Semua orang yang dah kerja mesti mengalami banyak dilema dan masalah. Tapi kerja kat Malaysia ni lain sket. Kita punya work ethic agak berlainan berbanding dengan negara lain yang jauh lagi maju dari kita. Kes pandang slack dekat mereka yang rajin dengan alasan "dia nak bodek bos dan cepat nak naik pangkat" tu selalu kedengaran tapi sedar tak sedar sebenarnya the good guy dalam bab tu adalah mamat atau minah yang rajin tu. Aku tak kisah sangat dengan orang yang suka bodek bos.
Aku cuma tak suka dengan orang yang gila kuasa. Takde kuasa pun tapi sebab dia ngam dengan bos, dia rasa dia power.Orang2 macam ni memang agak menjengkelkan aku.
Tapi benda yang paling membimbangkan aku bila aku borak2 dengan member aku yang menjadi penjawat awam adalah budaya kerja diorang yang agak ....ridiculous. Bukan sebab kes staff gomen suka curik tulang....pasal ni aku tak nak tulis banyak. Cukup lah aku tulis ada satu masa, Jabatan kat Putrajaya terpaksa hantar pegawai round satu Alamanda untuk cari staff2 yang mengular time kerja dan siap sediakan bas untuk bawak balik diorang ke ofis masing-masing.Mana2 yang rajin..takyah la terasa. Mana2 yang mengular...silalah terasa.
Tapi itu bukan point aku hari ni. Point aku hari ni....Kau tak boleh lawan bos walaupun kau tau benda yang bos kau buat tu salah.
Itulah sebenarnya yang terjadi dalam mana2 sistem organisasi negara kita. Orang yang jaga integriti,jaga value kerja dia akan dipandang slack oleh sesetengah golongan yang dapat benefit daripada salah laku tu. Bukankah sepatutnya kita lebih menghargai orang yang menjaga akhlak diorang semasa kerja? Ya...tapi work ethic kat Malaysia ni...you can't play by the book. You can't play nice. You shouldn't be correcting the wrong.
Tak semua tempat kerja macam tu tapi once kau dah dapat bos yang corrupt, kau akan terpaksa jadi corrupt sama. Betul tak? Mungkin kau tak jadi corrupt atas sebab wang ringgit tapi kau attitude wise, kau still corrupt. Sebab kau tau benda tak betul jadi depan kau dan kau tak nak lawan sebab kau nak jaga perikuk nasik kau sendiri.
Work ethic negara kita sangat menghargai yes man.
Tapi bukan sekadar yes man sahaja...tapi kita orang Melayu sangat menghargai yes man yang angguk kepada semua benda tak kiralah betul atau salah.Nak tengok betapa huduhnya masyarakat kita?Cuba jadi straight man dalam organisasi kau Cuba tegah, cuba report, cuba lawan. Kau lah yang akan dipandang slack nanti sebab kau lurus sangat atau dalam bahasa budak sekolah "mat skema."
Kenapa? Entahlah.
Aku tau setiap staff gomen ada sign surat Aku Janji dan dekat sticker kereta staff gomen Putrajaya ada tertampal "Lindungi Rahsia Negara." Tapi bagaimana pulak kalau rahsia yang anda simpan itu sebenarnya rahsia penyelewengan menteri? Rahsia yang jaga agama sebenarnya tak beragama pun? Anda masih perlu lindungi itu semua? Macam mana tanggungjawab anda dengan agama?
Dari zaman aku sekolah lagi kita dah diajar distorted ethics ni. Masa sekolah dulu siapa suka budak yang report benda jahat dekat cikgu? Siapa suka pengawas sekolah? Pengawas sekolah aku yang disukai hanyalah pengawas yang bila dia nampak benda salah jadi,dia join sekali.
Macam mana kita nak jadi negara yang beretika kalau dari kecik lagi kita dah diajar...whistleblower adalah golongan yang tidak cool? Kenapa mereka yang trying to do the right things pula yang dipanggil pengkhianat?

26 ulasan:
1st.......yehaaaaaa...
Second!
tahape. duk cop 1st, 2nd ni.
macam blog hiburan je.
ko da tgk movie whistleblower tot?
hassan ali oo hassan ali kat mane kau?
agreed.
huhhuuh..
aku selalu baca tpi aku jarang komen.
sometimes aku rasa lagi bagus ko buat entry gini rather than buat kelakor or ala2 melucah.
ISLAM PABENDE BRO
DEPA TU MANA ADA BUAT DENGAN NIAT 'KERANA ALLAH'
DEPA BUAT BENDE YANG BERETIKA, ITU SATU, TAPI DEPA BUAT UNTUK APA?
KAT DUNIA MEMANG LAH OKEY TAPI TAK LENGKAP. TAK ADA MAKNA DARI SISI ALLAH!
"once kau dah dapat bos yang corrupt, kau akan terpaksa jadi corrupt sama. Betul tak?" ~super betul. Sama juga kalau dpt pemimpin corrupt, kau pun terpaksa jadi corrupt. kalo tidak ugut sana sini.
Edward Khil, patutnya kita yg buat kerana Allah ni lebih baik dari mereka..
Adakah anda maksudkan mereka beretika kerana wang?
Jika ya, bagaimana dgn kita? Saya bkerja kerana wang juga.. Dgn wang sy boleh teruskan hidup, bayar zakat, bantu orang dll yg mana akhirnya lillahitaala jugak.
Patut attitude org islam lagi bagus.. ini hampasss.. upset
so langkah nak cegah dia daripada skang ialah ubah pemimpin ke atau usulkan kesedaran di sekolah2 lagi?
"Aku cuma tak suka dengan orang yang gila kuasa. Takde kuasa pun tapi sebab dia ngam dengan bos, dia rasa dia power.Orang2 macam ni memang agak menjengkelkan aku."
ye. setuju.. lagi2 pandai cakap belit.. grr
masalah ni memang dah ada dari dulu lagi. satu perkara je untuk selesaikan = ubah attitude.
mak ayah kena terapkan attitude yang baik pada anak2. majikan kenalah selalu monitor pekerja. baru lah pekerja semua tekun je.
Terapkan nilai2 hormat pd diri sndri, org akan otomatik hormat kita balik, tp skarang ni kurang rasa hormat tp lbh kpd rasa akur & patuh membabi-buta.
Whistleblower nih mcm poyo nak jd attention seeker...staff X suka, bos pun X suka. Simpan sndri telan aje & majority amalkan budaya biarkan..."ada aku kesah". Jaga priuk nasi masing2.
Penjawat awam sdg leka & berada dlm zon selesa...kami X mahu dikejutkan!
Drp,
RYSMHP
Saye setuju dengan pendapat @Cursing Malay. Tempat keje aku pun banyak gak orang yang kaki kipas dan giler kuase. -.-
Kita kena BERANI KRN BENAR. Katakan TIDAK pada rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Jika kita turuti juga larangan Allah ini, beranikah kita jawab di hadapan Allah kelak kita buat ini sebab bla bla bla? Salahkan org padahal diri sendiri yg buat. U have the choice. Either accept it or leave it. Yakinlah rezeki dtg dari ALLAH bukan bos pun yg bagi rezeki tu.
citer benar... kereta dh beratur panjang sampai ke tambak joho... kaunter imigresen bukak sikit jer... bila aku tnya penyelia imigresen kenapa bukak kaunter sikit... dia jawab "ooo... tu diorg tutup kaunter sendiri sebab pegi rehat" bila aku tanya mmg time rehat ker, dia jawab "x la, time sendiri"... hahahahahaha... lawak, tapi bila ada lawatan dari ketua pengarah, tak ada lak time rehat sendiri...
aku pernah keja gomen, dapat bos yg super bebal dan gila kuasa. aku tak suka cara dia mempergunakan staff (termasuk aku) utk kepentingan diri dia. aku lawan. memberontak. akhirnya aku disingkirkan dgn bantuan rakan sepejabat yg dulu kawan sama susah.
setahun kut aku susah. terkial2 cari kerja lain, sementara tu kerja kuli taraf budak SPM hanya nak lepaskan hutang yg ada. hidup ditanggung mak bapak.
sekarang alhamdulillah, aku dapat bos yg bagus etika kerjanya, yg betul2 baik wpun dia non-Muslim (banding bos aku yg Muslim dulu, mcm langit dgn bumi). aku puas hati dgn keadaan kerja skrg wpun xlah perfect spt yg aku idamkan.
my point is, if you want to rebel against your boss esp in gov service, prepare yourself for trouble and humiliation. kalau ko lebih pentingkan periuk nasi ko, telan saja sakit hati dan berhati2 dgn staf2 yg anytime akan khianat ko.
"whistleblower adalah golongan yang tidak cool? Kenapa mereka yang trying to do the right things pula yang dipanggil pengkhianat?"
Aku rasa mmg lumrah manusia. Contoh paling dekat. Katakanlah aku tak setuju/pertikai salah satu entri blog kau (yg bercanggah dr yg sepatutnya), mampus la aku dikutuk die hard fans kau. Siap diorang kata "kalo tak suka, jgn baca blog Mantot". So, ramai memilih utk jilat bontot kau in stead of menegakkan kebenaran.
Its not about ethics or what's right. Its just people...
wow, you are saying the exact problem i am facing right now.
Sy baru keja 2 bulan and sy dapat tahu company sy buat pemalsuan dokumen. Sy bantah and amik tindakan keluarkan dokumen tu, sy kena marah and transfer pegi tempat lain.
Last2 sy letak jawatan.
Hey, memang corrupted sistem2 dlm negara ni. But if pahlawan melayu semua dulu tak mati lawan british, kita takde merdeka skg. if you don't be the one who stands up for what is right, the country's corruption will get even worse.
Every good things will have to start with small rebels like these 'mat skemas' are doing. At least they make some effort to stand up for what is right.
Akhirat nanti kalau kena soal, awak nak jawab apa kat Tuhan kalau awak jaga periuk nasi sendiri kan?
kenapa kat sekolah budak cina ramai rajin belajar tapi budak melayu ramai malas belajar dan suka lawan guru?
kenapa plak pekerja melayu suka baca blog/fb/online game time ofis hour bukan masa kat rumah??
aku x de fesbuk..maka aku nak like kat sini..terima kasih la buat posting nih..sebab dah penat mulut aku bebel dkt staf lain psl hal2 kerja *bukan bos dan bukan nak kate aku nih perfectionist tapi aku tak suke org suke pikir mcm the world revolves around you + klau kau kelulusan sekian,sekian kau dah tak boleh nak pikir lebih dr tu sebab takut glucose dalam bdn ko abis kene bakar sebab berpikir byk sgt* sampai org ngumpat2 blkg kate aku nih garang la..kadang2 aku rs aku pulak yg salah..walhal aku MEMANG TAK SUKA orang keje sambil lewa..x kesah nak bergelak-ketawa,riang ria bagai tapi keje kene tiptop la..tolong la ikhlas kerana Allah..
baba nyonya lagi melayu dari org melayu
aku tak penah bodek bos sebab tak pandai...aku jugak tak pandai nak ngular masa kreja dek rasa amanah aku pada Allah tapi sikap aku yg tak suka mencuri tulang telah disalah erti oleh rakan sekerja yg kata aku buat2 rajin nak bodek bos...malas nak gaduh2 aku slalu amik keputusan berenti kreja dari tempat2 tersebut...sebab tu sampai skarang aku slalu lompat2 kreja...kesian aku tengok bangsa kita melayu yg suka curi tulang dan iri hati yg tinggi...
i see. funny same things happened to me. A distorted work ethics.. righteous man labelled as mat skema.. i think the way to correct this ethic must be done throughly on individual level. u live properly not for boss or fame, but for self and honour. therell be no reason to treat or bagi muka for someone as illusitrated as above they lazy, corrupted sub-human
Mentaliti orang kita dah mcm tu....tapi ada jugak kes yang betul2 bodek bos...sampai beg pon nak junjung....sampai boleh bersms dgn bos....tu nampak terang2 nak bodek....then suka kacau kerja orang semata mata nak bagi bos puji dia...
Catat Ulasan