Februari 27, 2009

Gadis Melayu Bahagian 2


Aku nak sambung ceritakan pasal satu benda je lagi.Ni last.Bukan pengalaman orang lain tapi pengalaman aku sendiri.Ni sebuah cerita yang dah lama dah terjadi.

Pada suatu hari yang tenang,aku ada kelas waktu petang.Dalam pukul 2.30 camtu.Memandangkan waktu tu dah hujung2 semester jadi aku pun fikir la,conduct kelas dekat luar kelas dah la,takyah pakai lab sebab aku hanya nak brief student aku pasal assignment.

Jadi aku pun buat la kelas aku dekat sebuah pangkin kayu yang boleh la memuatkan semua student aku yang pada hari tu seramai 11 orang.Aku duduk la tengah-tengah dengan gaya mcm chairman meeting.Sekeliling aku ada lah beberapa orang student,kebanyakannya perempuan.Seorang aje lelaki.

Ada lah seorang student aku ni yang duduk sebelah aku.Perangai dia ni memang agak menonjol sket sebab kalau compare dengan student-student lain,dia ni agak berani sket,agak fluent cakap English dan nampak agak kebaratan sket.

Jadi aku pun brief la student2 aku apa nak kena buat pasal assignment.Brief pun selesai,lepas tu tengok masa ada lagi aku pun duduk je la situ borak2 ngan diorang tanya nanti internship kat mana.Diorang pun layan je la aku borak memandangkan diorang takut dengan aku,hahahha.

Tiba-tiba daripada pertanyaan2 mengenai perihal internship bertukar mengenai sama ada aku single atau tidak."Kepala hotak korang tanya benda2 camtu.."fikir aku dalam hati.Aku gelak-gelak aje la dan aku cakap aku ade gelfren 4 orang.

Tetibe,aku terasa ada satu tangan membelai peha aku sekali lalu."Uish..bior betol minah ni,takpe2,rilek2..." fikir aku untuk meredakan perasaan amarah dan geli-geli.

Lepas aku buat tak tau tu,dia buat lagi sekali."Haram jadah!"fikir aku dalam hati.Aku rasa dinodai jadi aku pun tengok student aku tu dan aku cakap kat dia "Dah,jangan buat camtu lagi!"

Student aku tadi diam dan kawan2 dia yang lain terpinga-pinga tak tau apa yang terjadi sebab tangan dia ditutup bawah meja dan aku tak rasa ada orang lain nampak.Aku buat muka cool dan aku cakap semua boleh bersurai.Masalahnya,student aku sorang ni boleh berlagak macam biasa,takde apa2 yang berlaku.Aku tak paham kenapa dia berani buat camtu?Mungkin kerana wajah aku yang seakan-akan Jason Segel atau mungkin kerana aku ni memang dilahirkan semula jadi adorable macam teddy bear.

Jadi,apa yang aku nak ceritakan kat sini adalah..entahlah.Korang fikirlah sendiri apa point cerita aku ni.Mungkin kiamat memang dah dekat.

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

moral of the story..
hg jgn nk tunjuk poyo...
xda isi toksah masuk entri..
keh ciao...

Mantot berkata...

hahahha...

Tanpa Nama berkata...

aku penah kene dowh..dah ar yg wat tu budak plg ensem dlm batch aku..kang aku marah kang,takde org caya.ye ar,musti org caya kt die esp si gedix2 sbb die ada rupa kacak lagi menawan.

-tp masa tu aku darjah 6-

Che underscore Lee berkata...

ahahah setelah ko point out baru aku pasan mmg muka ko cam Jason Segel weihh! :))

It4Ch1 berkata...

kau kena gangguan seksual nih.

Aiman Amz berkata...

cikgu mantot yang infj, muka orang2 infj rata-ratanya cute dan innocent..

jadi tidaklah mustahil untuk cikgu diganggu.. :D

memang kiamat dah dekat pun..

tinggal kita je yang nak memilih, sama ada laluan yang selamat dan berkat, atau jalan yang dilaknat.

peace..

Tanpa Nama berkata...

aku suka cerita berahi kau

kucai berkata...

lari...
mantot x suci lgik..
dia dh dinodai..
huahuahauhu...

Tanpa Nama berkata...

dia nak extra marks la tu. nak dapat A barangkali. bagi jela (double meaning, suit yourself)

Mantot berkata...

A?
Kalau nak A mane cukup belai2 je,mesti kena belanje aku makan dan tengok wayang.

buruh,
kalo bole jgn komen ayat camtu...aku geli dengar,hahahah.

Tanpa Nama berkata...

oi berasap-berapi kalo x suke jgn bace blog ni ok ciao.

Tanpa Nama berkata...

student laki ke raba ko tot?

Tanpa Nama berkata...

sir mantot rupenye

Mantot berkata...

pempuan,
kalo laki aku raba dia balik,bukan dia bole marah

Tanpa Nama berkata...

pendapat saya,orang mcm ni mmng ketandusan,tapi apapun.....saya nak cakap pd abg,apasal abang tak tegur dia dpn kawan2 dia,ini dapat mengajar dia betapa kejinya perbuatan tersebut...dan secara langsung memberi kesedaran pada dirinya....memandangkan orang tua nya tak berpeluang mendidik dia disebabkan belajar,kita bertanggungjawab menegur kesalahannya...

Fatin Farhana berkata...

hakhak adess mcne la mlayu ta bercerai berai..