Februari 09, 2009

Inikah Erti Perkahwinan?Jika Ya,Aku Tidak Inginkan Secebis Pun

(Gambar sekadar hiasan.Diambil dari video operasi tangkap basah di Taman Tasik Bangi,tepi Kompleks PKNS.Pergi la situ usha-usha.Mana tau ada rezeki.Diorang bukan serik pun.)

Minggu ni aku tak berapa sihat jadi aku hanya duduk rumah dan tengok TV (bila aku sihat,aku biasanya duduk rumah dan main game)

Ada lah kempen mengenai Akademi Fantasia yang akan datang ni.Memang hebat betul kempennya dan ada variety iklan yang bermacam-macam.Aku dah tengok 2 iklan,satu pasal Hakim (orang tua kata dia dulu Hakim) dan lagi satu yang menarik perhatian aku adalah mengenai seorang suri rumah yang risaukan makan malam family-nya tak mampu disiapkan sebelum AF start.

Kepada yang tak tengok lagi,suri rumah tu punyalah resah takut dinner tak sempat nak dihidangkan.Memang muka dia risau,nak siapkan dinner dan nak kejar masa semata-mata tak nak miss langung AF pukul 9 malam.

Jadi sempatlah dinner disiapkan dan dijamu suami dan anak-anak.Siap sempat siapkjan lagi kad reload untuk memastikan dia dapat mengundi artis kesayangan dia yang tak berapa berbakat tu.Tengah sendukkan nasik dan ayam dekat suami dan anak-anak,jam pukul 9 tepat,AF bermula...Apa yang korang rasa dia buat?

Laju dia melompat ke sofa dan terus duduk depan TV.
Hahahaha!Tak jadi dah dinner dengan family.Biarlah husband ngan anak2 makan sesama diorang.

Memang lah dia dah siapkan dinner tu tapi bukankah apa yang kita nampak kat TV mencerminkan masyarakat kita?Filem kita,wajah kita bukan?

Bila aku tengok iklan tu teringat la balik satu insiden yang terjadi depan mata aku dekat Jaya Jusco hari tu.Aku baru balik kerja,hujan,jadi aku berenti la kejap Jaya Jusco,alang-alang boleh beli barang sket.Selesai membeli barang2,aku pun tolak la troli aku keluar pintu dia.Berenti la kat tepi tu nak nyalakan rokok sekejap sebab sejuk.

Keluar la satu pasangan suami isteri dengan anak lelaki kecik didukung oleh suami dia.Anak dia ni menangis,kuat!Isteri dia dok membebel "Tu la,tak pandai jaga anak lagi."
Suami dia balas la balik,"Abis,awak nak saya buat apa?"

Isteri dia pegang dan tarik anak dia.Dah dukung anak dia lalu dia SEPAK* (sebutan e pepet bukan "sepak" mcm sepak bola) kepala laki dia dari belakang.Kuat pulak tu.

"Hoi,kan saya dah pesan!Kepala jangan la main!"jawab suami dia,macam nak melawan balik tapi tahan aje la.

"Bodoh,tak reti jaga anak!"jerit isteri dia.Suami dia pun pusing ikut jalan lain biarkan bini dia sorang-sorang.Aku jerit la kat diorang,"Hoi,apa la gaduh2 kat sini?Buat malu je.." bini dia pusing tengok aku seimbas lalu pastu jalan gi parking motor.

Melayu,melayu.
Nak gaduh,gaduh la atas katil.Senang!Nak wrestling camne pun tergolek ke terkangkang ke,lantak ko la.Jangan la ketuk kepala suami ko dekat khalayak ramai.

Kesian laki ko,aku dah cop kene queen control.
Walaupun sebengap mana pun suami anda,jangan malukan dia camtu.Sebab Tuhan dah pesan,seburuk2 mana pun suami anda,hati dialah yang menentukan anda ke syurga atau ke neraka.

Jadi,jangan tinggalkan keluarga anda bila AF start.Jangan habiskan duit beratus-ratus untuk vote AF.Jangan ketuk kepala suami anda di khalayak ramai.Paling penting,jangan gaduh camtu depan aku.

Kan dah kena tulis dalam ni.
Padan muka ko.

12 ulasan:

zalieya berkata...

Apa punya wife la.jatuhkan air muka suami.teruk betul.kesian plak aku pikikan suami dia tu.mesti blk rumah gaduh besar tu.hahahaha.

3rdmarch berkata...

drp bg vote AF baek sedekah kat org y sepatutnye..

AF 2 pemusnah Msia je..

menghidangkan Msia dgn fantasi smpai xsedar dgn realiti kehidupan..

Mantot berkata...

ehem ehem...

jadi kepada yang akan berkahwin tu..jaga husband anda leklok.nanti dia nak kawin lagi satu,macam2 alasan boleh keluar.hehhehe

kucai berkata...

kalu aku la laki tue...
aku sepak laju2 dpan tue..
biaq dia plak yg malu..
bgi malu org bleh..
blik umah taruk ataih katil kaw2 pnya..hahaha...

padin ace berkata...

mcm2 la..xkn la laki tu xpndai didik bini sendiri..smpai kepale pn bagi sepak..


p/s;bro mantot,merokok membahayakn kesihatan..lagi pn haram la bang..

milo boyd berkata...

astaga..tu la die nyer..ade laki pi sepak2 tade laki mule meraung2..pfft!

tp kan tot..kalo bini ko nak sepak kepala ko mesti cam kene lompat kan? ke? wahahaahhahaha

p/s: rugi ko tak dtg td..ade party..

zalieya berkata...

aku mcm terasa jek ko ckp mcm tu mantot.hahaha.ko nih mcm mendoakan je suami org kawen dua.aku sepak gak kang.hahahaha.aku setuju padin ace: rokok bahayakan kesihatan n asap dia busuk...hehehe

Mantot berkata...

hahaah..best ape kawin dua?
bole la merasa masakan yang berlainan setiap hari.kawin sorang org kedah,sorang lagi org negeri sembilan.

takpun kelantan sorang,pattani sorang.raya je langkah sempadan sekejap.

i dun give a damn berkata...

tongga sorang, zimbabwe sorang xnak ke bang?

*lelaki oh lelaki*

Tanpa Nama berkata...

aku sebagai isteri walaupun tak sempurna sangat tak pernah menggunakan apa2 pun untuk kurang ajar dengan hubby ku..mungkin ada tertinggi suara sikit la...hehehehe takat tu jek..tapi kalau sampai guna tangan sepak kepala suami..memang ko nak ke neraka la jawabnya...

zaty hanyut berkata...

yup, setuju dengan anonymous kt atas ni,walaupun aku tunang je tapi aku tetap respek tunang aku dan aku akan terus macam tu sampai bila2 pun insya allah, kalau ada perselisihan, settle kan dengan cara berhemah, bukan dengan meninggi2 suara / keluar kata kesat, naik kaki dan tangan, tu semua tak membantu, lagi memburukkan keadaan ada la. tapi dalam kes ni, benda kecik je tapi dah macam tu, itu la, lelaki kalau nak kahwin ni pilih la perempuan bukan saja cantik luar tapi juga cantik dalam, kalau tak cantik dalam, begini la gamaknya hehe, ni sebab dah kahwin terpaksa la bersabar ..

cewek.medusa berkata...

dgn kucing pun aku x sanggup pukul kepala.. ni kan pulak nak pukul kepala laki sendiri ;) aku pantang sungguh org main kepala or tampar menampar ni! pantang!