Februari 15, 2009

Aku Seorang INFJ

Aku tak berapa percaya sangat benda2 mcm personality test ni sebab terlalu banyak yang mengarut,cthnya bila kuiz2 yang menyatakan aku mempunyai personaliti salah seorang daripada boyband2 yang menari terkinja-kinja semacam beruk (Which N'Sync Members Are You?)

Jadi bila aku dapat tau dari member aku pasal Myers Briggs Type Indicator ni,aku try la,dah lama aku try.Setahun lebih dah,dapat la kategori INFJ.Hari ni lepas balik dating,aku try la lagi.Dapat result yang sama,aku seorang INFJ.

Test ni digunakan sebenarnya untuk menganalisa seseorang calon sebelum dia ditempatkan bekerja jadi benda ni boleh la dijadikan sebagai guideline untuk anda memilih pekerjaan anda.Kerja aku?Memang aku sesuai jadi cikgu kot,sebab tu aku suka buat bende ni walaupun terlalu banyak halangan dan rintangan dan cubaan.

Jadi kalau bace pasal sifat seorang INFJ aku adalah camni :Link

Aku rasa ada accurate nye bende ni.Ni lah type indicator yang paling accurate pernah aku try sebab soalan dia takde black and white,semua sentuh dekat middle point,grey area.Try la,ada 72 soalan,jawab dengan jujur.Aku dah try 3 kali,aku dapat result yang sama.

Lepas dah try,cerita la ape korang dapat,sesuai tak dgn korang dan pekerjaan korang (kalau anda dah bekerja)



12 ulasan:

blurb berkata...

aku IST J

-aku tak tau la apsal aku buang masa buat bende yg aku tak penah suka ni-

Penunggang Phoenix I berkata...

Salam perkenalan~

jenuh aku mencari, akhirnya bertemu juga lelaki Melayu INFJ. Aku ingat aku seorang je..

memang sangat kurang INFJ lelaki. INFJ sendiri sedikit jumlahnya.

Rabiatul Adawiah Sulaiman berkata...

aku INFJ gak.. dan aku pun memang bakal pendidik satu hari nanti :)

Mantot berkata...

apsal ramai lak ni..ingat rare.ces,rupe-rupenye tak,hehe

blurb,ko suke kan sebenarnya bende2 camni,admit je la,buang masa best kan?

Penunggang Phoenix I berkata...

apa pulak ramai.. memang tak ramai pun.. try la cari sendiri.. payah nak jumpa ooo.. tapi, memang ramai INFJ yang kaki online kot.. tu rasa cam ramai..

milo boyd berkata...

hehe aku suka wat nih walopon dah berjuta kali buat dan kompem dpt menda yg sama..dasar enfp sgt

blurb berkata...

ahaks.betul ckp ko mantot,buang masa mmg best.tp..buang masa dgn bende ni hampeh!

kuroneko berkata...

apesal 2 kali jawab, 2 result aku dpt? tak sama pun...

RhyZe berkata...

saya INTJ... anybody?

musangjebat berkata...

saya INTJ-mastermind....yeaa...kita sebaris dgn Einstein, Nicola Tesla dan Stephen Hawking

Azhar berkata...

Aku seorang INFJ, aku tak suka jadi INFJ. Terlalu kreatif untuk hidup dalam masyarakat yang tidak mementingkan kreativiti.

Nerzhul berkata...

saya ISFP...