Februari 07, 2009

Jangan Derhaka Kepada Sultan,Hanya Derhaka Kepada Tuhan

Aku terpanggil berbicara mengenai isu ini,mungkin kerana aku membaca posting saudara Rocky Bru yang menyalahkan rakyat yang terikut-ikut dengan berita jatuhnya kerajaan negeri Perak menentang kuasa di-Raja.

First sekali,aku jelaskan,keputusan Sultan Perak agak berat diterima pada aku.Aku menjangkakan akan berlaku pilihanraya kecil untuk memilih semula parti mana yang menguasai kawasan2 DUN yang dikosongkan tu.

Jika rakyat diberi kuasa untuk memilih,ini bermakna kuasa ada pada rakyat.Tetapi nampak rakyat Perak telah ditolak ke tepi tidak dihiraukan langsung.

Siapa punya tanggungjawab membetulkan kesilapan seseorang pemimpin bergelar Sultan atau Agung?Adakah kata-kata Agung dan Sultan noktah kepada semua isu?

Jika rakan karib tersilap haluan boleh dinasihatkan rakan karib,anak tersilap langkah dinasihati ibu bapa,siapa yang patut menjadi penasihat kepada manusia yang paling tinggi pangkatnya di negara kita?
Adakah ada sesiapa yang berani?

Berikan jawapan anda dalam ruangan komen.

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bro, terima kasih kerana menjawab Rocky. Aku pun menyirap darah marah membaca tulisan Rocky itu. Tapi malaslah nak jawab, dah tahu siapa Rocky.

Apa Sultan/Raja tak buat silap? Dan rakyat akan sentiasa dikira derhaka bila membantah keputusan Sultan, tidak kira siapa salah siapa betul?

Tanpa Nama berkata...

mana lebih derhaka mudin 001....derhaka pd sultan atau derhaka pada tuhan? sultan pun manusia biasa mcm kita buat silap juga tp dia kebal cuma kita tidak...rakyat mcm kita ni tak bersalah pun kena hukum tp sultan dan kerabatnya tak pun...kenapa takboleh derhaka (kena sumpah ka?) kalau sultan sendiri pun tak betul? apa yg sultan buat pada kita selama 25 thn memerintah perak?

3rdmarch berkata...

Salam...

khalifah dlu pun mntak dtegur klau silap..
sahabat Nabi 2..
Sultan???
siapa dia smpai xboleh dtegur langsung?
ketua orang Melayu?
anak branak semua hantar skolah luar negara..
Melayu la sgt macam 2..
knapa xhantar sekolah kebangsaan je?
MCKK pon ade..
ketua Agama?
tao ke dia psal agama?
bini sendiri pon xpakai tudung..
sepatut bubar je institusi kesultanan melayu ni..
Demi generasi y lebih cemerlang utk masa akan dtg..
contohi Iran..
Allahu'alam...


p/s:kita hamba Tuhan bukan Sultan..

Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku. (Surah Az-Zariyat 51:56)

angker09 berkata...

bagi aku la tot,

salah si nizar n pr gak....
datang jumpa sultan lepas tu wat pc...bagi tahu kita serah n terima segala keputusan dgn rela hati.
terpulang kepada kebijaksanaan kesinian sultan. coz time tu dia org rasa keputusan berpihak kat dia org.

tapi bla kptsn sebaliknya mula plak x trima.

ni masalah kat kita org melayu terutamanya...khususnya org politik.pengajaran yg baik tuk semua.

x payah la nak bodek2 dgn kata2. kang termakan diri. contoh da ader.

ni dah serah kat sultan pastu nak main tarik2 x terima pulak keputusan. spttnya berfikir b4 buat pc.

mcm brite nak saman sultan perak. karpal sigh kata nak saman siap buat pc. pas tu nizar kata x, nuar pun x.

sapa x marah tot. mcm ko bla org kata ko la buat kptsn. aku ikut jek apa kpysn ko. aku redha...
bla ko buat keputsn tetiba plak org tu marah n x nak ikut kptsn yg ko bg. da penat ni ko wat perkiraan. cam ner?

bagi aku situasi nya kan sama...BN akan menyalak jika sultan buat pembubaran dun. pr akan tersenyum sbb dia tau dia akan menang.

tapi skang ni PR yang menyalak coz diaorg yang kalah. cuba kalo dia org menang. pasti akan tersenyum kambing mcm BN.

aku bukan sokong BN or PR. bg aku politik tu sama je....mana pun. tetap berdrama.

org2 kat malaysia ni byk habis masa tok berpolitik je. bukan nak bgnkan bangsa...terutamanya org melayu.

berdemontrasi la...mcm...

cuba ko wat survey kat balai polis seluruh ng....brape banyak report polis yg org politik melayu da buat??
aku rasa da beratus2 report....
mana x polis malaysia ni makin lembap..dok taip report je n buat pc je....

ingat polis nak siasat masalah politik je ke?

malaysia ku serabut!!

http://tentangkita09.blogspot.com/

Che underscore Lee berkata...

Sultan tu bukannya maksum dan zuhud untuk kita ikut membabi buta je..

Abes kalau dia salah xleh tegur ke?

Papa Chang berkata...

Pemimpin yang tidak mengamalkan sifat2 ALLAH dalam diri mereka maka mereka itu bukanlah pemimpin yang baik.. ALLAHU AKBAR!!

Tanpa Nama berkata...

angker09,

kamu betul2 tak buat analisis cite dr
kronologi ape yg berlaku kat perak ke?

Pa Alif Lam Ya berkata...

kata-kata panglima Hang Jebat

"Jangan! Jangan sembah aku. Aku bukan gila disembah. Aku bukan sebagai Sultan
Melaka yang mengagung-agungkan pangkat dan kebesarannya. Aku Jebat, rakyat
biasa. Pangkat aku untuk kepentingan rakyat. Bergerak aku untuk membuat jasa
kepada rakyat, dan aku rela mati untuk rakyat.. kerana aku mahu keadilan,
keadilan. Keadilan..."

Kata-Kata Laksmana Bentan kepada Sultan Mahmud

"Sultan adil Sultan Kusembah,Sultan zalim Sultan Kusanggah..."

Hakikatnya mereka adalah Panglima gagah bagi aku.Jangan kita lupa kepada Tun Perak,adakah beliau juga dikira derhaka kerana tidak membunuh Hang Tuah spt arahan Sultan...yang akhirnya menunjukan keputusan Sultan itu adlh terburu-buru.

http://freepali.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

ini berlaku kerana 3 org MP PR berpaling tadah, bagaimana kalau apa yang anwar katakan MP BN berpaling tadah pada 16 sept betul2 terjadi?
fikir-fikirlah....
yang untung suka, yang rugi mengaruk. biasalah....

Pa Alif Lam Ya berkata...

Anonymous:

Jangn cuma membaca dan mendengar RTM,TV3 dan Utusan,luaskan lagi minda itu baca banyak lagi kenyataan-kenyataan pimpinan PR

Tanpa Nama berkata...

ckp je la takut hilang kuasa...terima qada dan qadar..itulah nilai sebagai seorg yg beragama islam...klau PAS dh tak bleh terima qada dan qadar bkn parti islam namanya
muhahahahahaha

Hikari0307 berkata...

well penasihat agung adelah pm since pm orang BN ni la jadi~~~

JinChrist berkata...

masih ingat Prebet Adam. Patutker?

Tanpa Nama berkata...

Mufti Perak pun dah kata akur dengan keputusan Sultan. Seorang mufti yang bertauliah kata mcm tu..

Sultan tu pun pemimpin serta khalifah. Di bahunya ada kewajipan untuk memelihara rakyat. Dalam islam pun ada diterangkan adab terhadap pemimpin (jgn nak kata Sultan tu pemimpin tak bagus/baik ..itu dan ini pulak.. korang penyokong PR bende yg side korang semua baik.bagus.. tapi bila kena tang BN semua melingkup.. kafir.. tak bagus..)

Melayu yang menolak institusi ber Raja adalah melayu yang dah lupa usul asal.. melayu yang tak sedar diri....

Islam pun tak suruh berdemonstrasi jalanan mcm yg terjadi dekat Kuala Kangsa seminggu lepas. Memalukan je org Islam (lepas solat Jumaat pulak tu) buat perangai jahiliah mcm tu. Ada satu video aku tngok kat Malaysiakini.. pemprotes2 jalanan tu mcm perangai paria.. memaki hamun FRU/Polis.. hentak2 dada sendiri (itu bukan perangai paria ke tu?!!).. nasib baik FRU/Polis tak hentak dia time tu jgak (Polis pun tahu.. kalau hentak time tu mesti penyokong PR kata Polis ni ganas la brutality to civilian la..apa la..mmg dasar estet org2 PR ni!)

Aku tak pro-UMNO/BN. Tapi aku rela hidup dibwh pemerintahan UMNO/BN (asalakan tidak menyimpang berlebihan sehingga mengabaikan rakyat secara total) daripada hidup di bawah pengaruh PR yg didominasi cina. Org PAS duduk la melukut di tepi gantang baca skrip apa yg DAP tulis.. apa la nk jadi org melayu PAS.. tak boleh harap.. nak islamic sngat tapi aku tak nmpak ciri-ciri islamic tu kecuali berkopiah putih.


Korang nak kutuk UMNO/BN/Sepupu-sepapat dorang persilakanla.. sesen aku tak terjejas. Aku tak peduli pun. Tapi ini penegasan aku terhadap boneka DAP lahanat.. org2 PAS.. lama2 Malaysia ni dpt la kat cina.. baru jadi mcm Palestin.. tok2 arab sana dok leka.. yahudi mai masuk jarum.. depa tetap leka lagi.. smpai la negara Yahudi terbentuk 1948.. baru nak perang.. tapi sempat 6 hari saja.. terus melingkup smpai sekarang.. arab2 sekarang pulak tak bersatu. dok sibuk dengan jamban emas depa.. mcm org melayu sekarang la.. tak bersatu.. mcm org2 PAS.. degil.


Dan utk admin Cursing Malay.. Anda ingin menunjukkan sikap baik di blog anda. Tapi memaki hamun dengan perkataan "Kepala Buto" tu tak mencerminkan apa yang anda sedang perjuangkan..

Mantot berkata...

hahaha..peduli hape aku..blog aku,aku nak tulis ape aku suke.menteri besar pahang bole buat sign lucah kat public,aku bole mencarut dalam blog aku

dan aku mencarut sbb KERAJAAN MELAYU rampas TANAH ORANG MELAYU dan HALAU ORANG MELAYU DARI TANAH SENDIRI

Jadi,apa point ko?
Ko tak pernah kena rampas tanah dari Kerajaan UMNO lagi kan?

Ko tau tak camna orang2 kampung aku rasa?

Mantot berkata...

Lagi satu bang,TOLONG,TOLONG,TOLONG

Jangan bandingkan Sultan Malaysia dengan Khalifah.Kaji sejarah,orang mana yang jual tanah dekat British.
Apa pangkat dia?Kenapa Francis Light boleh dapat Penang?

Siapa bagi?Seorang Sultan.Tu dah memang ada dalam buku teks tu.

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan UMNO tak beri pampasan pada ko ke? atau ko ni kg setinggan punya puak.. duduk haram kat tanah kerajaan.. geran pun tak dak.. cerita sikit kat aku atau mana link yang menyokong kenyataan ko. Aku tak berani komen apa sbb cerita sebeanr kat kg ko tu aku tak tau. Aku tak nak jadi kepala batu menegakkan benang yg basah tak tentu hala (seperti ko).

Ko fhm tak makna khalifah? Khalifah yg aku mksudkan bukannya Khalifah2 selepas zaman kewafatan baginda Nabi s.a.w. Khalifah yg aku mksdukan ialah "pemimpim". Mcm manusia yg menjadi khalifah di muka bumi. Kita (manusia) yg memimpin dunia yg mencorakkan dunia. Bukannya haiwan atau tumbuh-tumbuhan (atau alien di luar sana).

p/s: Jadi motif ko wujudkan blog mencerca kerajaan ni sbb tanah kat kg ko tu dah melingkup la ek. Ingatkan nak memperjuangkan islam/keadilan/hak samarata rupa-rupanya ada agenda sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan UMNO tak beri pampasan pada ko ke? atau ko ni kg setinggan punya puak.. duduk haram kat tanah kerajaan.. geran pun tak dak.. cerita sikit kat aku atau mana link yang menyokong kenyataan ko. Aku tak berani komen apa sbb cerita sebeanr kat kg ko tu aku tak tau. Aku tak nak jadi kepala batu menegakkan benang yg basah tak tentu hala (seperti ko).

Ko fhm tak makna khalifah? Khalifah yg aku mksudkan bukannya Khalifah2 selepas zaman kewafatan baginda Nabi s.a.w. Khalifah yg aku mksdukan ialah "pemimpim". Mcm manusia yg menjadi khalifah di muka bumi. Kita (manusia) yg memimpin dunia yg mencorakkan dunia. Bukannya haiwan atau tumbuh-tumbuhan (atau alien di luar sana).

p/s: Jadi motif ko wujudkan blog mencerca kerajaan ni sbb tanah kat kg ko tu dah melingkup la ek. Ingatkan nak memperjuangkan islam/keadilan/hak samarata rupa-rupanya ada agenda sendiri.