Mac 24, 2011

Isnin,Imej Bertudung Tapi Pakai Seluar Pendek,Selasa,Bertudung Dan Memakai Sleeveless

Baru-baru ni,heboh lah (dalam blog gosip artis yang berlambak) pasal Irma Hasmie bertudung. Aku tak tau pun sapa Irma Hasmie (sp?) tapi aku rasa dia ni pelakon dan dia ni bekas awek Nabil Raja Lawak tapi clash sebab gambar cium mulut baik punya mamat tu dengan awek lain...wallahuallam.

Pernah ke aku tengok dia berlakon?

Entah.Aku tak sure.Kalau Rozita Che Wan berlakon aku sedar lah,sebab Rozita Che Wan mampu menghasilkan imej 3D pada mana2 skrin TV yang tak support 3D tanpa perlu pakai spek 3D...kalau tak faham takpelah.Mungkin otak anda masih bersih.

Tapi aku memang jarang layan drama kat TV.

Ada satu hari tu dalam liputan blog2 gosip semua bercerita pasal dua benda....buah dada artis baru lepas SPM (dia underage lagi ke?) yang aku tak tau pun siapa dia sebenarnya dan Irma Hasmie bertudung.Rilek...aku bukan nak kutuk dia bertudung poyo ke hapa...aku cuma nak tanya,kenapa masyarakat kita bila nampak artis bertudung...mesti dia akan tulis "Si Polan binti Si Polan tampil dengan imej baru bertudung." Apa benda ni?Diorang tak sedar ke untuk seorang Melayu,bertudung tu bukan satu imej.

Oprah Winfrey pakai tudung..itu imej,itu fesyen.Justin Bieber pakai tudung,itu imej.

Orang Melayu pakai tudung?Itupun kau consider imej?Apa perasaan dia kalau dia betul2 ikhlas pakai tudung dan kau consider itu sebagai imej..satu penampilan terbaru dia?Satu gimik?Kalau dia pakai tudung tapi dia pakai seluar ketat,tu imej.Kalau dia pakai tudung tapi dia pakai mini skirt...itu imej.Tapi kalau dia kata dia nak pakai tudung sebab dia nak buat perubahan,itu bukan imej, itu adalah dia cuba menjalankan tanggungjawab dia dekat Tuhan.

Cuba anda Google "imej bertudung," berlambak2 result yang keluar,semuanya artis.Aku tak tau sama ada wartawan tu ke yang tak sedar atau artis sendiri admit "bertudung" adalah satu frasa trend dalam hidup dia dan selepas beberapa ketika,dia akan berubah kepada imej lain pulak..mungkin imej suka berkemban tapi bertudung.



Takde siapa tau sama ada Irma Hasmie ini ikhlas atau tidak.Tuan punya badan aje tau. Harap2 nya ikhlas sebab tak ramai artis kat Malaysia yang betul2 ikhlas nak bertudung.Majoritinya menjadikan "bertudung itu satu trend" atau lebih teruk lagi ada yang bertudung sebab nak betulkan semula PR dia yang dah tercalar.Bila dah popular balik,tanggal tudung,bukak dada,tayang lurah lalu dilentikkan badan sambil tangan mengepit buah dada supaya nampak lazat.

Mungkin pada sesetengah orang,diorang anggap benda ni kecik."Alah,masalah bahasa aje tu" tapi dengan mula2 sikit tu lah lama2 akan makin ramai orang Melayu yang boleh jadikan tudung itu satu pakaian optional.Bayangkan,satu hari nanti,anak anda,Isnin bertudung,Selasa bukak sebab nak imej ranggi,Rabu pakai tudung balik,Khamis bukak,Jumaat pakai...weekend jangan cerita.

Kepada Irma Hasmie,aku tak tau kau sapa dan kau pun tak tau aku sapa tapi aku doakan kau jangan ada rasa nak tanggal tudung tu sebab kita semua maklum,bila dah bertudung tu tawaran berlakon akan makin kurang.Ye lah,pengarah nak suruh kau peluk2 dalam drama tapi kau pakai tudung,ada ke dia berani dia nak buat?

Dan itulah faedahnya pakai tudung ni!Bila artis tu betul2 ikhlas pakai tudung,kau akan dijauhkan daripada scene2 yang bersentuh-sentuhan ni.Tuhan protect kau.Save sket dari buat dosa untuk paparan public.Jika pakai tudung mengurangkan tawaran berlakon untuk kau tapi dapat elak kau daripada kena cium dengan pelakon lelaki yang kebanyakannya nampak macam tak dapat nak kontrol nafsu masa berlakon adegan romantik, teruskanlah bertudung.Mungkin Tuhan dah bagi jalan kat kau carik rezeki yang lebih baik dan berlakon bukan rezeki kau.

Kepada wartawan dan penulis blog gosip yang bersepah,kalau artis tu bertudung litup,tunggulah 6 bulan,tengok dia dulu,sebelum anda panggil action dia tu "imej." Lepas 6 bulan,tengok dia dah start tayang leher balik,tanyalah dia,"Cik,kenapa sekarang dah tukar imej yang lebih seksi?"

Kesimpulannya,aku tak suka pun tengok Rozita Che Wan berlakon tapi aku "suka" tengok Rozita Che Wan,seperti aku tulis kat atas,macam tengok imej 3D.Pakai tudung menjauhkan orang macam aku menelaah dada anda di kaca TV.Satu bentuk kemenangan pada anda adalah apabila ada lelaki yang mengatakan "DAMN!AKU TAK DAPAT NAK TENGOK CLEAVAGE IRMA HASMIE LAGI LEPAS NI!"

Itu adalah satu perasaan yang sepatutnya sangat2 menggembirakan mana-mana wanita.

38 ulasan:

mutiara berkata...

klaka la ...baru pagi nie jadik..
kes sama mula2 dtng pakai tudung kemudian bukak tudung balik..

name budak nie ratu...anak pekerja mak aku ...

tapi x pela budak nie belum mumayis lagi baru 3 tahun hehe...

korang kne highlight bukan artis melayu tapi artis islam..

islam no.1 melayu no.2

knape aku ckp cm2..

dlm quran ckp islam ada harapan utk masuk syurga..

melayu x der pn sebut dlm quran.

islam = melayu,cina,india,arab,mat salleh,yahudi,kadazan,melanau dll.

laila berkata...

setujuuu!!!bukan imej..but perubahan...i like irma..:)

ejaMaria berkata...

mmm... minta dijauhkan dari anak-anak ku 'imej' yg pelik-pelik... amin...

Cik Ina Do Do Cheng berkata...

Orang Islam sekarang tak tahu yang mana satu imej ngan perkara wajib.

Artis berpurdah pulak dikatakan artis tu ke fasa yang lebih baik.pelik.

Unknown berkata...

dunia hiburan biasa la..

imej 3d rozita che' wan mmg nmpk lazat... kah~ kah~ kah~

Cikgu Abah berkata...

mungkin wartawan gune perkataan "imej" tu sbb artis malaysia ni(bukan semua) ramai yg on-off pakai tudung..kawen pakai, cerai bukak blk, putus pakai, dpt laki baru bukak blk, mcm2 alasan..
tp yg wajib nye pakai..
tahniah irma dan harap kekal la sampai bila-bila..

dieya berkata...

." Apa benda ni?Diorang tak sedar ke untuk seorang Melayu,bertudung tu bukan satu imej...patutnya tukar seorang Melayu kepada seorang ISLAM..yang lain saya setuju.

P56054 berkata...

sgt2 suke this entry!thumbs up!

WeenAzura berkata...

your topics are getting boring bro. #justsaying

Diana @ BKKC berkata...

'imej' dan 'tuntutan'...

mm..maksud berbeza..
sekurang2 kite perlu support mereka yg cuba berubah menggunakan landasan 'imej bertudung'...bkn ape...berubah memerlukan langkah pertama..sedikit demi sedikit..

bia bertudung..sekurang2 etika berpakaian semakin baik. maksudnya tidaklah nampak lagi 'lurah' dan dendam..tidak nampak lagi batang kaki berjalan2..tidak nampak lagi rambut warna warni segala macam~~

walaupon..baju ketat..nampak sendat..namun..
sekurang2 adab terjaga
tidaklah ada..org bertudung ke disco liburannya..merokok suke2..
sekurang2 sedar diri..kite bertudung

so, support them..memulakan langkah kanan ke arah kebaikan

p/s: aku juga masih cuba perbaiki diri~~

Mantot berkata...

boring pun boring la...filem juta2 pun tak sure semua org suke ke tidak.

Marhaen Kacak berkata...

melayu no 2

islam no 1...

huh..aku da bosan dengau sume ni...

pandanglah pada skop yg lebih besau sedara

Melayu itu islam... apa nak pening2

Artikel Panas 'Melayu Pendatang?': Orang Melayu Mesti Baca!!!!

honey moon berkata...

sorry..back the comm..
islam kan memang sepatutnya bertudung kenapa nak digosipkan.. soal ikhlas ke tak itu hanya tuan punya badan yang menjawapnya.. kita yang lain hanya mendoakan ianya berterusan je..

soalan sy??boleh ke wanita mngandung yg bertudung pakai seluar ketat[seluar htm nipis],yang katanya untuk keselesaan..

dan boleh ke seorang pengkid pakai tudung [ditempat keje je,w/pun tidak mwajibkan mereka bertudung masa bekerja] padahal diluar mereka tetap spt pengkid lain..

boleh tolong jelaskn..

Mantot berkata...

aa..

aku rasa soalan kau tu senang aje jawapan dia.takde kaitannya pengkid pegi keja ke,mengandung ke,dia lesbian ke,dia biseksual ke...kalau dia lesbian tapi dia bertudung,AT LEAST DIA LESBIAN YANG BERTUDUNG!

mengandung tapi pakai seluar tu dalam rumah takpela.boleh apa pakai seluar ketat tu tapi bila keluar,pakai dress labuh tutup sampai kaki.

Sood&Lamlie berkata...

it's not getting boring. it's getting real.
kalau rasa macam takleh nak digest isu-isu ni, rasa macam nak entri2 lelucon...takyah baca.

sweet 19 berkata...

yup, mantot tidak pernah kering idea.. aku kipas2 blog ni, fuuhh-fuuhhh

bila bini mau beranak? kasi tunjuk la baby sini

Dijot berkata...

tah...ko xnmpak ke label dia.."pandangan seorang LELAKI konservatif"..bukan PEREMPUAN konservatif...so kalo boring xyah bace---!

RABUN berkata...

bagus lah dah bertudung...cuma kene didik artis malaysia, aurat wanita menutupi keseluruhanya kecuali muka dan dua telapak tangan

banyak artis ingat tutup aurat just cover rambut jer...

tu yang ramai artis tutup rambut nampak dada, tutup rambut nampak batang leher..telinga dan bermacam macam nampak lagi...

kisah hati berkata...

mantot mmg best wat entry ni..thanks sbab byak bg pndapat yg brnas.hrap2 dpat mmbuka minda org2 yg mmbaca blog ni..aku dh start kipas blog ni.haha..

Tanpa Nama berkata...

ternampak irma hasmie dkt masjid india semalam...bertudung, pakaian sopan...sangat cantik.

Cerah Jeff berkata...

power2,xyah spek 3d ko bley nampak 3d..mesti tyme iklan towel pompuan jadi 4d kan? hahaha

honey moon berkata...

oo..
thank you.. im not muslim that y i ask u.. ok jgn mare.. ditempat keje sy hal ini selalu jadi isu mereka sesama islam.. that y sy nak kan kepastian sy tanya korang yg lebih arif.. x salahkan??

Mantot berkata...

yg tu aku pelik kau tanya camtu.sori2...aku ingat kau muslim,kalau org muslim tanya camtu mmg patut kena ketuk kepala dia

sori2

AbdullahUmar berkata...

smoge dy niat pakai tudung utk dpt redha ALLAH.. amiiinnn

de_nataLie berkata...

hahaha..nice one!

George M. berkata...

Dear Mantot,

ayat last tu memang terbaik.
HAHAHAHA.

Tanpa Nama berkata...

ween azura nak pancing reader ke?
aku rasa entry ni ada point nyer..
bertudung bukan trend.tp kewajipan.

WeenAzura berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
WeenAzura berkata...

laaa yang orang lain gelabah ni kenape.. mantot rileks je.

just saying, bro. tiada niat lain.

maaf kalau terkasar bahasa..

husna berkata...

suka part last .suka mantot.

Sood&Lamlie berkata...

kitorang pun 'just saying' gak.
kira macam disclaimer la.
boleh cakap apa2 pun, then cakap 'just saying' as an escape route.
cakap mesti ada niat, dik.
kalau cakap takde niat...maksudnya cakap tak berfikir.
kalau cakap tak berfikir...maksudnya?

WeenAzura berkata...

lol you're funny.

hikari berkata...

artis dan tudung

lagi satu,

artis dan umrah/haji

balik haji camtu lagu tu jugak la..
yg herannya 2 3 kali pegi

pun lagu tu jugakkkkkk..

hmm

Laici berkata...

haha, masalah kebanyakkan umat islam melayu yg rasa modem sgt kat malaysia nih, bila cerita tentang aurat, batas2 dalam islam, tak best la..kuno la, tak up to date la

takkan bila tua baru nak beringat..? takkan bila sakit nak mati baru nak bertaubat?

Laici berkata...

ops,ada typo..*moden

afi the great berkata...

cuba try tanya zulkifli noordin..dia pakai ketayap tu imej ker ape...pasal aku nampak dia pakai lebih kepada nak menunjuk-nunjuk dia alim..

Ara berkata...

islam perlu didalami, bukan diambil separuh2....

Lyss Iman berkata...

Islam tetap no 1.
Melayu belum tentu no 2.
Entah2 busuk2 pun second last.