Februari 09, 2012

Mahathir,Proton dan Kereta Nasional Murah

Aku tengah tunggu kereta Proton baru bulan 3 ni. Semenjak aku tgk Persona member aku dengan adik ipar aku, aku punya pandangan ada sket lain dengan Proton lepas zaman gelap Proton tatkala Gen2 keluar dulu. Gen2 mmg banyak problem. Masa aku nak beli kereta,aku nak beli Saga BLM, member aku yang pakai Saga BLM pun kata jangan beli.Banyak defect,kata dia.

Tapi bila keluar Exora,keluar Persona...tanya sapa2 yang pakai, semua takde kata "biasalah Proton,mesti ada problem." Semua agak gembira. Cuma komen diorang..minyak makan kuat. Aku rasa Proton makin lama makin improve.

Proton mmg makin improve.Tapi Pakcik Mahathir makin deteriorate.Aku paham Proton idea dia...tapi..dah tiba masanya dia duduk rumah dan jaga cucu dan sound sket anak dia yang invest dalam benda haram.

Dipetik dari tulisan Pakcik Mahathir sendiri ;

" 1. I stopped using Proton cars after I stepped down. I wanted to enjoy the superior quality of the high-end European and Japanese cars."

Ye Tun. Kitorang pun nak sebab kitorang tau without the protection on the national car,semua orang boleh enjoy the superior quality of high end European and Japanese car. Buat loan 9 tahun untuk beli Honda City atau Perodua Myvi, mana satu yang jahanam dulu keretanya? Padahal...City dengan Myvi bukannya jauh harga asal dia....

"2. Proton was known for its cheap cars. The assumption is that it can never produce cars of quality as represented by European, Japanese and even Korean cars."

Proton diketahui murah di Malaysia kerana cukai.Jualan di oversea menjadi bukti kereta lain yang Tun katakan superior quality adalah sama harganya dengan kereta Proton.

"12. Naturally the price would be higher though probable cheaper than imports with similar features and quality."

Keh keh keh.Fabricated market price.
Anything can be made to look cheap if you dont have a true competitor.

"3. The people at Proton are unhappy over this reputation. They feel it is wrong to think that they cannot produce high end cars. It is just that the company policy was to produce run-of-the-mill cars. The Malaysian public expect Malaysian cars to be cheap. Cheap cars just cannot have the quality and the features of the more costly imports."

Lagi sekali...Cuba cek berapa harga kereta import kat Langkawi untuk tau harga sebenar dia kepada yang masih belum tahu.Kemudian comparekan dengan apa yang anda dapat kalau anda beli kereta "Nasional."

...............

Membangunkan negara dengan menyusahkan rakyat bukanlah satu bentuk kerajaan yang baik Tun.
Dan aku bukan orang yang gila, gembira bayar cukai lebih untuk kereta dia 
macam sesetengah orang UMNO yang aku kenal.

23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sure ke kereta kat Langkawi tu bebas cukai? Aku rasa macam still mahal je

kuncisudu berkata...

negara kita dah afta compliant, tp harga kereta buatan asean still mahal sbb dealer nak untung byk.

Tanpa Nama berkata...

benda yg macik palin benci bila org buat macik mcm bodoh tahap ICU, tatau compare price luar dan dlm negeri.

buat macik mcm sampah utk terima jer apa yg disumbat

yg lagi macik benci dengan org yg ngap aja apa yg disumbat dengan alasan bersyukur kita dok mesia bukan uganda...

macik bedah,
bendahari persatuan peniaga karipap-karipap chenta

Tanpa Nama berkata...

btol, aku setuju.

Dgn harga Proton skrg, kalau x bole bg harga lg rendah pn, at least kualiti kena improve

Tp aku x pasti Mantot nk compare dgn negara mana yg kereta btol2 murah. Aku g Vietnam, stakat pkerja kolar biru jgn harap lgsg nk beli kereta, pkai moto je..

Walaupun aku pkai keta eropah, sbb kualiti Proton hampeh, tp jauh disudut hati aku harap Proton bole survive, sbb kalau ko tgk struktur organisasi Proton....sbnrnya Proton pn mcm 'payung'..utk vendor2 n peluang pekerjaan yg sbnrnya utk 'orang-orang kita' gak..

peace! hehe

Voltron

Cik Cakula Cemekut Cekelat berkata...

"To protect our local product"...kate tun la...

Mrs. Nisa DK berkata...

exora,body ngan enjin x sepadan,enjin 1.6 nk bwak body gedabak..mak aii lg laju minyak dsedut,kalo nek bukit tseksa dgar bunyi enjin menjerit kena paksa..alza pun ok lg..rata2 ckp alza lg ok dr exora..

Tanpa Nama berkata...

Salam.. Saya pernah teman kawan saya nak beli keta mercedes kat langkawi.. Dia orang kl.. So kami pegi kastam.. Nk tanya berapa kena bayar cukai kalau beli kat langkawi then bawak keluar.. So ada sorang pakcik kastam yang baik hati ni tunjuk la list harga keta dan cukai yang patut di bayar.. Masa dia tunjuk tu terkejut saya.. Harga Jual kat langkawi dalam 150k mcm tu..tapi dalam list tu tunjuk harga patut jual dan dah kira untung dah dalam105k.. Tapi diorang amik untung lagi.. So kalau harga kat sini berapa??? Hehe.. 105k tu boleh beli keta apa kat sini??

Tanpa Nama berkata...

cik Nisa Khairi,

Ko dh try Exora Bold 1.6 Turbo?

Ko penah tny org pkai Naza Ria 2.5Liter, cmne menatang tu larong minyak?


hehe

Voltron

Tanpa Nama berkata...

kat oversea boleh loan 9 tahun ke utk beli keta ? cuba check skit dgn harga insurans skali...

Mantot berkata...

suka berhutang?

http://www.carpricechecker.co.uk/insurance/PERODUA/MYVI/prices

haha berkata...

tot...ngko menyesal ke beli myvi?

mr edz berkata...

aku pakai pesona auto. tahun 2008. setakat ni yang rosak cuma penutup minyal.. kena cungkil baru boleh bukak.. dan minyak sedikit kuat.. lelain takder problem..

cewek.medusa berkata...

kereta nasional semua makan minyak kuat der... ViVa je champion jimat minyak. sebab tu aku pakai viva je. yg lain tu x berbaloi ngn rege. persona? exora? oh please.
byk lg nk kondem ni, tp kang kira ngumpat plak ;p

Khairi Mohd berkata...

cewek medusa, kau ni haha. nak jimat naik motot la wei. ada ke nk komper camtu.

kak mah berkata...

tambang beca pun dah makin mahal..

syima berkata...

aku beli honda city kat langkawi sbb keja sana....rege body 58 riban...aku rasa mahai lagi myvi kot???hehe
pas 4 tahun,aku kna bayaq tax 6 riban....still,kalo campoq body n tax aku rasa sama murah ngan pesona kot???

hanafijaafar berkata...

aku rasa dasar "protect national cars" ni membahayakan rakyat malaysia je..

kita sepatutnya boleh beli kereta import yang jauh lagi selamat dan selesa.

tapi sebab dasar ni, rakyat takde pilihan sgt, terpaksa amek kereta tempatan.

agak2 la kan, berapa byk kemalangan dan kematian dapat dielak kalau kita semua dapat beli kereta import dgn harga sebenar...

Tanpa Nama berkata...

bayar lebih pada kereta murah > proton/perodua

Tanpa Nama berkata...

to hanafi jaafar..
ttg kematian tu ada kaitan gak dgn sikap pemandu/penumpang... kat federal hiway pernah toyota hilux langgar org melintas jln, 2 dr toyota tu ikut meninggal tercampak keluar pasal tak pakai seatbelt...airbag pun tak kembang pasal tak pakai seatbelt...lihat sekeliling yg pakai kereta tempatan/impot sama je sikapnya..

mie berkata...

Setiap kali keluar berita kat media pasal kemalangan membabitkan kereta malaysia, seram sejuk mendengarnya. Kereta malaysia yang selalunya terputus 2, enjin tercabut, remuk macam kertas digumpal..bukan nak kata kereta import takde yg eksiden teruk mcm tu, tapi kebiasaannya eksiden membabitkan kereta nasional memang mcm tu..

Pada aku, perodua dan proton adalah pembunuh berlesen paling besar di malaysia..pembunuh2 ni menghasilkan kenderaan yg sudah berpuluh tahun menelan nyawa rakyat di jalan raya akibat kualiti rendah. diorang tak peduli nyawa org lain..macam mantot pernah cakap la..kat malaysia asalkan kereta tu ada tayar dan boleh jalan maka sudah boleh dijual even tanpa sistem keselamatan yang mampu mengurangkan kadar kematian. dasar kapitalis, asalkan dapat untung,diorang tak kisah nyawa kita dipertaruhkan.

exwostorian berkata...

Sekarang aku faham kenapa kerajaan tamau perbaiki dan tambah lagi sistem pengangkutan awam secara menyeluruh ke pelusuk ceruk dan desa. diorang unt6ung berlipat ganda kot hasil jualan kereta nasional dan kereta import yg tentunya harga mampu merobekkan poket seluar selama beberapa bulan. plus dapat untung lagi hasil menaikkan harga minyak..tambah lagi tol etc.

Kalau sistem pengangkutan awam ditambahbaik, so takdela orang nak beli kereta persendirian..takde la org nak beli minyak dan bayar tol..

Sesungguhnya industri automotif memang mengayakan kroni2 ke tahap paling maksima.huhu

BTW, aku still ingat janji paklah nak perbaiki pengangkutan awam dgn dana subsidi minyak..hmph,sampai sekarang, haram !

Tanpa Nama berkata...

yang pasti inspira dan exora tidak kelihatan di langkawi...lancer lagi murah dari inspira

Tanpa Nama berkata...

janji manis sebelum pilihanraya itu adalah lumrah kehidupan dalam politik. jijik aku tengok politik malaysia ni. eh terkeluar tajuk pulak. sori tot