Februari 02, 2009

"Who Wants To Be Malaysian Prime Minister!"


2 orang ADUN PKR Perak hilang.Hilang ke mana entah la.Sedar-sedar letak jawatan,betul ke tidak,tak konfem lagi.

Jadi,kalau betul,dalam masa 60 hari ni akan ada 2 pilihanraya kecil yang akan menentukan hala tuju Malaysia.Kenapa?Kerana dari situ kita akan nampak sama ada Pak Lah akan terus duduk terlena sebagai PM atau Najib yang bakal bertanggungjawab mengepalai pilihanraya kecil tersebut makin kuat atau jatuh menggelupur ibarat buaya kena lapah kulitnya menjadi handbag branded.

Itulah pilihanraya yang akan menentukan apa yang terjadi kepada kerusi Perdana Menteri yang diidamkan.
Najib tidak boleh kalah pilihanraya itu.Dia perlu menang kerana itu tanggungjawab dia,kalau kalah,jitu uga tanggungjawab dia.

Tidak mungkin bakal Perdana Menteri akan naik jadi PM sebulan lepas kekalahan pilihanraya tanpa ada sebarang kesan sampingan.

Pak Lah?Pak Lah tidak akan kalah lagi kerana dia seorang loser yang sudah kalah everything.Tidak ada malu atau segan lagi.

Sekarang ini mungkin dia hanya ingin memanjangkan tempoh berkhidmatnya sekadar untuk menambahkan jumlah harta agar selesa bersara.Tidak ada tekanan pada dirinya lagi,kalau BN kalah sekalipun,tidak ada lagi sakit hati dirinya bila orang bawahan menuduh dia lemah kerana dia sendiri sudah sedia maklum dirinya lemah.Tiada apa yang harus dinafikan dari Pak Lah.Dia tidak perlu berjuang,yang penting dirinya berwang.

Kalah atau menang BN dalam 2 pilihanraya tersebut,Pak Lah hanya akan rugi dari segi ekonomi poketnya sahaja.Tidak ada lagi perjudian nama atau maruah yang perlu dilakukan dirinya.

Pakatan Rakyat pula,khususnya kerajaan Perak pula,terselamat buat seketika dengan lompatnya ADUN dari UMNO seorang menjadikan tidak berlaku pertukaran kerajaan negeri.Terselemat kerana keadaaan atau terselamat kerana taktik,wallahuallam.

Jadi,jika 2 pilihanraya kecil diadakan, ini akan menjadi pilihanraya paling penting dalam diri Najib Tun Razak.Orang-orang UMNO dan BN tentu mahukan imbuhan besar untuk membantu beliau naik jadi PM .Sogokan wang sahaja mungkin tidak cukup.

Mau jadi PM?Apa yang kau boleh bagi dekat kami kalau nak kami tolong?Mungkin itulah yang sedang dikira-kira oleh ahli2 BN sekarang ini jika benar dakwaan itu.

Pak Lah akan duduk diam,dia tidak akan rugi besar.Pakatan Rakyat berharap akan dapat meneruskan momentum mereka.Nasib Najib dan Khairy Jamaluddin akan ditentukan bulan ini.

Pilihanraya kita kotor sebelum ini?
Kalau jadi,inilah bakal pilihanraya paling kotor dalam sejarah Malaysia.

Jadi,rakyat Perak,ambik duit,ambik bantuan,ambik selimut,beras,kopi,baju atau apa2 sekalipun yang mampu Najib Tun Razak berikan.Kalau tak cukup mintak tambah lagi.

Biarkan Najib terkontang kanting menyelesaikan dilemanya.

Tiada ulasan: