Februari 29, 2012

Menjadi Bapa Cemerlang 09 : Abah Terpaksa Jadi Matured Bila Kau Keluar dan Tengok Dunia

Tiap2 hari bila aku hantar anak aku dekat pengasuh dia, aku akan ingat balik apa aku buat dengan dia semalam tu. Contohnya semalam...aku peluk anak aku sambil menari2. Bantai aje la lagu apa pun tak kisah sebenarnya. Yang penting ikut kajian, melodi memainkan peranan yang agak penting dalam pembesaran anak-anak.

Jadi aku pun menyanyi la sambil melangkah-langkah macam orang gila meroyan dalam rumah nak suruh dia tidur. Anak aku diam aje. Aku takde idea nak nyanyi lagu apa lagi waktu tu sebab baru aje balik kerja dan aku agak penat meredah traffic jam, aku nyanyikan aje la lagu Justin Bieber. Aku rasa aku mampu menghafal lagu Justin Bieber tu lepas tah berapa puluh kali dengar. Catchy memang catchy...sedap tu tak.

"Ba ba ba ba..." Anak aku ikut menyanyi. Aku jadi agak down. Selama ni bila aku nyanyi lagu-lagu yang aku dengar, tak pernah pun dia ikut sama. Jadi, pagi tadi, aku hantar anak aku dengan wife aku. Dalam kepala aku teringat la detik bila aku menyanyi lagu Justin Bieber tu dengan dia.

Jadual aku sekarang ni membuatkan aku bangun tidur,tengok anak aku sejam dua dan kemudian hantar dia gi pengasuh. Bila aku balik dah senja jadi anak aku dah mula nak tidur. Aku tak suka kehidupan camtu. Aku rasa ramai golongan bapak kat luar sana yang keluar kerja anak tidur,balik kerja anak tidur. Macam takde terlibat sangat dengan pembesaran anak.

Jadi tiap2 kali aku hantar dia kat pengasuh tu dan tengok muka dia senyap masa kitorang nak beredar, aku selalu fikir "apa sebenarnya yang anak aku fikir masa tu?"

Adakah dia fikir "nak ikut!nak ikut!" atau "Pengasuh ni garang abah!Tak nak duduk sini!" atau sekadar "hehehe..bebas..bebas.."

Tiap2 hari bila aku ada kat ofis, aku akan ingat anak aku,duduk kat rumah pengasuh sambil fikir, adakah dia tengah menunggu aku balik ambik dia? Balik dan main dengan dia?

Sebab benda yang aku paling tak suka adalah menunggu.

Dan aku percaya dalam badan anak aku ada banyak perangai aku yang aku tak berapa hope dia warisi.Makan kuat. Tidur buas. Badan bersemangat. Nak semua benda cepat. Suka kena manjakan. Suka menyanyi dengar lagu Justin Bieber tu mesti dia dapat dari mak dia. Aku rock.

Aku takkan tau apa yang anak aku fikirkan sekarang...tapi sekurang-kurangnya aku wish aku tak terlepas milestone-milestone penting dalam hidup dia. Sebab selama ni aku terhuyung-hayang, tapi bila aku pegang dia masa umur dia 5 minit, benda pertama yang aku fikir adalah "Oh shit....boleh ke aku jaga dia ni sampai besar?"

Kalau kelahiran anak aku adalah moment di mana aku terpaksa jadi "matang" sikit..aku benar2 harap aku tak terlepas detik anak aku membesar nak mencapai taraf matured tu.

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1st dowh.....

ralphrazaq berkata...

terharu aku baca entri ni mantot..semoga berjaya menjadi bapa cemerlang..all the best.

eh letak la gambar baby kau..aku suka budak gebu gebu tembam tu huhu

Nerzhul berkata...

moga jadi bapa misali

Kak Mah berkata...

tipsnya senang aje kalau ko nk tau anak ko suka/serasi ke tak dgn pengasuh tu

1. masa ko hulur dia kt pengasuh tu dia akan nak dengan pengasuh tu dgn rela hati. kalau dia tak nak (memanjang tak nak je) mesti ada samting rong.. kalau sekali sekala taknak tu biasa la kdg2 dah cuti panjang duk dgn kita dia rasa best.

2. masa balik, adakah anak ko happy bila dgr suara ko panggil dia? kalau dia happy tu bagus ler.

sekian

Tanpa Nama berkata...

cuba kau try berzanji, selawat berlagu ker... nanti anak kau ikut kau pun dpt pahala..

kuncisudu berkata...

ko bertuah mantot, dpt jumpa anak tiap2 hari. aku dpt jumpa anak aku hujung minggu je.

*im not in anyway tidak bersyukur kpd Allah S.W.T. just nk cer citer je.:)

Mr.Clive berkata...

setailo la entri ni...i like. thanks la bro and aku harap ko x akan terlepas moment2 penting dalam hidup dia nanti... :)

take care!

bunga kertas berkata...

ye,setiap proses kehidupan kt adalah satu langkah untuk jadi matang..bila kawin,kt matang untuk jadi suami/isteri yg baik,bila ada anak,kt matang untuk jadi ayah/emak yg baik..

bagi kt la kan,selagi kt beri masa kt untuk anak2 kt,selagi tu la kt sebenarnya mendidik dia..didik dia,supaya dia tau,dia ada parent yg ada masa untuk dia..

Purple berkata...

Perintah je isteri berhenti kerja, jaga anak full time. Tu la, isteri2 skrg metarialistik bla.. bla..bla.. (sekadar ulangi post penulis kat blog ni duluuu... ) ;)

Tanpa Nama berkata...

memalukan mantot sendiri komen yg first2 tu guna anonymous. bajet blog famous.

letak gambar orang lain bajet diri sendiri konon2nya tough padahal perut boyot buncit.

Sidratul Muntaha berkata...

aku suekkomen anon tu.belum ape2 mantot dah curse.
oh shit.
najis katenya?!
aduyai...
takper mantot.
prektis mek perfek.
selamat maju jaya sebagai bapak.

yanisudahh berkata...

anak kau bertuah :)

Alynn Notnot berkata...

insyaAllah boleh! :)

lydiarahayumahmod berkata...

is it?
Aku tak pernah dengar confession seorang bapa modern...
Aku harap, ape yg ko luahkan,BENAR

Saya Suka Baca Blog! Ninie Simmons berkata...

eh mantot kau letak lah pic anak kau.. nak tengok gak. kau taknak letak pic kau pun takpe. sebab aku paham. aku pun tak suka nak letak gambar diri sendiri dalam blog.

Tanpa Nama berkata...

ko nyanyi lagu justin biebier? aku igtkan ko nak ngaji utk anak ko. Ko bace kajian omputeh je pasal melodi membantu tumbesara anak, ko x baca plak mcm mana islam ajar besarkan anak. =)but anyway, its a gud try to be a gud father. gud luck.

Lady Windsor berkata...

mantot aku tahu ko boleh jadi bapak yg bagus base on entry2 ko terdahulu...

portgas_d_ann berkata...

aku rase dia pndg ko sbb dia nk ikut ko g keje