Februari 16, 2012

Tutorial Photoshop : Dari Ordinary Kepada Seorang Cougar


Aku cukup marah bila Malaysiakini letak gambar Rosmah dalam keadaan asal camni. Diorang sengaja ke letak gambar dia yang ni? Jadi, aku gunakan subjek ni sebagai tutorial Photoshop hari ni. Anda juga boleh mencuba kalau mau. Kita hanya gunakan 3 tools sahaja, Liquify tool,dodge tool dan blur tool, lain2 tool yang kau boleh cuba sendiri .Ini adalah gambar asal,tujuan kita mudah..kita nak buat Rosmah nampak irrersistable.




Mula-mula gunakan blur tool dan ratakan kulit muka yang tidak rata.



Kemudian aku gunakan dodge tool untuk naikkan tone warna muka supaya nampat shining dan flat.


Liquify tool digunakan untuk proses re-shape muka. Kat sini aku referencekan wajah Mona Lisa,lukisan Leonardo Da Vinci.


Still dengan liquify tool,aku drag sikit mata dia dan bentukkan balik hidung dia.. Bibir dia aku tak kacau
sebab pada aku bibir dia dah cukup seksi untuk buat aku cair.


Ini adalah sambungan proses di atas.


Vibe yang aku cuba dapatkan daripada proses re-shaping tu adalah "seseorang yang accessible tetapi masih lagi irrersistable." Aku rasa aku dapat tangkap vibe yang aku harapkan tu kat atas ni.


Bila kita bercerita pasal imej, seorang fotografer yang hebat pasti akan create satu fokus point pada wajah seseorang..tapi kalau kau refer balik gambar original, takde fokus point untuk attract mata kau. Terlalu banyak highlight spot dan uneven lighting kat situ seolah-olah Malaysiakini memang sengaja nak menampakkan Rosmah tak cun. Aku kena createkan highlight untuk gambar ni tapi aku undecided sama ada nak jadikan hidung atau mata dia. Last-last aku pilih mata sebab aku selama ni terbayang macam mana FLOM kita pakai contact lens. Hari ni aku dapat jawapannya.


Lastly sebagai finishing touch...aku menggunakan teknik paling cap ayam untuk budak2 yang baru belajar Photoshop iaitu menghasilkan bloom pada sekeliling gambar. Pernah tengok gambar yang macam ada kabus-kabus? Senang aje nak buat. Duplicatekan gambar tu dan yang copy dia, kau blurkan pakai gaussian blur. Banyak mana terpulang kepada berapa strong target kau untuk bloom. Lepas tu tukar layer style dia jadi overlay atau screen atau soft light.


Ni lepas aku adjust sket2 bloom dekat gambar tu.

...........


Dan ini adalah hasil dia dalam bentuk final lepas aku adjust colour dengan saturation sket.

Aku harap Malaysiakini lepas ni dapat berlaku adil dan tidak lagi memaparkan imej Rosmah Mansor,First Lady of Malaysia dalam keadaan tidak terurus.

Ni kalau kat Hollywood ni, orang dah panggil Cougar.

Rarrr!


19 ulasan:

Unknown berkata...

peghh,....hahaha....mcm julia robert da tu..hahaha...

su suraya berkata...

hahaha mantot, kau takda kerja ke apa???

mosrah berkata...

i likeeeeeeeeeeeee

Tanpa Nama berkata...

hahhahah hebat gile ko blh hadap muke die lame2 utk edit.. ak tgk sekejap pon nk temuntah

Sue berkata...

ko tak takut kena saman ke mantots? hisshs..berani ko main2kan first lady eh?ko tgk mcm student USM tu..ko pn nak join dia ke?hehe~ reminder beb..

Komrad J berkata...

Argument paling lemah ialah menggunakan modal fizikal manusia lain untuk ditertawakan

tahniah mantot

Balqis Riza berkata...

awww HOT NYE!!!!

Tanpa Nama berkata...

mantot, nnti check email yahoo k..

Eray Majid berkata...

naik seram juga bila ku tenung lama-lama

Laici berkata...

apa bezanya? tak berapa nak elok gak aku tgok (nk kata huduh,kejam sgt)

Tanpa Nama berkata...

skill photoshop level over 9000!!

Tanpa Nama berkata...

nanti masuk dalam 9gag le tu

Tanpa Nama berkata...

SKILL YANG X HEBAT TAPI LAWAK...YANG KO YANG DULU..

Prince Noob berkata...

ana mohon jangan main2 sama rosmah mansor wanita pertama

Curious berkata...

Aku tak kesah ko tak takot Rosmah, cuma ko tak takut Allah ke? Walaupun ramai benci Rosmah, tak dosa ke ko buat benda nih?

Tanpa Nama berkata...

So funny!

. a w e n g . berkata...

mangkok. rajin gila edit muka bonda kesayangan. dari ko edit2 muka fav fom ko nih.. baik ko turun limkok chill sinih..

harum sedap malam berkata...

Sy suke baca awk nye blog, cume entry nie agak keterlaluan bg saya. Bdw, tahniah kerana berjaya mengaibkan orang!!! saya rasa awak lebih arif tentang hukum hakam islam kan, jadi tak perlu la saya type panjang2 tentang perihal tu.

Cuma 1 je nak bagitau, walau ape pun yang seseorang tu dah buat dalam hidup die or even to other ppl kite sebagai pemerhati tak layak untuk menilai. Sebab ape tak layak??? sebab kite bukan tuhan.

akira berkata...

get a life man! at least she do something for the country rather doin nothing! drpada membukak aib org kutuk2 boleh jlan la~dont ask what country do 4 u,ask ur self what u do for the country!