Februari 22, 2009

Terapi Jiwa

Kepala aku takleh berenti berfikir.Macam-macam aku fikir.Fikir pasal kewangan,fikir pasal kerja,fikir pasal masa depan.Jadi,satu weekend ni aku habiskan dengan menonton movie,aku malas nak keluar,aku malas nak berfikir apa-apa,biarlah otak aku hanyut dengan dunia filem yang mampu membuatkan aku lupa sekeliling aku.Dah lah Astro aku mcm kena potong aje,tak paham lak aku,bulan lepas aku dah bayar dah,takleh aku tengok bola.

Jadi,daripada hari Sabtu sampai sekejap tadi,aku dah tengok :

Max Payne -
Boleh tahan la cerita dia walaupun kalau compare Max Payne filem dengan Max Payne dalam game,jauh lebih macho Max Payne dalam game.Aku hanya menyampah tengok pelakon dia.Tak kena.Jalan cerita ok la.Mungkin sebab aku tak berapa expect sgt cerita ni best jadi dia turn out OK.Aku terhibur (6/10)

Slumdog Millionaire
Sebuah cerita yang simple,mungkin tidak se-epic City of God,tapi sebagai seorang pengikut Danny Boyle,aku boleh nampak persamaan cerita ni dengan filem dia bertajuk "Millions" di mana tema kali ni adalah lebih kepada mencari takdir seseorang,manakala "Millions" pula lebih kepada imaginasi seorang budak mengenai Tuhannya dan dalam kedua-dua cerita ditunjukkan watak utama dapat duit berjuta-juta.Sebuah cerita ringkas yang panjang dan mampu membuatkan anda tersenyum lalu merasakan dunia ini indah.(9/10)

Toy Story 1 dan 2
Apa lagi yang aku boleh katakan lagi,aku gilakan kartun.(10/10)

Old School dan Talladega Nights
Sebuah komedi lawak Will Farrell dan geng-geng dia.Old School mengisahkan bagaimana orang dewasa cuba mengembalikan hidup zaman muda mereka dan Talladega Nights pula sebuah komedi klasik yang penuh dengan lawak spastik dan iklan-iklan yang menjadi sebahagian daripada rutin hidup seorang pemandu kereta Nascar.Berbaloi tengok Talladega Nights hanya untuk melihat Sascha Baron Cohen. (8/10)

The Constant Gardener
Ooh,apa yang aku boleh kata pasal filem ni...
Selepas menonton filem ni,membuatkan aku terfikir,sebenarnya memang logik benda-benda macam dalam filem tu terjadi,contohnya apa yang berlaku kepada Tessa (Rachel Weisz) telahpun berlaku di Malaysia ke atas seorang gadis Mongolia bernama Altantuya.Hanya demi menentang golongan-golongan berkuasa,terlalu ramai golongan rakyat biasa yang menjadi korban. (9/10)

Fahrenheit 9/11
Ni kali ketiga aku tengok filem ni dan setiap kali aku tengok filem ni membuatkan darah aku meluap-luap naik tengok seorang makcik rakyat Iraq yang menjerit-jerit tengok langit tanya "Ya Allah,mana Kau?Kenapa Kau tak tolong kami?"

Ini realiti,benda betul yang berlaku di Amerika.Bayangkan ada rakyat kita yang berani buat pendedahan begini,mungkin filem tak sempat siap lagi dah kena ISA.Filem yang mampu membuat kita benci dengan orang Arab dan George Bush.(8/10)

Dan aku nak tengok filem Terapi Jiwa aku yang aku akan tengok setiap kali aku emo iaitu Jerry Maguire.

Entah kenapa Jerry Maguire mampu membuatkan adalah sikit semangat nak hidup dekat aku.Mungkin sebab aku suka Tom Cruise dalam tu,mungkin sebab aku suka gila babi dekat Renee Zellweger atau mungkin dalam filem tu ada budak lelaki kecik paling kiut dalam sejarah perfileman Amerika.Entahlah.Aku tak sure dah berapa puluh kali aku tengok Jerry Maguire dan tiap-tiap kali lepas aku tengok Jerry Maguire membuatkan aku merasa tenang.Kalau Jerry Maguire berani berubah,kenapa kita taknak berubah?Kenapa aku tak nak berubah?

Aku takde bende nak tulis pasal politik ke pasal Roslin Hasim kawin 12 hari aje ke.Jadi,aku tulis pasal ni,sebab jiwa aku serabut.Rasa macam takde tujuan.Seolah-olah stuck dekat satu tempat yang ruangnya vakum.Rasa macam seorang yang anti kerajaan,tak suka dengan Perdana Menteri,tapi ko terpaksa kerja dengan Jabatan Perdana Menteri sebab ko apply PTD dan dapat kat situ.

Stuck kat tengah-tengah.
Nak ikut akal ke nak ikut pegangan?

6 ulasan:

erykkun berkata...

roslin hashim kawen 12 hari jek?

Aiman Amz berkata...

http://www.youtube.com/watch?v=VkCFeNeqyHk

tengok video ni pun ok gak kot..?

Mantot berkata...

hahaha..terime kasih

milo boyd berkata...

mesti ko nangis part u complete me tuh kan? muahaha ..slumdog cool!

Tanpa Nama berkata...

Slumdog memang best o...
cite million tu pun okeh..

afiqsiddhartha berkata...

Dah tengok the boondock saint?