistem pengangkutan awam di negara kita.

Buatlah sebaik mungkin sampai rakyat yang tak berkenderaan tidak mengeluh untuk ke mana-mana, mungkin sampai satu tahap di mana warga Lembah Klang boleh berkata.."Buat apa naik kereta?Naik MRT lagi senang!"Cuma diharapkan agar kerajaan boleh membendung dasar penswastaan tu supaya sistem pengakutan awam akan kekal affordable untuk semua orang. Bila nak buat perjanjian..jangan buat perjanjian bangang.

p.s - Sorilah.Aku takde idea nak taruk tajuk.Itu je yang aku terfikir bila terbayang perkataan "mass"

26 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kemudahan tren di lembah klang hanya beri kemudahan tahap maksimum pada yg tinggal dekat dengan stesen

ye saya setuju shuttle bas WAJIB dinaiktaraf dari segi bilangan dan ketetapan masa dan keselesaan.

mknace unlimited berkata...

:) :) :)
terbaeekkk!!!!

Tanpa Nama berkata...

sebagai pengguna perkhidmatan awam tegar, aku sangat setuju.

Sebab nak mencapai tahap stesyen kereta api yang within walking distance akan ambik masa yang sangat lama. In the meantime, kerajaan patut fokus pada penambahbaikan perkhidmatan bas dulu.

Satu-satunya perkara yang selalu buat aku goyah daripada keputusan tak nak beli kereta ialah malas/kecewa tunggu bas.

~Am berkata...

itu belum kira lagi bila dah buat special lane untuk bas, tapi M'sian drivers tetap nak mencelah jugak....mana tak lambat sampainye bas tu

Ayyman Rahim berkata...

Yes. Seri Kembangan ada! Btw aku setuju yang kata walaupun ada lrt segala bagai, kita masih kena drive. Kita tak sampai tahap yang semua train dekat-dekat dan tak perlu gunakan kereta. Kan best kalau semua kawasan ada train dekat rumah? Lepasni tak banayk kereta, bas yang suka datang 2 jam selepas itu pun dah tak laku and lingkup. Baguihhh.

de_nataLie berkata...

nice one!..ko bley jd menteri pengankutan la cmni..hahaha, pape pn, dats good idea...

destem berkata...

parking kat putrajaya sentral tu dah kena bayar kot. damn!

and pendapat aku lah, pengangkutan awam (bas nadi putra) tu tak gagal kot. tunggu je kat mana2 bustand konfom ada bas datang setiap 15 minit. park n ride tu sebenarnya untuk menggalakkan kakitangan awam naik bas. and memang tak gagal lah. tak caya pegi tengok kat presint 9 pagi pagi. beratur kemain lagi panjang nya tunggu bas. and bas pon akan tunggu/datang sekali 3/4 buah.
pastu cuma bayar 5posen(dewasa) 3posen(budak) nak naik bas and dia ada lah route sendiri mengikut nombor bas. and kalau tersilap naik bas, boleh tukar bas lain dengan tunjuk tiket bas yang mula2 kita naik tu.

ohya, dan semua bas pon memang stop dkt stesen ERL. see. tak gagal pon :)

kyo_9 berkata...

malas nk jalan kaki? naik beskal cam kt Jpon.. siap ada tempat parking beskal lagi kt semua stesen keretapi.. tp yang sengalnye ruangan pejalan kaki pon x sempurna, jangankan naik beskal, nk jalan kaki pon pikir 8x.. tu pasal ada yang sanggup naik keter semata2 nk g kedai yang berjarak 500 jer dari umah.. -_-"

LS berkata...

2THUMBS UP.

SHAREL berkata...

naik basikal tu memang idea yang cool. tapi bayangkan peluh selepas mengayuh jarak 5 kilometer dalam panas terik cuaca malaysia. pakai pulak uniform ke opis, tak ke mcm something wrong kat situ. takut nanti deodorant jadi satu barang keperluan dan confirm harga naik pulak nanti macam minyak. haha.

eizt zahar berkata...

maka dgn ini peluang pkerjaan mnanti di masa akn dtg.

Fyda berkata...

entri yg membuka minda :)

alan hussin berkata...

bg aku la.. kiter kene mantap kan sistem pengangkutan awam iaitu bas dahulu.. tiru mcm sistem pengangkutan (bas) di korea.. sungguh mantap.. frekuensi jarak pergerakan bas dengan bas di hadapan/belakang adalah di monitor oleh bilik kawalan dimana sistem pengesan GPS digunakan. so klu jarak bas nyer sudah tersasar dari jarak yang ditentukan, orang di bilik kawalan akan menyuruh driver bas tu kembali pada kelajuan yang sebetulnyer supaya bas tersebut ontime sampai di stesen berikut nyer. mmg mantop sistem yg di amalkan. tidak perlu menungu lama. so disini tiada la penyakit dimana pemandu bas tunggu pnumpang penuh baru nak jalan..WTF!

ann berkata...

aku nk tmbah lg point alan..

aku de tgk national geographic psl sistem pggkutan kt korea...mmg sgt canggih la.........smua bas dan train dimonitor oleh bilik kwln.

cth bila de game bola, berpuluh ribu org akan keluar serentak dr stadium dan akan gunakan train serentak...jd bilik kwln akan tmbhkan train utk lncarkan perjalanan org ramai.

Tanpa Nama berkata...

Nak buat camne mantot...kalau kerajaan malaysia perbaiki sistem pengangkutan awam ke tahap yg terbaik sebagaimana yang diharap2kan sebahagian besar rakyat marhaen malaysia, maka kerajaan tak masyuuuk...petrol takde yg nak beli, tol pon tak leh digunakan...saman pon tak leh dikeluarkan...huhu

Firdaus Johor berkata...

kalau sistem pengangkutan awam kat malaysia dpat jadi even 30% sekali pun dari apa yg ada kat korea skrg nih aku sujud syukur ar..
x yah kata korea, tuh hah, singapore tuh dekat, cuba try tgk system pengangkutn awam die..
(musti ada yg nk kata singapore tuh kecik n senang lah apa lah kan, aku ckp sinag2 pg mam, kalau nak kite bulih achieve jauh lagi baik dari singapore)
masalah sistem pengangkutan awam kite bas especially is diberikan kontrak kpd bnyk sgt syarikat..
so bas2 ni mcm berlumba nk cari penumpang.. WTH.

Mantot berkata...

aku cerita sistem kat putrajaya sebab sistem kat situ diorang mampu start from scratch,planning mampu dibuat sebelum town dibina.

1. kereta still masih perlu jalan sbb majoriti masyarakat kat situ still lagi prefer naik kereta.mungkin utk org2 yang berpendapatan rendah diorang naik bas,tapi golongan yang berada,diorang tak nak.situasi kat Putrajaya lebih baik tapi masalah dia still sama dengan semua tempat kat Malaysia ni,orang tak nak naik public transport sebab siapa yang suka menunggu?

minimize problem waiting time tu,akan lebih ramai orang volunteer naik bas.Bila kita berjalan,satu benda yang paling penting adalah kita nak tau kita mampu control time departure dan arrival kita.

2. affordability utk naik public transport tak berbaloi bila compare dgn drive sendiri.

cthnya,kalau suami isteri 2 orang nak ke KL dr Putrajaya,naik ERL...tambang ke KL dr situ adalah RM9.50 satu hala.2 orang RM19.Satu hala.Pegi balik?

Bila dah mcm tu tambang dia,akan wujud possibility utk suami isteri tu fikir RM38 ringgit naik ERl,RM38 utk isi minyak kereta..mana lagi untung?Situ mmg ada ERL aje.Kalau exchange kat BT Selatan pun,satu hala tambang sorang RM5.30.Kena tukar stesyen ke line LRT kat situ dan kena tunggu lagi.Kena top up tambang LRT lagi.


Tapi,kalau nak save dan nak naik bas,kena tunggu bas kat rumah,kena tunggu bas ke KL.LAst2,orang akan still naik kereta atau motor...

Gagal tu bila sistem tu tak dapat nak buat orang rasa sistem pengangkutan awam tu berbaloi nak dinaiki.Orang takkan fikir untung time,org lagi suka untung kat saving.

Tanpa Nama berkata...

kalau kita tgk kat london, lrt or monorel dia buat bulat-bulat kawasan rail dia pada satu bandar,agar kawasan bandar tu manusia boleh fokus dan memudahkan manusia berulang-alik thus mengembangkan bandar tu sendiri. walau kita punya dah macam rojak aku tgk plan rail dia, tapi kali ni bolehla...janji jalan gak...

lagi satu tolonglah jgn mengada-ngada nak buat monorel...monorel tu kalau orang nak leisure boleh la naik...ni kalau org jadikan transport siang malam pergi kerja...sardin laaaaa...buatla komersial lrt jgnla nak fancy tak pikir rakyat...

Johnny Levitate berkata...

ohh
gua mengaharapkan boss gua akan invite gua involve dlm projek mrt tu taun dpn.
gua pon hari2 kne gerak g stesen bdr tasik slatan utk g keje.
parking kne bayar.kalo penoh kne paking sepah2
then kne saman ngan dbkl
nk sewa umah dkt dgn stesen mahal plak tu.
hampeh

Nerzhul berkata...

kerajaan banyank aim high building. wat bangunan tinggi²....

Tanpa Nama berkata...

setuju plak ngan artikel neh.

Bagi aku, cadangan macam mengayuh basikal ker ala2 kat Jepun,Korea memang tak sesuai

Aku pun tak nak. Cuaca sini panas!!! Lainla kat Jepun sana.Angin dia sejuk.

Bila fikirkan pasal pengangkutan awam kat KL ni, membuatkan aku rasa lagi nak beli kereta.

Entahlah, mungkin aku berharap turun jer dari apartment aku, dah tercongok satu stesen lrt. Pendek kata, stesen lrt depan rumah la.

Tanpa Nama berkata...

Post yg mantap. Klau masa menunggu bas awam nih X lbh dari 10 minit utk ke satu2 destinasi...aku sanggup jual kete...jln kaki sket ke bus stop berbumbung...utk ulang-alik kerja. Singapore & Korea bleh buat...Malaysia cuma ada cogan kata 'BOLEH'...rakyat 1 M'sia sentiasa 'boleh' bersabar.
Drp,
Rakyat yg Setia mcm haiwan Peliharaan.

Aslina berkata...

hmm...

tu la kan... pengangkutan awam kemain jauh lagi dari kediaman... pastu selalu kediaman naik dulu baru nak fikir pasal kemudahan pengangkutan... bila orang dalam kawasan tu dah start pindah-randah beli keta 2-3 bijik sorang tibe2 baru nak start buat kemudahan pengangkutan...

masa tu pun dah start sesak gampang kat situ pasal kalo dia buat bus stop... mana bas lagi nak lalu...mana keta lagi nak lalu... teksi... moto mencelah... etc...

aku rasa la kan sepatutnye sebelum sesuatu pembangunan dibuat, baik plan strategik betul2 tempat untuk kemudahan pengangkutan dulu. kalo delay sekalipun orang dah bajet... sini bakal ada kemudahan pengangkutan... so, bleh plan elok2 keta tu untuk leisure ngan family je ke apa...

tapi jangan la delay sampai bertahun2 kan... maklum lah... rasuah... tender pusing sana-sini... last2 terbengkalai...

nak buat camne kan...

huhuhh... pikirkan la elok2...

@rep berkata...

semua yang kerajaan buat adalah BAGUS!!! stop commenting!! *puke

mr_bread berkata...

kat malaysia,bila stesen nak buat kat satu2 perumahan,penduduk sume bantah sbb takut nanti sesaklah apelah.

mentality malaysian vs mentality singaporean.

sbb tu SMRT berjaya.

bas lg satu.zaman skolah dlu nk kemana2 naik bas,skng bas dh xjln area rumah aku,makin sesakla plak komuter UKM.And aku rasa sepatutnya MRT stop kat B.B.Bangi - Putrajaya - Banting.

btw thanks for this post mantot,aku pon tgh wat tesis pasal mrt,bleh pakai point2 ko memandangkn ssh nk dptkn info from gomen project.sume private & confidential melainkan kau sepupu 'orang dalam'.

Unknown berkata...

Aku rasa syukur laa sebagai rakyat Malaysia, cuba kita bandingkan dengan Indonesia... Sedih weii, serius, sebab tu laa mereka selalu benci kita...,