Mac 20, 2011

Lawak Original Hari Ini : Hakim dan 3 Pemuda

Ada tiga orang lelaki yang sedang dibicarakan di dalam mahkamah oleh seorang hakim.

Hakim itu yang kelihatan seakan-akan baru bangun dari tidur pun bertanya kepada 3 tertuduh itu."Adakah anda bertiga tahu kenapa anda dibicarakan hari ini?"

Mereka bertiga pun mengangguk."Ya tuan hakim.Kami tahu tuan."

"Saya telah diberitahu yang anda bertiga telah secara serentak menyepak tiga orang lelaki lain  pada waktu yang sama,dilokasi yang sama,betul?Jelas?" tanya Hakim lagi.

"Jelas tuan hakim," mereka bertiga jawab serentak."Terangkan kepada saya apa yang telah anda buat?Saya suka dengar penjelasan dari mulut tertuduh," pinta tuan Hakim,tegas dan garang.

"Saya telah tersepak lelaki bernama Raja," kata Pemuda A.Hakim tersenyum lalu memandang pemuda B.

"Saya telah menyepak seorang seorang lelaki bernama Muhammad," jelas Pemuda B.

"Kau pulak?" tanya Hakim sambil menjeling Pemuda C."Saya tersepak Anwar.Saya bukan setakat tersepak,saya terbelasah dia." Hakim terkedu tapi kemudiannya tersenyum,dalam otaknya sedang berfikir.

"Aku malas cerita panjang.Jadi tak nak buang masa.Kau, kau sepak Raja?" tanya Hakim pada Pemuda A."Ya yang arif..." jawab dia. "Kau kena penjara 5 tahun dan sebat 2 kali." Pemuda A tertunduk sayu.

"Kau pulak,kau sepak Muhammad kan?Kau kena penjara 3 bulan." Pemuda B diam tapi Pemuda A dengan geram merenung hakim kerana merasakan tidak adil hukumannya.

"Last sekali, Pemuda C.....kau sepak Anwar?" tanya hakim kepada Pemuda C. "Benar yang arif.." jawab dia.

"Lain kali.............sepak kuat-kuat sikit."


12 ulasan:

eszol raar berkata...

kahkahkah!

trialtodelete berkata...

haha...pedas!

zacrin berkata...

terbaik nyer...

nn berkata...

hahaha. memang lawak.

Tanpa Nama berkata...

aku bkn penyokong anuar. pada aku pemimpin2 kat msia especially yg veteran mmg xbole pakai. anyway, read the article from Harakah here.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31426:kes-liwat-tuduhan-palsu-konspirator-jahat&catid=90:mohd-rashidi-hasan&Itemid=128


-D Great-

LS berkata...

steadyyyy! HAHAHAHAHAA

freezer_91 berkata...

ape kena dgn nama muhammad tu?xdpt tgkp yg tu...

Waibee's berkata...

haha.. siot!

Adzhar Zandar berkata...

weh. kau mmg hebat buat cerita . cuma nama dia buat tak senang baca la.. kenapa pkai muhammad? bila baca pn 50/50 sedih n hepy ja. tuka la nma laen. just a little critic,harap kau terima.

killthepervert berkata...

ade jugak yg xphm2..keh3..
apepun aku gelak...=)

Mantot berkata...

takpe2..
slow2.
nanti dia dapat la tangkap

Unknown berkata...

bapak siot...haha