Gambaran A
Gambar menunjukkan pergerakan traffik yang agak kelam kabut sebab kereta yang nak masuk ke kiri tidak di berikan laluan oleh kereta yang hendak masuk ke kanan sebab biasanya jalan memang akan tiba-tiba menjadi sempit dan mengakibatkan akan ada stuck lah dekat tengah-tengah tu.Ini bukan cerita pasal sapa bagi laluan kat sapa sebab ada biasanya kalau kereta tu dah berjaya masuk ke simpang kiri,akan adalah traffik kat depan tu.Bila lampu merah,semua berenti mengakibatkan barisan panjang yang menghalang lalu lintas dekat jalan besar tu tadi.
Contoh Jalan - Exit Pandan Jaya MRR2 menghala ke Gombak dan susur keluar ke Jalan Semarak dari Jalan Ampang
Gambaran B
Gambaran B pulak menunjukkan satu lagi contoh betapa hebatnya perancangan jalan di Malaysia ni apabila jalan yang sangat lebar dan aku sendiri tak sure berapa banyak lane tiba-tiba menjadi sempit untuk orang ramai beratur membayar tol.Ada yang berebut nak masuk lorong Smart Tag,Touch and Go dan ada jugak yang tersilap masuk lane baru kelam kabut nak pilioh lane betul.
Contoh Jalan -
Tol Sunway (Hell On Earth Every Morning) dan Plaza Tol PLUS Jelapang (sebelum di betulkan,itupun lepas dah beberapa ratus kali orang eksiden langgar toll booth sebab bile nak masuk tol tu memang turun bukit jadi ada kemungkinan kelajuan tu agak tinggi)
Gambaran C
Ni aku tak tau kat mana lagi ada camni tapi kalau penduduk Cheras boleh kenal la jalan ni kat mana.Ni lah antara traffik jam paling teruk setiap hari lepas office hour,Taman Connaught,Cheras.
Kenapa jalan ni jam teruk?Sebab kat bahagian dalam jalan tu (lepas U-turn masuk kiri) ada jalan tanpa tol yang membolehkan anda ke Kajang,Balakong,Serdang,Cyberjaya,Putrajaya dan area-area taman dalam tu.INI ADALAH SATU-SATUNYA JALAN YANG MEMBOLEHKAN ANDA TIDAK MEMBAYAR LANGSUNG SESEN PUN DUIT TOL.
Orang Kajang,orang Semenyih,orang Cheras,orang Langat,orang Balakong dan lain-lain berpusu-pusu lalu jalan ni.Apa yang menyebabkan jam tu?Sebab ramai yang akan buat u-turn nak balik rumah kat tepi tu.Bila ada yang tak nak beratur dan potong queue,dia akan block jalan orang yang nak straight tu dan biasanya,queue tu memang panjang.Kemudiannya,kalau dah lepas u-turn tu,ready la pulak nak berebut nak masuk simpang kiri tu sebab selalunya memang dah ada queue.
Itu belum cerita masa hari pasar malam paling panjang kat Malaysia,seumur hidup aku,itulah pengalaman pertama aku bawak motor dan sangkut dekat traffic jam 1/2 jam.AKU SERIK BALIK KERJA DARI DAMANSARA SETIAP HARI LALU IKUT SITU SELAMA 3 BULAN (masa tu jalan belakang ikut kawasan perindustrian bandar tun razak tak bukak lagi)
Adakah kita nak salahkan pemandu negara kita yang kebanyakannya bawak kereta macam uncle dia punya jalan atau mat-mat motor yang menyelit merata-rata,cilok sana sini atau kita nak salahkan perancangan jalan kat Malaysia ni?Aku pun tak tau.
Yang aku tau,tol is not a necessity,paying toll is an option.Kerajaan sepatutnya menyiapkan prasarana jalan percuma yang terbaik dahulu.
Cube tanya orang Puchong best ke bayar tol tiap-tiap hari kalau diorang kerja area Cyberjaya/Putrajaya.Bagitau aku mcm mane aku nak pegi Sunway tanpa kena bayar tol.Dah la tol bayar untuk satu hala.Balik rumah kena bayar lagi.
Option tu takde,sebab kerajaan tak pernah bagi.Kalau ada pun,jalan yang ada tu sangat lah jauh dan sangat menyusahkan.Seolah-olah memaksa kita sebagai pengguna lalu tol dan bayar tol.
Betulkan dulu sistem pengangkutan awam,betulkan dulu jalan-jalan yang sepatutnya disediakan secara percuma.Lepas tu baru lah fikir mcm mana nak buat highway mewah yang buatkan orang lalu rasa berbaloi bayar tol.Sebab kebanyakan tol dalam bandar Kuala Lumpur ni,kita sekadar bayar aje lah,takde point kita bayar tu.
Infrastruktur optional,semuanya target nak taraf world class.
Tapi basic infrastruktur tak pulak nak usaha jadikan world class.
10 ulasan:
hahahaha.. tot, aku kagum ngan effort ko susun arrow2 nih. Nampak memule pakai ruler pastuh kene adjust2 nak kasi muat arrow2 yg cam keco2 sket (most evident kat gamba u-turn). haha awesome.
Saja depa design macam tu, takut orang lari tak bayar tol...
SETUJU.
Sila hantar entry ini kepada Pak Lah dan sekutu2nya.
setuju2 tot.. apekes tokey ldp nie... x cukup2 kayer lagi ke?.. turun lerr harge tol tu..singget pon jadi rr
heh2... gambaran A tuh laluan ak ari2 g kje... mmg engineering x bpe btul gak jalan tue.
time lecturer ajar subject traffict planning korang tido..ni la jadinye..haha.
*traffic :p
benda2 ni kalo belajar dalam course apa aa?
degree pembangunan bandar ke?ke termasuk dalam syllabus seorang arkitek?
pembangunan bandar
Aku sebagai menteri ape kisah, panggil polis pengiring kasi siren dan suruh driver bawak mcm pelesit. Setel.Bangin lambat pun boleh smpai 1jam lewat untuk majlis perasmian. IM SUX!
Catat Ulasan