Dalam hidup kita mesti akan ada satu moment kau akan terjumpa seseorang.Aku tak maksudkan mengenai cinta. Aku maksudkan...manusia yang kau rasa sangat2 ridiculous.
Setakat hidup aku sampai sekarang ni, hanya seorang aje lelaki yang aku tak percaya boleh wujud hidup sebumbung dengan aku. Aku panggil dia Rahim la. Pada mula member aku bawak dia masuk rumah nak menumpang sebentar sementara dia nak carik rumah lain..aku tak sangka aku akan jumpa orang macam Rahim.
Rahim adalah seorang artis.
Wannabe artis yang halfway dah nak jadi artis betul. Tapi dia bukannya artis yang glemer tapi artis yang baru nak naik sebab tengah nak recording first album dengan group dia. Aku tak nak sebut apa nama grup dia sebab aku sure korang takkan tau pun.
Aku nampak dia normal aje pada mulanya tapi dia mula nampak belang dia yang menunjukkan dia sangat ridiculous adalah pada satu hari, bila aku tengah main game kat TV dia datang sebelah aku, pegang gitar dan menyanyi lagu group dia. Aku tak kisah sangat pasal benda tu....semua orang buat suka2. Tapi kemudiannya, dia tanya aku, "macam mana? Apa feedback kau pasal suara aku?"
Dalam hati gua..."Come on bro...sangat gay seorang lelaki bertanyakan feedback mengenai tahap vokal sendiri kepada seorang lelaki lain.." Aku ingat dia main2. Rupanya dia serius. Sebab muka dia ikhlas nak tau feedback pasal suara dia. Aku...terpaksa hipokrit dan berlakon kononnya aku pun minat bidang vokal ni.
"Boleh tahan jugak suara kau.." kata aku sambil senyum dalam otak. Rahim tanya lagi, "Kau rasa kalau aku nyanyi cam tadi ok ke macam ni ok?" Dia pun menyanyikan lagu tadi tapi dalam melodi yang berlainan. WTF....aku takleh nak buat2 tido time tu jadi aku terpaksa la layan dia nyanyi sambil sekali sekala menggabungkan suara aku dengan dia sebab dia kata suara aku sesuai buat harmoni. Layan jugak sebenarnya sebab dia jenis dapat dengar tone dan dapat tangkap key lagu, jadi lagu apa2 pun dia boleh main.
Semenjak dari hari tu,lepas si Rahim dapat rasa budak2 rumah dapat menerima lifestyle dia sebagai bakal artis...dia mula jadi lagi teruk. Kalau kau nak pergi makan ramai2 depan rumah dengan member tapi ada seorang dalam group kau bersiap pakai baju lawa dan boot siap pakai glove, ada baiknya berlapar daripada pergi makan. Itulah yang terjadi pada kitorang. Dia ikut kitorang makan tapi dia pegi macam artis pegi event red carpet....dan siap pakai glove. Nasib baik kedai makan tak ramai orang time tu.
Pada satu hari beberapa bulan kemudiannya...Rahim panggil aku. "Bro...kau boleh tolong bagi feedback untuk aku tak? Aku tak pandai sangat nak mengarang surat ni..." Jadi dia tunjuklah kat aku sepucuk surat yang dia karang dan printkan nak hantar dekat awek yang dia minat. Isi surat tu...amatlah memualkan. Contoh2 ayat yang aku ingat, "Hai,apa khabar di sana? Abang di sini senantiasa teringat akan Noor..cinta ini tak pernah lekang dan jiwa ini takkan tenteram selagi cinta abang ni tak berbalas.."
Aku pandang dia. Muka dia serius dan sangat ikhlas.Aku pandang sekeliling manalah tau aku sebenarnya sedang menjadi mangsa hidden camera. Takde kamera.
Aku sambung lagi baca surat tu. Dah siap bersign. Bawah sign tu..dia tak taruk nama dia. Dia taruk nama "Shah Rukh Khan Malaysia."Aku pandang sekeliling lagi sekali memastikan aku bukan bakal jadi mangsa hidden camera. Takde. Member aku semua duk main Diablo kat tingkat atas.
"Shah Rukh Khan Malaysia?" tanya aku. "Hehehehe..." Rahim gelak. "Kau rasa tak sesuai ke?" tanya dia sangat jujur."Ok...tapi kalau minah ni tak minat Hindustan camne?" tanya aku sangat hipokrit dengan wajah yang serius dan concern.
"Dia minat gila....aku kenal dia ni dari sekolah menengah. Dia minat betul Shah Rukh Khan.." jawab Rahim.
Aku biarkan aje la benda tu sebab aku tak tau nak cakap apa. Esoknya, dia memang betul2 post surat tu dekat minah tu.
Aku tak tau apa jadi antara diorang sebab aku tak nak tau. Rahim pun duduk la dengan kitorang dalam 6 bulan lebih dan kemudiannya kitorang terpaksa halau dia sebab dia duduk free dan dia selalu buat bising masa orang lain nak tidur.
Ada banyak lagi cerita pasal apa dia buat tapi biarlah aku dengan kawan2 aku aje simpan.
Dia adalah orang yang aku jumpa setakat ni yang aku takleh masuk langsung. Mungkin sebab dia artis tapi aku rasa Rahim ni ok lagi kot. Kalau Rahim sendiri yang baru nak jadi artis mempunyai keyakinan diri yang sangat tinggi macam tu...kau cuba bayangkan macam mana yakinnya jati diri artis2 wannabe yang masuk majalah Mangga?
Lelaki yang tidak normal aje yang berani join photoshoot Mangga dan posing untuk berenang untuk kesihatan.Ya Tuhanku....Jauhkanlah aku dan kawan2 aku daripada tawaran photoshoot berenang untuk kesihatan.
ps - Kau pernah jumpa orang yang lagi ridiculous dari Rahim?

23 ulasan:
Bro, cukup2 la baca kisah2 artis. Tak best la entri2 berbaur artis ni. Kekekehhh....
dem...ada..manusia ridikiles camni memang dihantar untuk menguji kita. Sabor je la..
seingat aku ko penah tulis pasal rahim ni kan bro??
apa jadi ngn si rahim skrg? pernah masuk tv ke majalah ke?
Rahim ni dah kadi artis MPop ke belum? Ada org yg ridikules yg aku tgk semalam. Kat OnAir. Pompuan tu beriya menangis-nangis sambil menyeru supaya semua org sygkan haiwan dan selamatkan haiwan terbiar dan nasihat org ramai agar tak sepak kucing kalau tgh makan kat kedai makan sebaliknya berilah makan. Masalahnya, rancangan OnAir tu tgh buat ujibakat utk pengacara.
senak perut baca.
ok dah.
aku benti.
nak solat lepas tu kena smbung keje.
*baik tutup jer company produce majalh mangga tu.
*buat cheesecake mangga lagi sedap dan menyihatkan perut anak2!
Aku pernah jumpa Rahim versi perempuan, tak ada la nak jadi artis tapi perangai macam artis, haih sabar jela.
nasib baik tak pernah jumpa org mcm ni.. huhu
Aku (perempuan) baru je berpengalaman jumpa dengan lelaki yang baru nak jadi artis. pulak tu kaki kipas. kerjanya asyik menempek kat artis dan orang2 popular je. alkisahnya aku kenal dia kat satu event dan terus jadi kawan. Lepas tu aku ajak dia perform kat event yang aku buat. dia nampak ok nampak baik. lama2 aku kenalkan dia kat tunang aku (lelakilah kan). Tunang aku ni pandai main alat muzik so dia pun selalulah minta tunang aku main muzik untuk iring dia nyanyi live kat big2 event. Satu hari kitorang dpt tahu dia dapat payment untuk show tapi haram tak bayar pun tunang aku. kitorang ok lagi, still kawan buat tak peduli pasal payment tu. lama2 aku nampak dia ni lain macam je.. rupa2nya dia nak try tackle tunang aku. SO DAMN GAY! dikuatkan lagi dgn cerita2 dari member kitorang yang dia ni memang gay masa belajar dulu.. eee tak kuasa mak.
tengah busy buat programming tp rest jap n dah terkekek2 baca posting ni.really make my day lah
ahahahhaha..nk menyembur depan pc aku baca nih.sabau jelah ko dgn kwb umah ko.
6bulan tu sengsara woh sbumbung dgn artis.
kwn paling ridiculous pernah aku kenal.housemate aku dulu..cun,ayu,suara kepit control comel and ayu tahap gaban.kat umah sewa aku takmo cakap byk arr..harap faham,cuma aku paling tak boleh terima dia makan roti canai dua keping,then isi kuah dhal antara dua keping tu..gulung, and makan smbil baring.
makan smpai tertido.terbaek!
kah kah kah kah-si-hann! LOL
@ Sidratul Muntaha
Untung kot company yang kuarkan Mangga. Ramai MELAYU beli. (admittedly aku pun penah 'baca' jugak masa kecik if you know what i mean *tapi tak beli)
@ Mantot
Yes agak douchey lah weh. BUT, surat tu, buang the word, ABANG, I'd have approve of the whole thing. Some girls actually dig that sh*t. *Tidak aku tak penah tulis surat cinta or anykind of surat camtu
entry ni buat aku nak komen la mantot. sebab aku pun ada gak kenal orang macam tu....kahkah.
housemate tunang aku. dia campuran blur, sangat berjimat-cermat (kalau duduk ngan dia, jangan harap kipas akan dibuka ye), kalau cakap main lepas je. kalau salah, orang lain tegur, x nak mengaku salah. mati-mati kata dia yang betul.
last2 tunang aku layankan jelah. tapi aku suka manusia macam ni sebab kalau ingat2 boleh buat bahan lawak
ko pernah google nama sebenar dia tak? aku pernah + aku jumpa. mmg ada gambar dia kat rumah sewa kita + dengan trofi + platinum disk yang tah dari mana dia dapat. terbaik bro.
haih
Kalau jenis yg poyo mcm tu, takde la Tot
Tapi berlagak tak tentu pasal nak show off dia ada BANYAK DUIT (dan memang dia lucky serba serbi), ada la 2,3 orang...
Gua nak je unfriend kat FB, tapi fikir2 balik, leh la jadi bahan lawak tatkala aku stress...
Mungkin dia tak sedar kot yang dia dah bagi ramai org meluat..Entah la...Lantak la...
Tapi ade je kawan2 aku malah student2 aku pon kaya gila, namun takde pon nak show off atau citer sume kat FB...
Mcm2 kan ragam manusia, dah pon digelar homosapiens, kene la kite terima...hahahaha
ridiculous..maybe sikit kot.bkn annoying-kind-of-ridiculous tapi lebih kepada lurusnya-kau-kind-of-ridiculous la..
ada one fine saturday tu, dia pergi office.ada something kena buat.so lepas dah buat kerja dalam pukul 3 camtu, dia nak balik la.tapi tiba-tiba motor dia rosak.so instead of call kawan-kawan minta tolong hantarkan dia balik rumah, dia boleh pulak jalan kaki dari pejabat balik rumah dia. sampai rumah pukul 9 malam. 6 jam okeh..alasan dia, tak nak susahkan orang..kenapalah dia tak nak naik bas or teksi ke.btw, rumah dia kat bangi and office kat putrajaya
tapi no doubt dia baik la orangnya cuma tak faham je kenapa dia tergamak buat camtu kat diri dia sendiri
Bkn ko penah citer psl 'rahim' ni ke dlm posting thn lps? Tp ko ckp dia ni ala2 penyanyi nasyid yg nk pegi mkn pn siap pkai vest 3 piece n kasut but dgn tumit besi kn..haha
kenapekah rahim slalu 'muncul' dlm hidup ko?
haha
Voltron
Haha..
Yg paling pelik aku pernah jumpa ni member aku sndiri..Mula2 kata nk tumpang2 time weekend g kelas master..penat 4 pagi aku jemput kt bustop, hantar jemput gi kelas bagai..pastu menghilang..dgn kunci umah skali. Ada sehari aku balik tgh mlm sebab annual dinner company aku, tgk2 dia tercongok dalam umah. Siap boleh kata 'Ak ingat ko balik kampung'.. cam babi
Dan malam juga itu aku berubah menjadi incredible hulk
kelakar la bila baca komen makan roti canai sambil baring tu.siyes aku gelak sampai berair mata
salam, 1st thing bila aku baca entry ni mmg gelak gile tak benti rasa nk terberanak (dahla preggy 8bln). seriously,teringat dulu ex-bf perangai sebijik cam rahim. berangan artis (ada join realiti program wat grup), menempek kat orang, perasan hensem (sbb selalu citer awek2 salu nk dekat...euwww!), dah tu ramai member2 meluat ngn perangai dia ( katanya dorang jeles dgn dia -padahal perangai tahapehape). bila tegur@nasihat, katanya aku jeles, suke dgr kabar angin. sudahnya aku tinggalkan dia..saiko doh orang camtu...
plainJane
ko kate aku ke? nak buat macam mana der..jenis aku memang kalo bole takmo menyusahkan orang..aku dah banyak susahkan orang sebelum2 nih..ye aku akui aku jenis berkira..even member nak datang rumah sebab last dah jumpa sebab esoknya aku terbang, aku berkeras juga tak bagi..sampai aku maki hamun dorang tau..bukan apa, jauh tuh..lagi satu, aku takmo rasa terhutang budi..buatnya esok2 gaduh, tibe2 dia ungkit pasal sanggup datang rumah walaupun jauh bla bla bla..aku nak jawab apa??you see, benda2 macam ni la aku nak elak..memang la nampak ridiculous tapi..tapi..entah laa, aku rasa apa jer yang orang buat, mesti punya sebab tersendiri..even sebab tersendiri itu ridiculous..
pAkai glove... manusia aneh
Catat Ulasan