Februari 12, 2009

Siapa Mahu Filemkan Kisah Altantuya?


Tajuk sekadar nak bagi gempak sket.Kalau ada pengarah filem Mongolia buat filem pasal tu,adakah filem tu akan lepas tunjuk di Malaysia?Seluruh pasukan keselamatan akan dikerahkan untuk memastikan tiada penyeludupan CD dan DVD filem tu masuk ke Malaysia.Konfem.

"Apsal ko suke sangat cerita berdarah dan bunuh-bunuh?"

Ada orang tanya aku camtu sekali.Entah lah.Aku pun tak tau apsal.Mungkin aku psycho.Mungkin aku suka tengok filem-filem camtu sebab aku rasa puas.Jiwa aku terseksa ke?Normal aje aku.Suka duit,suka awek,suka tengok awek pakai seksi,takde pun aku nak pegi tetak orang,rogol orang.Nak pukul orang jahat ade la.

Hari ni,aku layan la satu lagi muvi pasal penyeksaan.Filem "Borderland" mengisahkan mengenai sebuah kumpulan ajaran sesat di sempadan Mexico yang menggunakan korban manusia untuk menjadikan diri mereka kebal daripada tembakan dan pandangan polis untuk satu tujuan,iaitu mengedar dadah.Cerita ni cerita berasaskan kisah benar mengenai ajaran sebuah kumpulan yang bergelar Santilla atau Santeria yang memuja tuhan/syaitan yang bergelar Nganga.

Aku suka benda camni,membuatkan aku berasa fascinated sebab ada manusia camni.Selalu aku terfikir,kenapa takde pun kat Malaysia ni pembuat filem yang berani buat filem yang memaparkan sesuatu yang benar?Contohnya apa yang terjadi kat Petaling Street/Central Market setiap hari,takpun pasal Chow Kit.Filem mengenai Al-Arqam ke Ajaran Kahar Ahmad Rasul Melayu pun agak menarik kalau difilemkan.

Adakah sebab lembaga penapisan kita tak suka sesuatu yang sensitif seperti itu,seolah-olah merosakkan imej Malaysia?Ataupun ada pihak yang akan terasa jika filem-filem itu dibuat?Ataupun ada pihak merasakan mereka lebih layak membuat penilaian yakni orang Malaysia masih bodoh untuk terima cerita-cerita camtu,tak reti menilai mana baik mana buruk?

Tah lah.Sampai bila kita nak dijamu dengan filem-filem yang formulaik....cinta,couple,romen,peluk,naik kereta sport,naik motor,rempit,bohsia...seolah-olah itulah saja identiti yang kita ada.Seolah-olah kita hidup dalam dunia fantasi.Menipu diri sendiri.Bila filem Mona Fandey nak keluar ni?Punyalah lama aku tunggu,rasa2 dah siap.Ada orang tak nak bagi keluarkan ke oi?

Sampai bila fikiran kita nak terbukak?Kelengkapan first class diguna oleh orang-orang yang punya pemikiran dunia ke empat,sampai bila nak maju kalau kita takut nak bercerita pasal kebenaran yang jadi kat tempat kita sendiri.

Jadi,berbalik kepada filem-filem ganas yang aku dah tengok.Ada bermacam-macam cerita dan ada yang merapu,ada yang berdasarkan cerita benar. Jadi,kalau korang berani,korang carik la cerita-cerita ni.Apa jadi kat korang,aku tak tanggung.

1) Hostel dan Hostel 2
Remaja terperangkap dalam sindiket jual orang.Mangsa dijadikan barangan dagang untuk orang kaya meluahkan nafsu amarah dengan menjadikan mangsa "mainan seksaan".

2) Borderland
Kultus syaitan yang menangkap pelancong Amerika di sempadan Mexico untuk dijadikan korban dalam upacara pemujaan.

3) 28 Days Later dan 28 Weeks Later
Cerita zombie.Bagaimana virus merebak menyebabkan satu London mati,bil mati mereka bangun jadi zombie.Cerita ni agak rilek dan tak berapa ganas compare dengan filem-filem lain dalam list ni.

4) Cannibal Holocaust
Aku tak nak cerita banyak pasal filem ni.Termuntah aku beberapa kali.

5) Day of The Woman (I Spit on Your Grave)
Sebuah filem revenge bila mana seorang perempuan telah dirogol oleh 4 orang lelaki.Bila perempuan tu sedar dan pulih,dia membuat rancangan untuk membalas dendam.Aku suggest perempuan tengok filem ni sebab perempuan akan rasa sangat bersemangat selepas tu.

6) Salo (120 Days of Sodom)
Cerita bodoh.Tapi adegan seksaan dia agak real.Tengok je la tapi skip2 la part dia merapu.

7) Island of Death
Satu lagi cerita bodoh dan adegan seksaan dia tak best pun.Apa yang best?Awek dalam cerita ni 3 minit pakai baju,30 minit tak pakai ape2 dan dia sangat2 cute.

8) The Last House on The Left
Satu lagi cerita mangsa rogol dan apa yang paling best,kaki rogol tu selepas merogol perempuan tu,diorang pergi berteduh kejap dekat satu rumah.Rumah siapa?Hehehe.Tengok la sendiri.Filem Wes Craven yang bagus sebelum dia jadi sangat terkenal.

9) Dawn of The Dead (Baru ke lama takesah,dua-dua best)
Filem zombie paling best,tah beberapa kali tah aku rasa terkejut dan gelabah.Walaupun takut macam mana pun,aku tak boleh nak stop tengok.

10) Siri Evil Dead
Kalau nak takut,tengok Evil Dead first.Kalau nak takut sambil gelak-gelak,tengok lah Evil Dead 2 dan sequel dia,Army of Darkness.Klasik.Boleh nampak unsur-unsur komedi yang sama dalam filem-filem Spiderman.

11) Passion of The Christ
Hehehe.Ngilu rasa diri bila tengok filem ni.

Ada banyak lagi,tapi aku tak berapa ingat,malas aku nak selongkar dvd aku carik title.

Kalau korang tak pernah tengok filem-filem ni,aku try describe perasaan dia.Mesti korang pernah tengok "Casino Royale" kan?Kan ada satu scene James Bond kene seksa.Nampak sakit kan?Korang pun mesti rasa camne azab dia.Bayangkan sepanjang filem korang rasa camtu,camtu la kot perasaan dia,hahahah.

Aku tengok filem macam tu mungkin sebagai satu medium untuk berimaginasi.Kerana daripada seksaan sepanjang filem,hero atau heroin akhirnya akan berjaya jugak survive dan balas dendam.Puas hati bila dapat tengok orang-orang jahat kena balik apa yang diorang pernah buat.

Jadi,cuba bayangkan kalau ada pembuat filem kat Malaysia yang berani filemkan macam mana perasaan rakyat dan apa yang terjadi kat Malaysia ni,setelus yang mungkin.Rasanya lepas ke tidak nak ditayangkan?Tak mungkin.

Sebab kerajaan kita nak kita hidup dalam dunia fantasi,yang indah,takde seksaan,semua baik semua cantik.Mereka anggap kita sama macam mereka.Hidup dalam angan-angan.Betapa deluded dan syok sendiri nya kerajaan Malaysia ni.Jemapoh ke Manchester kena banned.Lelaki Komunis Terakhir kena banned.Fantasia pun kena banned,berapa tahun terperap.

Banyak lagi filem luar yang mesej jauh lagi buruk,takde faedah,takde point boleh pulak lepas.

Eh,camne aku boleh kutuk kerajaan pulak ni.Aku memang nak bercerita pasal filem-filem ganas aje sebenarnya.Mungkin kerana kepuasan paling best dalam hidup adalah bila kita tahu orang-orang yang tak bermoral mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang mereka buat.Kalau tak di dunia,nanti2 kena jugak.Insya Allah.

Orait,selamat menonton dan jangan bagi budak-budak kecik tengok filem yang ada dalam list tu.Bahaya,banyak porno.

Baru aku sedar,aku memang suka filem zombie.
Tolong tengok cepat-cepat "Shaun of The Dead."


12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku pun minat giler cite2 camni..yg bunuh2 org..aku suka tgk camne org2 ni yg mula2 normal tp sbbkn tekanan bla bla,blh jadik orang gila.. the way they express dark side inside of them tu buat aku rasa puas tgk cite tu..

aku macam tak feel sket bila tengok cite2 ringan mcm romantik or comedy...

Tanpa Nama berkata...

sila tonton battle royale I(citer jepun) ya kawan-kawan.menarik citer tu.jgn tgk battle royale II.sampah citer tu. -yem

emma songall berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
kucai berkata...

jangan bagi budak-budak kecik tengok filem yang ada dalam list tu.Bahaya,banyak porno....aku layan citer nier jer.hahhaha...citer yg bebunuh nie tgk gak cam saw,passion of christ,hostel. final destination pon ok gak..sadis gila...

org mlaysia bnyak layan cita cam maria mariana, sembilu, apa itu cinta..tue otak x brapa nk brkmbang tue..asyik mengucup ja..hauhauuahuah..

emma songall berkata...

dlam byk2 cerita di shortlisted
Cannibal Holocaust jer q pernah tgk.
gram btol biler cte Saw xde kt M'sia.
tapi q tetap da tgk sampai 4.
xsabar jer nk tgk yg 5 nyer.

pnah xtgk cte Wrong Turn??
pasal cannibal gak.
nie ag satu yg xkuar kt M'sia.
mmg best.
q suka sumer 3-3 tuh.

N berkata...

Hehe,aku dah tengok Saw 5.ok laa,tapi tak sesuspen dan sekejam & twisted cam siri saw sebelum ni.maybe sebab org tua tu dah mati kowt

Apisometres berkata...

kalau tgk citer pasal zombie ke... mmg aku suka.. tp kalau cam citer saw ke mmg tobat aku x nak tgk...

erykkun berkata...

tot.. aku memang ingat nk buat skrip altantuya nihh.. tapi bukan nama sebenar:D jom la kolabrasi...

Tanpa Nama berkata...

try Gutterball, baru kuar...ganas dan pelik

Tanpa Nama berkata...

ko tengok halloween arahan rob zombie aku cadangkan.. haha tu lagi psiko bro

Tanpa Nama berkata...

korang layan cite zombie kg pisang? seram wo0...huahuahua..

Mantot berkata...

zombie kampung pisang?tu bukan zombie,tu orang kene cat kat muka..