Februari 02, 2012

Kisah Penyelamat Melayu


Dengan sekelip mata,
Lelaki itu diangkat jadi penyelamat Melayu.

Penyelamat Melayu yang ada satu power sahaja.
Power menyalahkan agama lain.
Lalu superhero Melayu inipun bangun.
Menyuarakan mengenai ciptaan jahat antagonist Kristian.
Injil Berkuasa Solar!

JENG JENG JENG!

Kata superhero kita,
"Injil itu mampu membuat Melayu murtad.."

Orang Melayu pun bangun ber-HIMPUN.
Bangun menentang antagonist Kristian dengan ber-HIMPUN.
Ditinggalkan anak isteri di rumah untuk ber-HIMPUN.
Tapi terlupa kunci pintu rumah kerana nak cepat ber-HIMPUN.

Tatkala pejuang Melayu sibuk ber-HIMPUN
Datang konco antagonist Kristian ke rumah mereka.
"Oh ini pintu rumah tak berkunci pun!"
Riang hati antagonist Kristian sebab lelaki Melayu gemar ber-HIMPUN.

Balik rumah selepas ber-HIMPUN,
Mengamuk para superhero kita.
Anak bini kata nak murtad
Superhero bengang tak ingat
"ARGHH! Kristian cilaka keparat!"

Tapi tak nak pulak dia kata
"Aku yang lupa kunci rumah la..."

Penyelamat Melayu sebenar takkan cerita pasal
"Melayu murtad kerana Injil berkuasa solar."

Penyelamat Melayu tulen akan tanya kenapa hanya
segelintir Melayu pergi dengar ceramah dia
dan kemudian carik jalan meramaikannya.

Dan kemudian fikirkan...

Kenapa dalam sebuah negara yang azan kedengaran merata tempat...
Mengapa Melayu jugak yang gemar murtad?

Tak berkesan ke azan tu dekat orang bukan Islam?
Kat orang Islam?

...........

Kalau hari ni Nik Aziz kata dia setuju join UMNO
Esok pastilah frontpage Utusan dan semua blog UMNO akan kata
"Nik Aziz penyelamat Melayu dan Islam.."

Bacaan lanjut
Kenapa gerakan Kristianisasi sangat berkesan?
Mana hilang penyelamat Melayu ketika ini?
Ke mana penyelamat Melayu dalam UMNO?
Kebenaran

Kenapa takde lagi penyelamat Melayu yang ada pangkat dan kuasa
mintak haramkan majalah Mangga ni?

18 ulasan:

saya suka abang mantot berkata...

tot,aku cuba nak faham knp gmbr jantan tu dibulatkan?

Mantot berkata...

bukan aku bulatkan...
tapi aku rasa dia dibulatkan sebab dia "jejaka cun"

mdazlnshkni berkata...

mangga? BOOO!

kueh bakar berkata...

nazmi faiz pun dah masuk mangga.adoii.

kalau masa belajar dulu, mangga ni ada dalam tandas rumah bujang..

HIMPUN..
2010-2011 ada 150,000 anak tak saf taraf data JPM. senyap je.1.selangor.2 sabah.3.johor.

tak cukup satu stadium bukit jalil.150k maknanya ada 300 ribu penzina. sekali zina ker? hehe..

skrg tak pikir. nanti sampai masa anak dah besar, nak kawin, tgk calon menantu - anak tak saf taraf.baru pengsan..

HIMPUN..
pergi la berdakwah kat sabah dan sarawak. sana sngat memerlukan.

HIMPUN..
ajak la azhar idrus sekali..

Rin berkata...

HIMPUN di solat subuh dulu..at least 40 kali subuh. baru true.selimut sendiri pun tak mampu nak lawan ada hati nak lawan kristian yahudi bagai.

Tanpa Nama berkata...

kalau politik malaysia bersifat terbuka mesti Adam Adli dh masuk Mangga

murai berkata...

Akidah & tauhid tu penting. semai akidah anak dr kecil dlm perut lagi. tak kira bumi bergoncang mcm mana pun.. harap anak-anak kita bukan dr golongan yg boleh senang di'goda'.

sebut pasal goda, apsal jejaka cun tu senget2 bahu..aahh

Tanpa Nama berkata...

bagi aku, himpun ni just untuk bukak mata orang yang masalah kita sekarang ni dah jadi sangat serious. untuk solve problem kita? memang x.

ko ada tgk x video matluthfi ttg politik? nah link, kot la ko nak tgk.
http://www.youtube.com/watch?v=3xXkA6wrxKU&feature=g-all-u&context=G2eb029dFAAAAAAAAHAA

Mantot berkata...

niat betul..cara salah.

org kristian carik orang islam untuk dikristiankan.
orang islam ajak orang islam untuk diislamkan.

carik...kejar.
ajak....tunggu.

hikari berkata...

setuju dgn cik siti fairus

akidah dan tauhid itu penting. jika tak ditanam dalam jiwa sanubari anak2.. pasti kan tergoda..

jika iman setebal kulit bawang, termakan godaan, jgn disalahkan sang penggoda, tanyakan kembali iman masing-masing

sekian

Hana Fabelhaft berkata...

gambar tu. buat aku gelak terbahak bahak. ni mesti majalah mango ni. haiyerr

Tanpa Nama berkata...

Pernah dengar fardu kifayah? HIMPUN tu fardu kifayah gak. Korg yg x setuju HIMPUN jgn la hentam diorg sebab berbeza pendapat.

Tanpa Nama berkata...

nk suruh haramkan majalah mangga tp pemimpin sendiri bergelumang dgn maksiat..mengata dulang paku serpih..

Tanpa Nama berkata...

ELEH....KO TU...CKAP JER PANDAI..tu pun bkn nyer ckap...blog jer..hahahahaaha.....mengata dulang paku serpih..HIDUP HASSAN ALI...
P/S: kalu hassan ali tubuh parti baru..aku akan sokong 100%...aku nak tgk pas, umno , pkr n dap berkubor..hahahahha...ko tu pun dah sampai masa buleh berkubor sama..hihihihi...

exwostorian berkata...

Aku rasa gambar tu dibulatkan sebab singlet tu macam singlet orang pompuan...skang stail singlet camni banyak...dipopularkan dari korea la kot...

Vicc berkata...

HAKHAKHAKKKK!! SINGLET PEREMPUAN LOL

Tanpa Nama berkata...

pnysxqnt [url=http://fashionvuittonsxoutletstores.webnode.com/]authentic louis vuitton cheap[/url] cnbinjlvj authentic louis vuitton handbags on sale rotunfmn http://fashionvuittonsxoutletstores.webnode.com/

Tanpa Nama berkata...

bukan Norman Hakim ker tu??