Mac 01, 2012

Menuju Masyarakat Moden Yang Mengitar Semula Plastik,Kaca,Kertas dan Bayi

Semalam, aku lepak dengan member makan tengahari waktu petang sebab tak dapat keluar lunch hour. Brader kat sebelah baca paper Harian Metro. Cover depan dia pasal pusat pengasuh budak2 yang ikat dan gam mulut budak-budak semata2 sebab tak puas hati dengan bos. Dah tengok video tu? Apa yang menunjukkan betapa corruptnya dunia ni adalah video tu bukannya hasil spyshot mak bapak yang hantar anak kat situ..tapi dua ekor haiwan ni yang tangkap video tu. Untuk apa? Entah. Hiburan kot.

Bila keluar cerita pasal video tu, aku teringat la satu cerita baru keluar jugak di mana seorang pempuan tipu polis kata ada warga emas letak baby kat pintu rumah dia...padahal baby tu sebenarnya anak dia. Manusia apa ni takde duit nak beli kondom kalau vagina dah gatal sangat? Kalau nak beromen sangat..pakai kondom. Buat apa kerajaan benarkan kondom mudah dibeli siapa saja kalau kau tak ambik faedah infrastuktur tu?

Aku tak tau macam mana perasaan seorang ibu dekat anak dia. Tapi aku tau macam mana rasanya sayang bapak dekat anak dia sendiri. Dan aku sure camne sayang aku kat anak aku, isteri aku sayang berpuluh kali ganda dari aku. Sedih nak bayangkan macam mana ada mak sendiri yang sanggup buang anak, ala-ala sampah.

Kau nak buang baju kesayangan kau yang buruk pun kau fikir banyak kali...

"Kenapa aa orang tak kawin beromen senang aje dapat anak? Orang yang dah kawin punyalah banyak kali try dan tunggu, ada jugak yang tak dapat2?" tanya member aku.

"Entah la.." aku jawab.Membuatkan aku teringat balik cerita lama dulu...

First time aku dengar member aku mengandung adalah bila aku tengah belajar dan dia mengandung lepas main dengan boifren. Aku ada kat situ masa dia merayu2 mintak boifren dia bertanggungjawab dan aku tengok dia menangis macam orang gila. Bukan tempat private..dekat depan parking motor. Mamat tu? Buat tak peduli. Aku ingat lagi apa dia cakap kat member aku ni, "aku tak nak ada kaitan langsung dengan kau. Kau yang ajak main." Menangis2 member aku merayu2. Aku dengar cerita malam tu bapak dia datang carik mangkuk tu tapi dia dah lari dulu.

Cuma, aku frust masa tu sebab aku kenal siapa mangkuk yang jahanamkan dia dan aku tak sangka sampah masyarakat macam tu la jugak yang dia bagi bukak seluar dia. Kau pernah tengok muka seseorang dan kau tau dia ni lelaki takleh pakai? Orang macam tu la yang member aku ni terhegeh nak serahkan badan dia...

Bila difikir balik,agak bodoh sebenarnya member aku tu. Zaman muda. Dia rasa cool kot sebab boifren dia satu2 nya mamat yang ada Yamaha TZM kat kolej dan mungkin sebab bergegar naik TZM punya pasal la malam tu dia tak tahan,nak buat projek. Semua benda tu jadi terlalu sudden sehinggakan member baik dia merangkap housemate pun tak tau mana dia hilang. Sedar2 dah positif ada benih dalam perut. Macam tu aje la hidup dia berubah.

Sekelip mata aje dia yang nak grad lagi 2 sem hilang macam tu aje. Lepas dia berenti belajar tu, aku tak tau apa jadi kat dia. Sama ada anak tu masih ada atau tak,wallahuallam.

Kenapa aku ceritakan pasal member aku ni? Aku rasa aku boleh jawab soalan member aku yang bertanya masa makan tu. Semua lelaki normal mengharapkan dapat orgasm dalam vagina wanita dan semua lelaki memang faham benar,bukan mereka yang bakal mengandung kalau sperma dan ovum bercantum.

Dan admit it...Tuhan cipta alam ini untuk kita buat kebaikan tapi Setan akan cuba hasut kita untuk buat kejahatan. Sebab nak tak nak, akuilah...buat benda jahat lagi senang daripada buat benda baik. Jadi aku rasa orang2 yang beromen merata2 sampai dapat anak ni sebenarnya sebab nak suruh diorang stop buat benda tu. Kalaulah diorang ni beromen merata2 dan tak pernah dapat anak; kau rasa berapa kali diorang projek dalam seminggu?

Begitu jugaklah orang yang dah kawin tapi susah dapat anak. Reasonnya agak mudah. Tuhan sedang suruh kau cuba dan cuba lagi.......sampai patah katil. Memupuk kasih sayang bang. Sambil2 tu exercise sekali. Metabolisme pun tinggi. Benda halal buat setiap 6 jam sekali tak salah.....

Kesimpulannya; lelaki mampu lari dari jadi bapa kalau perut gelfren ada isi tapi perempuan takkan mampu lari kalau dah terjadi mak...melainkan....dia dah hilang akal.

Link

20 ulasan:

su suraya berkata...

sengal mantot, hohooh infrastruktur pasal kondom paling tak boleh blah, aku rasa sampai bila2 kes buang bayi takkan setel selagi langkah pencegahan yang berat tak di ambil. sebab tu aku rasa memang patut hukum hudud di laksanakan. takda lah orang sesuka hati nak projek kat memana je sampai dalam semak pun jadi..tapi ada plak orang cakap hukum tak relevan lah apa lah..nasib lah

KiD berkata...

apa msalah budak gay dua ekor tu.aku rasa semua ni mgkn berbalik pd attitude msg2.dan mana letaknya agama diaorang.kalau tak benda ni tetap berterusan.

Tanpa Nama berkata...

y aku prasan takat nie org melayu kite x segan nk romen tp segan nk beli condom...even y dh kawen pn segan nk beli kondom...ble dh termendpt anak mula la tergaru2...mulut sebut "rezeki...." tp ati ckp "aiseh aku rse aku tembak luar..."

SANG MERAH

Mr.Clive berkata...

bro,serius aku suka cara penulisan ko.

kemas,jelas dan tak berbelit belit.

and ko nyer subjek untuk harini pun setail.pedas,relevan ngan setailo.

harap2 ramailah yang dapat belajar dari membaca ni...

thanks bro.

anboos berkata...

"Jadi aku rasa orang2 yang beromen merata2 sampai dapat anak ni sebenarnya sebab nak suruh diorang stop buat benda tu. Kalaulah diorang ni beromen merata2 dan tak pernah dapat anak; kau rasa berapa kali diorang projek dalam seminggu?"

- epic!!

just azura! berkata...

orang melayu kita memang macam tu. mental pelik sikit. aku pernah sembang dengan sorang mamat chinese, dia kata dia lagi rela invest rm2 untuk sebijik kondom dari kena menyara sorang budak yang boleh makan ratus ratus untuk besarkan dia. melayu pikir, masalah anak belakang kira, yang penting kita enjoy! bodo!!

Hacks berkata...

condom nak beli, malu. kebanyakan orang lebih malu nak bayar kurang RM10 untuk protection sebab "nanti orang 7-11 tu pandang" dari menyorok dengan girlfriend dekat hotel murah/toilet/bawah tangga. nak tunjuk insecurity, amik video gf masa buat, ugut nak pos public kalau gf tinggalkan dia.

kadang kadang perempuan pulak tak reti bahasa, sayang punya pasal, biarkan. dan biarkan.

anboos: semuanyalah epic. semuanyalah legendary. apa maksud sebenar dengan cara penggunaan, kau pun tak sure macam mana kan?

Tanpa Nama berkata...

Budak2 melayu zaman skrg ni mmg teruk. Bla orang kata jangan ada boyfriend, dia tengking balik. Bila dah bunting, baru nak datang mintak tolong merayu2. Menyusahkan orang betul. Diaorang ingat cool ke bila main luar nikah? Umur dah lanjut jadi andartu baru menyesal takde dara. Takde laki nak kawen dengan kau. Harga kondom yang murah bukan boleh menyelesaikan masalah ni. Masalah anak luar nikah mungkin boleh selesai. Masalah keruntuhan akhlak tak boleh selesai dengan harga kondom yang murah. Buat Hudud je. Baru orang pikir dua tiga kali sebelum beromen. Berani berzina, berani la tanggung kalau kena hukum depan org ramai. Dengan Tuhan tak takut, takkan dengan manusia takut pulak kan?

fingerkontot. berkata...

Influence datang bertubi-tubi woo kat budak zaman sekarang. ciput sangat la yang bersih dari benda-benda ni.

Tanpa Nama berkata...

nk tgu hudud dlm mse 54thn merdeka nie dh bpe byk baby kena buang? smpi thn nie...msk bln 3 nie pn...dh bpe byk anak luar nikah? ada kuasa nk laksanakn hudud...kita laksanakn...lau xde...then use dat damn condom!

SANG MERAH

Lana berkata...

"Bila orang kata jangan ada boyfriend, dia tengking balik. Bila dah bunting, baru nak datang mintak tolong merayu2."

Setujuuuuuu sangat!! Wahai wanita & gadis2, BERHENTIlah jadi bodoh! Tak payah berboipren walau APA pun JUSTIFIKASI kau. Contohilah Siti Khadijah. Itulah yg terbaik. :)

Alynn Notnot berkata...

image tu buat patik rasa nak termuntah.

=.=

de_nataLie berkata...

undi pas! daulat hudud..abes cte..hehe

Raden berkata...

ilang selera aku nak makan tengok gambar ni....

wei mantot... pls la... jgn... jgn x wat mcm ni lagi

Cik Norfa berkata...

aku jugak kdg2 terfikir, yg mengandung smp beranak anak tu, tak pernah jmp doc, makan supplement, cek darah, air kencing, dan sbgnya...

tapi bila anak dia lahir, dia letak kat masjid, bus stop, anak dia sehat walafiat, malah mak dia yg menghilang tu pun aku yakin sihat je lepas beranak.

Sdgkan, mak-mak yg solehah ni, kena pegi klinik, checkup every month, cek drh, ada kencing manis, kena plak minum air gula, makan ubat itu dan ini nak tambah darah, semua tu demi anak yg dikandung. punyalah seksa nak jaga diri, tkleh angkat benda berat, dan time nak bersalin plak seksa yg amat nak tanggung sakit...

yg mak-mak 'terlanjur' ni punyalah mudah nk bersalin..dlm tandas lagi....dlm pemikiran aku,sgt brhrp segala kesakitan yg ditanggung mak-mak solehah tu, mudah-mudahan terhapus segala dosanya...dan mak-mak durjana yg buang anak tu, mudah-mudahan mendapat pengajaran.

norinaomar berkata...

akhirnya aku jumpa jawapan kepada persoalan aku selama ini.

thanks mantot..

mudahmudahan Allah permudahkan usaha aku n laki aku.

dan aku doakan kau, isteri dan anak serta keluarga dimurahkan rezeki juga ..AMIN

Tanpa Nama berkata...

satu hari nnt, salah sorg dr bdk dlm gambar ni adalah anak ko mantek. amin.

Tanpa Nama berkata...

perghh mantot lu memang hebat la..wa respek lu punya stail penulisan..30 tahun hidup wa tak jumpa jawapan terbaik kenapa couple tak kawen beromen terus dapat anak..wa suke jawapan lu mantot..mantot terbaik!

Megah Angkasa

Tanpa Nama berkata...

pakai kondom x sedap lah.

Tanpa Nama berkata...

Tau tak sebab apa yang beromen luar nikah senang dapat anak dan lahirkan anak? Sebab diorg tu muda lagi, jadi masih segar bugar. Kalau kawin dekat malaysia ni nak tunggu habis belajar dulu lah, nak kerja dulu lah. dah tua kerepot ko ingat senang nak dapat anak? Lepas tu senang nak keluarkan anak? Pendidikan kat malaysia ni patut diawalkan.