Februari 03, 2009

Recession dan Industri Grafik/Multimedia

Hari ini aku borak ngan member aku.Dia tengah carik kerja.Kompeni sebelum ni memporak-perandakan diri masing-masing.Jadi,dia menganggur.Takde sumber pendapatan.

Aku pun sebelum2 ni macam tu jugak.Hidup tak tentu arah,bermasam muka dengan bos sebab tak dapat gaji.Ada satu masa aku pergi kerja 2 bulan lebih hanya untuk main internet dan download2 sebab projek tak masuk dan gaji takde.Masa tu bukan pergi kerja tapi pergi main internet,jumpe member2.

Aku dan member2 aku kebanyakannya lulusan Multimedia,sama ada animasi,grafik,interaktif,lukis kartun,semua tu bawah satu payung lah.

First sekali,pengalaman aku buat kartun dulu memang sangat2 seronok.Walaupun kadang2 gaji dapat separuh je bulan tu,tapi aku suka situ.Lepas tu aku pindah dekat satu kompeni lain yang agak masyhur jugak dalam dunia mutlimedia ni.Mula-mula ok,projek jalan,proposal banyak.Lame-kelamean projek tiba-tiba stop dan takde sumber pendapatan.Aku pun lari lah ke satu kompeni post production.

Post production kompeni,kalau anda semua nak tau adalah kompeni yang membuat proses akhir sesebuah produksi,sama ada filem ke,iklan ke atau apa2 jua yang membabitkan filem dan video.Aku hanya kerja sehari je kat situ.Sebab apa?

Sebab staff dia ada seorang je.Lain semua dah lari.Brader Cina yang tinggal sorang tu pun cakap dia nak blah 2 minggu lagi.Kenapa?Apa yang teruk sangat pasal kompeni tu?Bukan kompeni tu teruk,tapi budaya bekerja Malaysia ni yang teruk.

Semua kompeni multimedia terbahagi kepada dua.

1) Kompeni ni tak tekan staff,kerja ikut ofis hour,kadang2 kena stayback tu biasalah.Gaji ikut projek,kewangan kadang-kadang kantoi.

2) Kompeni ni TEKAN STAFF GILA BABI SAMPAI CUTI PUN TAK ADA,SATU MINGGU KERJA TERUS.Gaji stabil dan takde masalah kewangan.

Aku pernah rasa dua-dua kompeni.

Zaman neraka aku adalah bila 3 bulan aku bekerja dekat satu kompeni buat courseware untuk sekolah.Aku 3D animator situ dan sepanjang tempoh 3 bulan tu merupakan tempoh yang aku rasa jauh lagi sakit berbanding zaman takde gaji.

Bayangkan anda kena kerja sepanjang minggu termasuklah hari Sabtu dan Ahad,tiap2 hari balik pukul 11 malam paling awal dan takde langsung overtime.Seorang ofismate aku dipecat lepas melawan cakap bos sebab dia tak datang hari Ahad.

Waktu tu aku memang takde kehidupan,game pun aku tak dapat main.Balik rumah lepas 3 hari duduk kat ofis,tengok rumah blackout.Peti ais aku cair dan air dah melimpah dekat lantai dapur.Kawan-kawan aku masa tu hanyalah ofismate aku yang best dan komputer aku.Nak bergayut dengan awek pun takde masa.

Ada orang kutuk kata aku kata loser la sebab give up,takde telur la sebab tak sanggup nak buat animasi lagi...tapi tanya la diri sendiri,berbaloi ke hidup ko kena treat sampai macam tu semata-mata untuk mendapatkan kerja?

Bangga memang la bangga bila hasil tangan dah published atau tersiar kat TV,tapi industri multimedia kat Malaysia ni masih menggunakan taktik "nak kerja ke tak nak kerja?Tak nak,get out!Bukan senang nak dapat kerja lain!" untuk membuatkan staff2 tak berenti dan terus terperosok dekat meja mengadap komputer.

Treat la staff anda leklok.Kalau kena stayback bagi la overtime.Kalau stayback weekend,bagi la overtime double/triple.Bagi la fleksibiliti dekat staff anda untuk urus time dia sendiri,percaya la dengan staff anda yang ada tu supaya dia boleh siapkan ikut timeline progress.
EPF tu kalau boleh bayar la.

Macam mana nak maju kalau staff sendiri tertekan?Asyik2 kena carik orang baru.

Jadi,meh lah aku bagitau satu rahsia.

Kepada sesiapa yang belajar grafik atau multimedia,jangan lah rasa diri anda tu cool sebab belajar benda tu,boleh pakai jeans koyak,pakai tshirt pegi kelas.Benda ni susah,nampak aje senang.Lagilah susah bila banyak majikan2 ni yang menyusahkan.

"Wow!Aku cool!Aku student multimedia!"

Kepala hotak ko cool.Cool dalam kepala ko je sebab masa tu ko berjiwa panas,banyak semangat.Bila ko dah sedar baru lah meronta-ronta nak apply kerja government ke.

Masa tu barulah rasa nikmatnya dilayan macam orang dan bersyukur sebab boleh balik ikut time ofis hour.

Kenapa aku tulis benda ni?
Sebab aku mendengar member aku cerita pasal member aku yang bekerja dekat satu kompeni yang sedang terkenal sekarang ni mengeluh sebab weekend kena stay ofis,kena tekan habis habisan.

Kita buat sebab kita suka,minat tapi jangan biar orang ambik kesempatan sebab dia tau kita suka buat benda2 ni.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

you only come to see eboue!
that is cool.

Tanpa Nama berkata...

ouuuuuuhhh yeahhhh..ko keje kompeni mane b4 ni tot?katun atas tu ko buat ke?

-yem

Tanpa Nama berkata...

betul a..aku pun dak multimedia gak.au sokong ko 100% lah..sebab mende tuh jadi la..lagi lah skg..ekonom tgh gawat,tade byk project.ntah la..mcm2 ade..

Ahmad Sadli Ibrahim berkata...

aku setuju.Dulu aku ambik economi aku nampak budak engineering cool gila beb.aku pun ambik dip engineering.Last last aku cuma jadi tech jer.dan perkataan paling hampeh dalam kamus hidup aku ialah engineer.

Tanpa Nama berkata...

en. L klu study elok2 mesti jd engineer. ni study asal boleh C je mmg la jd tech je..

Tanpa Nama berkata...

luahan ati sorang blogger..buleh jadi tajuk novel nih! musti meleto0p tot!

milo boyd berkata...

aku cam thank u kat abah aku..sbb tunjukkan aku ke jalan yang benar..

Tanpa Nama berkata...

kalo berotak, berpk n act as leader, n business minded. amik la course apepepun.

sure hidup senang.

multimedia ke eng ke ape ke.

tapi kalo mentality keje makan gaji. nak serba senang.short cut.

then jadila kuli smpai bila2.

anyway utk student/grads multimedia.

lepas korang dah keje setahun dua kat kompeni orang. bikin tokey kaya.ko pun dah taw pandai serba sedikit pasal bisnes.

bukak la kompeni sendiri or pakat ngan membe2.manage ur own company n treat ur multimedia employee as human and with respect.

baru korang maju.

tapi kalo korang buat ape yg tokey korang penah buat kt korang.

smpai bila pong tak kan maju.

masa muda2 ni ye lah korang larat nak bersekang mata. korang abis blaja umur 22.keje 3 tahun.by the time korang hit 25yo.

anyway jgn takut.rezki ada dimana. be bold n brave.

btw kalo nak kaya bukak lar business.lead and manage ur own company. masa tu baru korang tahu.betapa sesianya masa korang dah bazirkan teperuk kt opis, bikin tokey korang kaya.korang dah la ramai yg underpaid, pastu kena kelentong kt tokey2 korang.hehehe

anyway gudlak!!

Mantot berkata...

hahaha,btol tu.

tapi kalau semua buat camtu,makin bertambah la kompeni multimedia ni.

skrg ni pun dah mcm cendawan.

masalahnya,nama ade,ofis ade,staff ada tapi...keje outsource ke luar.yang buat tu dapat la duit sket.

yang makan besar?
tangan2 yang tak buat kerja duduk goyang kaki

Apisometres berkata...

huhuhuhu.. terasa tul aku nih.. skang nih pun aku kat studio lagi.. aku rasa aku nih satu kompeni ngn kawan ko tu kut.. hahahah...