April 14, 2009

Pengguna Genius : Halal atau Tidak?


Aku cilok daripada forum Malaysian Bikers mengenai pertanyaan seorang brader kepada JAKIM mengenai pengiktirafan sijil halal kedai-kedai yang disebutkan di bawah ni.

PERTANYAAN SATU :
Saya ingin bertanya tentang sijil halal bagi WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam. Adakah premis ini mendapat sijil pengesahan halal bagi semua produck dan bagi semua outlet? Tarikh Aduan : 12/12/2008 - 17:32:23 Jawapan : Assalamualaikum.. Old Town White Coffee memiliki sijil halal daripada Jab Agama Islam Perak hanya untuk produk coffee 3 in 1 dan pelbgai variasi coffeE & tea segera. Sementara bagi premis makanan / restoran, TIADA rekod syarikat ini memiliki sijil halal daripada HDC, Jab Agama Islam negeri atau Badan Islam yang diiktiraf.

PERTANYAAN DUA :

Assalamualakum.. Saya ingin meminta kepastian daripada JAKIM bahawa syarikat pemakanan di bawah sama ada halal atau sebaliknye 1) Chilli (di KLCC dan Mid valley) 2) The Chicken Rice Shop 3) Road House Grill (Jalan Ampang) 4) Victoria Station (Jalan Ampang) 5) Dome 6) Burger King 7) Sushi King 8 ) Tarbush (Ampang Point) 9) Restoran yg juga menjual arak di dalam nye Sekian terima kasih, Wasalam

Jawapan :
Berikut adalah penjelasan JAKIM mengenai pengesahan halal kepada premis makanan terbabit : rangkaian restoran The Chicken Rice Shop dan rangkaian Restoran Burger King telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua makanan dan minuman yang disediakan di kedua-dua restoran ini telah disahkan halal, manakala Chilli, Road House Grill, Victoria Station,Dome,Sushi King dan Tarbush serta semua cawangannya tidak tersenarai sebagai pemegang sijil halal JAKIM. Disamping itu semua restoran yang turut menjual arak di premisnya memang tidak akan mendapat pengesahan halal JAKIM. Semoga dengan penjelasan ini dapat membantu pengguna mengenalpasti restoran yang halal.

Sekian.
Tolong informkan dan beritahu kepada semua.


19 comments:

wankedah said...

ya betui
aku yg post sana tuh..

ada lagi tak sah halal
subway
sushi king

Anonymous said...

subway???really???ups...nando's??starbucks??tp my fren says kt mekah ke madnah pun ada starbucks..means halal la kan??

Anonymous said...

biar btol sushi king tak halal?? member aku kalu lapar belasah...takda la dia order yg ikan mentah tu...yg ikan base-base tu adela...uish..jaya jusco punye sushi halal je kan?

alexander said...

cuba try check Old Town White Coffee 3 in 1...
ada logo halal JAKIM...
tapi ada emulsifier E471...
macam mana tu???

Guest said...

emulsifier e471 tu benda yang tak dapat di trace akar umbi....ada yang dtg dr binatang...ada yang dtg dari tumbuhan...so kalau tulis emulsifier e471 tu je,mesti dierang check supply dia saper...dan kalau ada yang amik supply drpd kilang2 yg dierang kenal/sahkan,dierang halalkanlah...mostly yg ada kilang tak kenal ataupun tak beritahu jakim supplier dierang sapa tu yg takde sijil tu...kita manusia...tak dapek nak tahu jauh-jauh akar umbi...org pun boleh tipu..monitor pun tak dapek nak buat 24 jam..nak makan JGN WAS WAS...tawakal dan yakin.

M said...

uih..sape kate subway tak halal? menipo la tuh..aku slalu gi subway klcc..aku siap nampak sijil halal JAKIM dier kat casher counter..korang ni cakap biar betul..saje je nak buruk-burukkan subway..melampau ah.

Phoenix said...

salam..
terserempak ngan blog ni secara kebetulan sebab nak pastikan status kehalalan sushi king...
saya memang berminat ngan kes2 mcm ni... sebabnya, makanan dan minuman yang kita makan akan menjadi darah daging kita...

kepada saudara M, saya rasa SUBWAY tu memang tak halal lah.. sebab saya dah cek dekat laman web jakim.. SUBWAY memang tak dpt sijil halal.

kepada tuan punya blog.. izinkan saya meng'copy' post ini ye... untuk tatapan bersama2 org lain..
saya harap tuan punya blog tak keberatan.. thanks

Anonymous said...

saya tengok kat premis subway semua kata halal kepada daging etc.

Anonymous said...

Aku check kat website halaljakim tu, elok2 je ada status halal untuk SUBWAY!

Anonymous said...

Aku pun pernah nak beli SUBWAY sebab tengok orang2 melayu kat situ. Tapi terkedu gak bila nampak kat SUBWAY tu ada mention BACON. Hu hu takut gak.. mungkin tak bubuh dalam roti kita. tapi khuatir jika BACON tu disimpan dalam tempat yang sama denga daging yang halal tu, atau glove yang sama digunakan untuk pegang BACON tu.. Any body boleh explain tak??

AKU said...

SUBWAY SBNARNYER HALAL KER X?? SEBB RAMAI YANG MEMBELI N MEMAKAN NYER..BG 1 KATER PUTUS...TIMER KASIH..

AKU said...

conclusion nyer subway halal or x?

SyaPhoenix said...

@AKU, cuba awak cek sendiri kat laman web ni, http://www.halaljakim.gov.my/directory/

Anonymous said...

apa mengarut bacon tu xhalal?xkan xtau perkataan bacon or ham tu just sekadar nama je..kalau diperbuat daripada sumber halal jadi tiada masalah.

lagi satu kenapa tanya kalau die letak daging babi kat tempat sama ngan daging halal?kalau die letak asing pon die tetap jual daging haram di premis restoran jadi terus kompem haram.bende2 mcm ni basic la...

syaedah said...

sorry..kalau cek kt wikipedia...bacon or ham mmg source die daging babi..so..xyahla nk percaya kalau org cakap bacon 2 halal..mmg wikipedia ade state pasal bacon dr daging spt ayam,lembu and dipanggil bacon juge..tp kalau dah source asli die babi..xyahla la teringin nk makan bacon or ham altho org ckap 'ini bacon ayam'..;)

WMF Hadi said...

Bacon, ham, pepperoni semua tu adalah jenis makanan berasaskan pork yg diorang duk slice nipis2 tu.

TAPI ade bacon/ham/pepperoni etc yg berasaskan daging/ayam/turkey yang halal.

So, memang konfius la sebab asalnye semua tu berasaskan pork. But to cater to muslim demand, diorang buat semua tu based on halal material.

Sama macam gelatin la. Dulu2 semua berasaskan pork/pig. Tapi skarang ni dah banyak gelatin halal, based on halal material.

Yang peperoni korang makan kat Dominos or Pizza Hut tu Halal, bukan pepperoni pork ye :)

Ajim said...

cukup kecewa dgn laman halal jakim,JAIS,HDC.. semuanya mengelirukan dan info tak lengkap! menyusahkan muslim dan sedara-sedari nak dptkan info betul tak ? end up dgn argue sesama sendiri :(

Anonymous said...

salam semua ,
sebetulnya bagi pendapat aku lahh , sebab malaysia ni kate dia negara Islam. jadi kalo dah mcm tu , tak payah lah letak status halal lagiii... cume letak la status HARAM kat kedai2 yg mmg jual makanan/minuman yg haramm. Jabatan agama tak payah suruh syarikat2 tu apply sijil Halal. tapi diaorang nilah yg buat kerje pergi ke setiap restoran dan kedai2 ni dan buat pemeriksaan Halal atau Haram.. kalo Haram , immidiately la letak terus Logo atau sticker atau ape2 yg patut kat depan2 restoran ni. TAMPAL BESAR-BESAR "HARAM"... tapi memandangkan dgn cara bekerja orang2 jabatan kerajaan ni , aku yakin idea aku ni dorang tidak akan laksanakan...

Sheikh Al-Fadzley Abdoul Al-Rahman said...

Aku nak bagi satu citer. Betul ke tak citer ni wallahualam, tapi boleh penagajaran. Seorang Islam di sebuah negara bukan Islam masuk ke sebah restoran Makananan segera. Dia pergi ke kaunter dan bertanya "Do you have halal food here?" salesman tu pon jawab "Of course sir, we have halal chicken burger, halal beef burger and halal pork burger. Which one you want?" Org islam ni pon x jadi order.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...