Disember 12, 2010

Bahagian 02 - Anak Perempuan Yang Hot Membuatkan Darah Ini Hot Setiap Masa

Sebagai seorang lelaki....
benda yang paling ditakuti adalah tugas membesarkan seorang anak perempuan.

Aku tak pernah lagi berjalan di mana-mana dan dengan tiba-tiba sekumpulan awek dan gadis2 manis ber-fewitt feewitt dekat aku.Mungkin aku paham kenapa sebab aku dah nak masuk kategori golongan pakcik.Aku tak pernah nampak pulak mana2 kawan lelaki aku diusha punggungnya apabila lalu tepi sekumpulan gadis.Ada kemungkinan mata gadis itu meliar sekejap tetapi tidaklah seteruk apa yang biasa aku tengok atau lakukan bila perempuan lalu depan lelaki.

Cuba bayangkan,anda seorang awek cun dan anda nak pegi makan dekat satu tempat yang majoriti pengunjungnya adalah lelaki.Anda pun sampai ke tempat makan tu dengan kawan-kawan anda.Dengan tiba-tiba suasana tempat makan tu pun berubah."Wow!Ada sekumpulan awek datang makan sini,"fikir laki2 di situ termasuklah aku.Lagilah gembira bila ada yang hot dan seksi antara ramai2 tu,lagilah laju mata merayap.

Aku tak tau macam mana perasaan seorang perempuan yang kena naik bas setiap hari. Setiap hari kena berjalan dari rumah,ke bus stop dan kemudian naik bas.Sampai ofis kerja,jalan kaki pulak nak ambik bas ke rumah.Kalau aku jadi dia,setiap masa sedang berjalan tu aku cuak.Lagilah pulak bila kena berjalan dekat tempat2 "panas" macam dekat Pudu atau Chow Kit.Apa yang korang rasa aa bila dalam keadaan macam tu?Aku pun gelabah bila kena gi situ...

Jika aku seorang bapak,aku sure hati aku takkan tenteram kalau anak gadis aku kena naik bas dan berjalan ke mana-mana.Aku jugak sedaya upaya takkan bagi isteri aku berjalan sorang2.Ada satu masa dulu,aku tak ingat waktu tu aku dah bertunang ke tidak tapi wife aku kena gi kursus kat hotel tengah2 area Pudu...hati aku waktu tu langsung tak tenteram.8 tahun aku jadi pengunjung tetapi area Pudu dan sesungguhnya aku sangat2 takut kalau mana2 family aku kena pegi situ.

Adakah susah jadi perempuan?Pada pendapat aku,sangat susah.Hidup dibelenggu perasaan cemas setiap masa bila berseorang kat tempat awam.Semua tempat pergi tak rasa selamat.Mungkin takde gangguan fizikal tapi pasti akan ada gangguan mata atau bermacam-macam gangguan lain.Tapi hikmahnya bila semakin meningkat umur diorang,semakin kuranglah gangguan yang datang...kecuali perempuan itu berkategorikan "Cougar"...mcm Zakiah Anas.

Tapi dengan era zaman moden ni di mana ada nenek dirogol pemuda,apa-apa pun boleh jadi.Jadi,sebagai lelaki,tugas kita adalah membuatkan perempuan rasa selamat.Jika anda ada anak perempuan satu masa nanti,the best thing to give her is proper clothes,proper teaching and a proper car,itupun kalau mampu. Dengan baju yang cukup,attention lelaki pada dia akan kurang.Dengan ajaran yang cukup,dia tau apa yang boleh dan yang tak boleh.Dengan sebuah kereta,dia tak payah tunggu bas kat bus stop.

Hati ayah pun sedikit tenang walaupun terpaksa makan megi sebab belikan anak kereta.
Takpelah...asal dia selamat.

Jadi,soalan hari ini - Adakah anda rasa selamat ketika berada di luar rumah?Tak kiralah laki ke perempuan,boleh jawab.

Esok- Bahagian 03 : "Apa?Kau Nak Jadi Boifren Anak Aku?"

53 ulasan:

syahmi berkata...

Betul2.
Sekarang kalau mak2 ckp nk naik komuter or lrt pn dah gedebar hati. Bkn apa, kita dah biasa naik. Mcm2 org ada kt dlm tu. Pencopek, menyeluk saku, peraba, apatah lagi yg mata xleh cntrol.
Dh tak rasa selamat nk pegi jln mana2.

wrotejak berkata...

Setuju!
Sy sebagai seorang perempuan memang akan fikir banyak kali kalau nak keluar rumah. Especially bila kena keluar sorang2. So pada sy, mak bapak zaman sekarang perlu timbang Berat2 aspek keselamatan anak perempuan mereka. Senang citer, yang perempuan keluar rumah bila perlu sahaja. Tak mati pun. See, saya banyak spend time di rumah dan masih bernyawa. Masih mampu 'explore' dunia ;)

Suka artikel nih *thumbs up*

hisham berkata...

mana nak selamat. saya rasa diri ini selalu diperhatikan dan diekori. ia selalu membuatkan perasaan tidk selesa melanda diri i. i pening. tolonglah i - hisham.

Tanpa Nama berkata...

oh tidak!sungguh tak selmaat apetah lagi dalam mall yang ramai nak mati orang tu.walau aku xla hot tapi insecure dengan mata2 lelaki tu ada.
naik escalator lagi lah.

'AQILAH berkata...

tak rasa selamat. lagi2 bile bas tu penuh dgn warge asing lagi la kecut perut rase macam "cepatttla bas ni sampai tmpat aku nak turun"

Syuhada berkata...

oh.. patotla mak ayah aku bagi aku kereta. dan setiap kali beli baju, mak aku yang pilih, kalu ade baju yg mak tak bekenan jgn harap la nak beli. dan in case kereta takdek, dan aku tepaksa kuor sorang, mmg mak ayah pesan, jgn leka, perhatikan orang sekeliling dan berhati-hati.

tambah pulak aku satu-satunya anak pompuan diorang.

dan aku mmg tak berani nak g pudu sebab aku rasa tak selamat, jadi aku lagi suka naik tren kalu balik kampung! :)

Raihana berkata...

Mmg susah. SUSAHHHHH SANGAT jadi perempuan. Kita ada naluri utk jadi yang paling cantik, dan kita sukakan perhatian. Bila kita dah berhias, kita mmg expect orang akan pandang kita dan dlm konteks ini, berhias utk atleast nampak decent dan cantik, bukan seksi. Tipula kalau korang tak rasa self-esteem korang naik n lebih confident kalau ada lelaki/ beberapa lelaki(tahniah awk hot) mencuri2 pandang WAJAH korang. Atleast akan terdetik dlm hati , "Maaaaan, i turned a few heads today!"

Tapi yg jadi problem bila lelaki2 bangsat duk stare barang2 anda dkt tempat public. Walaupun anda tak pakai baju ketat. Kdg2 stare dkt wajah utk jangka masa yg lama pun dah buat kita xtak selesa.Masa ni la kita rasa takut sgt kan.

So, yes mmg susah. Theres a thin lining between them; women love attention, not too much it freaks the hell out of them.

aisya zainal berkata...

aku rasa sekalipun ada kereta,
belum tentu selamat. kalau lelaki pun boleh kena rompak kat kereta, apatah lagi perempuan.

sifir dia mudah. ikut syariat tutup aurat[bukan balut badan], insya Allah selamat.

~Ati_Hime~ berkata...

tak selamat langsung..tok sah kata kat luar dekat chow kit..tp dekat tpt keje pun x selamat..kene hadap staf tua2 yg tak sedar diri walaupun pakai kopiah bagai siap sentuh2 punggung org..lps tu buat x tau..bukan sekali..tapi berkali2..last2 tiap kali dia dtg tpt keje aku..aku lari..x mau aku tgk muka yg rumah kate pergi,kubur kate mari..no offense tapi pakcik2 ni sedar tak yg dia tu ada anak2 perempuan yg ramai..agaknye dia suka tak kalau anak2 dia balik umah nangis2 sebab kena harass dkt tpt kerja..aku mmg rs nk report..tapi sapa nak percaya? moral: kalau kau tak nak anak kau kena benda yang sama jangan buat onar dkt anak orang lain

AWI berkata...

Aku ada sorg akak & sorang adik perempuan. Kalau soal keselamatan aku dan adik beradik, sampaikan aku rasa aku pon dilayan seperti perempuan. Nk keluar pon susah. Pergi skolah, balik skolah, pergi KFC,pergi pasaraya Billion, dll semua atok aku anta & amik. Sampai Rasa malu. Tp alhamdullillah lah, selamat dari ancaman. Rasa secure dan mudah. Huhuu.

Al berkata...

uisssshhh gambar tu
mcm x percaye lak

ntahla, bl dunia mkin moden
kaum wanita ni mkin rmai yg x ksh
tunjuk sane tunjuk sini
bukak sane bukak sini
mcm sje je nk bg hdangan kat laki
dunia hmpir ke penghujung katekan...

Mat Pintu berkata...

Papadom by Afdlin Shauki...

Othman Juliana berkata...

Dulu time muda, ada la kot walaupun aku tak hot. Jadi aku budget dah tua ni takde dah yang dok usha. Tambah-tambah, aku pun dah bertambah ke'berat'an. Haha. Tapi, no. Bila aku ada function dengan orang besau2 dan lebih2 sangat2 tua dari aku, depa dok menggatai gak. Almaklum aku tak kawin lagi, depa budget aku desperado kot. Ceh! Komen dari depa ni, "yang bujang memang suka yang slim melim tapi yang matang mcm kami ni, kami nak yang sedap2 macam you,..."

hampeh!
Pudu adalah tempat aku berulang alik bila dok ngaji kat Utara dulu, muka memang kena serius abih-kalau tak, ada je yang nak amek kesempatan. Aku tak sabau nak tengok Pudu pas renovation.

To Cik Ati: buat je report. Jangan amek sikap, "siapa nak percaya?" Sexual harassment is a sensitive issue, but if people keep on letting it go (not reporting it to the right person/department), it will never stop. So, you need to take the right action.Talk with your HR, they will let you know on the next step. Investigation will be made. insyaAllah, the truth will reveal.

Unknown berkata...

This is one of the great posts I've ever read ...
thank you for sharing.

Well for me, the most frightening thing when I'm walking out alone.
kinds of bad things that I would think. The most important my own safety.Nowadays are tons people who do not have good intentions ..

So the conclusion,I does not feel safe when walking alone,what more alone in a quiet place,rarely people passing by.

So girls out there .. if you can avoid walking alone ok.
for your own safety as well.

Aslina berkata...

ntah la. tapi aku jenis berani tanggung risiko.

sebab tu aku amik risiko balik kampung naik motosikal sepanjang highway daripada naik bas ekspress yang terlalu ekspress dan kesudahannya aku kene tunggu at least 3-4 jam dekat stesen bas untuk family member aku pickup aku.

mana lagi safe? aku naik moto dari kuala selangor terus sampai penang, sampai depan umah, bukak pagar, masuk dan sambung tido ke

atau aku naik bas ekspress klang-penang tapi at the same time sebab aku takde duit nak naik teksi, kalo naik sampai depan umah pun takde sape nak bayarkan tambah plak bas awam takde beroperasi pukul 4 pagi, maka kena la tunggu abang aku yang abes shift malam pada pukul 7 pagi datang amik aku?

SarahA berkata...

susah sebenarnya jadi perempuan.
pakai tutup2 pun ada je mata yang memandang. apa ntah lagi kalau yang terbuka sana terbuka sini. pokok pangkalnya, setipa kali keluar rumah berdoa je supaya dilindungiNYA selalu.

Blogwalker berkata...

kalau x cukup kain atas badan mmg lah x selamat.
cuba compare wanita pakai burqah, mcm musleema kat negeri arab pakai. kalau jumpa kat malaysia wanita sebegitu, confirm lelaki x berani dekat.
oleh itu, tutuplah aurat dengan sempurna seperti yg dianjurkn dlm islam. dgn islam, insyaAllah selamat. :)

Atiqah Ahmad berkata...

sometimes memang rasa tak selamat. cuak. nak-nak lagi sekarang aku bekerja jauh dari family. dan tiada langsung saudara mara terdekat aku yang duduk area tempat aku bekerja.

duduk rumah sewa pun dengan orang yang aku hanya kenal melalui iklan di internet. nasib baik ada kereta so mudah aku nak kemana-mana.

naik bas ekspress balik rumah almost every weekend. kereta park dekat terminal dan hari ahad drive dari terminal ke rumah pada waktu malam.

rasa tak selamat sentiasa ada but hidup harus diteruskan. just kuatkan semangat, tetapkan niat yang baik dan insyaALLAH ALLAH akan tolong.

btw, very nice entry. :)

d_uzid berkata...

ketika kecil, aku punya sifir sng je, selagi aku berada disamping mereka yg bersaksi dgn kalimah tauhid aku akan selamat.
tapi kini aku sudah hilang keyakinan sebegitu kerana aku tahu orang islam juga boleh merompak/rogol dan bunuh kamu at the same time.
akhlak dah tahap hanjing.

god saves our muslim sisters anytime anywhere!

Aini berkata...

Saya dah setahun setengah pergi dan balik kerja naik bas atau teksi. Gangguan memang ada, dan senjata pun sentiasa bawak walaupun kdg2 cuma sekaki payung. Kasut bertumit tajam senjata untuk lelaki miang yg suka berhimpit pada perempuan dalam bas.

Untuk gangguan dari pandangan mata diorng pulak, elakkan pakai yg menonjolkan segala, tutup segala yg ada. tapi dalam masa yg sama, ttp berwaspada time kat tmpt tak ramai org.

rekbing berkata...

even lelaki pun cam aku pun kdg2 rsa insecure kalo jln2 kt area lorong haji taib..cuak dowh..ak x kawen lg..

dodol sahaja berkata...

bro this article is awesome.
aku setuju dowh,dalam pemerhatian aku,girl memang bnyak kena care dari laki.so it ok for them to be insecure n a little paranoid dengan kawasan sekeliling,yeah kawasan mcm hood like pudu n chowkit apa kalau bulih elak2 kan pergi,g jer tempat yang lebih better.

Cik Anis berkata...

sekarang memang bahaya kalau keluar rumah,,sy kalau nak keluar pegi bandar JB tu,paling kurang mesti bawa pisau kecik,,kot2 blhla jadi senjata dalam kecemasan ke kan..tambah2 kalau jalan sunyi,lagila seram..rasa mcm nak jalan cepat2 je..sekarang orang lagi bahaya dari hantu..

KasutKaripap berkata...

nak share!!! mintak izin curik ye... =)

nadz ruslan berkata...

walaupun aku tak hot, aku tetap rasa x secure jalan2 kat keyell, nek lrt kena kepit ngan jantan (skang dah ada coach pompuan yippee!), jalan sorang2 lintas depan segerombolan mamat2 yg sedap baik punya nga isap rokok. semuanya merisaukan aku. even pepetang nak jenjalan kat area umah pun, aku x rasa berani sgt.

sian woh. haha. ayo maa.

brutal tapi comel berkata...

saya tak rasa apa2 sbb :
1. kelebihannya saya seorang yg berbadan besar a.k.a gemok
2. saya tak reti nak senyum. org tgk saya semua kate sy sombong.
3. sy pon tak suke nak jln2 tambah2 bile takder duit. dh ader duit, sy hny akan jln kat tmpt yg sy suke. contoh : atas highway sbb sy seorang racer tegar sejak berumor 18 tahun walaupun sy seorang perempuan yang selalu kene marah dek mak ayah kerana keinginan sy seperti lelaki
4. sy memakai tudung dan selalu berlengan pjg walau pon sy bukan seorang bertudung labuh tp sy masih menutup aurat sy walau pon sy akui aurat di kaki sy masih terbuka. sekurang2nya sy berusaha utk ke arah kesempurnaan dan sy akui sy masih lagi tidak sempurna di dlm menjaga aurat sy.
5. apabila anda sebagai ibu atau bapa, walaupun anak anda tidak menutup aurat, ape nth lagi kedegilan thp melampau, apa yg blh sy nasihatkan adalah doalah perkara yg baik utk anak2 anda. sy masih bujang. tetapi pengalaman sy bersama ibu bapa sendiri atau ibu bapa org laen, terutama ibu bapa melayu, mereka lebih suka menyumpah keburukan daripada mendoakan kebaikan.

owh, panjangnya komen sy...adakah kerana sy seorang yg emosi atau sekadar berkongsi?

Unknown berkata...

aku yg laki pun kalau nak pergi petaling street atau chow kit konfem kena pakai spender n boxer serentak... risau kena raba ngn pondan2 ngn gay...

sian gak orang perempuan ni yer... kalau boleh biarlah berjalan bersama2 group. safety tu ada la sikit.

Tanpa Nama berkata...

agreed mantot!

Tapi lelaki pun kene jaga..ada dua dosa Allah cakap iaitu fahsya' (yg melibatkan hawa nafsu) dan mungkar..
Cara rawat adalah melalui solat dengan khusyuk..nak dapat khusyuk kene penat dlu :)

Tanpa Nama berkata...

so far bagi aku selamat lagi. aku ni jenis yang orang kelantan kata "menelan" sikit, ke mana-mana suka sensorang je. biasa berjalan area pudu/pasar seni/masjid jamek sensorang, siang dan malam.

perisai aku;
1. keluar rumah baca doa keluar rumah dan ayat qursi.
2. don't make eye contact
3. jalan laju-laju buat-buat berani walaupun jalan sensorang tengah malam kat laluan bawah tanah menghala ke stesen star masjid jamek dari stesen putra.

alhamdulillah takde apa lagilah...

still, kalau diberi pilihan (dan duit yang banyak) I'd like to have a car. tapi even tu pun belum tentu selamat kan (read: covered parking area)

Nadira R berkata...

saya penah nak balik kl satu masa dulu terpaksa naik tiket pukul 1230mlm.sorg2.sampai pudu dlm pukul 430.sebab ape.xingt tp mmg terpaksa. mak siap tolong sya cari baju tshirt sebesar mungkin dan seluar sebaggy mungkin.dan pakai cap dan pakai sportshoe..PUN kena kacau..tapi Alhamdulillah smpat balik dgn slamat..walaupun kena tggu smpai 630 before first bas gerak..2jam yg sngt mengerikan..

Tanpa Nama berkata...

post yang bsgus!(^_^)..
jujurnya zaman aku muda muda dulu aku mmg slumber and agak berani..mungkin sbb aku anak sulung and mak bapak aku ajar ank dia jadi independent aka terlebih berani...

tp bila zaman da berpasangan ni..
dapat plak hubby yg terlebih jaga jd aku mmg xberani da nak jalan2 area2 yg kira bahaya...

kesimpulannya:mmg menjadi perempuan ini sgt ssh+kene extra careful coz skrang ni xleh nak agak sapa yg jht atau baik+ngan byk sgt pendatang serata msia ni..haih..susah2...

-kechik-

Jawahir berkata...

Mulakan hari dengan dengan nama Allah.

Dan,

Orang perempuan selalunya kene kacau sebab pemakaian dan pembawaan diri ketika berada di mana-mana.

Tanpa Nama berkata...

skrg ni nk pegi mane2 pon rase xselamat... banyak pervert2... bukan sekali 2 dh kena..
kalu naik bus, train mmg sgt2 elak kan yg penuh sbb takut ramai perabe..
ngerii aje..

kt selyang nie terase dh mcm negare asing.. dieorg pandang org mcm xpenah tgk org.. NGERI~

baik duk umah.. xyah p mane2... itupon blom tentu selamat T_T

EEan berkata...

Rase kurang selamat.. Tapi hidup perlu diteruskan :)

Tanpa Nama berkata...

thanks mantot for posting this.
harap-harap lelaki boleh jadi lebih considerate.

tapi yang lebih utama adalah perempuan untuk ada niat yang betul bila berjalan, pakaian yang betul untuk berjalan dan cara jalan yang betul untuk berjalan.

dan berdoa tuhan lindung. iA.

Tanpa Nama berkata...

aku tak selamat bila terlajak naik moto kedalam kawasan pasar chowkit.. hahaha cuak seh! nak patah balik da tak blh, igt ada shortcut...err takuttt

-tea_o

Munn Jaafar berkata...

dlu masa aku bru nk start keje kt kl ni..mggu pertama aku naik bas..n 2je la sminggu aku naik bas spnjg aku bkerja.pastu aku lari balik kmpg n ckp kt mak xnak pg keje lg sbb tkut naik bas..n aku explain kt mak knp dan knp..tup2 akak aku bg aku pkai kancil die..syukur sgt2 wpun skdr kancil aku rasa selamat utk aku.thanks sgt kpd family yg syg kan aku n fhm yg aku bkn nk mngada2 xnak naik bas lg.

Nerzhul berkata...

sekarang ni orang lebih menakutkan daripada hantu.

Tanpa Nama berkata...

hai mantot..

teringin sekali nak baca review u tentang pendedahan wikileaks pasal pujaan hati u anwar ibrahim..

apa beza u dengan syed akbar ali?
dia tulis bersekali dengan fakta/info tp u tulis melulu...wake up n think out side the box

Mantot berkata...

hahahah
kelakarlah kau anon.dah la lari topik.tapi takpe..aku layan.

Orait,

Lim Kuan Yew kata "Anwar masuk perangkap seks." Katakanlah dia mmg liwat,siapa yang perangkap dia?Siapa mastermind dia?

Jika semua tu satu perangkap,maksudnya selama ni Saiful Bukhari menipu di mahkamah,kan?Sebab dia diupah atau disuruh utk jual punggung dia.Adakah kau bersetuju dgn pernyataan itu?

Adakah aku peduli pasal Anwar meliwat atau tidak?Iya.Tapi dalam Wikileaks tu jugak menyatakan pasal kes Najib.Ada keluar paper?Dalam Wikileaks ada menyatakan Najib perlu kekal berkuasa utk elak kena dakwa pasal kes Altantuya.

Comparekan kes Anwar,seorang yg ketua pembangkang liwat org dgn seorang PM yang arah bunuh orang,kau rasa berita mana lagi layak masuk front page?Ada disebut ke dlm Utusan?Media perlu fair.Berita Najib adalah headline punya berita.

dan jika sumber Wikileaks sangat2 kredibel...takkanlah diorang boleh salah panggil Anwar "Dr.Anwar?"

Bila takde benefit,Singapore itu cilaka,Australia tu racist.Bila ada kepentingan..dgn tiba-tiba kata2 Lee Kuan Yew adalah kebenaran mutlak.Come on.Ada orang Malaysia nampak Anwar liwat Saiful?Takde.Habis tu mcm mana org Australia sendiri lagi sahih pasal benda ni?

Takpe.
Jika benda ni kredibel,kita tunggu la saksi dia masuk mahkamah bawak bukti yang dia ada.

Tapi buat masa sekarang,aku hanya assume..benda tu WIKI....semua orang boleh komen,edit.Takde fakta dalam tu.Personal view takleh diambik kira.Jadi,pada aku,benda ni akan kecoh sekejap aje dan kemudian orang akan lupa.

Kau mahu fakta?Ini adalah penerangan mengenai WikiLeaks..

To the user, WikiLeaks will look very much like Wikipedia. Anybody can post to it, anybody can edit it. No technical knowledge is required. Leakers can post documents anonymously and untraceably. Users can publicly discuss documents and analyze their credibility and veracity. Users can discuss interpretations and context and collaboratively formulate collective publications. Users can read and write explanatory articles on leaks along with background material and context. The political relevance of documents and their verisimilitude will be revealed by a cast of thousands.

Tanpa Nama berkata...

Hmm..mmg cuba elakkan tempat2 hot spot, cuak la kalau jalan kat tempat2 macam tu, esp kalau sorang2. Setakat ni, Alhamdulillah takdelah kena kacau sangat. Tips:

1. Jangan melawa, tutup aurat
2. Buat muka serious
3. Buat dono, jalan pantas
4. Pastikan kita alert dengan persekitaran

Tanpa Nama berkata...

xpenah kua p kl jln sengsorang.bkn prasan cun@tkut kena usik, tp mmg berisiko sbb yg xcun pn kena usik gak...

persona berkata...

tak tahulah hendak panggil owner belog ini siapa? abang atau pakcik kah? tidak kisah bukan..
Aku pertama kali menjejak kaki kesini dan berminat dengan topik yang diutarakan.
terus terang,semasa saya belajar di UiTM Jengka, pahang dahulu(2005-2008) saya menunggang motorsikal sendirian daripada Benut, Johor sehingga ke Jengka. Perjalanan biasa bagi sebuah kereta mengambil masa enam (6) jam. tetapi bagi sebuah motorsikal kapcai yang mampu menyelit dan mencilok (rempit lah konon), mengambil masa lima (5) jam. Bukan mahu bercerita perihal menunggang motor, tetapi kepercayaan ibu bapa saya membenarkan saya berjalan jauh sebegitu. (kerana saya sudah biasa menunggang motor sejak kecil dan sangat lasak).
Mesti banyak pengalaman saya menunggang jauh sebegitu. Dihimpit penunggang lelaki. Dikejar..Namun, sebab saya lagi rempit daripada mereka, selamat saya sampai ke hari ini) Alhamdulillah

Tidak dinafikan, dimana-mana, wanita terdedah kepada bahaya. Dimanakah pelindung wanita ini? Macam-macam perkara..Abang bunuh adik, Anak bunuh Ibu, Pemuda rogol nenek, budak sekolah rogol kawan perempuan, suami simbah asid di muka bini, ayah simbah asid di muka anak perempuan..Ya Allah..selamat kan bangsaku, selamat kan agama ku, selamatkan dunia ku...

cik nurulain berkata...

jadi perempuan mmg tak selamat dewasa kini. betul lah mcm bro ckp. ayah sggup mkn megi asalkan anak takyah lalu tmpt 'panas' berjalan kaki..

Lisalis berkata...

pegi mana-mana pun aku tak rasa selamat.dalam rumah aku sendiri pun aku tak rasa selamat,kot2 kena rompak.jadi cara yang aku selalu buat ialah :

1.parking kat tempat banyak orang lalu/kereta/biar mahal/berbayar asalkan nyawa tak terancam.

2.jangan balik lewat sangat.

3.lalu kat tempat banyak orang.kalau ade yang raba korang jerit je.banyak manusia situ.

4.kepit handbag tu jangan pegang aje,kang senang2 je peragut nak tarik.jangan pakai handbag yang berjurai2 gak talinya.

ada masa pegi la masuk kelas seni mempertahankan diri =)

nur berkata...

aku nak komen gak w/pn trlmbt cket.. =) aku rasa anak2 lelaki pn prlu dididik. Menjaga pandangan & menjaga kehormatan seorang perempuan. Diorg prlu ade kesedaran yg diorg ada adik,anak,kakak,mak dr spesis prmpuan..kesedarab untuk sntiasa mmikirkan kalau nak buat benda xelok kat perempuan, esok lusa jd kat family sndiri apa prasaannya..

Tema Hitomi berkata...

lelaki memang tugas dia kena bagi perempuan rasa selamat..kan hawa dicipta dari tulang rusuk nabi Adam :'))

Tanpa Nama berkata...

aku memang lasak, i used to dress like a tomboy time sekolah sebab i hate the attentions.

but when i grew up...things change. tips aku...

a. u better know martial arts
b. be smart - kalau tmpt yg ko nak pegi tuh penuh ngan jantan2 yg tak tentu tahap hormon serta tahap moralnya. jgn duk pakai seksi - cth : konsert/football tournament

i am independent, so my parents okie bila aku buat menda yg aku suka. tp basic rules, never trust man for what ever reason. (sory ahh mantot, nothing personal its just safety) hahahah

- suaka -

Flying Fish berkata...

at the age of 21, baru la aku rase susahnye jadi perempuan.macam aku, aku mmg suke gerak sendiri.tapi lately,aku dah makin takut plus sangat sangat tak selesa bile gerak sensorang.bayangkan,aku masuk kedai nak cari makanan abes sume pandang kat aku macam aku tengah berbogel kat situ.serius tak tahu ape nak buat.tyme2 macam tu mmg aku rase malangnye jadi perempuan *sighhh*

Ixora Azura berkata...

nope..spjg hidup i ni..x pnh i rasa selamat wlupun i berada di rumah..bila berjalan i akan tunduk dn berjalan selaju yg mungkin..sbb klu i berjalan slow dan i pandang org pasti akan ada org menegur i, mengekori i dan mengeluarkan ayat2 lucah pd i..perkara spt ini yg selalu mnghantui i..

Unknown berkata...

izin share

Tanpa Nama berkata...

dalam rumah pn x selamat.. wohoa..
pernah ada lelaki mau masuk rumah tendang2 pintu.. baru 10 min sy masuk rumah.. taqot wooo sampai nangis T___T.. padahal sy bukan kaki lelaki apatah lagi pakai seksi..
kwn ramai perempuan.. keluar berpakaian longgar tutup aurat mengikut syariat.. skang mcm fobia sket bila ada org gegar2 pintu rumah... dh buat laporan polis..

perempuan di luar sana sila hati2 ya! yg pakai seksi meksi tu udah2 la tu tayang body..

Tanpa Nama berkata...

Seriously try this, 1st time u kena dlu ptut u slap kuat2 si tua kutuk, marah gler2 then next time this will never gonna happen. This gonna be a good lesson for others too.
2nd, klu office ada cctv mmg 24h org tua laknat tu tu kena resign or review record then lodge police report. By phone cam..not so sure whether it works or not...