Februari 28, 2009

Permulaan Hidup Yang Lebih Ceria

Aku membuat makeover ni sebab aku dah bosan dan dengan harapan warna-warna ceria dapat dimasukkan ke dalam hidup aku dan aku rasa aku dah nampak,memang Kerajaan kita bagus.Aku dapat merasakan aku dah mempunyai semangat patriotik dan iltizam yang sangat tinggi.

Terima kasih kepada Kabinet kita kerana menarik balik kenaikan tol "atas permintaan rakyat."Terima kasih juga kepada Pak Lah yang merasakan kenaikan tol itu tidak patut dan tidak ada kena mengena langsung dengan pilihanraya-pilihanraya kecil yang akan berlangsung.Mungkin pada Pak Lah,rakyat dapat menerima kenaikan itu,ya,aku rasa majoriti rakyat lebih suka harga tol yang lebih tinggi.

Terima kasih lah kalau Kabinet assume pandangan rakyat akan berubah selepas Kerajaan menjadi Hero menyelamatkan rakyat selepas pengumuman kenaikan harga tol atas kontrak dengan syarikat-syarikat konsesi yang memang berhak mendapat untung berjuta-juta ringgit itu.Ya Pak Lah,selepas sehari announcement naik,esoknya terus ditarik balik,anda memang hebat!Kabinet meluluskan sesuatu benda dan tiba-tiba anda kata perlu ditarik,anda memang sangat berkuasa sebab anda kepala Kabinet.

Aku rasa memang bagus syarikat-syarikat konsesi lebuhraya ditubuhkan sebab kerajaan kita memang tak mampu nak menanggung beban mengawal selia lebuh raya sekitar negara.Memang satu langkah yang sungguh prihatin.Dan tahukah anda kenapa kita harus berterima kasih lagi kepada Kerajaan Malaysia?Kerajaan kita memperuntukkan RM270 juta untuk membayar syarikat-syarikat konsesi itu setiap tahun untuk menjamin harga tol tidak dinaikkan.Itu belum masuk lagi RM300 juta yang dipakai untuk Monsoon Cup.Kalau dicampurkan sekali,masya Allah,murahnya tol kita.Mungkin kita lalu tol untuk ambik duit pulak.

Terima kasih Barisan Nasional!
Tanpa perancangan sepandai ini,sudah tentulah sistem jalan raya kita hancur,berlubang sana sini.Wujudnya syarikat2 konsesi ini berjaya memastikan jalan sentiasa berkeadaan baik dan tidak berlubang.Aku lalu kat highway aku tak pernah risau lubang ke kayu ke,kadang-kadang jalan sambil pejam mata sebab jalan tu cantik dan rata sangat.

Jadi,apa lagi yang kita mahukan?Tak reti bersyukur?Bertukarlah sekarang kepada Barisan Nasional,hanya Barisan Nasional dan Barisan Nasional sahajalah yang reti memimpin negara kita.

Sebuah lagi projek Kerajaan Barisan Nasional!

9 ulasan:

kucai berkata...

aku sayng pak lah..
muaaaahhh.....
(rakyat x kta pa pon psl plhanraya kecil tue dia yg melatah dlu..mcm dh hafal skrip ja...)

azhari berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

bagos gak ko tulis post niee... gomen pon ade gak baik dan buruk nye...asik kondem je.. yg baik kter x nmpk kadang2...hidop BN... umno is king...hahah

Tanpa Nama berkata...

ada udang sebalik batu

Che underscore Lee berkata...

aku suka bila kau sarkastik!

pyus berkata...

dulu aku rasa slack sket concession ni sbb dia kasi PLUS sapu sume.. patut buat la b.k.hitam-kedah org lain, penang-perak lain, perak-kl lain.. baru la bleh compare ROI. takde reason PLUS bleh naikkan sesuka hati. mcm construct KLCC la lawan2. betul tak tot?

Tanpa Nama berkata...

woii, cynical gilerr... hua3x ;p

Mantot berkata...

pyus,
aku rasa takyah tol lagi bagus,hahaha.takyah bagi concession dekat memane pihak pun.

dah 2 raya dah aku balik stuck kat tengah-tengah highway dekat perak sbb diorang tengah nak lebarkan jalan.jam jugak tengah2 highway tu jadi benefit dia dah kurang.

dan cuba pulak kita comparekan jalan alternatif yang ada kalau nak ke arah utara atau selatan tak ikut highway,camne jalan dia tu?bahaya aa,rasa mcm dekat malaya masa zaman jepun pun ade gak setengah2 tempat..

Tanpa Nama berkata...

salute.....!!! penulisan yg amat menarik!